Tuesday, August 28, 2007

Doktor Gigi Ku Sayang

Entry kali ni adalah rentetan komen si amnah.. bertanyakan gigiku sehat ke tidak selepas bertahun ratah milo. Alhamdulillah, tidak mengalami masalah gigi at the moment, itu belum diceritakan beberapa tampalan pada gigi, baik bahagian atas, atau bawah, depan, mahupun belakang.

Yah! Flashback..

Oct 2005, aku mula sakit gigi geraham. Adoii.. sakit gile! Ada lubang, makan ape jek sakit. Lidah tersentuh gusi berhampiran pun sakit jugak. Panadol yg ditelan mahupun ponstan yg biase digunakan time sakit dysmenorrhea sahaja pun tidak memberi kesan yg memuaskan. Ah, nak buat cmne nih, nak xnk terpakse aa gi jmpa doktor gigi. Bertahun sudah xjumpa doktor gigi, last skali, time skolah dulu. Tu pun sbb ada rombongan kementerian kesihatan servis gigi. Mungkin dah 5 tahun tak servis gigi. Ingt kembali kenangan tampal gigi time darjah 2, owh sungguh menakutkan. Ngilu bukan kepalang dengar mesin gerudi gigi, sakit xpayah ckp aa. Over the rainbow.

So, pegi la klinik gigi kt taman perling JB. Sejuk tangan2 sambil menunggu giliran. 'Gigi geraham awak ni teruk sangat dah ni. Xleh tampal. Kena cabut. Kalau sayang, boleh buat treatment akar gigi. 3 kali datang klinik. Tapi sekarang, kite tak leh buat. Gusi tngah bengkak ni. Ni dah lama sangat ke x gosok gigi?'.. Hampeh betul aa doktor ni. Dah tua pun tak cukup pengalaman betul nk laser2 aku plak. 'Saya kena balik KL ni. Cabut jelah doktor'. 'Tak boleh, saya xnak buat time2 gusi tngah bengkak mcm ni, ambik antibiotik, nnti mnggu dpan datang lg'. 'So skang xleh buat ape2 la?'. 'Saya buat tampalan sementara'. 'OK. Ape-ape jelah'.

Damn. Balik IMU still sakit. Sampai tak leh tidur malam tu, last2 pegi la klinik gigi. Baik sungguh doktor cina ni. Tapi sayangnye x ingt plak last name die. Disbbkan doktor ni muda, die mcm 'eager to pull out someone's teeth'. Tapi consultation seriously best aa. Mmg kalau aku ingt nama klinik ni, aku nk rekemen kat org. Biarpun a service kna bayar 45 satu gigi, tp x kisah aa. Disebabkan time tu baru lg dapat duit JPA, so aku gnakan la utk pembaikan gigi aku. Tampal 2 gigi, cabut satu gigi, dan cuci gigi. Fuh.. Tu skali pegi ok. Betapa penat aku dok kt kerusi baring tu. Tp.. doktor ni pandai sungguh. Mcm melayan bdk kecik ada jgk. 'Tahan sikit ya' mesti warning cmtu kalau dah nk start buat something. Pastu ada gak membebel ckp aku umur 22 dah xde 2 gigi, sayang, jaga la gigi. Malu siot. Tp sbnarnye aku overwhelm sgt ngan doktor ni satu sbb aku jakun. lama sangat xjmpa doktor gigi. dua sbb doktor ni handsome lg gentleman, biarpun aku xde la minat sgt mamat2 apek nih. Sebelum keluar, smpat ckp lg tu, 'Gigi kt belakang ni, nak kna tampal jgk, 3 bln lg dtg ye'. Oi, padan aa baik semcm, trap siot. Tp disbbkan aku xkisah sgt jmpa dia, n aku termakan nasihat die jgk, aku pegi aa klinik tu 3 kali slpas itu. Puas ati la, skang semua gigi geraham dah bertampal, no more worries. Kalau makan aiskrim xde masalah.

Thank you my doktor gigi!
~senyuman ku menawan sekali.kehkeh

Monday, August 27, 2007

Split Rumours


Aku melarang Farah dari update gmbar ni kt blog die, sbb aku nk update gmbr ni kt my blog! dan aku hasut Farah letak gmbr ni kt fotopages die jek. Lgpun die xde caption utk gmbr ni kecuali 'kak nuha lg'. She claimed I'm famous among bdk2 Welly now cause she always update my photos in her blog. What is that suppose to mean, my dear Farah? I kna promote u lg kah? Hihii.. Gambar ni lgsg x menggambarkan aku sebenarnye. Sbb aku bukanlah photographer geek atau sebagainye. Aku main2 jek ngan kamera Farah sambil bg chance Farah tangkap gmbr aku. dan jugak tayang cincin aku. Hoh. Jgn xtau, kalau silap pakai cincin ni di jari manis tangan kiri, ada sahaja soalan dari orang sekeliling, 'Are you married or engaged? I saw you are wearing a ring on that..'. Pergh. Aku yg xmalu plak. Mengiyakan. Ya ya. 'Er, yes. My fiancee is at the Malaysia, you know, Malaysia?'. Kurang nk layan sgt soalan begini, nnti ada yg tnye bila nk kawin la..bla2.

Plan to watch One Tree Hill Season 2 x berjalan lgsg. Sia2 sewa dvd yg mahal nih dari kdai dvd. Huwaa.. Dunia kejar aku plak. Pagi td bdk2 ni ajak aku gi main2 bowling amende ntah play2 yg lain. Aku seorang yg ayu, tidak perlu diragui dan disangsi lg. Mana pernah dan akanku panjat2 pokok, atau melompat2 di khalayak ramai. Yah. Aku si nerd yg suka dok dlm bilik menatap computer, sambil meratah milo. Setakat ini, xde lg penyangak yg berjaya menangkap gambarku sambil buat kerja bagai bdk belum akhir baligh. Aku start ratah milo seawal usia 5 tahun. Aku terpaksa buat kerja ni sembunyi2 sbb abah akan marah aku. Almaklum milo mahal. Kalau aku ratah milo, adik2 lain pun akan nk ratah jugak. Dari satu cawan aku sorang, akan jadi, dua, pastu tiga, empat.. Contoh tidak baik bak kata ayah aku. Di sinilah aku start pandai buat bnda belakang my parents. Dah xleh buat depan2, buat belakang2. Kalau abah gi keje, ummi gi keje ape lg,.. Then sejak dah dok sendiri, hidup di uni, lg2 la. Sepaket milo bersamaan seminggu. Kadang2, 2 paket seminggu. Paket yg berharga rm5/6 kt mesia. Yeah. Itulah Nusaibah.


Ni pulak gmbr aku sambil call try to call Wo semlm. Biase aa, aku suka buat muka. Susah betul nk dapat call dia ni. Pegi mana laa.. Asyik engaged je nih.

p/s: aku patut bercerita pasal abang penyu. dah lama aku tangguh cerita ni.

Sunday, August 26, 2007

Being RUDE To Everyone

Mode : Destroying Myself
Caution : This entry meant to be extra long today.I guess I have stopped writing when I stopped seeing Farah. Yeah. She's been gone gone to the banjarang gunung of ruapehu for couple of days, before that she's been gone gone in the busy-ness of socialis, activist and all sorts of things. Not seeing the side of Farah besi-ness makes me xde desire nk tulis blog. Desire tuu.. Mestilah. Nak menulis kena ada mood and bahan utk menulis. Lgpun Farah dan Zen telah bising2 ke telinga comelku, diorg xde bahan bacaan skang. Hahah, korang ni. Kan I dah rekemen bacaan blog2 di sebelah yg juga enak dibace.. Tp beberapa blogger juga turut diam sepi membisu tanpa tulisan blog jugek. Seperti biase, kucing Mansur ade! Suke aa dpt tngok muka Mansur lg... Kalau la Mansur ni manusia, sure comel n cool, conquerer and demanding. Owh, aku mcm xbetul sbb dpt mendescribe character seekor kucing, hanya dari gambar dari internet. Enough of crap, let's write something serious.

BTW, aku macam PA Farah yg xrasmi, sbb asyik promote Farah ajek. Biar la. Nnti, kalau ade peminat Farah yg click 'Farah Md Zohri' kt google search, they will find my awesome blog!
(aku mcm xbetul... asyik perasan jek asal ni? Ha? Ha?)

Rude atau impolite. Ada beberapa stage of impoliteness in my kamus of philosophy. Unconsciously impolite, Consciously impolite, Unconsciously polite and last, Consciously polite.

First, bila kite unconsciously impolite, yelah, kanak2 and xmature, mana perasan bnda ni. Diorg buat suka ati diorg jek. Nak ludah sana sini ke, nk sepak org xpasal2 ke, inilah dinamakan unconsciouly impolite. diorg xsedar. kemudian, ibu bapa akan menegur budak2 ni, 'anakku, xbaik buat begitu begini'. maka diorg akan jd consciously impolite. 'oo mcm tu ke, mak ayah?'...dari situ diorg akan cuba memperbaiki perangai mereka, maka jadilah unconsciously polite, sbb dah berlatih, dah jd bnda perbuatan tanpa berfikir terlebih dahulu. pastu, diorg akan jadi consciously polite..sbb dah sedar 'oo, aku dah berubah, aku dah jd budak baik skang'... However, don't fall into the trap, u can be unconsciously impolite even though you are 70 years old! People can be unconsciously impolite.. Betul x? That's reality. Stage yg saya maksudkan di atas akan berulang. Ewah. Sekian, concept ini dinamakan 'Nuha's Theory'.

Aku nak ambik degree sociology la one day...

Ada maksud tersirat di sebalik entry ini. Fikirkanlah....

Tuesday, August 21, 2007

Birthday Update

..aku terpanggil utk menulis walaupun aku xde topik nk dibincangkan, walau ade soal hati... tp rasanye x perlu diperkatakan kt sini. bercerita psl my birthday 'party'.. pd malam 18 ogos yg lalu, aku seperti biase, men'celebrate' berakhirnye ED kt bilik zen. korang xperlu tau ape saye buat di situ. my 'business' di sana, agak malu utk saya katakan di sini. hahahahha.. xleh2. memalukan kalau org tau. so..tgh main, tiba2 dah pukul 12.. uderque pn dtg wish bday wish.. maka berturutan ngan zen n anna.. tp aku rilek2 aa..dok aa atas kerusi lg..main2 lg..skali bdk2 umah aku pn turut jgk. 'happy birthday kak nuha'. fuyoo..semua org turun nk wish aku.. 'wah, bagus siot diorg ni'. pastu aku khusyuk lg. tp kna kuar jgk last2 sbb ada kek kna potong. yay..dpt kek. kek tu sdap. bnyk coklat atasnye.. hiasan best. pastu semua kna pakai tudung sbb ada org nk ambik gambar. biase aa. kalau x, xleh plak nk update n warwarkan kt org.. bahawasanye birthday aku disambut..

yay...

from uderk and zen, dapat soft toy russ, seekor katak, dinamakan 'froggie'. nama pendek 'gigi' tp sebutannye 'jiji'. namun, aku kan lidah pelat sket.. aku xleh sebut certain things, so aku panggil jela gigi(teeth).. angeline dah jmpa gigi, n kata gigi smells like bawang goreng.. huu, aku x ltak pun gigi kt dapur..

from anna, dpr earrings! bnyk plak tu.. yg besar, yg kecik, yg ring, 3 skaligus. fuyoo.. best2.. bleh melaram.

from wani and melor, dpt pokok kaktus! susah betul aku nk jaga ni. namun pokok ni dah dok tepi tingkap bilik aku dah. biar dpt cahaya n xmati.. biarpun cuaca sejuks.

from wo, dah cakap. dapat doraemon and seutas rantai..from drummond 13, kek birthday, and a trip to carlterton.. minggu dpn probably..

pendek kata, sambutan birthday pada tahun pertama di luar negara, seronok jugek..

Friday, August 17, 2007

End Of Frustation

...sebaik sahaja melangkah keluar dari ED, frustation saye tamat. yehaa.....

ok. my day in ED started around half past two today,.. dreadful... then, ada reg laki tegur saye, ajar saye skjap. baik. kemudian, beralih arah dok ngan doktor laki house surgeon, ni best sket. sbb freshie, so tgah suke explain and do things really thorough.. n die baik =p.

then, ade nurse mintak ambik history ngan seorg bdk ni, laki, 13 tahun.. kemudian tengok2, registrar mark yg handle kes ni. kes ni agak kritikal. testicular torsion. cari la dlm internet sape xphm, susah nk explain. something twisted down there. so.. best aa, mark ajar2, n i ask to follow up this boy. and i end up watching the surgery... huwaahh.. seronok. seronok to get out from ED for a moment, n jmpa surgeon muda nama simon. baik jgk.. berteka-teki plak n suke explain jugek. dah la comel. pakai kasut boot phua chu kang tapi kaler putih. gayenye bagai...'jom kite bedah testis bdk ni'... dan aku menyaksikan cara2 men'untwist'kan testis itu. disebabkan cause of torsion is congenital, horizontally amende ntah (kna bukak buku balik sbb xterer anatomy), kna la buka kedua2 testis. kesian sperm bdk ni. mcm x selamat aje. sbb dikeluarkan slama 30 minit dr scrotum.

pendek kata, aku ganti zen kejap arini...

ok. last.. selamat hari jadi nuha!!!!.. nak gi dancing. chow

Thursday, August 16, 2007

Frustation Part II

alat seperti cangkul di atas, digunakan utk membuka salur pernafasan bg org2 yg dah pengsan dan kritikal. ini utk memudahkan proses memasukkan tiub, yg kemudian akan disambungkan ke tangki oksigen. penggunaan dlm skala yg sebenar, seperti gambarajah di bawah.
sepagi aku bermain2 dgn alat ini dan belajar psl 'buckets of errors' dari segi personal, system and patient bucket. kalau aku rajin, akan ku scan lukisan bucket tersebut. yg mnjadi frustation, nak jugak ditegaskan psl 'ESL'. bnda ni la aku plg malas nk discuss. dpn2 plak tu. argh. urgh. huwaaa..

betul la. aku mmg memerlukan punching bag tatkala ini. aku sudah risau, depressed ku akan relapse. ah. sudah ku tidak mau untuk berulang-alik ke bilik mak cik kaunseling. cukup2 aa tu. isu seperti 'i hate myself', 'ESL', 'i would do better if..', 'stop trying' bla2..ada kebarangkalian utk berulang. fed up pun ade. nasib baik org flight centre dah call, tiket dah ready, bleh gi ambik. hoh, kalau la tarikhnye bleh bertukar2, nak aje balik. dah la baru dpt si doraemon muka garang dari wo. 'doraemon doraemon, nak pintu suka hati, boleh?'

i hate myself when i don't know what i want. when i don't know which is the best for me. when i don't know how to stop things. when i...ahh, segala-galanye. pendek kata, when i am not in control of myself. kemurungan aku berpunca dari pemikiran aku yang sungguh komplex. biase aa pompuan. and aku malas nk ckp ngan sape2 psl bnda ni. sure aku plak xpasal2 kna marah. aku tau aa bnda ni salah, n xpatut berpanjangan. aku pn tngah kuatkan semangat ni. nk marah2 aku plak. bukan nye aku xtau. aku tau sbb tu aku mengadu. nak somebody to talk to.

skali lg aku ingin ponteng kelas.

Wednesday, August 15, 2007

Frustation

keciwa teramat. dah. aku malas nk gi kelas ptg ni. bye

Tuesday, August 14, 2007

Triage

hari ni aku kena stay kt ED from 8-6pm. xde la hectic sgt2. tp dah phm aa nape christina yang dlm grey's berebut2 sgt pilih patient (jgn ikut contoh ni, x berpijak di bumi yg nyata). aku pn dok tunggu jek ambulance smpai. yg sakit biase2 triage 3 4 aku xpandang aa. heheh. teruk. in the end boring.

nasihat utk zen, ko rajin2 aa diri, tegur patient yg menunggu. sbb nnti kalu ade doktor nk treat pt tu, ko bleh ikut skali. pastu doktor tu akan berkenalan ngan ko. n pastu, ko bleh aa jadi anak buah die. mcm si anna tu. jeles betul aku. die dah dpt dah sorang doktor yg suke explain2 bnda kt die. walhal, xdela dpt mana2 doktor setiap sorang. ko kna proaktif sket aa.

selain tu. aku jgk mengalami perasaan nk pengsan tngok darah yg bnyk. mak cik ni, dah tua. 93 tahun. die terhantuk. besar siot. dari kening ke atas, sepanjang jari tngah korang, lebar 2cm, tp clean cut. so doktor ni pun cuci2, n wat suturing. pastu, hampir tamat suturing, aku rase nk pengsan. maka aku belah. mak cik tu la. asyik cakap.. 'please stop, please, it hurts, please..' aku kesian aa. xleh dok lama2. berape jahitan die dpt.. ade aa 10 jahit.

ni plak bnda best aa yg berlaku arini. sbb di dlm keboringan aku tu, adela jgk bnda aku buat. hmm, sorang pompuan ni, dtg aa dgn dislodge arm. bahu terkehel ke belakang. teruk benar nmpaknye. mcm tulang terkeluar kalu tngok dr luar.. pastu aku n anna pun ekor la bdk ni. then, gi x-ray dulu. pastu lama sgt, si anna pn blah, die gi menyelit ngan pesakit lain, yg displace hip. pastu tinggal aa aku pusing2 dlm ED xtau nk buat ape. skali doktor tu pnggil aku, tnye nk tngok x? aku pn ape lg. aku ingt die n sorang lg doktor yg nk betulkan tngan pompuan muda dlm lingkungan umur 20-an. tuptup... aku yg kna tarik tngan pompuan tu, sementara doktor tersebut tarik scapula dari belakang. posisi pesakit ni, lie on stomach. nnti aku demonstrasi kt ko zen. aku xtau aa kna tarik sekuat mana, tp disuruh tarik ke bawah slow2. skali bunyi klik, slow aje, pastu tarik lg.. maka aku pn tarik aa ngan sekuat hati, smpai terkangkang terduduk aku kt lantai tu. pastu.. hoh kuat gile bunyi. hehe. xde aa kuat. tp berjaya memasukkan balik tulang humerus ke soketnya. aku pn xpecaye. bdk pmpuan tu pn lega. doktor tu pn usap2 kepale aku xpasal2..

best jgk tarik2 ni.

Monday, August 13, 2007

Journal Club

...lama dah x menulis. aku pun dah rase kekok. td buat presentation yg telah mencuakkan aku beberapa hari ni. seminggu kna prepare. pastu semalam aku xleh tido sbb pikir ape nk ckp. aku dah baring2 dah. tapi mata xleh lelap. huhu..tp semuanye dah berakhir. alhamdulillah. zen ckp aku ckp laju time present. hoh. x apalah.

pastu, walaupun presentation berjalan dgn lancar (lancar aa bg aku sbb xde la aku memalukan diri sgt), tp ptg tu aku ade plak journal club session yang aku xprepare langsung! yelah. dah seminggu yg lepas busy prepare presentation selama 30minit itu(eh zen, timing x td?) , manalah aku ade masa nk tengok research paper tu. kna buat critical appraisal. huh. aku pn xtau ape kebendanye tuh.. tp td berdiskusi la jgk. naseb baik bdk2 group aku ni suke bercakap. biase la omputih. diorg suke belajar nk buat penulisan professional. aku pn nk jg belajar, sbb nnti bile nk buat research or master seksok senang. tp aku malas la sket. hihi.. lala. pastu aku mintak nk antar esok aku pnye.. the end

aku nk cite psl bnda lain ni.. haa, malaysian festival. sbnrnye kan, aku xtau aa aku nmpak sape semlm. ku tenung ku tenung. ku ingt itu farah. muka bdk tu sebijik farah. xde aa sebijik, tp ade aa rupe farah. ntah2 tu amnah? si farah ckp die jmpa 'rakan blog' kami. tapi xsmpat bercerita. busy betul farah ni. aku pn dah xsabar tnggu bdk2 vic ni cuti mnggu dpn. supaye kehidupan kt umah ni menjadi normal. ini tidak. makan malam lambat. makan sorang2. hehe. saje je nk buat cite sedih. wpun otago stud akan cuti 2 mnggu lg, tp x kisah aa. haa, yasmin. disbbkan yasmin mintak namanye diisikan, aku cite sket aa. best aa yasmin awak masak cucur badak.. ape kate kite buat lg? or keria? hmm, yummy.

mnggu ni aku attach kt Emergency Department(ED). xde la tensen sgt. hanye kna merajinkan diri menolong2 nurse kt ED. kna pegi awal pg.. tp xkisah aa. msti bleh lepak2 gak kt ward.. ok. mlm ni. tidur yg nyenyak. yehaa!

Friday, August 10, 2007

Flight Centre

seperti tajuk di atas, yeaahhh. aku dah beli tiket utk balik malaysia. mode merindui panorama indah di tanah tumpah darahku. tp sebelum pape, ingin aku berlagak di sini, ni post ke-100 aku!

tiket dah book tp belum byr sepenuhnye. ni disbbkan masalah account aku. ntah brape limit yg aku letak, tp yg pasti xleh kuar more than 1000 in a day. tiket dah berapa. NZD 1615, belum masuk flight KUL-KT. isk2. kembali miskin. kalau semua duit kuar utk langsaikan duit tiket, aku hanye tnggal 500 utk makan selama 2 bulan. senyum aku yg panjang lebar td pun dah hilang. teruk gile nuha. pdhal bkn nk gna duit tp, takut kemiskinan! waktu tngok ape2 kt kedai, terus beli, dah tamat. kini, nampak pape berkenan di hati, sabar nuha, sabar, duit xde. heheh, miskin benar bunyinye. saje je tu. nk menagih kaseh. korang, jgn spend duit korang bnyk2 ok. nnti aku nk pinjam. yo, peace!

bercuti di malaysia 7nov-30jan. lama tuu. seminggu kt seremban, seminggu kt serdang, seminggu kt ipoh. the rest kt umah, kuala terengganu. abang penyu, tunggu aku ye! ade kisah abg penyu.. entry lain kali ok. kisah digging the past.

gmbr di atas, adalah gmbr bday kek zuhar, my bestfren. huh. disebabkan kedengkian aku, aku tempek gmbr tu kt sini. patutnye huruf 'z' tu jadi 'n'. lawanye kek zuhar...dengki2. dah le bdk ni hantu secret recipe. sure die hepi gile dpt kek ni. aa. dengki2!!

gmbr di bawah plak, gmbr in early 2006. kalau x silap aku. ke ade tarikh kt gmbr ni? haaa..time ni, spek aku mcm ni. xde jerawat. kan? tp nmpak mcm baik n baik n baik n baik jek aku kt sini. baju pn besar gile. ni la baju jail aku. aku pnah pakai kt sini. tp farah aa. die ckp aku mengandung plak pakai baju besar2. pastu aku lipat. letak dlm almari. bahagian plg bawah, antara yg terbawah. heheh. saje. xde keje. kite imbas waktu dahulu le.

zuhar, me, adeck-midvalley. kt mane lg.

Wednesday, August 8, 2007

Note For The Day

You Are An Independent Girlfriend!

Whoa, Ms. Independent! Your guy digs your modern style...
But he's sometimes left to wonder if you really like him.
Keep that unique spirit, but show him your love a bit more often.
No worries - you're light years away from smothering him!

Monday, August 6, 2007

Ikan Poki Grilled

aku rasa nk tulis panjang arini. so bersiap sedialah. sape xnk bace .. belah dari laman ini.

disbbkan mood menulis aku dah kembali. so celik2 mata di pagi hari dah pikir ape nk tulis. today, first day of my resuscitation and surgery posting. lain auranye. tp aku rase aku sorang jek merasai aura ni. aura mcm tetiba dlm cerita grey's anatomy. aku rase aku kna mewujudkan label 'my medic life' sbb kalau nk dikira, semakin bnyk yg aku cite psl pembelajaran aku berbanding emosi2 yg tak sepatutnye diluahkan. tp nk jgk tulis. skang ni, aku dah x depressed sbbnye, aku mngadu kt blog aku. ni la, salah satu kelebihan berblogging. menulis ni kira mcm therapy utk mngekspesi diri.

balik ke point asal, aku rasa, bidang yg aku ceburi ni, membenarkan aku start new beginning. ape maksud aku dgn ayat tersebut? meh sini aku terangkan. mcm ni. kitorg dlm bidang medik, mempunyai sistem blok. pada tuntutan masa tertentu seperti 5weeks, kitorg akan belajar bnda berlainan. contohnye sebelum ni aku belajar pasal masalah mental atau psychiatry. sekarang belajar surgery and emergency. dua topik ni, berlainan approach nye. mase belajar pscyh, mane ade 'aura' mcm berlakon dlm grey's. (kalau aku jd pelakon grey's aku nk watak mak cik adel, bini pengarah hosp). kalau korang ckp ngan aku system jam kredit tu, aku xbrape paham. sbb aku xpenah kna pikir brape subjek aku kna ambik utk satu2 sem, demi mencukupkan jam kredit. jargon betul bahasa itu. so korang kna xplain ngan pnjg lebar sbb aku mmg xphm.

ada baiknye sistem ini, sbb kalau contohnye aku dah fed-up dgn satu2 sistem. contohnye blajar pasal jantung, lepas 5 mnggu, aku bleh beralih arah. so refresh start, mood baru, dgn penuh semangat, YA! AKU AKAN BERUSAHA!. selain dari itu, ia membenarkan kami para bakal doktor, belajar adaptasi kpd situasi. kalau masuk surgery, org2nye semua pantas berlari. berkejar ke sana sini, hectic. datang kelas kna ontime. kalau kerja ngan general health, org2nye semua ramah-tamah, berlemah lembut, budi bahasa tinggi. kalau masuk wad kanak2 plak..aihh..tu taun dpn..otak kitorg pun kna asyik switch. kena on butang heart, kena on butang struktur otak, kna on butang bace ECG nih, kena on butang mcmane nk buat CPR? (utk memahami, korang kna ade imaginasi tinggi mcm aku). sbb jadi doktor ni kena pantas. pikir. ape nk buat next, ape yg xleh buat, ape yg akan membahayakan patient ni..haa. yg hampeh2 mcm aku ni pun, bile terlatih mcm ni, nnti insyaAllah boleh merawat org. jgn la doubt plak kebolehan kami ni. kami blajar susah2, senang ajek ckp 'doktor bkn tau pape, tau tukar ubat, kalau ubat tak berkesan, tukar ubat lain'. geram betul aku. haa, kan dah emo. eii, ingt aku nk sgt ke berhadapan ngan org sakit. bukannye bertujuan nak jadi hero pun selamatkan org. ni tanggungjawab besar ni. besar. mmg la hidup mati bukan di tangan kami, tapi..kalau doktor tak buat bnda2 tertentu, org sakit bleh mati. ape aku ckp ni? so kena la bnyk tau. nak kena bnyk tau tu, tensen tau x, tensen. bukannye senang nk pick up belajar ngan doktor2 lain. as 4th year student, apelah kami ni. doktor pn xlayan. blajar sndiri. bukannye always ade sistem 'buddy'..

kesimpulan utk harini..10minggu seterusnye (xmasuk cuti bln 8), aku akan stay kat emergency department, kena naik ambulance smpai pkul 10malam, kena belajar ENT ear nose throat, blajar mata, surgery2 kecik, gna alat shock org mcm dlm scrubs, kna bg ubat bius sebelum patient masuk surgery room, kna cucuk masukkan IV cannulation, kna present dpn kelas 30 org, kna ikut belakang doktor in charge kt surgery ward. ape die buat kna tlg. aku teringin nak jd tukang tulis dlm buku pesakit. nk tulis report tu. sbb tulisan doktor kan susah nk bace. so, aku nk tulis la sebijik2, biar semua org bleh bace. xkisah la mcm tulisan kanak2 pun. nnti sng org lain nk refer..nnti aku akan dpt kredit gak sbb kt bawah tu aku akan sign, report by nusaibah azman, 4th yr med stud.

Sunday, August 5, 2007

One Of Enam Jahanam


Ini adalah disebabkan beberapa hari kami mengusha blog si rasso. maka x pasal2 aku plak pose gaya ini. sungguh teruk si farah itu. mmg wajar die menjadi ahli enam jahanam. aku x brape pasti kenape die join group tu. mungkin disbbkan mereka terlampau nakal sewaktu darjah enam, maka mereka mendpt nama itu. biar betul? farah! betulkan cite saye ni?

kepada sesiapa yg ingin mengenali farah, bleh la klik di bahagian 'blogs that i stalk'. (disamping nk promote gmbr sndiri sbnrnye). farah, saye nk promote awak bleh x? ye. farah ni still single n available. silalah berkenalan kalau berminat. menarik juge perwatakannye. die mmpunyai gaya2 perempuan besi yg smmgnye besi. bercita2 lebih tinggi dari aku. die juga pandai bermain dgn kamera tahap ala-ala pro. xtau aa nama kamera die. selidik sendiri. selain dari blog, die juge mmpunyai fotopages. kami cuba sdaye upaya utk jadi kreatif dgn skins blog kami. namun, disbbkan masa yg tak mengizinkan kami belajar, maka kami tpakse gna yg koman2 mcm blogspot ni dulu. lgpun kami suke menulis aje.

sbnrnye ade sesuatu yg xdpt diluahkan kpd sesiapa. jantung berdebar2. forget it.

Saturday, August 4, 2007

Peristiwa Semalam

Ni time usrah le..aku ngadu aa, susah aa nk bace quran ari2, kalau busy aku xsmpat nk berbuat baik ni. Si zen membidas 'kalo ko ade mase update blog ari2, tu kire ko ade masa la tu'. Cis. Tapi ada benarnye jgk kata2 si zen tu. Heh, tp obvious la kan, si zen dah bace blog aku ari2. heheh~ run gastro bosan kan?

Hello to resuscitation run!

Aku rasa bru mnggu lepas aku kire brape minggu lg aku nak balik mesia. So xde pekdah aku kire sekali lg utk minggu ni. Walhal, tiket pun x dibeli lg. Masa xde. Wekend je free. Mase takde lg! Pdhal aku goyang kaki aje tatkala ni. Just tnggu pukul 2 utk kuar pegi beli ayam 4kg. Ade jamuan esok. Kalau la esok jamuan makan kenduri majlis aku.. Keke~mama, saye mau kawen.

Tiket mahal nk mampos. Walaupun aku menyediakan bajet NZD 1600, tp kalau bleh nk dpt NZD 1300. Aku xde la kisah sgt asal bleh balik. Tapi.. nak kira2 tu.. Em.em.Heh, tak tau ape nk ckp. Kalau terdesak duit xckup, akan dicancelkan idea nk turun ke Dunedine utk 3 hari. Tiket aje dah 200, baik xpyh jalan2. Tu kalau smpai, aku nk jgk beli souvenir. Souvenir! Adeh. Sakit otak sket pikir bnda ni. First yr dok negara org, nk balik kna pikir souvenir. Utk pengetahuan korang, family i terbesar kot di kalangan korang. Belah ummi 10 adik beradik, belah abah 10 adik beradik tp dah meninggal sorang mase kecik. Sepupu dah 40 something, I'm the third oldest. Heh, zen, bkn ko je family besar. Adik beradik aku pulak 7. Nak beli hadiah utk amin, ing, akim, dee, nas, bie. Nama kitorg mmg mcmni. Sependek huruf abc. Kesian kt nenek aku ajelah. Selalu tertukar yg mana d, yg mane b.

sbb tu aku nk ltak nama anak aku asparagus. aneh pun aneh. ingat pun snang. Anggerik ke, Amuk ke, Aurora ke..

Friday, August 3, 2007

The End of Psych


wahaha..aku mmg setia ngan blog aku.

7.37 pagi. maka siaplah report psychiatric yang pnjng lebar tuh. tulisnye pasal seorang patient. tapi panjangnye berjela, 10 muka surat!! xpenah aku buat report patient panjang2 mcm ni. dengan formulation nye, management plan la, personal experience pun nak kena tulis jgk? ngada2 a convenor psych aku ni. masalahnye, huhuk, 5th year ade lg psych run! adoi. penat penat wei. dah la, dgr2 khabarnye, dari anna le ni, ade long case osce. abes la mcm ni. stress. belum ape2 dah stress.

pkul 2ptg ni ade exam. sejam je. 5 soalan. tp kena buat case report mcm ni la. ni tangan aku ni, dah lama benor tak menulisnye. kalau aku fail aku pasrah. ape susah, re-sit balik. lgpun re-sit bleh arrange. nak buat sorang2 pn bleh. so xde aa malu sgt. lain la kalau kena re-sit dngan next group.

..hmm, bngun2 pagi td, 5.30 pagi, buat 5 perenggan formulation, tadaa. dah siap. heheh. tapi bile bace balik. asal ayat aku ni jadi sedap nih? grammar pun dah ok. hmm, thanks to zen and wani. sah2 le diorg betulkan time aku tido. nasib baik aku ni xcerewet. nak ubah, ubah la. suke sket ati aku.

lagu:asmaradana
penyanyi:tiara

adehh, teringat kat diyana plak. sbb die smpai gna lagu ni praktis menari plus exercise..

p/s: aku dah jmpa satu geng yg tulis blog sdap plak. lama la aku menatap skrin laptop wekend ni.

Thursday, August 2, 2007

It's Our Month!

haha..to leo-leo sekalian. marilah kita celebrate bulan kita sama-sama. yipee... berikut senarai nama-nama sape yg birthday bln ogos. disebabkan ku'kureng'an friendster..hanya update smpai next two week.. list di bawah hanya setakat 14 ogos..

zuharlida (farisian) - 1 august..my bestfren...
hafizah (farisian) - 1 august
hanisah (pmc) - 5 august
mardhiah (imu) - 6 august
wahidah (farisian) - 7 august
hussairi (farisian) - 8 august
wan nur hayati aka adeck (farisian) - 10 august
najwa (imu) - 11 august
aidy kapet (farisian) - 11 august
wawa (indon) - 11 august
fatin (pmc) - 12 august
rajifah aka g4 (farisian) - 12 august
syazwina (farisian) - 13 august
yanie (usm) - 14 august

family plak

hisyam - 14 august
ayah chik - 14 august
aishah syairah - 15 august
ayah din - 29 august
auni solehah - 31 august (anak merdeka nih)

hohhh..gile panjang list. yang farisian ajek dah ramai..padan la diorg ni mcm ade chemical jek ngan aku.

apepun..aku tensen nih. esok exam keje xsiap lg. report. mcmane la aku bleh confident sgt aku bleh siapkan bnda tu?? haa? aku xtau le knape mcm ni. hero meme x gaduh, ekh? or over excited, pscyh ending?

menyesal tak sudah..

cite psl wo sket. si wo cite la ni.. die pegi kedai makan, order nasi goreng mintak ayam bahagian dada. pastu pak cik kedai ckp.. 'sape nk makan bahagian dada ni tandanye nk kawin'. aku nk ckp satu jah wo. msti pak cik tu dah knal benar ngan mu. mu kan suke makan kepak. yg tetiba mengidam nk makan selain dari tu, mmg la pak cik tu saje je nk kenakan mu...

Wednesday, August 1, 2007

When You Couldn't Stop

..again i have this PSAE meeting. Meeting ala-ala mentor mantee, tutor tutee.. 5 students ngan sorang doctor/consultant or etc, tp kitorg dpt a psychiatrist. We stay together for the whole year. Disbbkan skang aku tngah run psych so, bnyk le mende bleh diskuss ngan mentor. Hek, aku suke sgt bile mentor aku ni bertanyekan soalan kt aku. Aku kan pendiam teramat, so die berusaha gile mengalakkan aku bercakap..mesti tnye 'wut do u think nuha'. aku akan bangga gile kalau ade sape2 hargai komen aku, quote balik ke, ape ke, tp, it just saying that i'm exist. pastu tnye 'how things in malaysia?'. hahah. time ni la aku suke kelentong diorg. kesian diorg kna tipu ngan aku. aku hentam kt malaysia ade 'asylum' utk org2 gila. maksud aku hospital tanjung rambutan la. pdhal tu hospital, bknnye totally tmpat isolation. tp mmg kite slalu mengaitkan 'gila' ngan tanjung rambutan. ye x? n that was the famous place kalau nk ckp psl org schizo ape ke.. pdhal kt kota bharu ade jgk hospital gila dkt2 jalan bayam. umah nenek aku kt situ. time aku kecik2 kan dok ngan nenek, so bile ade org gila tlepas...cpt2 kna masuk umah, n tinggal barbie aku kt tangga. maka hilang la barbie aku yg bleh dilentur otot kaki dan tangan tu..huwaa..sayangnye barbie tu. pastu aku tipu lg diorg, kat malaysia ada stigmatization. mana ade doctor gna pkataan 'depression' as diagnosis. it's like the last thing u want to hear from ur doctor. mcm penyakit jiwa. and kite asian suke dtg jmpa doktor dgn physiological symptoms, xpenah dtg complaint 'saye rasa xde mood la, doktor'. tp aku pun xpenah praktis kt psych ward or anything like that in malaysia, so biased gak la pendapat ni. dah la penah bgtau diorg yg kat malaysia mana ade Alcoholic Anonymous (AA) meeting. pdhal, ade yg ckp ade, tp maybe aku la yg ignorant. never heard of it. ada ekh?

tp aku suka la group meeting ni. biarpun bkn aku yg bcakap, tp diorg mcm meluahkan perasaan takut, mcmane nk jadi doktor, kadang2 ade problem ngan clinical decision making, being friendly and a friend to the patient. u can't be a friend if u r their doctor, but still u can be friendly with them. n isu mcm nurse skang bleh prescribe ubat..aku stuju ngan charlotte yg ckp, nurses, doctors, physiotherapists, social workers, each have different role. if nurses want badly to prescribe, then be a doctor, because nurses are supposed to care for the patients and that is their role. if they are trying to do something else, it's like diverting their focused on something else. kan? mmg la work as a nurse, we doctors value them, sometimes diorg lagi pandai dari doctor bcause of their experiences..tp ntah..kat sini aku belajar betapa pentingnye work in a team. u r not alone in decision making, u always have ur regs, consultants, tp kalau consultant berlagak, mcmane tu? hierarchy...hmm..

anyway, i can't stop thinking of adding my pinafore collection. walaupun aku bru ade kaler hitam and red...aku rase nk tmbh kaler putih plak..haha.rase mcm alice in the wonderland pun ade pakai pinafore nih..n seluar baggy. pendek kate, aku nk menambah koleksi wardrobe aku..heheh..ape kate tnggu aje balik mesia? lg murah, duit pun double..

tiba2 teringat kata2 aliyya dlm frenster die, 'blissfully married and loving every second of it'.. aliyya dok pmc penang, black somewhere over the sea,tp kalau parents xbg nak buat mcmane..as wo said, kalau nk kawin kna jd mature, xleh nk merajuk2 ngan parents xnk balik cuti kt mesia kalau diorg xbg kawin jgk..hahaha...aku rasa aku young at heart..kekekeke..

sekian untuk hari ni. haih..xsabar. this friday, officially psych run is ending..4 down, 2 more to go...surgery run and resuscitation..12weeks to go nuha..cayok2..pastu abis 4th year. cpt kan masa berlalu?

to mohd rozaen, yeah, u can say i'm happy now being in wellington. sampai aku call ummi pn bleh ckp i'm happy now, mmg la ada up and down, xsuka pegi kelas n all, but i'm coping. slow2. 'slow tp steady' bak kata wo.