Monday, December 31, 2007

Dia Cari Yang Lain?

2008 is just a few minutes away but I am not planning to celebrate it. I don’t know. A new year will be just like normal days for me, no difference will do to my usual routines. I guess this is what happens when you don’t have social contact with others. It’s like living in solitude. You don’t have the zest to live. I can’t say how I am feeling inside.

My New Year’s resolution? Ahh, I’ve been thinking about it for three weeks. Out of 23 years of my life, I never have a single resolution. Though some said we mature as we aged, 23 years.. 23 years, I am still a fool. (What am I thinking?) Reasons not to have a resolution before, I hate doing something within a time frame. It is a burden.

Back to the main point, I wish this year, I could stimulate myself to have interest in decorations of houses, the bathrooms, the bedrooms, living rooms, the walls, the kitchen, everything about the living space. Well, if I got the money I will surely use it to make my own house more comfy and stylish isn’t it? And I want to have my own style, my own preference. Maybe if I were working in somewhere remote (not remote but not KL certainly) where there is not much branded stores and megamall around, an interest in furnishing would surely help me in spending my money rather than keeping it in the bank or maybe worst, I might spend it on jewelry.

To make this resolution comes true, first, I need to increase my reading about these home-and-living thing. If I am studying in Malaysia, of course, there would be no problem as Anjung Seri and Impiana will provides good write-up and variety of finest selections on the topic. But then, yeah, that will be the first thing I’ll do when I reach Wellington. Going to Whitcoulls to buy my first magazine of furnishing? Perhiasan rumah?

Anyway, I remember a conversation on the radio about resolution. A caller, said that last year, she wished to get a new boyfriend and she got it, so it was a success resolution. But then, they broke-up. So her new resolution for this year, she wants to get a new boyfriend again. Hah? If I were her, I will do the extreme by aiming for 4 boyfriends at a same time instead of one. Life should be accompanied by revenge. Revenge is still the ultimate satisfaction.

Foot note : I don’t know why my judgement is out of sense lately. I don’t know what to decide, to do or is it wise to do something. In more simple words, I am not thinking as the usual me. And this is why I am writing in English.

Sunday, December 30, 2007

Tanduk Memang Tajam

Hari ni dah berapa hari bulan ye? Oh, 29 Dis. Hmm, lama giler aku beraya haji. Aku pun tak tau salahnya di mana. Maybe aku makan banyak. Maybe aku over-confident perut aku dapat tampung banyak makanan, mesin cerna dalam perut boleh proses semua daging lembu dan kambing, perut lembu, daging bakar, gulai daging, daging goreng, sup tulang.. slurrrppp. Makan.

Tanpa sedar. Timbang berat badan. Aku rasa macam nak terduduk. 5kg naik. Takpe la. 5kg je. Berat air la ni. Pagi esok turun la ni.

Esoknya. Timbang lagi. Uish. Tak turun. Aaa, maybe tak habis cerna lagi kot. Takpe, jangan makan banyak hari ni. Malam pun tak payah makan.

Esoknya. Ishhhh. Ape ni! Tak turun-turun. Mana bleh macam ni. Seluar baru beli. Baju baru beli. Tak muat la. Baju tahun lepas tak boleh pakai. Baju kurung pun dah memang memang memang kena ukur saiz baru. Aaaaaaa. Aku nak kena buat macammana??? Ishh, risaunya aku. Tumbesaran peringkat kedua ke?

Hak elah. Takde sape nak ukur pinggang berapa inci. Rilek aa. Lagipun setakat 5kg tu tak heran. 5kg dalam masa sebulan? BMI dulu underweight, skang dah 21. Kira ok la tu. Xde masalah pun.

Hujung Tanduk

Aku ditinggalkan?

Aku dah kena tinggal?

Biar betul?

Salah aku ke?

Aku ke yang bersalah?

Sape yang salah????

Aaaaa..ok la. Tukar topik

Nota kaki : tadi lalu di persisiran pantai, nampak Pulau Kapas. Wah, cantiknya ombak. Rasa nak aje pegi bercuti di tepi pantai. Sepanjang hari nak tengok ombak je. Ambik la perasaan aku ni jauh-jauh.

Sunday, December 23, 2007

Lembu Kambing Pertumpahan Berdarah

Aku baru je sedar, rupa-rupanya aku ni xleh ye, cakap lama-lama. Limit aku sejam. Lepas tu aku rasa xnak join, nak keluar dari kelompok yang sedang berbual itu. Kadang-kadang memang aku tidak berapa gemar untuk menyuarakan pendapat aku. Aku lebih suka mendengar. Dengar cerita tentang kehidupan, cerita tentang kejadian seram dan teladan versi moden. Pun begitu mak sedara aku sentiasa berpesan 'voice out your thought, build your confidence, learn how to convince people. Once you able to do that, you have succeed to put yourself one step higher'. Katanya kalau kita menjual barang, kita akan promote barang jualan kita tu habis-habisan. Begitu juga dengan bercakap untuk promosi diri sendiri. Kalau berjaya meraih attention tu kira berjaya menjual diri sendiri.

Tapi tidak mengapalah. Mendidik perasaan berkeyakinan tu pada aku, dah tak jadi kemestian bila melibatkan percakapan yang berlebih. Friendly does not mean you have to tell everything. Stop talking when, people don't wanna hear bout it (wutever you are talking about), making comments on something everyone knows about it, and saying something over and over again. Oh, and please stop talking just about yourself or worst bragging about your achievements. Boleh juga dikatakan aku ni orang yang mudah fed-up. Kuat dengki ya jugak. Kadang-kadang tu malas la aku nak make comments. Baik aku diam dan menulis.

Hmm, kadang-kadang, aku teringin juga nak pergi ke satu tempat yang sunyi, tepi tasik ke, camping kat situ dengan pelita tanah selama sekian-sekian hari, dan menyiapkan projek, menyudahkan tulis sebuah novel. Huh. Berangan. Walaupun aku ni takde bakat menulis dan idea pun xdelah boleh dikatakan imaginasi tinggi, aku suka membayangkan aku ni penulis. Kan penulis ni selalu digambarkan eccentric, lone ranger and mystery. Rasanya watak tu sesuai dengan jiwa aku. Hahahahah. Best juga jadi penulis, hidup dalam dunia sendiri, mengamati kehidupan alam dan siapkan satu kerja dalam satu masa. And macam specialise je kerja tu, pergi one place just to write a novel.

Padahal aku ni x suka bergaul ngan orang sangat so timbul la keinginan menulis-menulis ni.

Kenapa ya aku ni xde plak bercita-cita nak jadi ahli qariah.

Sunday, December 16, 2007

Can We Bring Yesterday Back Around

Tajuk bahasa omputeh tp aku tulis dalam bahasa. Aaa lantak. Aku xkisah sangat pun. Nanti-nanti la aku improve menulis inggeris. Haa, teka, tajuk tu dipetik dari sebuah lagu yg sentiasa berkumandang kt radio. Apakah tajuk lagu itu? Disebabkan aku ni memang baik hati giller, aku bagi clue. Dinyanyikan oleh penyanyi berkumpulan yg warna kulit bercampur.

Sejak aku berbaik-baik dengan sepupu-sepupu kecil aku, aku banyak dapat teka-teki. Kebanyakannya aku xleh jawab. Korang mesti penah dengar teka-teki ni, sbb budak2 tu ckp diorg ambik dari rancangan radio pagi2. X sure la hot atau era. Aku senaraikan yang aku ingt jelah ye. tp senang2 je ni. Saje bg memenuhkan blog aku, kalau tidak aku tulis hal personal.

1. Air apa paling tua di dunia? Kenape?
2. Macammana nak hentikan aliran air terjun? (mana-mana air terjun)
3. Sungai apa tak mengalir?
4. Binatang apa keluar head? (ni kalau teka dengan cara cakap, orang akan tertipu - head=haid) (xde markah kalau boleh jawab)
5. Bulan bintang, sape paling tua? Kenape?
6. Kain apa paling berat?
7. Apakah, masa kecik dia hitam, bila besar dia putih? (yang ni paling senang)
8. Pintu apa yang xboleh ditolak?

Haaa... aku akan bagi jawapan kalau ada banyak sambutan. Kalau xbanyak, aku diam jelah.

Satu lagi, aku ada masalah besar ni, sape rasa nak tolong aku?

Monday, December 10, 2007

Apa Erti Cantik?

Kalau korang ni suka tengok tv la kan. Kalau xbusy sangat, ada masa tengok tv la. Mesti at least pernah tengok iklan Dove oleh pengacara bertiga 3R tu. Meh aku petik sket la. Tapi betul atau tak wallahualam.

‘Apa ertinya cantik?’
‘Cantik ialah berani’
‘Cantik ialah lasak’
‘Cantik ialah berdikari’
‘Cantik ialah … (something to do with gym – sihat kot)’

Apa pun cantik tu subjektif. Bagi mak aku, cantik tu miskin. Sebab duit dihabiskan untuk bendalah make-up, pergi spa, sedut lemak, dan cucuk tang sana sini. Hihi. Mak aku ni banyak terpengaruh dengan tv series Spa Q dan magazine untuk perempuan tu. Yelah banyak kan pasal nak mengembalikan keremajaan, keayuan dan semua tu. Haa, baru-baru ni pun, rancangan Gedik Santai buat diskusi pasal cucuk2 gak. (Terbukti aku suka dok depan tv). Ahh, Bukan rancangan macam tu je. Disebabkan umah aku ni x order Astro tu, maka aku tengok la rancangan tv yang koman-koman nih. Tv1,tv2,tv3 dan tv9. tv8 langsung xdpt kt Tgganu. Jangan harap, Ntv7 plak kurang clear so mematikan niat nak tengok.

Oleh sebab skang ni ada Sukan Sea kt Korat, Thailand, pagi dan petang tengok siaran langsung sukan. Dok dengar la Haji Hasbullah tu cakap. Dok kira berapa pingat emas negara dapat. Yang ditarget dapat emas, xdapat, yang xdisangka dapat emas, berjaya pecah rekod pula. Itulah atlet kita. Aku pun xtau apa kena ngan diorg ni. Mungkin kita xperlu la nak target berapa nak dapat di Sukan Sea ni. Negara sasarkan dapat 64 pingat emas. Kita tunggu ya. Petang plak, kalau xtengok sukan, tengok la kartun-kartun yang bukan untuk usia aku di tv9. Spongebob, catdog, Jimmy Neutron, Dora, rancangan alih bahasa Steve and Blue tu (tak tau tajuk la). Malam tengok tv3 la. Hari isnin, Dunia baru, hari selasa Jelatang dan Kisah Kaisara, hari rabu xde best, hari khamis Anak Pontianak. Oh. 6.30 ada SpaQ. Pelakon semua pakai rambut palsu kecuali pelakon lelaki.

Nota kaki : Orang lain pegi Mekah tunai haji. Tahun ni Wahid Senario dan Sheila Rusli. Aku bila ya?

Hari Menjeling

Hahah. Hari ni umi asyik jeling je kt aku. Pagi smpai ke petang. Aku tanya kenape, x berjawab. Rupa-rupanya mak aku marah kt aku. Sebabnya.. sejak balik aku langsung x buat kerja umah pun. Menyapu tidak, menjemur kain tidak, apetah lagi masuk dapur. Sampai resepi masak kari pun aku dah lupa. Masuk santan, kena tambah air jugak ke x aa? Padahal aku mengajar sivik kt adik bongsu aku, Akim yg berusia 9 tahun. Cara-cara membantu orang tua ialah, tidak menyusahkan, tolong buat kerja rumah, bangun pagi awal, tidak membuat bising, kalau umi nak main computer games kna bagi, mandi kena awal dan sebagainya.

Umi mengadu kat Abah, katanya Nuha kalau time memasak, lesap, naik atas main computer, time makan, nombor satu turun makan, ada bau makanan je turun. Minum air tinggal cawan merata, orang lain jugak kna cuci. Jerang air banyak kali sehari, tp Umi nak minum air panaas mesti dah kosong kendi air. ‘Nuha ni jerang air untuk diri sendiri je ke, atau jerang air semalam?’ Hohoho. Kalau bab buat kerja sah-sah aku suruh adik aku. Mulut kan ada. Apalagi suruh-suruh la. Kalau aku dapat adik ipar awal sangat, aku nak buli. Aku nak suruh adik ipar pompuan aku buat semua benda. Hahaha. Ya, aku keji.

Aku rasa skang aku di zaman rebel. Lantak la nak marah ke ape, aku xnak buat.

Lagipun, aku balik 3 bulan, pastu aku akan lesap selama 2tahun plak, so xpe la kan kan? Boleh dimaafkan.

Siap la Nuha, esok-esok ko mesti dapat pembalasan, anak sendiri pemalas dan xdengar cakap, degil, suka merajuk dan rebellious!

Nota kaki : Banjir di Kelantan, Terengganu belum banjir, harap-harap tak akan. Raya haji ni minta-minta kampungku di Kelantan free of flood. Amin.

Tuesday, December 4, 2007

Beckham Mania

Akhirnya Nuha buat entry juga. Bagus2. Cuti dah satu pertiga lebih berlalu. Aku nak balik lagi 9hari. Tapi bila aku balik nnt mmg sah2 aku takkan update sebab internet rumah aku sangatlah lembab. So selama sebulan setengah nnt aku takkan buat entry baru, maka terserah kpd Nuha lah update hehe. Eniways ini gamba2 dari game Wellington Phoenix vs LA Galaxy. Aku rasa Nuha tak berapa suka letak gamba banyak2 dalam blog dia, tp aku xkira.. nak jugak letak. Terima kasih kpd kamera2 Farah yg punya zoom sngt power. =D
On the way ke Westpac Stadium

Terbang lintas oleh jet2 dari NZRAF - note mamat baju biru yg beria ituThe man himself - David BeckhamWellington Phoenix & LA GalaxyThe game is under way - Beckham nak amik cornerStreaker kene tackle dgn security guards Farah dan Beckham?Menunggu players keluar lepas game - Farah bwk beg Nuha lagi =)

Akhirnya kami balik

Final score LA Galaxy menang 4-1, walaupon Wellington punya captain telah berjaya sumbat gol paling awal. Beckham main full 90mins. Best juga rupanya tgk bola kat stadium nih. Tak sama cam tgk kat tv. Len kali nak pegi tgk rugby pula. Jom Nuha.

Monday, December 3, 2007

Pokoyo

Lama giler x bukak internet. Hidup tanpa internet ni xdela mengherankan diri sendiri sgt sbb bukan suka sgt mengadap computer except tngok blog org dan keje mendonlod kecil-kecilan. Apa khabar Prison Break Zen? Ketinggalan lama giler nmpak nya aku. Hebat juga aku selama bercuti x rindu2 pun kpd mainan game bodoh SIMS tu. (lepas tak main baru boleh kutuk mainan tu)

Hari tu aku jumpa Anna dan Najib. Pasangan terhangat di abad ini. The end.

Zen selalu bercakap tentang anak saudaranya yang ada 3 org tu. Aku akan bercakap pasal sepupu kecik aku pula. Mak sedara aku yang ke-6 (tak tau betul ke x perkiraan aku), telah melahirkan baby perempuan berat 4kg 10 hari yg lalu. Bayi tersebut merupakan anak ke-7 nya, secara tidak langsung menjadi cucu ke-42 Haji Omar dan Hajah Safiah. Fuyoo.. Isk isk isk. Ramai bapak. (Aku kerap menggunakan perkataan bapak skang sbb ikut anak2 mak sedara aku itu, org Tganu, besar bapak, kapal terbang bapak, kaki bapak dan etc). Bayi itu dinamakan Damia Qistina. Sebelum dinamakan, ada cadangan untuk dinamakan Damia Hanum (nama Farah tu). Damia Zulaikha la, Damia Putri la, dan lain2. Tapi ada pula sepupu kecilku yg lain, umur 2 tahun lebih, nak namakan Pokoyo. Nama watak dalam katun mana ntah dia amik.

Selain dari itu, mak sedara aku yang ke-8 plak, meninggalkan keempat-empat anak lelakinya yang berusia 9, 7, 4 dan 2 di rumah nenek aku sementara dia pergi menunaikan haji. Maka banyak la kanak2 kat umah nenek aku skang, riuh rendah sampai aku xleh tidur siang hari. Aku tetap xsuka budak2. Mak aku nak tinggal kt umah nenek seminggu lg. Tp aku rasa nak balik KT dah, bising aa sini.

Oo, skang ni pukul 2 pg. Baby Damia sedang kuat menangis. Biasa la baby, x tidur malam. Aku turut berjaga, tp xjaga baby la. Bukan anak aku, so xperlu aku sibuk2. Lagipun aku tak tahan sabar dengar budak nangis.

Bukti lama sangat aku tinjau blog sendiri, aku tak tahu menahu plak, Amnah dah tukar nama link ke blog aku jadi Nuha & Zen. Isk isk isk. Nampaknya Zen akan menjadi penulis tetap la nanti. Aku jeles gila tengok gambar Zen berjalan sakan. Sebab tu x berapa nak update. Nanti xde la orang nak teman aku. Bawak jalan Nabahah la..

Aku kat sini, banyak hati terguris.

Saturday, December 1, 2007

Demam Bola (or demam Beckham?)

Malam ini kami akan pegi tgk bola. Wellington Phoenix lawan LA Galaxy. Lawan diimport khas dari LA tuh. Terry Serepisos pemilik Phoenix dan WCC dah berhabis berjuta semata2 nak bawak team Galaxy datang NZ. Tapi dengar2 khabar pulangan pon baik lah. Masa practice pon dekat 14000 org pegi. Masa game betul nanti sure lagi ramai. Semalam pon aga game juga. Phoenix lawan Adelaide United FC. Salah satu team yg juga ada dalam Hyundai A-League. Football league Australia tapi Wellington pon join juga. Semalam record attendance utk local league game. 18,345 penonton. Mmg riuh lah stadium. Baru tahu macam mana perasaan tgk bola live. Tapi akhirnya Phoenix kalah 1-2. Kalau nak tgk gambar sila menjenguk ke blog Farah. Kitorang guna camera dia je. Farah bawak 2 kamera semata2 nk amik gambar. Tapi tak charge bateri. So half time abis bateri satu camera isk isk. Eniways, itu jer lah. Dah 10tahun aku tgk Beckham kat tv so harap2 bleh tgk Beckham dekat2 sket malam ni heheh.