Friday, March 28, 2008

Rotorua Road Trip 2008 - Day 3

Fuhh. Lama giler nak siapkan entry2 nih. Letih. Aku dah tahap cut n paste je gambar. Tak tengok dah yg mana lawa. Tak banyak gambar aku sorang2. Tu lebeh utk frenster.

Hari ke-3.

Kecoh. Kecoh aa. Sape yg cakap nk bangun pukul 5 tapi x bangun?? Ape pun kitorg berjaya bertolak pukul 630 pg. Aku dan Ayuni breakfast kopi + pizze semalam. Check out. Disebabkan aku konon nak sambung tidur, aku pon dok depan. Tak payah nak bersempit kat belakang.



Breakfast di Taupo. Kecoh. Makan pancake. Anna n Unai je beli sebab orang lain dah breakfast. Kami jalan2 kejap kat tasik taupo. Banyak gambar pose bestfriend and westlife ambik kat sini.






Then, decide nak melawat Ohakune la plak. Tak nak ikut jalan hari tu. Saje nak mengambil angin. Kitorg stop kat look out ni before sampai National Park Tongangiro.



Sampai Ohakune. Lapar. Dekat pukul 12. Berhenti makan roti danish new world. Nyum nyum. Ni pun kitorg nak ambik gambar jugak.


Vote. Sama ada nak balik ikut jalan hari tu or kite pegi Wanganui?? Setelah kira km, tak jauh bezanya. Driver tak kisah, undi seri antara penumpang. Tapi last2 pegi jugak Wanganui. Jalan sangat bengkok2 sampai kena tukar kepada 4wheeldrive. Ayuni tak tidur sebab cuak kot jalan curam. Memang curam. 2 jam semua cuak dan berjaga2.

Oh. On the way back ni macam best sket sebab Ayuni jaga, tak tidur banyak, n pills mendatangkan kesan kot. Sea legs.

Sampai di Wanganui. Pegi i centre. Peramah sungguh orang di situ. Maka kami pun pegi ke major attraction kat Wanganui. Tower ni. Dan kena lalu tunnel ni before sampai atas bukit.





Kami belum makan. Dah pukul 3. Terus ke Bulls sebab kat situ ada orang cakap kebab sedap. Makan di Bulls. Yummy. Sedap la jugak. Tapi aku tak dapat habiskan sebab pedas sangat.


Kami singgah di Palmerston North lagi. Unai cakap, 'rasa macam ni kampung kite plak sebab macam wajib datang tempat ni'. Still. Cuaca xde la elok sngat.




Berfoya siot lepas tu. Suasana makin happy. Magrib makin dekat. Kitorg tak smayang lagi. Berhenti smayang somewhere.. aku pun tak tau kat mana. Anyway, tu sejam sebelum sampai Welly. Aku seronok je tengok Welly. I miss u Wellington. Kenyataan : balik ke dunia asal. No more fun. Kena pikir masalah ngan Wo jugak masa tu.


The end.

Rotorua Road Trip 2008 - Day 2

Hmm. Hari kedua. Ulasan tak banyak. Kami pergi dua tempat sahaja.

Pagi. Bangun pun lambat. Semua tak bangun. Pukul 900++ baru kuar motel. Gaduh pasal jalan. Sampai kena pegi i centre.



Kami sampai kat tempat naik gondola. Mintak maaflah. Aku memang kurang ambik tau nama tempat. Yang aku tau tempat skyride, skyline je. Beli tiket. Aku, Zen and Firdaus beli tiket utk skyswing skali sebab total 60. Murah la tu. Tapi aku simpan hasrat nak tarik diri kalau menggerunkan. Lagipun Zen nak naik sangat. Takkan die nak naik ngan Firdaus je.



Kami main luge. Seronok. Ada 3 track, scenic, intermediate, and advanced. Setiap kali lalu track smpai bawah sana, kitorg kena naik swing? yg open macam gambar nih. Kaki aku kejung. Takut giler. Mana la tau kalau2 aku gerak, aku boleh jatuh. Oh. Aku takut pada ketinggian. Lupa nak cakap.






Bila sampai atas balik, sambil tunggu turn, kitorg ambik gambar. So mane la tak habis bateri. Gambar average 100 snap sehari. Huhu. Bayar 42nzd, 5 luge + gondola ride (naik dan turun).





Kemudian kami naik skyswing. Ada beli video. Buruk. Buruk giler. Aku sorang je yang menjerit. Dua orang lagi macho.


Kemudian pegi Wao-Tapu. Tempat mud boiling and geyser airpanas. Suka hatilah. Aku tak tau ape tempat ni. Dan aku takde la berminat sangat pasal geologi ni. Panas giler kt sini. Hangat. Jalan pulak jauh. Zen dah lapar. So mood tak baik. Unai memang tak berminat tempat macam ni. Aku,.. dah letih kot. Maka Anna dan Firdaus jelah yang enjoy kat sini.






Balik. Lapar. Pukul 5. Belum lunch sebab kejar masa. Take away Pizza. Ada orang tersalah sebut 'pizze'. Giler kl. Balik motel smayang n makan. Tengok citer john tucker must die kat tv.

Kemudian kuar balik, menghayati senja kat tasik rotorua. Best jugak. Mendamaikan fikiran.




Malam. Main kad. Entah brape pusingan. Anna sakit malam tu. Berair hidung. Tido pukul 12. Aku gaduh ngan Zen malam tu. So xde la mesyuarat tingkap.

Rotorua Road Trip 2008 - Day 1

Walaupun aku letih dan dah malam, aku akan habiskan jugak pasal road trip ni. Sebab unsettled things should be done before I go to Palmy. Kang aku jenazah, menyesal plak sebab tak habiskan benda ni. (Tak nak pegi sebenarnye)

OK. Pagi tersebut kitorg bertolak lebih kurang pukul 630 pg. Unai bagai x percaya sbb semua tepati masa. Unai juga baca doa selamat sebelum bertolak. Mula2 aku ingat dia nak baca doa penuh. Tapi.. pendek jela. 6-7 patah. Kami pun bertolak. Aku suka je sebab yay..naik kereta. Lalu tepi pantai jugak.

Perhentian pertama : Ayuni muntah. Xde gambar. Xde ulasan.

Perhentian kedua : Aku dah lupa knape berhenti kat stesen minyak ni. Tapi kitorg stop, beli2 dan pegi tandas. Lgpun dah 2 jam atas kereta.




Perhentian ketiga : Sampai kat padang Ashurst. Kitorg salah jalan. Padahal nak pegi atas bukit. Tapi sampai tempat lain. Mesti sebab banyak sangat borak. Kami pun makan kat situ sebab kalau atas bukit takde tempat makan. N Firdaus mana nak kasi makan dalam pajero die.


Cakap pasal Mahathir, Tunku, Anwar dan Pak Lah di tengah padang. Susah ada 2 orang debater nih. Aku n Anna seronok bergambar.

Perhentian keempat : Windfarm. Kabus. Gelap. Baru pukul 9. Sejuk. Gambar gelap. Berlalu dengan harapan, untuk kembali kalau ada masa.



Berlari. Kecik sungguh manusia nih dibandingkan dengan tiang ni.
Cik Unai turut berlari.

Perhentian kelime : Kat scenic look out tepi jalan. Barulah Zen ceria sebab the pills finally kick in. Lagipun Zen lega sebab berhenti naik kereta.




Perhentian keenam : Waoiru. Kitorg singgah kat Army Museum tapi xmasuk pun sebab dikenakan bayaran. Kami ambil gambar dekat tank ni jelah. Dah cukup. Unai nak minum kopi sebab ngantuk. Tapi tak mendapat sambutan. Semua tak nak bayar. Cafe kat situ nampak high-class sangat.




Perjalanan diteruskan walau sebenarnye dah pukul 1, all of us belum lunch.

Perhentian keenam : Taupo. Masa ni Firdaus dah start marah2 sebab dah lapar kot. Dah pukul 4 tapi belum sampai Rotorua lg. Kitorg makan kt McD. Masa kitorg jalan, semua orang tengok. Tak pernah nampak tourist pakai tudung kot.



Perhentian ketujuh : Huka Falls. Kami diberi masa 10 minit je bergambar kat sini. Tapi xde ape sangat pun. Dah la cuaca amatlah panas. Fuhhhh.



Perhentian kelapan : Barulah kami sampai di Rotorua. Check in, smayang, kuar balik pegi Pak N Save konon nak beli ayam,nak masak. Pak N Save tutup. Dude. Easter Friday! Take away ayam Nandos. Balik masak nasi.

Malam : Tido awal. Pukul 11 semua dah masuk tidur.