Wednesday, April 30, 2008

The Broken-Hearted


95%. Sikit lagi nak dapat 100%. Kalau lah dalam exam pun dapat markah macam ni kan bagus. Hmm, agak betul kot aku suka emosi. Sebab tulah, korang kena bersabar dengan aku, sebab aku nak tulis pasal perasaan lagi! Ngehngeh..

Patut la aku gembira sangat2 semalam, rupa2nya hari ni dah jadi hambar. Nak excited apa lg, exam pun dah habis. Skang ni aku macam tak tau nak buat ape dan mulalah aku akan melayan perasaan. Uhuk. Baik pegi jogging. Semalam aku beriya nak pegi dinner ngan budak group aku, tapi memandangkan lepas abis je exam, mood aku serta merta berubah. Exam susah. Duhh. Kenapa la soalan macam tu sekali.

Aku nak gunakan satu analogi untuk menggambarkan perasaan aku sekarang. Korang ingat lagi tak cerita Monster Inc? Monster yg besar dan budak kecik nama Boo tu? Haa, skang ni aku ibarat Sulley, monster besar tuh. Dan aku mempunyai sebuah pintu untuk menghubungkan aku kepada Boo. Masalahnye skang, aku dah pun bulldoze pintu tu dah jadi serpih-serpih, yang tak tau la hilang pegi mana. Aku tak nak tau pun mana serpih2 tu pegi. Maybe ada yg smpai ke Pulau Mauritius, Pulau Hawaii dan Madagascar. Tapi aku tak nak pegi kutip pun. Dan aku tak nak tau pun ape jd kepada Boo di sebalik pintu tu. Boo mestilah ada mak ayah, kawan2 dan org2 lain. Lgpun Boo dah besar. Tugas aku pun berbeza skang, dulu aku suka takutkan budak. Skang aku jadi pak lawak, buat kanak2 ketawa utk generate energy kat dalam dunia monster aku.


Dan aku ialah monster. Aku kena berkawan ngan monster2 je. Kami hodoh, aneh, tapi lagi unik dan mempunyai ciri2 tersendiri! Dan aku pulak, ada dua tanduk! Yang membuktikan kenapa kadang2 kelakuan aku tu susah untuk difahami. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi aku suka buat benda aku suka dan apa yg aku nak. Aku tak suka dikongkong. Aku tak suka diajar2, kecuali dengan cara yg betul. Cara yg aku boleh terima. Gila sombong! Well, aku monster. Besar. Ego pun besar. Entry ni bertajuk broken-hearted, so aku kna berterus-terang habis-habisan kat sini.

Aku boleh aje kalau nak berputus asa. Xnak pegi skolah. Or berhenti menulis dalam exam 3jam td. Berhenti berfikir, biar keadaan yg tentukan nasib aku? Isk isk isk. Kalau boleh, aku tak nak la macam tu. Hidup aku, aku nak biar ke depan. Kenapa nak pandang belakang dan ulang2 benda yg sama. Tak ke buang masa? Biar la masa ni cepat sikit berlalu. Biar aku boleh kerja. Kalau keluarga marah aku, hmm, tak balik negeri la aku. Aku nak ikut Suparman balik Indonesia la macam ni! Kan Uderk?

Aku tujukan lagu Say It Again by Natasha Bedingfield, khas untuk Mr Suparman.

Tuesday, April 29, 2008

End Of April

Disebab kan aku terlalu happy, sampai xnak baca buku.. maka aku nak tulis something la kat sini.

Oh, ya! Anna telah memuji aku secara berlebihan dalam blog dia, (link ada kt tepi sana) yang mungkin ada sedikit sebanyak menyumbang kpd kegembiraan aku.

Ok. Kali ni aku nak bercakap pasal perasaan aku. Boleh kan? Ni blog aku suka hati la aku nak cakap pasal ape. Kalau korang malas nak layan pasal perasaan2 ni, boleh blah dari page ni.

1. Aku tak nak la mengaku. Aku pun tak nak pikir banyak sangat hal ni. Tapi... Hmm, patut ke aku mengaku aa? Untuk kebaikan diri sendiri, biar aku jelah yg tau, dan orang2 terdekat.
2. Aku happy yang melampau. Dalam situasi sekarang. Ada 2 bnda boleh jadi. Satu, false happiness. Dua, true happiness. Ape point aku ni? Ntah la korang. Aku pun dah masuk tahap confuse ngan perasaan aku sampai aku malas nak layan dah. So aku akan baca buku. Dan aku rasa buku tu teramat menarik sekarang?! Aku pun rasa pelik. Sebab sebelum ni, aku agak malas nak belajar. Yang aku tau, nak main je. (Macammana nak jumpa Mr Suparman kalau tak mature ni?)
3. Aku perasan muka aku berseri2. Tak ke pelik?
4. Aku gian nak jogging. Sebab aku rasa akan sihat, kulit lagi cantik dan menyihatkan rambut. Tak ke pelik? Memang la masa jogging tu macam heaven, personal time, listen to my own crap music, hirup udara segar, tengok langit, meludah sana sini dan take my own sweet time, nak lari banyak mana atau nk jalan je ke. Tapi.. aku tgah happy skang ni, tak stress pun?
5. Bila waktu pagi aku keluar untuk pegi skolah, aku akan rasa dunia ni terbuka luas untuk aku. Tak ke satu lg bnda pelik??
6. Dan juga ada masa aku akan rasa amat tenang. Tapi ada juga masa........

Sebab tu aku tak sabar nak habis exam besok. Supaya aku bleh tengok, adekah exam dan stress tu memainkan suatu peranan dalam ekspresi perasaan aku. Dan disebabkan dah dapat duit, aku rasa sangatlah teringin utk beli kot lagi. Sedangkan cukup je. Tapi nak lagi. Aduhh! Nusaibah, ko sedar tak ko nak turun south island jun nanti?

Sunday, April 27, 2008

Suparman, Where Are You?

Aku xde mende nk tulis pun. Tapi aku tak sabar nak tunggu minggu depan!

Sebab minggu depan, habis la segala tekanan yang menekan jiwa nih.. Boleh la aku menghirup udara kelegaan sket. Nak pegi berkayak ke, main air laut ke, kan kan?

Mana aa Mr Suparman aku. Aku wonder dia tgah buat apa agaknye skang ni? Hmm...

Saturday, April 26, 2008

Anzac Day

Disebabkan Nuha sngt bizi skarang sampai xde masa nk buat entry, biarlah aku bulat lagi satu entry. Kitorang gi jalan2 masa cuti Anzac Day hari jumaat tu. Nuha tak nk ikut.. nasib ler hehe. Memula gi tgk majlis memperingati askar2 kat depan parliament tu.. pastu gi makan2 pastu gi main2 kat harbour.
Majlis memorial utk askar2

Mamat bronze kat harbour yg menarik perhatian semua org

Ana dan Zen naik beskal, Udeq naik scooter tolak, Mel guna rollerblades

Berbeskal sampai ke Oriental Bay

Pinjam rollerblades Mel, tumpang tenaga Ana kejap

Friday, April 25, 2008

The Group of Death


Aku ahli group F. Satu group aku kene pegi jumpa associate dean of student affairs semalam (macam penolong kanan hal ehwal murid lah). Group aku dilabel sebagai 'the group of death'. Disebabkan masyarakat di spital tu sngt lah suka berinteraksi antara satu sama lain (gossip la tu), aku rasa nanti semua department akan tahu reputasi group kitorang. Masa depan group kitorang nampak kelam. Org komen pasal kitorang tak cukup menunjukkan minat, dan tak proaktif. Hhmm susah juga. Selalu org kene komen kalau masalah disiplin and perangai tak elok. Banyak songeh lah para doktor ngan professor nih. Nak semua org jadi outspoken ke? Biarlah kalau org tak nak cakap banyak dalam kelas. Nak buat cemaner kalau semua org dalam group tu cume nk bercakap bila dah ditanyer. Bukannya bermaksud kurang ilmu berbanding org lain kalau tak bercakap. Kalau nk student yg suka bercakap sebelum ditanya, silah ke group E, hampir semua ahli group diorang macam tu. Group aku mmg group senyap, nk buat cemaner.


Sekian luahan hati aku.

Tuesday, April 22, 2008

Strike? Strike out?

Ini bowling strike, bukan Jr Doctors' strike
Hari ni aku free. Cuma ada satu tutorial pukul 1pm nnt. So aku pon bercadang nk menjalankan keje ethics essay aku yg terbengkalai kat 150words jer tu hahah. Hari ni juga bermulalah strike para junior doctors kat seluruh NZ. Junior doctors, namely House Officers ngan Junior Registrars akan ber'strike' selama dua hari sebab nak mintak pay rise 10% annually for 3 years. Tp strike kt sini xder lah sampai beramai2 keluar bawak papan tanda, diorang cumer tak gi keje jer.

Ironically, para doktor yg tak strike yg akan meng'cover' keje doktor ryg strike akan dapat elaun extra yg sangatlah lumayan. Rumours yg berterbangan cakap kalau cover shift siang dapat nzd250 per hour, kalau after hours nzd500 per hour. Uish2 kalau cover satu oncall nights jer pon dah bleh dapat 3-4k dlm satu malam. Ada Reg kat klinik smalam cakap dia xnak strike kali ni. Dia dah pernah join last time dan dia kate dia 'didn't feel good about it' Tak gi keje saja2 dan xde lah dapat apa yg diinginkan sngt. Baiklah dia keje jer. Bagus2.

Kalau aku? Aku rasa mungkin aku tak join strike2 nih, sebab aku bukan org union, aku x suka mempersoalkan authority. (hehe iyer ke?) Lagipon kalau aku terus keje aku akan dapat elaun extra dan kalau strike tu berjaya, gaji aku pon naik juge. Hahah betapa selfish dan materialistik nya pemikiran aku. Tetapi berbalik kpd realiti, aku hanyalah student yg xder hak pon nak buat strike. Bak kate pakcik Larsen, You guys as students, you CANNOT strike, you are in NO position at all to strike. Hhmm yerlaa yerlaa.

Tp apa2 pon aku rasa xpatut ler strike sebab nk naik gaji ni. Gaji doktor kat sini bukan lah rendah sngt pon. NZ suka nk bandingkan negara dia ngan OZ or UK or negara2 yg dah developed dan population berpuluh2 kali lagi banyak dari diorang. Padahal bukan lah membanguan sngt pon NZ ni. Negara agriculture jer pon NZ ni. Kalau xdok bawah sovereignty permaisuri elizabeth tu, agaknyer lebih xmembangun dari Mesia. Hehe seronok jer aku mengutuk. Xper lah, kat sini kita bebas bersuara. Freedom of speech or freedom of writing. Apa2 jer lah. OK lah xde idea dah. Sekian.

Monday, April 21, 2008

All Time Loser


What a long day...

Hari ni, aku dah start skolah. Aku dan Zen. Agak produktif dan banyak belajar bnyak hari ni. Dan aku pun agak berusaha untuk discussion pasal asthma td. Almaklum, cikgu garang, so prepare la sket. Agak tak percaya jugak. Sebab aku baru prepare hari ni. Semalam aku tido awal. Kiranya, concentration aku takde la teruk sangat. Under pressure ni lagi bagus rupanya untuk berjaya. Hmm, penemuan baru. Tak impossible untuk pass hujung tahun ni. Go Nuha!

Tadi ada sesi perkenalan lagi. Hmm, tak habis2 nak berkenalan. Sebab kelas kitorg asyik2 ngan cikgu baru, nurse ke, tu la, ni la, so diorg nak la kenal nama, asal usul, n imagine where are u in 5 years. Best betul apa yg diorg nak tau. Aku? Aku sah sah nmpak diri sndiri. Bekerja. Malaysia.

Tapi.. suprise suprise. Ada seseorang dalam kelas aku telah menjawab 'In 5 years, hopefully I'm married'. Hahah. Semua orang gelak. Sebab xde sape sangka pun budak ni sangat open. Ni budak perempuan. Hmm, lepas tu.. seorang budak laki pulak jawab 'Start a family, have kids'. Dalam 5 tahun. Ko biar benar? Serius?? Sebelum tu ko kna pregnantkan a woman. Dan sungguh pelik orang putih nak anak. Kawan2 yg lain turut terkejut. Sorang lagi menjawab, 'I will be a house surgeon, working somewhere in New Zealand'. Still house surgeon? Ade chance nak repeat year la ni.. Huhu. Sebab house surgeon 3 tahun je, pastu dah jadi Senior House Surgeon (SHO), kan Zen? Apepun, kebanyakan budak group aku nak kerja oversea, ade yg nak gi Australia, Africa, third world countries, London, Italy, Canada.. macam2.


Aku nak beli kereta. Hujung tahun ni, aku nak kuatkan semangat amik lesen kat sini. Tahun depan, kalau aku pass dan jadi TI, aku nak kuar Welly. Nak travel. Nak hidup dalam kereta. Xnak sewa umah kat Wellington. Sebelum balik Malaysia, aku akan bakar kereta ni.

Thursday, April 17, 2008

Aku Tak Beremosi

Baru2 ni Udeq suruh aku amik personality test ni kat internet. Semalam dapat emel result dia. Hari ni aku nk tunjukkan score 'Emotionality' aku. Aku dapat 41, iaitu jauh lebih rendah berbanding ngan average female mahupon male. Heheh dia ckp lebih rendah score, maksudnya seseorang tu lebih 'CALM'. So bila selama ni banyak org yg cakap aku ni tak pernah nk excited pasal apa2 yg org cakap, well what can I say. I'm a VERY calm person. I do not get excited or agitated easily. (unless nak exam hehe)


Lagi satu result tu ckp aku ni juga sangat lah easily distracted. Tapi yg bagusnya dia cakap org2 yg dapat score thorougness rendah ni FLEXIBLE dan buleh MULTI-TASKING. So ada jugak bagusnya. Hahah, patutlah aku rasa attention span aku mmg kurang pon. Macam mana aku nk jadi surgeon nih. Huhuhuh.

Inilah sedikit sebanyak pasal personality aku yg dijudgekan dari online test yang tak tentu credibility nya. Korang patut tgk Udeq punya score. Dedua sections ni score Udeq tinggi sket dari average female. Haha betapa berbezanya aku ngan Udeq. Tapi kitorang kamceng gak. Mungkin sebab opposite attraction. Hahahah. OKlah dats all, aku nk gi wat keje ethics essay.
update: ini link kpd saper2 yg nk buat test ni jugak http://www.personality100.com/

Wednesday, April 16, 2008

Aku nak terbang


Aku baru sedar aku dah buat 23 entries kat blog Nuha ni. So jadilah ini entry ke 24. Kali ni aku nk letak lirik lagu jer. Lagu Rama-rama nyanyian Ella. Tiba2 bila denga rlagu ni teringat Hadi yg suka jugak lagu ni. Hadi is my 3 year old nephew. Dia siap ingat lagi cd mana dalam kete abg aku yg ada lagu ni dan bleh humming2 sket. Lagi pon aku rasa lagu ni bererti. Aku nk letak lagu jugak, tp xreti.

Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspidisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
kerana yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.

Monday, April 14, 2008

McDreamy Part II


Hmm, aku harap Wo akan baca dan paham segala ape yg Zen cakap di bawah sana. Memang nasihat Zen amatlah bernas dan patut diikuti ramai. Kepada Wo, I'm just hoping the best for u. Kepada Zen, bravo untuk entry yg bagus.

Masa aku posting kat Palmy, time aku pegi sekolah di Foxton untuk bagi injection booster DPT, aku telah berborak2 dengan seorang budak. Seperti biasa, tanye la ape nak jadi nnti besar.

"I want to be a farmer!"

Hmm. Terkelu gak aku. Budak ni nak jadi farmer je? Je? Cuba la keluar dari kampung. Pegi bandar ke. Minat la nak jadi benda lain. Tapi mungkin dia dibesarkan kat ladang. So dalam kepala otak diorang tau nak sambung kerja keluarga turun temurun kot.

Memanglah New Zealand ni sesuai untuk ternak-menternak. Malah dalam Tv pun ade iklan supaya 'marilah kita semua jadi penternak lembu! Kerajaan akan tolong. Bertukarlah kepada kerjaya yang sungguh best ini'. Ya. Kawan aku yang mempunyai degree engineering, tapi sekarang jadi peladang cili, pernah berkata pada aku, 'susah woo nak jaga biri2, lembu, macam jaga anak'.

Hmm.. Sure. Kena make sure makan. Kalau sakit kena jaga elok2. Kang mati. Dah la berat. Pastu nak kena lak training2 diorg. Kambing, ni ialah tempat makan ko. Kambing, aku tinggal korang makan kat sini, jangan pegi mane2 ekh. Kambing, hari ni aku nak cukur bulu kau, aku nak jual, ko jangan degil ok. No hard feeling. Bukan aku tak sayang bulu ko (aku sayang ok, ko nampak cantik giler ngan bulu ko) tapi bulu ko boleh buat duit tau tak. Kalau ko sejuk, ko duduk himpit2 ngan kambing lain. Ade paham? Kambing, sini tempat tidur. Cuba jangan kencing kat sini. Atau, kambing, hari ni aku sedih. Give me a hug please. Sure kambing tak paham. Hahahaa.

Aku pun rasa kalau aku tak berjaya jadi doktor, aku nak jaga lembu. Lagipun ayah Wo sendiri dah ade beberapa ekor lembu. Even Wo cakap jaga lembu tak best. Busuk. Hmm, kalau kerja doktor tak menjadi la. Heheh. Malas jugak nak main ngan busuk lembu. Especially dung dung dung. Tapi mungkin agak kaya ada lembu. Sekali jual beribu.

Sunday, April 13, 2008

McDreamy (ciplak dari uderque.blogspot)

Udeq baru2 ni buat entry pasal dreams dia masa zaman memuda dulu. Dah tu menarik banyak komen. Aku pon nk buat jugak lah. Aku pon ada beberapa cita2 gak zaman muda2 dulu.

1. Masa sekolah rendah, aku minat nak jadi accountant. Aku bukan paham pon keje accountant macam maner. Cuma masa tu aku suka subjek maths, dan aku ingat accountant keje ngan number. Tapi biasa lah, dulu2 semua benda pon aku nk jadi. Setahun dua lepas tu hilang minat terus. Sebbaik x amik course accounting, sebab skang ni nampak number jer terus otak terasa beku hahaha.

2. Dalam darjah 6 dan menengah rendah, aku develop minat ngan komik plak. Langsung aku pon bercita2 nak jadi pelukis komik. Lepas tu aku pikir, macam kurang peluang pekerjaan jer pelukis komik ni. Lagipon penat nanti nk kene pikir idea baru setiap hari. So aku tukar kepada nak jadi architect. Masa2 ni jugak aku berangan nk buat rumah, dan aku selalu buat floor plan utk rumah idaman aku. Dalam kelas lukisan pon aku mula lukis2 bangunan. Hahah. Tapi akhirnya cita2 bertukar lagi.

3. Lepas masuk Tepeng, aku minat giler subjek physics. Aku pon berpikir2 nk jadi engineer. Mechanical engineer to be exact. Automotif engineer pon ok gak. (aku tgh giller pasal F1 masa ni) Cikgu Shahrome Daud tu memang best giller mengajar fizik. Aku xpernah tido subjek dia (seingat aku lah hehe). Tambahan pula kakak aku dah grad dari cos kejuruteraan dan gaji macam mantap jer. Aku ni mata duitan juga. Heheh.

4. Last2 aku buat course medicine. Sebenarnya, ada juga cita2 nk jadi doktor timbul tenggelam dari kecik smpai besar. Femes cita2 doktor nih. Cuma skali lagi aku rasa jadi doktor macam best dah bleh buat duit. (iye ke? macam tak jer heheh) Masa form 4-5 subjek bio adalah subjek tido aku huhuhu. Tapi dah rezeki dapat tajaan. So jadilah aku amik course ni kat sini.

Kesimpulannya, kita selalu tanyer budak2 dah besar nanti nk jadi apa. Tapi aku rasa xde gunanya. Cita2 selalunya bertukar2 ikut peredaran minat dan pertambahan pengalaman budak2 pasal dunia. Tak dinafikan cita2 penting utk bagi hala tuju, dan utk bagi keyakinan kat seseorang that they can be whatever they wanna be, as long as sanggup berusaha.

So walaupon jalan aku sekarang tak sama ngan apa yg aku rasa2 nk jadi dulu, aku rasa mungkin ini yg terbagus utk aku. Dan since i'm doing this, i'm gonna try and give it my best. pada pendapat aku, It doesnt matter what you do. What matter is how you do it. Do something well and it'll be good for everyone.

In term of sekarang ni aku rasa ayat ni summed up apa yg aku rasa. “Do you what you love, learn to love what you do, or if you can’t do either, do something else,” I do love parts of what i'm doing now, but i'm also still trying to love other parts of it. Harap2 berjaya kalau tak aku kene tukar profession nanti. Susah pulak jadinya karang. Hohoho.

Somewhere Only Me Know

"Honey, I want a special mug" kata perempuan mat saleh itu tatkala mereka melalui bahagian barang2 dapur.

"But you already have one" balas pakwe die kot.

Hah. Memang. Apesal ko tamak aa? Nasib baik pakwe ko ade. Xde la ko membeli-belah ngan melampau. Unnecessary. Tau tak. Unnecessary. Aku suka dengar perbualan orang lain. Benda normal kalau jalan sorang2.

Anyway, hehe, aku beli jugak mug baru untuk diri sendiri. Tapi satu jelah. Biasanye aku akan berhasrat untuk beli a pair. Tapi.. buat pe. Short term je nak guna mug ni. Untuk kegunaan di New Zealand. Mug, no hard feeling ok? I'm not bringing u back home in Malaysia. Perghhh, nasib baik mug xde perasaan.

Ape aku buat hari ni?

Pagi sudah keluar bersama Farah ke pasar. Ni pertama kali aku ke pasar kat Welly. Tapi aku tak beli ape2 pun. Mata aku selalu asyik tengok budak2 dalam ... aku tak tau la ape nama kereta tolak2 untuk budak2 tu. Isk. Asal aku tak tau ni? Tekanan betul.

Pastu kitorg pegi Borders. Hmmmm... Seronok giler!!! Yang giler punye giler. Tapi sekali lagi aku tak beli apa2 jgk. Sebab Farah cakap, sabar, sabar, tunggu die dapat coupon 20% off, aku boleh pakai die punyer voucher. Oklah. Chantekk jugak tu.

Kemudian Farah balik. Aku meneruskan perjalanan. Konon nak pegi Pak N Save. Aku dengan sengaja tak turun depan Pak N Save sebaliknye terus ke Lyall Bay. Aku beli ais krim kat kdai tip top. Double Scoop. Vanilla + Boysenberry. Pegi pantai. Best giler dok Wellington. Hari2 nak datang pantai senang je. Naik bas. Hari ni plak panas. Maka ramai sangat orang kat pantai. Lagipun Ahad, mak bapak bersama anak2 main2 kat pantai. Ramai pulak tu orang surfing... Fuyooo. Fuyooo. Aku gelak sorang2 kalau nampak ade yg x berjaya meluncur atas ombak. Ataupun terguling2 xberjaya balance kan badan. Heh. Aku tak leh main benda ni. Aku tak pandai berenang. Aku takut air. Tapi aku suka tengok ombak. Ombak putih. Berkepol2. Ada rhythm sendiri. Tak sama macam rhythm jantung. Seriously aku menyesal tak bawak camera Farah. Dah la Farah ade lens baru. Sure cantik giler ambik gambar pantai sebab akan nampak banyak surfer + ombak putih.

Pastu aku smbung urusan pegi Pak N Save.

Overall, not bad. Not bad. Memandangkan keje aku tak siap lagi. Huwawaaa... Suparman, siapkan keje I boleh tak?

Saturday, April 12, 2008

I'm In Italy

Suatu hari aku melawat sekolah ni, aku masuk la satu kelas. Ade la nak tengok sorang budak yg deaf dari kecik. Pastu budak2 yang lain xde masalah pendengaran. Haritu diorg kena buat ayat guna perkataan yang tercatit kt papan hitam.

Perkataan nya mudah2 je, macam sung, lung, hung, pastu ade la jugak dung.

"What is dung?"

"Anyone knows what dung is?" tanya cikgu.

"I know I know!!" beriya budak tu menjawab. "It's a poo"

"Eeuwwwww"

"Yeah. It's a poo. Animal poo" cikgu tu mengiyakan.

"Miss Sunshine, I dunno what to write about poo"

Hek elah. Negara korang kan banyak kat farm. Heh. Diorang ni Year 4, umur 9.

Wednesday, April 9, 2008

See one, Do one, Teach one.

You know your day is gonna get exciting when someone ask u this question.

''So Ayuni, have you done this before?'' (merujuk kpd apa shj procedure)

Kalau jawapan kau ialah NO, dia akan balas ''Have you seen one done before?'' Kalau ko jawab yer, kemungkinan balasan yg akan ko dapat ialah, ''you can do this then, i'll talk you through it'' Kalau ko jawab tak balasannya 'Ok you can wacth me do this now, and maybe next time when someone ask you to, you can do it''.

Okeh. Biasanya inilah yg berlaku. Tapi kadang2 ada juga yg tak tanyer pon pernah buat tak, diorang terus jer suruh ko buat. Kalau ko refuse nanti macam menunjukkan diri sendiri xberpengetahuan, xberminat, dan kurang nk berusaha utk memahirkan diri. So most of the time, kalau kita dah pernah tgk org lain buat dan benda tu takkan membahayakan sngt. kite akan tend to buat apa yg disuruh. Rasa2nya ini ajelah cara nak belajar dalam medicine. See one, do one, teach one. Dalam Grey's Anatomy pernah sebut, House pon pernah kot dan dalam buku2 pon banyak juga.

So hari ni aku pon adalah juga belajar skil2 baru. Nak terang banyak2 nanti too much details lak. Aku kat Delivery Suite hari ni. Harapan aku nk tgk normal delivery. Tapi org yg aku follow tu end up dgn caesarean section. Aku pasrah jer lah. Bukan aku yg in labour selama 12jam. Eniways, buat pertama kali aku tgk seorang manusia keluar dari perut manusia lain. Kagum2. Dah tu, CS guna regional block jer, so si ibu ni boleh bercakap2 lagi. Bila baby dah disahkan sehat semua, diorang passkan kpd perempuan tu dan partner dia. Diorang bertiga pon bermesra2lah. Di sebalik tabir, surgeon masih nk menjahit2 mana yg patut. Bayangkan, abdomen ko tengah exposed, nampak organ, tapi masih boleh cakap2 pegang baby. How amazing is that?! Itulah modern medicine. Semua benda boleh jadi possible.


Bila abis, dah ada 6 baby lahir. 3 CS, 3 lagi vaginal delivery. Hhmm, silap pilih lah hari ni. Well, xper lah. Once again, bukan aku yg nak melahirkan, so I can't be choosy. Lepas tu dah sunyi. Aku pon mula lah nak balik. Tinggalkan nombor pager, suruh page aku kalau ada benda2 interesting. Hahah benda interesting jer baru page aku, benda lain xyah. Tapi sampai skarang xberbunyi pon. Mungkin diorang dah lupakan aku. Xper lah. Len kali jer lah aku pegi lagi.

Esok aku gi klinik Family Planning plak. Hhmm baru hari ni tgk baby dilahirkan, esok tgk org2 yg nak prevent pregnancy plak. Kontrasnya hidup manusia2 nih. Okeh. Sekian.

Tuesday, April 8, 2008

Manawatu : Young Heart, Easy Living

Sambil2 tunggu bas di terminal pagi tadi. Ada matahari. Angin sejuk menyapa mukaku. Ada bau yang luar biasa juga. Memori. Menjengah. Sewaktu aku berumur 7 tahun. Di hujung minggu. Ku duduk di tangga rumah papan milik arwah datukku. Datuk ku sedang berborak2 dengan jiran tetangga. Aku. Aku main anak patung di atas tangga. Mereka sedang merokok juga. Haaa.. bau inilah yg sungguh familiar!

Wo telah berkata. Ada research mengatakan merokok itu mungkin faktor genetik. Jika kanak2 diexposekan kepada bau rokok or pada usia muda, maka mereka lebih tinggi risiko utk merokok. Aku. Aku tinggal ngan datuk nenek. Ayah aku tdak merokok. Memori aku juga tidak banyak tentang ayah aku semasa kecil. Komunikasi dengan ayah aku banyak setelah aku besar sikit dan paham pasal parenting (konon paham). So male influence dalam hidup aku pun banyak pak cik2 aku. Sebab aku membesar dengan diorg. Dan aku senang dok di kalangan ramai lelaki nih. Macam. Eh, kembali ke zaman kanak2. Kesimpulan, jangan merokok di sekitar anak2 anda.

Anyway. Hari ni aku pegi Riverdale School, Special Unit. Macam kelas pemulihan la. Di sini berbagai budak yang kurang bernasib baik mendapat penjagaan, physiotherapy, ajar makan, ajar supaya mereka pandai bersosial dsb. Sesi pertama, aku tengok seorang budak pekak ni, nak berkomunikasi ngan die kena guna sign language. Pastu die frust kot sbb xdpt berkomunikasi ngan aku dan dia telah marah2 dan baling2 pensel dan refuse to do homework. Hmmm.

Sesi kedua, aku tengok budak cerebral palsy, diberi PEG feeding. Sambil tu budak tu dapat physiotherapy gak, stretching2 kan kaki tangan, massage2. Tapi aku xtau knape. Aku rase budak tu comel. Biar umur nak masuk 13, tak bercakap, takleh bangun langsung, dribbling, tp die akan senyum kalau buat ape2 yg merilekskan dia. Oh, murni sungguh kerja mak cik 2 ni jaga orang macam ni.

Sesi ketiga, aku tengok budak lain yg juga cerebral palsy makan. Adik ni plak, gag reflex masih ade so die boleh makan sendri. Tapi yg datang bawak die ke sekolah ialah her carer. Carer plak pasangan yg teramatlah tua. Hmm, parents dia dah adoptkan dia rupanya. Tapi baik sungguh pasangan tua itu. Aku ingt diorg grandparents.

Sesi ketiga, aku ikut seorang budak Down Syndrome + Autism pegi music therapy. Objective ialah supaya budak ni verbalize melalui lagu dan paham arahan serta bg konsentrasi sbb budak ni ada masalah behavior jugak. Cikgu tu specialise dalam music la. Dia main gitar best woooo.. Rase nak blajar petik gitar plak. Nyanyi lagi twinkle little star n itsy bitsy spider tuh. Pastu cikgu tu aim supaya budak tu paham pasal completion of task and solving problem. Sebab guitar tu akan diletak jauh. Pastu budak tu sendri yg amik gitar, letak atas lap cikgu, ambik tangan cikgu letak posisi yg betul, dll. Pastu ade jgk lagu yg 'if u happy, u clap ur hand'.. and 'row row ur boat'.. Budak ni jugak nak main row row boat ngan aku. Pastu die start buat perangai nak dok atas riba la.. Cikgu tu tak kasi sebab behaviour tu dah xseswai utk bdk umur 9 tahun. Maka marah la budak tu dan start mencakar orang. Dia juga suka grab orangnye .. So aku pun menjauhkan la diri. Aku suspen dah bile budak tu buat perangai n nak keluar bilik.

Petang plak, aku tolong physio and nurse, ada therapy session utk budak2 yg tak mahir gross n fine motor. Diorang ni tak cukup severe utk dapat funding ke special unit kat sekolah so, nurse kena fill in. Aku tolong sorang budak ni. Comel betul budak ni. Tapi die ataxia. Pegang gunting pun takleh. Gunting square pun tak jadi square. Tapi die sangat cute dan cakap banyak. Asyik senyum je. Kalau die dah habis gunting, die akan cakap 'Claire done it'.Kitorg tolong diorg buat aktiviti lain. Aku suka gak aa involved tolong diorang.

Tapi seriously kat sini ramai orang yg disable. Tak tau la kalau secara kebetulan aku baru nampak diorg, lebih aware kpd sekitar. Isnin lepas pun, ada orang Down naik bas sama2 ngan aku yg suka gile nak borak ngan aku, sampai naik bas pun dok sebelah aku. Hmm, tapi sayang, aku tak paham ape die ckp. Tak jelas.

Kalau aku nampak budak, aku akan pantas terfikir. Macammana agaknye rupa anak aku?

Friday, April 4, 2008

Expect The Unexpected


Hello Wellington. Sehat?

Akhirnya. Balik juga aku ke Wellington. Tapi balik untuk dua hari je. Tak sempat nak menjenguk Welly pun macam ni.

How was Palmy? It was great. Pull stop.

5 hari kat sana. Macam2 telah terjadi. Jumpa ramai orang baru. Berkenalan. Berkenalan suatu benda yang teramat bagus. Banyak belajar benda baru. Sight seeing ke rural area macam Foxton, Feilding, Levin. Next, gonna go up to Dannevirke. Habis bersiar2. Mulut pun terpaksa ringan2kan jugak. Puas hati naik kereta memanjang. Letih. Sunyi jugak. Seriously I can't live alone. Terseksa aku kalau esok2 balik keje, rumah kosong. Sampai aku akan end up bercakap sorang. Giler. Serius giler.

Ego aku bertambah jugak. Bukan makin nak jadi humble. Ntah le ape nak jadi ngan aku.

Aku semakin jatuh chenta ngan kanak2. Xtau la mengapa. Mel cakap aku zaman mengawan. Oh no.


Ape aku rasa skang.

1. Biasanye aku akan ade feeling utk berlari sepantas mungkin. Sekarang aku rasa nak lari sepanjang jeti tu dan terjun ke dalam laut. (Woooohhoooooo...Splash. Blurp blurp) Sorilah. Aku berangan sekejap. Betul nak buat ni. Tapi sebab aku takleh berenang. Lupakan. Lagipun belajar berenang? Owh. Tak mungkin. Lagi satu, dengar cerita bungy tu seronok. Masa tersentap tak berapa sakit kata mereka. Lagi skateboarding yg buat action pusing2 di udara nampak macam menarik.

2. Disebabkan selalu hanging out bersama nurse sambil minum kopi di cafe tepi jalan, berjemuran juga, aku ada obsession baru. Melampau ke kalau aku nak buat trip visit setiap bandar n ambik gambar kat tower jam tu? Sebab mana2 aku pegi area dekat2 Palmy tu, semua bandar die lawa2 n mesti ade monument. Tapi sape ye nak ikut aku buat keje bodoh ni. Di sinilah saat aku memerlukan anak.

OK. Nak anak satu. Pompuan. Umur 4 tahun. Rambut kerinting please. Mata bulat. Pipi kena tembam. Kena ade lesung pipit jugak. Mata sihat walafiat, tak pakai glasses. Tidak berat mulut. Suka bergaya kalau time amik gambar. Easily toilet trained and tak cerewet makan. No behaviour problem. Hahah. Sure susah nak dapat nih. "Sweetie, you and mummy gonna go for a road trip and we are not telling daddy." Well. Ada satu masalah lagi. Sape nak drive?

3. Aku nak hisap rokok lagi. Ni semua pasal terbau rokok nurse tu punye pasal. Ish. Geram betul aku. Tak payah la merokok depan aku. Dah la nak excuse2 utk pegi merokok. Lepas tu cakap pasal education pulak. Haih. Diri sendiri takleh stop merokok, pastu nak nasihat orang plak. Adehh. Ape nak jadi ngan dunia.

4. Esok2 aku nak balik rumah. Peluk anak aku dan berkata di dalam hati. "Wahai anakku, Sulaiman patut bersyukur kerana tidak seperti kanak2 yang kurang bernasib baik di luar sana. Mummy sudah lihat pelbagai jenis kanak2 ya. Praise be to Allah". Ni kalau aku jadi doktor kanak2 la. Tapi mungkin langsung tidak.

Dah hari Sabtu. Esok Ahad. Kena pergi Palmy lagi. Oh. Sungguh depresi.

Tuesday, April 1, 2008

Choices

Nuha kat Palmy, dia tak bawak komputer, so tugas meng-update jatuh ke tangan aku hahah.

Akhir tahun ni cuti 2 minggu jer. Aku ada keputusan nak kene buat nih.
1. Balik rumah selama 2 minggu dan jumpa femili lagi
2. Dok jer sini dan simpan duit utk beli kete idaman bila balik nanti
3. Tak balik tapi pegi jalan2 NZ or OZ or mana2 jer lah

Abang aku nak kawen maybe bulan 11 atau 12. Kalau aku balik xtau ler sempat sama tarikh ke x. Kakak aku bakal melahirkan anak ke-4. Expected delivery bulan 9. Kalau balik aku buleh jumpa anak sedara baru (yang ke 5). Dengar2 nyer lelaki lagi. Sian Ilham takde kawan. Hhmm.

Kalau balik mahu harga tiket dekat2 dua ribu NZD. Lebih kurang rm5 ribu. Hhmm kalau simpan bahagialah aku bayar downpayment kete idamanku nanti. Tapi bosan lak. Dah lah cuti pendek. Stress lah aku kalau semua org balik.

Kalau aku pegi jalan2 best jugak. Aku boleh bersuka-ria melepaskan tensen sebelum tensen balik. Tapi boleh ke bersukaria sementara menantikan result final pereksa yang akan menentukan hala tuju aku nanti. Hhmm. Lagi pon ada ke orang nak ikut aku gi jalan2.

Udeq ajak gi jalan2 kat pulau2 yg banyak tu. Fiji? Vanuatu? Tonga? Cook Island?

Susah nye nak decide. Tapi seharusnya aku pikir pasal exam dulu lah kan. Kalau aku fail abis lah. Doakanlah kejayaan kami semua. (awal lagi tapi aku dah lama cuak nih)