OK. Aku rasa nak bercerita hari ni.
Tersebutlah kisah. Ada empat orang sahabat ni. Dinamakan A, B, C dan Ebo. Masa tuh, belum ada lagi Desperate Housewives. Tapi tak kisah lah. Mereka memang rapat sejak zaman sekolah menengah lagi. Ebo dan B baik sejak Form 1 lagi, Form 3 baik dengan A, Form 4, baik ngan C. By Form 5, mereka berempat lagi la rapat. Ebo, A dan C satu kelas. B agak special sbb dia amik bahasa Jepun, so selama2 nya xkan sama kelas ngan yg lain. (Utk pengetahuan tambahan, Ebo mendapat markah 6/100 bahasa Arab, masa periksa akhir tahun Form 2, secara automatik, xlayak untuk ambik kertas bahasa Arab PMR. Eleh, tak kisah pun)
A, B, C dan Ebo adalah 4 org budak yg suka memasang angan2. Mereka pasang angan2 untuk menyewa rumah sama2. Mereka jugak nak tinggal bersama kalau mereka nih, tak kawin2 smpai ke tua. Mereka jugak berimpian untuk baik sampai ke tua, anak2 mereka berkawan baik, suami2 mereka berkawan baik. Mereka harap dapat pegi bercuti bersama2 jugak. Konon macam ala2 friends forever la ni.
Mereka juga tak lepas dari suka membuat spekulasi. Dari sekolah sangat lah obvious Ebo akan hooked up paling awal. Ini lebih kurang mcm jatuh ke riba jugak. Tapi bukan bulan yg jatuh ke riba. Err, mungkin setakat serpihan komet haley. Budak sekolah suka kenengkan Ebo dgn seorang mamat nih. The end. Antara spekulasi lain, B ada instinct C akan kawin paling awal di antara mereka berempat. Hmm, macam xde keje lain diorg berempat nih. Berangan jelah...
Masa berlalu. Spekulasi tu macam nak jadi betul je.
Aku rasa B paling berjaya antara mereka berempat tuh. Result SPM B tidaklah membanggakan. B kemudian masuk Help's Institute. (sukahati je aku buat cerita, aku tak sure). Ambik accountancy, kemudian disebabkan B ni pandai English giler2, dia dapat skip semester. Kemudian, B dapat offer buat diploma, degree, skang master dalam law, major in finance kt Leeds. Dia dapat master lagi awal dari C. In term of relationship, current relationship yg ke-3 dah kot. Tapi ada masalah dgn bakal mak mertua sket. Hmm..
C plak, selepas SPM, ke matrik langkawi, ke UPM, dapat degree dalam bioteknologi. Kemudian ambik offer buat master, kerja sebagai RA skang. Disebabkan C belajar kt UPM, dia agak rapat la dgn Ebo. Selalu hang out sama2. Banyak suka-duka jugak. Kalau ada kelapangan, A B C dan Ebo akan keluar makan2 bersama. Itu sebelum A ke US, sebelum B ke UK. Dalam relationship, hmm, tak tau kenapa C ni agak lambat. Ke mana2 dia pergi tak banyak lelaki available. Sebenarnya Ebo pun xreti berkawan ngan lelaki tp dah ckp kan kat atas tu, serpihan komet haley jatuh. Akhirnya C berjumpa pasangannya. Semasa Ebo balik akhir tahun lepas, dia sempat berjumpa dgn jejaka tersebut. Diapproved. Haha. OK la. Not bad. Pandai amik hati kawan C. Sekarang mereka dalam proses simpan duit. Ni lah problem kat Malaysia. No money no marriage. B dan Ebo sangat jeles dgn hakikat C akan menamatkan zaman bujang awal. Mereka harap C akan tunggu diorg balik dari NZ dan UK.
A plak, melanjutkan pelajaran ke US. Kemudian A hilang secara tiba2. Semasa hilang berita pasal A, jenuh B mencari kawan2 di US, nak tahu apa jadi pada A. Mereka tak tahu kisah sebenar sampai ke akhirnya. Selepas 3 tahun menyepi, A kembali muncul. Tapi Ebo pun tak nak tanya apa jadi waktu dahulu. Kalau A nak cerita, cerita lah. Banyak cerita A, C yg tau. Since C ni dok dalam negara, dia agak rapat la dgn A yg dah balik dari US. A jugak sedang mencari tarikh untuk kahwin next year. Hari tu A contact Ebo untuk tnya bila Ebo balik. Harap2 Ebo dapat pegi hari perkahwinannya. Tak tahu sape antara B, C dan Ebo yg penah jmpa bakal suami A tu. Cuma tahu setakat nama, jumpa kat US, rupanya mcm cina2 sikit.
Ebo plak.. Hah. Xpayah cerita la. Tu ialah aku. Bla bla bla. Nuha skang tertekan. Dah la xde pakwe (tak penting pon pdhal. Boleh je sorang2). Jugak tak kerja2 lagi. Haihhhh. Sabar jelah.
Sekian.