Tuesday, September 30, 2008

Lagu Raya Otago 2008



Lagi video dari Otago. Nantikan minit 2.15. Starring : Ahmad!

Zen sangat enjoy tengok video ini, sbb dia kenal ramai orang. Aunty Ros ada jugak, tersipu2 malu bila fokus kat aunty. Anak Teh, Faliqh pun ada. Isk isk isk. Kalau anak aku ada, sure aku pun nak masuk jugak dalam video hanya sekali setahun.

I Need To Stab Someone's Chest

Sori sbb rosakkan mood raya ye. Nanti pagi esok aku delete.

Dalam perjalanan pulang dari kelas, aku ternampak la plat kereta WO1126. Serta-merta aku teringat kat wo. Cett. Apesal boleh terpandang ni? Dahlah aku bukan suka tengok plat kereta. Plat kereta Aseng aku hanya ingat CEC... 4WD, ada 2 pintu, jenis kereta tak tau. Hamzah pula, lagi la tak ingat apa2 plat nombor apa ntah. Jenis kereta tak tau jugak. Kaler putih, panjang, handbreak kat bawah. Tu je yg aku tau. Huh, helpless dari semua segi.

Tadi belajar pasal pneumothorax. Giler ah. Tetiba rasa nak stab orang jugak. Boleh tak sesape pegi la sakit pneumothorax, aku nak berlatih ni.

Hiyaahhhh. Tebuk!!!

Masih ingatkah korang kepada filem Mr Cinderella? Yang Yusri dan Erra berlakon sebelum diorg kahwin or dekat2 diorg nak kawin? Yang Erra accident, pastu datang la Yusry ni datang nak selamatkan. Erra takleh bernafas. Pastu Yusry ni pun cucuk la sebijik pen kat leher Erra. Pen tu pulak pen kawan dia, yg dilakonkan oleh Opie Zami? Yusri ni plak padahalnye seorang penulis. Mungkin la dia pernah belajar medik tapi tak kesampaian. (Mungkin aku pun mcm tu jgk nanti, yelah, aku kalau tulis novel akan jadi jutawan agaknya). Cerita seterusnya aku lupa. Point aku nak cakap Yusri ni selamatkan Erra hanya dengan sebijik pen.

Dalam cerita Just Like Heaven pun ada scene orang collapse sbb tension pneumothorax jgk dan mamat bernama Mark Ruffalo (ni pelakon kegemaran aku, Farah dan Aunty Ros) pun stab chest guna botol arak. Fuhh. Scene macam ni boleh plak ingat Nuha. Benda medik?

Ya. Maka aku sangat rasa untuk berlaku kejam kepada manusia.

Lagi satu. Ni saje je nak mengetengahkan idea seorang kawan. Kalau la kita ada ahli keluarga yg mati mendadak. Adakah korang bagi buat post-mortem? Kalau mati dalam accident jalanraya, adakah korang bagi jugak buat post-mortem? Setengah orang cakap, kalau dah mati, mati jelah, terima la kenyataan. Apesal nak siasat2, bukan boleh hidup balik pun. Biarlah arwah pergi dengan suasana tenang dan tak menyiksa badan. Hmm. Kalau aku, sebagai doktor yang tak berperikemanusiaan sket, aku nak tahu adakah orang ni mati sbb pendarahan otak, atau cardiac arrest, respiratory arrest, arrythmia atau PE, atau tension pneumothorax atau kidney failure, atau sepsis atau apa2 jelah.

Gambar dari blog ena.

Kisah lain. Yay! Esok raya. Aku harap2 la esok. Tidak ada cadangan lagi nak pegi beraya ke mana. Walaupun ada rakan2 bercadang nak pegi umah Pn Siti. OK. Aku nak pegi gosok baju raya. Ward round esok aku nak pakai baju raya. Hehe.

Selamat Hari Raya semua. Tidak boleh tepon rumah malam ini dan pagi raya sebab nanti sure nangis2. Pergh. Aku anak sulung yg independent. Tidak akan menangis depan keluarga.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua!

Jangan lupa kepada yang jauh di mata...


Maaf Zahir & Batin

Sunday, September 28, 2008

My Heart Is Heavy

Aku sedang tune in baca buku. Dan pegi buat air nescafe manis giler secawan. Otak aku melayang lagi.

Maka aku pegi cakap dengan Farah.

Aku cakap, aku rasa aku macam hidup dalam dunia aku sendiri. Aku macam in love sekarang, tapi bila aku pusing punya pusing pandang sekeliling, aku tak nampak sape pun. Yang aku heran, macamana perasaan aku menipu aku dan mewujudkan situasi yg memang tak wujud neh?

Maka Farah balas begini.

Yang dia paham. Kerana dia dah lama seorang. Dan aku baru. Dan dia tak paham kenapa aku boleh begitu cepat ke tahap itu. Dan dia cakap, ini semua sebab aku sebenarnya S-U-N-Y-I.

Pergh.

Diagnosis!

In denial.

Apesal Farah ni cakap macam watak antagonist aku? Hello watak seorang lagi, tak nak kuar?

OKlah. Aku kena masuk ofis balik. Esok banyak kerja kat ward.

Finals, here I come! Aku hanya perlu concentrate pada run ini sahaja. Jikalau ini tidak menjadi, bye-bye lah kepada finals itu. Kerusi itu tidak layak untuk aku. Apepun, aku dilahirkan untuk terbang, tapi nampaknya cita-cita aku nak jadi pilot perkasa tu memang jauh la terpesong dari apa yg sedang aku ceburi sekarang.

I Don't Know What To Do With Myself

aku tak boleh.

aku betul2 tak boleh.

sehari tak buat entry emo, aku tak boleh hidup.

serius.

ni macam dadah siot. positive reinforcement (aku tak reti eja, zen kena ejakan untuk aku).

aku.. aku.. aku nak confess. tapi aku takde rahsia la plak kan. cett. macammana aku nak mewujudkan rahsia dalam hidup aku ni? aku rasa memang patut aku beli buku, how to stop talking to urself. atau buku bertajuk why women think too much? ah. generalization. sila la jangan buat generalization. kesian kat pompuan di luar sana. aku pun perempuan. walau mungkin separuh. tak. tak. aku sepenuhnya perempuan. aku ada dua ovari dan satu uterus. aku takde adam's apple. oi. apa ko mengarut ni.

mintak maaf. ini perlu untuk kewarasan aku.

kjap lagi aku delete la.

aku obsess mempublish entry. OCD. dalam dunia virtual sahaja tapinya.

aku cuba tak tulis entry sebab dah dekat mood raya. semua kena happy. oh, tapi tak nak juga terlalu denial terhadap perasaan sendiri.

sekian. selamat untuk semua. di mana jua anda berada.

kepada wo, aku masih berharap. (ini je sebenarnya point aku tulis panjang2). muahaha.

Saturday, September 27, 2008

Don't Overdo It

Bismillah.

Maka semalam, kami berbuka beramai2 bersama keluarga En Khairul & Kak Deb, dan En Jestin dan Kak Hani. Seronok main ngan budak2. Najmi sudah cakap slang NZ! Berikut ialah gambar yang diambil sebelum diorang pulang. Imran dah tak leh bukak mata.



Lepas itu, aku sebenarnya nak tangkap gambar satu lukisan untuk entry seterusnya. Sekali jadi benda lain la plak kan. Adalah penting ya, untuk menjadi spontaneous, berasa diri orang paling hebat dalam dunia dan tidak kisah apa orang cakap untuk berbuat macam ni. Video ini juga ada di blog farah.




Amaran : Mereka ini di bawah pengaruh adrenaline berlebihan dan dalam kesedihan tidak dapat beraya di rumah. Maka melepaskan geram di ruang cyber. Kredit untuk Aseng yang telah membuat magic video ini muncul kt blog aku. Kalau bukan aku dan Zen, siapa lagi.

Muka aku sungguh berperasaan. Ia kerana di dunia sebenar, aku sangatlah modest ya kawan2. Aku akan duduk diam2, tersipu malu, tidak bercakap apa yg ada di hati. Ewah.

Disebabkan terlebih beraksi, aku lupa makan nasi. Aku juga lupa nak minum air nescafe 2 cawan. Akibatnya aku dah ada withdrawal symptoms sakit kepala. Aku juga macam nak demam. Aku juga tido lambat dan bangun lambat dan memang rasa nak demamlah.

Moral of the story kali ini ialah, kita hendaklah bersederhana dalam segala hal.

Ini ialah lagu raya yang diperkenalkan oleh Zen kepada aku. Dari sini, aku kenal ahmad. Sila hayati lagu raya ini, raya pun nak dekat dah ni!



Farah, video beginilah patut kita buat untuk raya. Jom kita miming nyanyi lagu raya ramai2. Saya nak jadi orang yang ketuk drum boleh?

Friday, September 26, 2008

Monolog Part 2


Jom kita kuar?

Tak nak. Eh. Sejak bila kita jadi 'kita' ni?

Eleh. Aku memang selalu ada pun. Aku adalah ko jugak. Atas ko jelah nak acknowledge aku ada ke x. Kadang2 ko supresskan aku, maka aku takleh la nak kuar tunjuk diri.

So skang adakah aku panggil ko kuar dan bermain?

Tak jugak. Aku kuar sebab ko ni macam tak berapa betul dan tak take control of your life. Baik ko take action cepat2 kalau tak aku akan take over.

Banyak nyer perkataan 'take'. Sila la guna perkataan lain. Ya. Ya. Aku rasa malam ni ko patut hilang. Macam Mansur hilang.

Haa. Bagus. Eh, Mansur pegi mana sebenarnya Nuha?

Ntah. Dia dah lama tak balik. Mungkin pegi melancong. Dia lagi adventurous dari aku, mungkin dia dekat2 pergunungan Himalaya la kot. Tak pun, area Tibet. Raya dia balik kot.

Nuha, ko tak rasa ke, sebenarnya ko ni lonely, sebab tu la, orang macam ko n Farah, ada imaginary friend, Mansur la, Malik la.. Lepas tu ko adakan aku iaitu watak antagonist...

Wei, dah dah la tu. Aku nak baca acid-base ni.

Monolog Part 1


aku tak pandai.

ko pandai la.

aku tak.

aku cakap, ko pandai, ko pandai la.

tapi apesal aku tak rasa macam tu pun.

ko pandai. cuma ko tak sedar aje. cuba percaya cakap aku ni. dengar cakap aku je. jangan pecaye benda lain.

hmm.

baik ko dengar cakap aku. kalau tak, aku akan conquer badan dan pemikiran ko skali, ko dah xleh nak jadi nuha dah. ko jadi nuha yg lain.

apesal aku kena tulis dialog antara aku ngan otak aku ni?

jap2. abis tu skang, sape yg tngah type kat blog?

kita.

Give Me That Sense Of Authority


pelik. pelik.

pelik.

sungguh aku pun macam tak brape nak percaya.

slogan blog ni ialah duit kasih sayang dan cinta bukan punca kasih sayang, ada ramai dah tanya so, apekah punca kebahagiaan. even si dia pun pernah tanya sebab dia tak tahu. nak cakap, words speak louder than actions.

bukan korang aje tertipu, aku pun turut tertipu oleh perasaan sendiri.

aku tak percaya. diri aku sendiri tipu aku? apekah???!!

bila aku pikir2 balik. memang. bila takde duit, aku kurang bahagia. sebab aku dok pikir takleh berbelanja kerana duit hanya ada kurang 200 sedangkan masih ada 32 hari sebelum duit seterusnya masuk. saving ade la. jangan bimbang.

bila takde cinta. ececece. aaa, malas la nak komen apa2.

bila aku rasa kasih sayang korang2 plak, fuhhh. kasih sayang wo jugak pada waktu dahulu. aku rasa, aku rasa .. orang percaya kat aku. orang berharap kat aku. dan aku takleh nak hampakan orang. tapi lebih kepada sebab orang rasa aku boleh buat, kenapa aku nak rasa aku takleh buat. korang paham ke ni?

terima kasih semua. terima kasih anna, zen dan wani kerana sungguh berkasih sayang ngan aku. setiap hari akan ada sesi kaunseling di antara kami2. muahaha. kepada yg lain terima kasih juga. saya pilih2 orang untuk saya mengadu masalah. so tak perlu rasa bersalah kalau tak rasa berbuat apa2. masak makanan kegemaran saya pun kira kasih sayang. kan kan kan?

Thursday, September 25, 2008

You Left Me With No Choice


Ianya sungguh menakjubkan bagaimana aku boleh dihanyutkan perasaan perasan.

Ada banyak benda yang aku perasan sorang2. Contohnya aku perasan yang aku ni.. ehem ehem.. isk, malu la plak, nnti korang akan muntah agaknya.

Sekali lagi, bajet diri sendiri best. Tak tahu kenapa aku suka phrase ni sejak dua menjak ni.

Terbaru, aku perasan yang aku disayangi semua orang. Hihihi. (Apesal aku kena gelak gaya anna ni?)

Puncanya, kalau aku recall balik, aku ni agak la femes di kalangan semua convenor. Diorg pastinya akan jumpa aku lebih dua kali. Femes bukan disebabkan benda baik lak tu. Benda yang tak berapa best kalau penaja aku dengar ni. Haih. Haih. Demikianlah kisahnya. Diorg pula suka bercakap mengenai aku sesama diorg. Nak tunjuk betapa penting development aku sebagai doktor nih. Sorang cakap lain, yang tu cakap lain, aku cakap, convenor tu cakap macam ni la kat aku.. Diorang pening apa nak decide untuk aku.

Chch buat cmni, tapi Dune mcm tu plak. OK. Abis tu, Wlgtn School nak ikut sape? Ikut la Dune..

Korang tunggu ajelah ape jadi ye. Aku pun pasrah gak ni.

Rentetan itu, perasaan aku sedikit tak tenang dan rasa nak pegi tepon orang itu pula. Walaupun sudah dapat keizinan tuan punya badan, aku masih bertahan. Dekat raya nih, sure dia balik kampung, dan takleh la nak kacau2. Pastu bukan aku nak bagi harapan pun, aku nak mintak sedapkan hati aku yang gundah-gulana plak. Giler pentingkan diri sendiri.

OK. Aku nak pegi cabut kelopak bunga raya. Nak tepon ke, tak nak tepon, nak tepon, tak nak tepon, sampai la ke kelopak terakhir. Aku memang old skool.

Wednesday, September 24, 2008

I Want To Believe

Aku cadangkan korang yg baca blog aku, hentikan aje membaca.

Aku sekarang memang suka post dan kemudian delete dalam masa kurang 24jam. Dan isi blog ini dah jadi ntah apa2. Dulu pun ntah apa2, tapi sekurang2nya, terang reasonnya. Kini macam lebih ntah apa yg aku cuba smpaikan. Ye x?

Ini adalah kerana,.. (sila la jangan buat assumption sendiri) sebabnya, aku skang banyak bercakap ngan otak aku sendiri. Aku malas nak explore perasaan aku depan orang atau dengan orang ni. Entahlah. Aku malas nak tahu apa perasaan aku sebenarnya.


Salah satu terapi aku ialah dengan bercakap dengan diri sendiri. Tidaklah aku bercakap kuat2. Tapi bercakap dalam hati la. Aku dan otak berkawan rapat giler skang. Otak aku kadang2 ikut hati aku, kadang2 dia akan lawan perasaan negatif aku. Bak kata Anna, aku kalau ada masalah, kena bercakap ngan lelaki.

Tadi aku dah cakap ngan Peter Larsen, takde effect pun.

Bagi aku dia kurang mendengar. Dia dengar. Cuma dia tak dengar betul2. Dia tak cukup concern. Dia tak penyayang.

Hoh. Bajet diri sendiri best.

Agak aa.

Tak. Tak. Aku tarik balik. Dia baik. Dia sangat memahami. Dia offer pertolongan. Aku je tak nak. Dia penyayang. Dia juga concern. Kalau dia tak penyayang dan tak concern, dia takkan layan emel2 berperasaan aku itu. Dia juga takkan susah-payah re-schedule appointment ngan aku. Haa, tengok, bagus giler otak aku ni, sebab tu aku cakap dia karib giler ngan aku skang. Dia akan men-positif-kan pemikiran aku.

Dunia ni indah. Matahari bersinar setiap hari. Harapan tu ada. Impian pun ada. Pasanglah cita2 untuk berjaya.

A bunch of Words and Pictures

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, blog ni dah jadi tempat Nuha meluahkan perasaan. Setiap hari pon ada post meluahkan perasaan. Aku dah lama tak buat entry. Sebabnya aku rasa macam tak sesuai plak nak letak entry aku di celah2 entry nuha yang penuh emosi. Entry aku kan selalunya tak de perasaan. So terasa agak out of place laa pulak. Tapi disebabkan aku co-contributor so aku kene laa gak contribute something once in a while. Kalau tak sesia jer nama aku terpampang kat sini heheh.

Aku ada extra free time laa hari ni, sebab presentation yang sepatutnya kene buat esok dah di kansel sebab Dr.Stanley tak der. So aku dah bersedia semua tapi tak perlu laa buat apa2 lagi hari ni. Hhmm. Aku dah bersemangat dah nak present first nih. Penuh semangat aku gi ward cari case semalam. Tapi xpo lah. Case dah ada tunggu jer laa bebila. Tapi slot lain macam semua dah dipenuhhi ngan turn org lain. Maybe aku tak perlu present. Hahah. Tak mungkin tapi tak salah aku nak berangan. Case aku pasal post strep glomerulonephritis. Budak 15tahun. Aku buat paeds skarang, tapi sebab aku xreti lagi nak examine kanak2 yang lebih kecik so aku amik yang umor 15 jer sebab senang.. lebih kurang adult dah hohoho. Hhmm dan memang dia lebih tinggi dari aku pon by 9 inches. Hahah. Aku memang pendek.

Eniways, on a non-school-related note, Ramadhan dah dekat nak abes. Dah kurang seminggu. Penghujung ramadhan ni ialah phase keampunan bak kata orang. So kepada korang yang berpuasa, silalah manfaatkan hujung Ramadhan kali ini dengan sepenuhnya. Bagi aku, puasa tahun ni macam biasa juga. Org2 slalu tanyer susah ke nak biasakan diri start puasa? Susah ke nak puasa sebulan? Kat sini mesti lagi susah puasa sebab tak ramai org puasa sama2 kan? Aku pon cakap aku rasa senang jer. Aku dah puasa lebih 15 tahun. Tak susah pon. Sini lagi laa rasa senang sebab lagi pendek masa puasa, esp tahun ni sebab puasa end of winter early spring. Tak sempat pon nak lapar. Hohoh. Next year mesti lagi pendek masa siang masa bulan puasa. Best tu. Tapi orang2 di hemisphere utara terbalik laa kan. Dan orang2 yang dok dekat equator sah2 laa tak der perubahan pon.

Lagi satu bila puasa dah nak abes mestilah org cakap pasal raya. Mood raya aku tahun ni evanescent (baru blaja perkataan ni tadi - maksudnya datang kejap pastu hilang balik. Synonym dgn transient, short-lived). Kejap jer hari tu rasa semangat nk raya bila bercerita pasal sambut raya kat rumah. Skarang dah tak rasa semangat dah. Tambahan plak tahun ni 1 Syawal jatuh masa weekdays. Kemungkinan besar Rabu. Kena pegi skolah laa kan. Hhmm. Tahun ni aku cuma request duit raya jer masa kakak aku nk hantar kad raya. Tapi mak aku kata xyah laa hantar duit raya via post hilang jer, lagipon nak buat apa ngan currency RM kat sini. Diorang simpan jer kat rumah, aku bleh claim bila balik nanti. Hahah. Boleh laa macam tu pon. Tahun ni aku dapat 2 kad raya. Patutnya ada lagi satu tapi tak sampai2 pon. Ana dapat baju raya 2 pasang. Nuha pon dapat baju raya juga beberapa bulan lepas (awal giller hehe). Liyana dapat baju raya dan kuih raya. Mel pon dah dapat parcel raya beberapa minggu lepas. Aku tak request parcel raya tahun ni so tak sampai laa utk aku hahah.

Ok laa aku merapu jer ni. Meh aku letak gamba2 raya buat perhiasan entry ini.

Gambar rasmi rumah 12&13 - raya 2007

Gambar rombongan raya pertama ke rumah 12 - raya 2007

Raya 2006 - majlis sambutan raya se-Dunedin

Raya 2006 - lepas solat raya kat masjid bersama ahli2 baju raya biru

Raya 2005 - rumah terbuka 766 george street (aku baru balik final exam tu)

Raya 2005 - biskut raya tahun itu

Raya 2004 - Kat rumah Kak Ina dan Abg Mat

Raya 2004 - membuat biskut semperit bersama Diha

Moral of the entry ialah aku dah tua dan aku dah bosan beraya kat sini. Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 23, 2008

Confessions

Aku tak tau sama ada korang follow ke x blog ni, wani ardy, tapi aku ikut perkembangan blog ni. Aku jugak suka dengar lagu2 dia! Sangat lalok.

Dan skang, wani ardy dah compile confessions org2 yg secretly in love ni. Ini link dia.. klik la sini.

Ada 3 yg aku suka dalam bnyk2 confessions ni. Sebab diorg macam sgt2 honest dan takut2 nak confess, tapi confess jgk. Yang macam baca sajak, aku xleh nak feel sgt sbb huwawa, tak tercapai la akal aku nak paham bahasa tersirat ni. Kelakar pun ada jugak, sbb macam2 intonasi bleh dengar. Dan kepada aku yg dah beli buku postsecret ni, memang la aku suka nak tahu rahsia orang. Farah tak suka tahu rahsia orang sbb dia akan rasa sedih.

Farah, dengar la benda ni. Saya nak tahu pendapat awak.

Monday, September 22, 2008

Run Baby Run

Hari ni aku start dengan Medicine run dan Zen start ngan Acute Paeds. Tinggal 7 minggu lagi sebelum final final. Sakit jiwa betul la.

Aku ada perasaan teruja jugak bila dah start General Med ni. Pertama, dah lama giler tinggal medicine. Tahun ni banyak buat benda specialty lain macam Paeds, O&G, Orthopaedics and Public Health yg ntah ape2 tu. Tambahan pula, ini fisrt time run aku yg tak perlu pikir the other run. Muahaha. Tahun yg sgt tak disangka 2008 ni.

Aku akan mencemar duli dengan menyingsingkan lengan baju dan belajar tahap dewa examination skills. Yah! Nuha mari kita buat ini! Siang malam aku akan bekerja keras. (Biar benar)

Tapi..

Tadi ada orang cakap aku nampak letih. Cett. Aku dah la mudah percaya cakap orang. Yeke? Yeke? (Bukan ke semalam baru vow nak jadi tak mudah percaya ckp orang?)

Tak! Tak! Aku nampak ok la. Aku cergas murgas. Aku cuma nampak tak berseri sebab aku bangun lambat. Aku rasa aku tak suka group aku la.


pick me pick me!

Damn. Lusa nak kena jumpa Dr Larsen. Even takde benda yg patut merisaukan aku, aku takut kalau2 aku terlepas cakap. Serius. Aku takut aku dihantar ke bilik kaunseling. Tu fear aku skang. Apart from takutkan Dr Maharaj dan Dr Stanley.

Haih. Lesu betul. Serius. Aku rasa banyak toxic dalam badan aku. Kalau letak pelekat azimat kt tapak kaki tu, mesti dah jadi hitam legam. Membuktikan memang badan aku penuh toxic. Kepercayaan karut apa ni Nuha? Ko suka gelakkan orang kalau dengar kepercayaan diorg. Sendiri pun ada kepercayaan tahyul ni.

Zen sibuk tanya bila aku takkan berpuasa. Alah. HPA dipengaruhi stress hormone la tu. Sabar2. Kalau tak tinggal puasa pun bagus apa.

Sunday, September 21, 2008

Mencari Dragon, Bukan Ikan

The next phase of life : Singleton go crazy.

Ini yang aku nak.

- aku nak jadi super-mean instead of super-man. oh aku lelaki. pernah orang cakap aku half-male.
- aku nak blajar menjadi macho dan ... apa2 berkaitan ngan lelaki (ei, tak seronok langsung)
- aku nak polish skill menipu aku.
- aku akan try jadi seorang tidak mudah percaya cakap orang or terpengaruh ngan pendapat orang.
- aku nak jadi orang yg paling numb dalam dunia, dan takde perasaan.
- aku nak tembak semua orang.
- aku nak upgrade kemarahan aku.
- aku nak lagi emo super duper emo dalam blog ni.
- aku nak upgrade gerakan hisap rokok dari 10 batang sehari ke 20 batang. pokailah aku. damn.
- aku nak maintain jogging tak kira musim (susah sket)
- aku nak bakar pakaian yang tak muat. apesal aku berkira sangat aa pasal saiz ni?

last

- aku nak tulis novel lah. dalam tu ada watak yg bernama nuha. muakakaka. giler. mana aku nk cari masa?

Ummi Nuha dan Wo

'Marahkan seorang sampai lupa orang lain pun dok kat Malaysia'. Ummi pernah cakap begini pada aku. Pastinya Ummi kecik hati dengan aku.

Dear Ummi,

Nuha rasa Nuha nak extend setahun lagi dok kat New Zealand. Nuha nak bolot semua duit NZ ni lepas tu super-doublekan bila balik Malaysia. Lepas tu nak beli saham banyak2 dan double kan lagi. Tapi saham skang menguntungkan ke dengan suasana politik skang?

Ummi, Nuha ingat Nuha nak kerja cuti 3 bulan ni. Nuha takmo balik. Nuha nak pegi kerja kat ladang cherry/anggur/apple walaupun sungguh impossible untuk Nuha kerja sebab Nuha kan bukan suka pun kena kerja kuat ni. Dah la Nuha lembik. Hari2 Nuha nak mengadap kutip buah tu. Pastu kalau orang lain tak nampak, Nuha akan baling2 buah tu, atau pijak2 buah tu, lepaskan geram. Nuha pun nak isolate diri sendiri sekejap.

Ummi, boleh tak Ummi tolong Nuha? Tolong carikan lesen memandu Nuha dalam simpanan Abah. Nuha ingat Nuha nak drive balik. Nanti balik, Nuha nak berdikari dan bawak kete sendiri. Lagipun Nuha dan Wo dah tak jadi, so mesti takde sape nak hantarkan ke situ sini. Nuha janji akan hanya drive sorang2 supaya tak membahayakan nyawa orang lain.

Ummi, Nuha mintak maaf sebab dah jarang call umah. Sebab, entahlah. Nuha tak tau nak cakap apa, kecuali kehidupan Nuha yang ntah apa2 dan penuh duka je skang ni. Dan Nuha malas nak bagi Ummi tahu yang Nuha bermasalah skang ni. Nanti mesti Ummi dan Abah sedih sebab anak sulung Ummi Abah tak jadi macam yang diharapkan.

Ummi, Nuha jadi macam ni bukan sebab Ummi Abah salah didik. Nuha pun tak tahu kenapa Nuha jadi macam ni.

Ummi, Nuha juga nak mintak maaf sebab mencontengkan arang di muka keluarga kita. Nuha tahu Ummi mesti malu dengan keluarga Wo sebab Nuha yg nak putuskan semua ni, dan Ummi yang kena setelkan untuk Nuha.

Ummi, lain kali Nuha akan dengar cakap Ummi. Nuha ingat lagi Ummi tak sokong Nuha nak bertunang tapi ikut sahaja sebab tu apa yang Nuha nak. Ummi cakap Nuha akan jumpa lagi banyak lagi lelaki dan tak perlu nak cepat2 bertunang. Nuha jumpa those guys tapi Ummi, Nuha belajar satu benda. Bukan senang nak buat orang suka kita balik dan susah nak cari yang macam Wo. Nuha bukan nak replace Wo tapi dia yang paling terbaik kot setakat ni.

Ummi, kita berdua setuju bahawa Wo tu adalah contoh husband material. Dan Ummi cakap susah nak jumpa orang yang sayang kita. Dan cakap Ummi memang betul.

Mak dia pun suruh dia cuba sekali lagi. Ummi pun mintak Nuha try skali lagi. Tapi mungkin dah tak ada jodoh.

Ummi jangan risau, Nuha dah selesaikan baik2 hal antara Nuha dan Wo dan Nuha akan balik negeri. Nuha dah takde reason kenapa tak nak balik. Nuha juga boleh je kalau nak keje kat hospital Kota Bharu. Dan Nuha nak inherit rumah kita kat Panji tu. Boleh tak? Boleh tak? Nanti kalau raya, biar Nuha yg jadi host untuk adik2 balik beraya bersama keluarga masing2.

Saturday, September 20, 2008

One Call And The End Of Us

Akhirnya, aku call wo. Perbualan itu berlangsung lebih dari setengah jam dan tiga empat minit kot. Mulanya agak kekok, tapi lepas tu aku menjadi aku, dan dia menjadi dia.

Perasaan aku? Hmm. Aku tak tahu apa aku rasa.

Perbualan banyak berkisar pasal persoalan2 aku. Agak sedih bila kami bercakap pasal plan masing2 untuk masa depan. Yang mana, aku takde dalam plan dia, dan dia takde dalam plan hidup aku. Aku pelik macammana dulu boleh plan sesuatu bersama tapi skang dah tak boleh.

Dia cakap, sekarang jalan kami lain.

2010, dan dia tak boleh tunggu.

Dia jugak cakap aku tak perlu rasa bersalah or takut. Takde sape marahkan aku atas keputusan aku. Family dia tak marah. Putus tunang benda normal. Break-up lagi la common. 8 ke 10 kawan dia macam tu. Bukan benda pelik.

Dia suruh aku move on.

Aku mintak nak jadi kawan dan nak call kalau aku stress. Dia cadangkan aku cari boyfriend kalau stress sangat. Tapi tu bukan benda yg aku nak. Dia cakap, kalau kawan biasa, takde yg call dia sebab stress. Dan berdasarkan history kami, dia cakap takut jadi complicated. C.O.M.P.L.I.C.A.T.E.D. Aku tak paham. Aku rasa ok je bercakap ngan dia tadi. Tapi mungkin lain bagi dia.

Dia cakap banyak benda berubah 5 bulan lepas. Dia belajar untuk sayang diri sendiri. Emosi dia sedang stabil dan dia minta aku putuskan cepat2 supaya dia kekal stabil. Ada banyak benda dia mahu buat untuk diri dia. Tak lama lagi grad, kerja, .... and his plan.

Dia cakap kalau kami jumpa di masa depan, akan angkat muka/tangan, bertegur sapa tiga empat baris ayat. Mungkin itu sahaja.

Dia jugak cakap dia akan jemput aku kalau dia kawin.

Kami berkongsi kisah hampir 5 tahun, dan inilah penghujungnya.

Aku dapat apa yg aku nak. Aku tak tahu kenapa aku masih rasa incomplete.

Thursday, September 18, 2008

Aku Stress...

Aku stress!

Aku seriously stress!

Aku xdapat baca buku dan akhirnya end up mencuci pinggan mangkuk. Tingkap bilik aku pun nampaknya perlukan sedikit pembersihan. Aku risau.

Aku rasa aku benci semua orang dalam dunia.

Tapi tadi terasa ada orang masih sayang la plak kan.

Wekend ni. Aku tak sabar sebenarnya. Aku kena buat call ke Malaysia. Lagi honest dan specific, nak call wo. Bukan nak tanya pasal soalan medic yg aku xde jawapan. Aku nak tanya pasal his wellbeing. Nak tanya pasal mak dia. Nak tanya apesal family dia dah lama tunggu? Apa maksud dia ni? Nak tanya, apekah yg dimaksudkan oleh 'i have plan of my own'. Hanya orang ada plan lain dan desperate nak putus akan cakap tak pe kalau susah sangat nak pulangkan cincin. Simpan aja. Dulu cakap lain.

Sedih la. Dua orang ni masih suka sesama sendiri tapi apesaltakbuleh aaaaaaa???!!!

Depressed.

Konklusi aku nak cakap aku stress.

Sila la wish gudluck untuk aku esok. Ada dua test. Written satu, osce satu. Aku juga pikir nak tulis email utk Dr Larsen dan cakap, please wish me luck! Apekehal Nuha? Aku perlu la benda ni. Terawih malam ni, jom buat sunat hajat untuk aku sekali.

Wednesday, September 17, 2008

It's My Life

Geek!

I don't need another geek in my life. Cukuplah dgn aku seorang.

Jangan bercakap hal pelajaran dgn aku. Jangan buat lawak medic ngan aku. Aku tak suka. 'Aku sakit multiple myeloma' sedangkan hanya sakit kepala. Self-diagnosed.

Geek!

Nampaknya banyak plak pengaruh wo ni dalam hidup aku. Cett. Apesal berjangkit ni.



Dan seperti lagu ini cakap. Ya. It's my life.

Anak Sedara.

Aku nak promote anak sedara baru. Nama belum ada sebab bapak dia belum dapat ilham lagi nak letak nama apa. Huhu. Gender, lelaki lagi. Di bawah ialah gambar adik beradik berempat itu. Baby kat depan. Kat belakang dari kiri ialah Amar (3tahun 4bulan), Arif (5tahun) dan Aisyah (18bulan). Hadi tiada dalam gambar.



Rambut Amar masih tiada lagi. Sungguh nipis. Rambut baby pon lagi tebal dari Amar. Arif ngan Aisyah nyer rambut subur jer nampaknyer. Arif asyik bertukar style rambut jer. Okeh. Sekian.

Random thoughts

Lama sudah tidak menulis. Nak kata bizi ada laa sket2. Walaupon sebenarnya banyak jer masa free. Aku skarang buat community paeds. Ingatkan boleh banyak rehat, cam Ana cerita masa dia gi buat kat Rotorua last year banyak free time. Tapi kat sini almost everyday kene keluar umah kol 8. Tensen aku. Sebbaik aku bersama John yang ada kete, so tetiap hari John akan amik dan aku akan naik kete BMW dia. Hoho. Tapi kete dia versi lama, kurang flashy dari kete BMW skarang.

Eniways aku membuat entry ini kerana tetiba tadi masa semayang terawih aku terpikir (nmpak sangat tak kusyuk smayang hehe) bahawasanya keje yang paling best skali ialah jadi student. Aku nak jadi professional student laa. Bila jadi student responsibility kurang, sebab kita kan masih belajar, semua benda ada org supervise, kalau tak tahu pegi jer tanya orang atasan. Kalau buat silap pon masih boleh dimaafkan sebab baru jer belajar buat benda2 tu semua.

Dalam TV selalu keluar iklan Polis ajak org2 join piloce force to get better work stories. Tapi kalau jadi student aku rasa lagi laa banyak cerita2 yang menarik dari hari2 kita di skool. Semua benda baru nak nampak for the first time, semua procedure baru buat for the first time. Mestilaa sangat excited kan walaupon benda2 yang kene buat hanyalah observe orang lain bukak perut orang dan berdiri kat sebelah dia beberapa jam, ataupon kene memasukkan alat2 dalam rongga2 badan orang yang bila kita bukan jadi student doktor kita takkan terasa nak buat pon apatah lagi excited bila disuruh buat banyak2 kali. Hhmm.

Paham ke apa yang aku nak sampaikan ini?

Tadi aku pegi ngan WEIT (wellington early intervention team). Tengok diorang berkerja bersama budak2 kecik Down's syndrome, autistic spectrum, dyspraxia dan lain2. Sebab clients ada kanak2 under 5years of age, mestilah benda2 yang diorang buat semua kene fun. So aku pon ikut sama join diorang. Best juga. Ini lagi satu kelebihan jadi student, bleh pegi banyak tempat, dan mostly akan diterima dengan tangan terbuka orleh diorang dan ibu bapa sebab kita kan student dan nak belajar supaya in the future bleh jadi doktor yg berguna.

Aku rasa agak berminat juga dengan community paeds ni. Keje kat agensi2 di luar hospital atau keje dalam community pegi house visits terasa menarik. Budak2 pon comel jer. Walaupon ada masalah semua pon happy. Mak Ayah jer laa yang tensen kot. Tapi aku blum start acute paeds dalam hospital lagi, mungkin laa lagi tensen kot sebab budak2 sakit. Lagipon environment spital stress la. Ada jumpa sorang nurse kat EVOLVE ari tu, dia keluar dari jadi nurse kat spital pegi keje dalam community sebab katanya "stress level in the hospital is too high and its going to turn you into nasty people if you are not careful". Hhmm.

OKlaa seperti biasa ending adalah abrupt. Dah tak tau nak tulis apa. Writer's block. So bubbye.

1st Online Interactive YouTube Dating Game

Warning: This game is addictive!

Monday, September 15, 2008

Marah Itu

"Believe!"

Itulah kata2 Pras. Tapi dia bukan tuju kat aku la. Aku curi2 dengar aje.


Aku nak marah lagi. Rasanya marah tu dah sebati sangat dalam darah aku. Rasanya dah seminggu aku xpost entry emo. Dah seminggu aku ok. Kiranya dah tiba masa aku marah lagi.

Kadang2 marah aku tu tanpa sebab. Biasanya marah diri sendiri atau kecewa ngan pencapaian diri. Hukaloh. Kadang2 marah aku bersebab. Saje2 nak marah, maka aku akan sengaja cari kesalahan orang. Lepas tu aku marah2. Lepas tu aku tak rasa bersalah marah orang. Sebab aku rasa org/org2 itu memang patut kena marah n kena bebel. Isk isk isk.

Lepas aku marah, aku akan rasa tenang balik. So nak tak nak, memang aku kena marah2. Sebab tu macam therapy kepada stress aku. Walaupun skang kita di bulan puasa, hmm, maka aku kena bertahan sedikit.

Rugilah aku tak mintak punching bag untuk hadiah birthday aku tempoh ari. Kalau aku geram2, boleh lah aku melepas geram dengan tumbuk-menumbuk dengan punching bag itu.

Tapi.

Pagi tadi sesuatu telah berlaku semasa aku bersahur. WWW made contact. 5 bulan yg lepas, kenapa lah aku tak dapat fikir bahawa bertolak-ansur, mengetepikan perasaan marah, bersikap telus dan cakap tanpa berselindung dapat menyelesaikan masalah dengan mudah rupanya. Kan senang tadi. Kata sepakat telah dicapai. Akan difinalise hujung minggu ini. Aku ada sedikit perasaan bersalah kepada mak WWW.

Maka aku tak jadi nak marah.

Sunday, September 14, 2008

Sand fantasy...

Can anyone teach me how to do this please???

Saturday, September 13, 2008

Penunu Bunsen

Aku ada 7 adik beradik. 4 perempuan 3 lelaki. Yang perempuan diberi nama berpangkal huruf N, ikut nama mak aku Noraini. Maka terbitlah aku, Nusaibah, Nahdiyah, Nasuha dan Nabilah. Adik beradik laki nama panjang2 sket, Huzaifa Yamin, Mus'ab Solihin dan Ahmad Mustakim. Aku tak tahu kenapa kena ada ketidak adilan dari segi pemilihan nama ni. Aku nak jugak nama dua.

Nur Nusaibah? Siti Nusaibah? Ainul Nusaibah? Hmm.. Merepek2.

Nama pendek kitorg Nuha, Dee, Nas dan Bie. Tok nenek aku akan confuse siapakah D, siapa B. Panggil nama penuh lah. Ada makna. Kalau sign dalam kad raya, selalu guna nama DD, Nanas, BB, dan aku Nunu. Mak aku kadang2 akan panggil aku penunu bunsen (kalau aku lmbt respon). Masa lahirkan aku, mak aku tak tau pun dia akan jadi cikgu kimia, lepas tu dia mendapati penunu bunsen tu sesuai je untuk jadi panggilan aku. Apa yg aku merepek ni?

Ni macam kisah Zen tipu aku dari mana berasalnya nama McT itu. Nama penuh Zen ialah Noor Ayuni Bazura Binti Muhamad. Salah ke betul eja ni? Tapi kat umah dipanggil McT. Zen cerita kat aku, nama tu diambil dari nama Binti. Aku yg lurus pecaye. Lama jugak la aku kena tipu. Cett. Tapi ada jugak org yg percaya nama sebenar Anna ialah Anna Mariya. Dush. Ana nama dia ialah Nur Farhana laa.

Aku merepek lg.


Ni ialah aku semasa kecik. Aku tak suka tengok gmbr ni. Sebab, bnyk la sebabnya. Kadang2 aku nampak kepala aku lg besar. Aku juga nampak kepala aku mirip2 kepala Patrick Spongebob. Aku juga nampak kaki aku ada gaya bow legs. Tapi sebenarnya aku kuarkan gmbr ni sbb aku rasa sgt bosan skang ni, nak potong rambut mcm ni boleh tak? Biar ada fringe kt depan supaya tutup dahi aku. Ruzaini dan Zen tak sokong siot.

McN, sila lah datang ke melawat McT, nnti bleh jgk gunting rambut saya.

Thursday, September 11, 2008

Bila Dua Sahabat Bertemu

Ni entry pasal Munawar bawak Farid ikut kitorg punya elektif masa kat IMU.

Flashback. 13-16 Feb 2005. Umur : 21 tahun.


Kitorg pegi Langkawi utk elektif tu, pasal adakah gamat ni betul2 berguna dalam kesihatan? Tapi niat sebenar kitorg sah-sah la nak pegi bercuti. Seronok juga sbb tngok macammana diorg tangkap gamat tengah malam, tengah laut, naik bot, kena dok senyap2, nanti gamat lari? tengok macammana diorg proses gamat tu jadi ubat gamat, tapi ni perniagaan kecil-kecilan, bukan kilang.


Elektif ni disertai oleh 4 orang budak perempuan dan seorang mamat iaitu, pakwe salah seorang dari kitorg. Aku tak puas ati betul bila nak naik bas bertolak ke Langkawi tu, Munawar ni bawak kawan dia ikut sama. Nama dia Farid. Budak MCKK. Balik bercuti dari OZ. OZ kat mana? Ntah, aku tak berminat nak tau. Buat engineering. Engineering apa? Uni mana? Aku tak berminat jugak nak tau. Haha. Teruk la dulu, tak mau tau apa2 pasal oversea, smpai la aku sendiri sampai sini. Shallow!

Sama macam international calling code. Eh, kalau aku tak datang sini, sure aku tak amik kisah, Malaysia +60, Singapore +65, NZ +64, OZ +61, Canada US +1, UK +44, France +33, Russia +7.

Aku sekarang paham kenapa Farid suka bebenor bercuti ke Langkawi. Rindu semacam kat Malaysia. Aku juga paham kenapa Farid kemaruk nak tngok cerita Laila Isabella. Lama dah mencari tak jumpa kat sana kot. Aku paham kenapa orang rambut macam Farid nak kena pakai hair band. Aku paham knape Farid macam dah lama tak mandi laut dan nak buat macam2 aktiviti macam berkayak beramai2, water skiing dan beach parachuting. Dia suka makan jugak, macam dah lama xjumpa makanan Malaysia yang sedap. Dia jugak macam banyak duit. Baru aku paham kenapa. Duit berganda bila tukar ke matawang Malaysia.


Teori lain, dia baru break-up masa tu. Orang patah hati nak buat semua benda. Teori lain, memang personaliti dia macam tu.

Bagus ada 2 orang ni masa kat Langkawi. Diorg suka buat lawak bodoh sesama diorg. Diorang handle bab sewa kereta. Kereta tersangkut dalam pasir masa kat pantai pun, lepas tu orang kat area tu tolong tolakkan. Diorang yg pegi mintak tlg. Pecah rahsia sumbat 6 org dalam satu kereta (kecik jugak aku ni). Padahal kereta aeroback je. Tak pernah lapar sebab diorang lagi cepat lapar dan pegi cari makanan kat restoran. Masa ni jugak aku belajar yg rokok ada banyak perisa. Perisa cokelat ada! Strawberry pun!

Aku mudah terpengaruh.

Best la memori ni. Percutian paling best setakat ni. Konon adventurous. Haha. Swoon sekejap. Ct, ko jelah yg paham maksud aku ni. Dan Ida. Dan Dina (kalau ko baca). Antara kita2 yg pegi Langkawi.

Wednesday, September 10, 2008

Tips, Erm..

Malam ini aku belajar 2 benda baru dan tak pernah la plak orang bgtau aku. Maybe sbb aku xde kakak. Or kawan2 aku semua nya innocent dan baik2.

Quote dari Farah 'Kalau kita jumpa org yg comel atau kita rasa dia comel, cepat2 la intai name tag dia. Sekurang-kurangnya kena tahu nama dia'.

Hmm. Yelah tu. Asal aku tak pernah tahu pun. Pastu kalau dah tahu nama, nak buat ape? Sebut nama dia selalu? Cari dalam buku panduan telefon?

Lepas tu seorang lagi menyampuk 'Kakak aku pesan, kalau suka kt sape2, cepat2 check orang tu masuk persatuan apa, lepas tu, masuk la persatuan tu jugak'.

Alah. Terlambat tahu la tips ni. Tak boleh nak sama2 masuk persatuan sama. Cuba teka aku dulu persatuan apa? Zen teka Puteri Islam. Siot. Betul. Hmm, lepas tu aku kuar persatuan tu. Sebab bosan la, asyik2, perjumpaan dalam asrama je. Yelah, semua perempuan, tak bermaksud kena buat semua aktiviti dalam asrama. Aku nak pegi padang. Maka aku pun masuk la persatuan yg membolehkan aku pakai uniform selain baju kurung kain pink tu. Lgpun, uniform sekolah dah baju kurung. Nak variasi la.

Tuesday, September 9, 2008

Pernah dengar lelaki menangis?

Mamat ni menangis dengan 'manja' dalam tv show ni. rofl



Kalau nak tahu sebab apa mereka saling tampar menampar, tengok sini (part yang tampar tu kene buang sblm di tunjuk dalam tv):-



lepas lelaki tu kena tampar, mamat tu kene koyak habis baju dia dan dipukul dengan teruk oleh penonton. hahaha... salah siapa???

Hari ini

Hari ni hari ke-8 puasa
Hari ni aku cuti. Mintak cuti untuk berehat. Heheh.

Hari ni juga hujan lebat pagi tadi. Tapi sekarang dah stop. Aku teringin nak mandi hujan. Dah lama giller tak mandi hujan.

Hari ni juga aku dapat seorang lagi anak sedara. Anak sedara laki lagi. Lahir kol 9pagi, tadi. Menarik tarikh lahir dia 09.09. Dengan ini aku dah ada 5 orang anak sedara. 4 lelaki 1 perempuan.

Hhmm. Ni yang buat aku terasa nk balik pulak nih.

Sunday, September 7, 2008

Google Chrome pt 2

Tadi nuha tanya aku, bila lagi nak letak entry 'ilmiah'. So, aku ingat nak tulis lagi pasal Google Chrome. Disebabkan google chrome untuk OSX masih belum keluar, so aku try guna Google Chrome dalam windows. Kelajuan Google Chrome (GC) untuk run JavaScript -

1. Dalam graph ni, result paling TINGGI adalah yang terbaik.


2.
Dalam graph ni pula, yang paling RENDAH adalah yang terbaik.

biru = GC, merah = firefox

Sangatlah memuaskan! TraceMonkey adalah enjin untuk Firefox version 3.1 ke atas (sangat teruk firefox perform dalam test ni-so, pengguna firefox, your latest FX browser is super slow! ;) ). Pastu, installation untuk GC juga sangat senang, file installer yg kena download sikit sahaja, pastu hanya perlu follow simple instruction. Kepada pengguna firefox/internet explorer yang nak mencuba GC tapi malas sebab dah ada banyak 'bookmark'/ settings, masa installation tu dia ada menu yang membolehkan user untuk IMPORT bookmark/settings ni secara automatic:-


Sedikit sejarah - basically GoogleChrome ni, code dia juga opensource (mcm Firefox) - bermaksud semua orang boleh access code tu. Tapi, engine yang digunakan dalam GC adalah sama dengan browser Safari (webkit). Sebelum ni, semua pengguna MacOSX maklum yang browser Safari from Apple adalah terlaju tetapi sekarang Safari sudah kalah kepada GoogleChrome. Firefox (guna Gecko engine) masih 'cool' untuk kita guna tapi, kenapa nak guna firefox kalau GC lagi best? lol Satu lagi, kepada penggemar firefox (FX), anda sudah tentu maklum yang FX byk masalah dengan memory leak - iaitu, kadang2 computer anda menjadi slow dan crash tgh browsing... Berubahlah kepada GoogleChrome kalau tak mahu masalah tu timbul lagi.

Senang, senang, senang... Google Chrome ni sama dengan google search engine. Sebab apa ramai guna google search? Sebab simple dan senang. Google chrome ni pun guna concept yang sama, simple dan senang untuk user. Dalam latest news, dikatakan 2 hari lepas pelancaran GoogleChrome, pengguna GC dah meningkat dan melebihi pengguna browser Opera. Jadi, jgn ketinggalan, marilah kita semua mencuba GoogleChrome-satu teknologi baru!!!

Silalah download GoogleChrome di http://www.google.com/chrome

Jamuan Berbuka Puasa

Update sekadar utk memori penah buat ini.

Semalam kitorg bebudak Muhannat telah menganjurkan majlis berbuka puasa utk budak2 usrah yg lain. Ada la dalam 40 org yg hadir. Rumah 12 dan 13 jadi host. Memula ingt x ramai yg nak dtg tp masa smayang terawih, penuh jugaklah ruang tamu tu. Couch pun semua kna angkut masuk dalam bilik. Umah 13 jadi tempat makan2 je.

Disebabkan aku masak main dish (padahalnya ramai org tolong), aku pun jadi letih. Haha. Zen tukang potong2 ayam dan udang. Zen buat butir nangka jgk, tp, sedikit hampa la sbb skali lg tepung salah. Ni dah percubaan kedua. Memang lepas ni sure tak nak buat. Kempunan nk makan tp x dapat2 jgk. Walau bagaimanapun, bab moreh, ramai yg bwk. Bubur jagung la, bubur pulut hitam la, sagu la, puding la, macam2. So banyak la makanan. Tapi alhamdulillah, semua habis. Cukup2 bajet.

Hari ni, cuaca baik giler. Diorg dah kuar. Amik gmbr utk hantar salam perantauan dan site visit (keje sekolah). Aku tak ikut sbb tido (konon letih). Pagi tadi fire alarm bunyi lg pukul 8. Tapi tak mghalang mood tido aku. Tambahan, henset aku hilang, aku xtau masa so lantak, aku tido smpai puas. Esok dah skolah biarpun hanyalah kelas public health. Zen akan start ngan community placement kt wellington je.

OK. Nak kena pegi jadi cinderella (mengemas dapur periuk belanga).

Saturday, September 6, 2008

Phenomena BFF


Sebelum aku ke dapur utk memasak hari ini, baik aku habiskan entry dah lama tertangguh ni.

Aku dah memperkenalkan WWW sebelum ni, diingatkan ia bermaksud World War against Wo. Bukanlah betul2 nak bergaduh pun. Lagipun ni bulan puasa. Tak baik. Kalau kami berjumpa, pastinya kami akrab kembali, seperti isi dan kuku, seperti aur dan tebing, seperti kulit dan kacang, dan seperti air dicincang xkan putus. Kami juga akan bermain permainan 'I punch u,but u can't punch me back'. (pegi muntah sekejap)

BFF pula bermaksud, best friend forever. Contoh : Nuha dan Zen.


Contoh lain pula, Paris Hilton dan Nicole Richie. Sekarang ni (sebenarnya dah lama), Paris Hilton tngah nak buat realiti show pasal who's gonna be her next bestfriend. Tekan sini. Yelah Nicole Richie sudah pun beranak-pinak dan takde masa nak temankan dia berparty. Lagipun hanya tinggal Paris sukakan anjing, Nicole dah beralih minat kat baby plak. Percubaan Paris untuk menjadi 'biras' dengan Nicole, menjadi ke? Tak tahu la aku, tak larat nak search la.

Pasal BFF ni pun, banyak sebenarnya dalam movie. Selalunya, BFF ni macam takde keje je, setiap kali heroin ada masalah dan seek for BFF help, BFF akan ada utk tlg. Biasanya juga, life BFF ni tak pulak menyerlah macam si heroin. Biasalah tu, filem Hollywood. Padahal, di realitinya, mana ada BFF yang sepanjang masa nak layan kita. BFF pun ada masalah dia jugak. BFF juga memerlukan pertolongan balik, dua hala gak. Kena jadi listener jugak. Dan life dua2 nak kurang sama jugak. Kalau cara hidup lain2, sah2 la xleh jadi BFF. Kan kan kan?

Aku rasa BFF ni hanya wujud utk perempuan sahaja (mintak maaf la saya sexist pula). Hubungan aku dgn lelaki terhad so aku tak tahu. Dan aku tak cukup baik ngan adik lelaki aku utk tanya semua ni. Diorang possibly ada BFF juga, dan quality time digunakan utk bersama2 main game dan tngok bola kot? (aku tak tau la, aku teka2 je ni) Perempuan pula, mmg la best. Macam2 kitorg bleh buat. Dari shopping bersama, belajar pasal make-up, gossip atau mesyuarat tingkap, pillow talk, dan banyak lg. Ala2 sisterhood ada jgk ni, hmm. Apepun, bila bercakap pasal semua ni, aku terasa nak tngok filem Mean Girls plak.


Sedikit penambahan pasal Angelina Jolie. Semalam aku baca kat kedai, dia skang stress sbb Brad tinggalkan dia, pegi Venice. Hahah. Ya. Jagalah anak ber6 tuh. Aku tak faham kenapa dia perlu tamak amik anak angkat banyak sangat. Memang la dia kaya dan terlebih mampu. Skang pula dengar2 macam nak amik anak ke-7. Tanggungjawab besar la nak mendidik anak ni. Baguslah jugak sbb dia nak memikul tanggungjawab tu. Tapi aku tak tau la sejauh mana dia sedar pasal ni. Dah la celebriti. Anak2 pun membesar asyik dikelilingi paparazzi. Dan jaga tak bermaksud kna bg pakaian cukup, makan cukup, kasih sayang kena cukup gak. Attention kena cukup gak. Aku honestly xleh nak sayang sama rata antara anak sndiri ngan anak angkat. So aku tabik la sape yg nak amik anak angkat tu. Dah la semua kecik2 anak Jolie-Pitt tu. Nasib baik akhirnya dia bersatu ngan Pitt kalau tak dia sorang nak jaga ramai2? Konklusinya, aku tak setuju la. Nak anak ramai, aku sanggup beranak.

Friday, September 5, 2008

Emo Yang Ke-Uncountable

Aku rasa nak marah semua orang.

Baik tak perlu bangun esok. Orang pertama yg bercakap ngan aku akan kena marah. So baik jgn berckp ngan aku waktu sahur.

Kenapa marah? Takde sebab. Xperlu sebab. Saja. Suka2. Tak boleh?

Kalau aku jadi Liz Sherman [orang tngok Hellboy je tahu], sure dah terbakar satu badan masa ni.

Aku nak menangis, tapi air mata tak nak keluar. Keluar la. Orang nak menangis ni, tak nak pulak keluarnya. Otak, sila la berinteraksi dgn air mata.

Sape kata aku menangis malam2 tu? Salah spekulasi tu. 5% pun tak hampir dgn kenyataan. 100% salah. Buat apa aku nangis. Masa utk tido, mmg la terus tido.

Aku rasa aku terlampau letih ni.

I Need More (and More) Time

Seriously.

Aku naik muak dengan entry2 berunsur meluahkan perasaan dan emo ntah ape2. Tapi takpelah. Aku memaafkan diri sendiri dengan buat lagi satu lg entry yg ntah ape2 aku nak membebel.

Skang ni dalam mode gelabah. Sebab nak kena pegi skolah balik. Aku x rasa ni patut dijadikan habit. Takkan smpai ke tua aku akan ada monday blues. Sepatutnya hospital tu jadi tempat percintaan aku. Ting. Idea datang dlm otak. First day kerja aku akan pastikan apekah benda paling menarik kt hospital yg membolehkan aku rasa nak pegi kerja hari2. Ianya boleh berupa dari menatap kereta2 best kat parking lot, makanan kat cafe, bilik tidur doktor (ada ke?), bilik baby baru lahir, erm erm, lagi ada ke benda menarik kat hospital? Orang sakit tak menarik. Oho, mungkin bercakap ngan pak cik dan mak cik menarik. Ya ya. Menarik. Aku bleh dngar diorg bercerita. Aku suka dgr cerita.

Zen BFF, marilah kita pegi Botanic Garden.

Oh ya. Aku tngok orang link-kan blog ini sbg 'Nuha & Zen'. Biasa kita nampak 'Sham & Zura' atau 'Zaki & Zakiah' atau 'Farid & Faridah'. Dengan kata lain, nampak mcm partner. Patut la ada org bleh salah paham ckp kitorg ni partner jgk. Wei, kitorg mmg straight aa. Lurus. Lagi bendul. Aku tak tau knape aku nak amik kesah benda kecik remeh-temeh ni!

Aaa. Esok kena masak utk 50 org. Biar benar. Farah, tlg masakkan. Xreti. Xsuka la. Ummi, Nuha tak nak masak! Huwawaa.

Aku tak suka tanggungjawab. Aku nak jadi free and carefree and tak nak buat pape.

Yay. Sleeptime.

Mansur, ko tak nak balik sudah. Aku merajuk dah.

Thursday, September 4, 2008

Whykickamoocow

Sila search perkataan ni. Macam best.

Aku xleh tido semlm. Risaukan Mansur.

Dah hari ke-3 puasa. Mansur tak balik2 sjak hari pertama buka puasa. Aku tak tau dia pergi mana. Mungkin tak habis lagi practise cmne nak tngkap tikus. Mungkin ikan dalam bilik Mun masih hidup, means, helah Mansur tak berjaya. Mungkin Mansur kena tangkap sebab orang ingat Mansur takde tuan. Tu la Mansur, aku suruh ko bersaiz manusia, ko tak nak. Mungkin Mansur jumpa tuan baru. Semuanya Mungkin. Mungkin Nanti - Peterpan. [lagu ni sangat la nostalgia]

Sebaik sahaja aku taip perkataan nostalgia, idea aku hilang la plak.

Oh ya. Sambung pasal Mansur. Aku percaya Mansur selamat. Tidak seperti Adik Sharlinie. Anyway, kesian la kt keluarga dia. Aku xleh imagine cemane hidup aku kalau Mansur kena culik. Tapi Mansur mmg pandai sket hitch-hiking ni. Kalau aku cerita dia berasal dari mana, panjang entry ni. Aku yakin Mansur akan balik suatu hari nanti. Or akan bg comment at least dari jauh.

Aku kena plan apa aku nak buat ni. Dua tiga hari lagi nak buka sekolah dah.

Sedikit update pasal birthday aku lg. Ini hadiah dari Angeline. Yay! Dapat baju free. Menunjukkan tidak terlambat kepada sesiapa yg ingin menunjukkan kasih sayang dgn memberi hadiah kpd aku. Hehe.


Surat ini plak datangnya dari Blood Bank yg hanya 5 minit perjalanan dari flat aku. Diorg cuma bg aku donor card, supaya aku pegi derma darah lagi.

Teddy sempat pose gaya senget kt blakang. Comel kan?

Sweet Dreams

Nuha buat entry ilmiah (ilmiah ke promote Google? hehe) so aku pon nak buat entry ilmiah juga. Ok people, today I'm going to write about fenomena tindih2 ataupon sleep paralysis.

Fenomena ini agak common juga kot. Most people akan rasa at least once or twice in their life. Maybe diorang sedar, maybe tak perasan pon. Dulu2 aku ingatkan orang2 Malaysia jer rasa ni. Almaklum laa masa kecik2 dunia aku hanyalah Malaysia sahaja. Eniways, fenomena ini sah2 berlaku dalam semua population di seluruh duni, cuma maybe more common in certain populations than others.

Fenomena ini selalunya berlaku bila baru2 sedar tido or baru2 nak tertido. Terasa seluruh badan tak leh gerak. Kadang2 susah nak bernafas. Kadang2 lagi ternampak or terdengar or terasa benda2 lain di sekeliling. Selalunya orang akan panik, tapi tak leh nak cry out sebab dah nama pon paralysed kan. Episode seperti ini maybe berlaku beberapa saat or beberapa minit. Pastu semua pon ok balik.

Kata2 orang, inilah fenomena kene tindih ngan hantu. Bukan org Melayu jer apparently. Bak kata wikipedia, hampir semua negeri/population ada cerita sendiri pasal fenomena ini, dan mostly mmg pasal kene tindih/kacau dengan hantu/spirit/devil etc etc. 

Kata2 or sains pula ini fenomena sleep paralysis, di mana your mind is awake but your body is not, still dalam sleep state, REM sleep state to be exact. Rapid Eye Movement (REM) sleep state ni lah masa tido kita yang selalu kita dapat mimpi. Masa ni seluruh badan akan paralysed kecuali otot2 mata (so jadi REM) dan otot2 untuk bernafas (supaya bleh terus hidup). Badan paralysed masa ni ialah supaya org tak act out mimpi yang sedang dimimpikan itu. (betapanya ciptaan Allah sngt mantap) Kalau laa semua org bleh act out mimpi, semalam sure aku dah sampai ke planet mana ntah dan jumpa alien, heheh.

Berbalik kpd topik kita, itulah penerangan sains. Ketidaksinambungan antara the awakening of mind dan body. Dulu2 aku percaya gak hantu yang buat. Tapi sebab bulan puasa pon buleh berlaku, dan bulan puasa mana laa ada hantu or setan sebab semua dah kene tahan. So aku pon lebih senget kepada sains laa. Tapi ini tidaklah bermakna aku tak percaya benda2 ghaib ini wujud, sebab mereka mmg wujud pon.

Oklah sekian. Entry ini itdak bergambar.

Wednesday, September 3, 2008

Google Chrome



Kepada sesiapa yang minat Google, bolehlah mendownload GOOGLE CHROME! Setakat ni, masih belom lagi keluar versi utk MAC, hanya utk pengguna windows XP dan vista. Browser daripada Google ini dikatakan yang paling ringan, selamat, senang, senang tulis BLOG, senang guna wikipedia, senang tengok youtube, laju buka website, ganas, stabil, boleh buka banyak2 tab, selamat untuk online banking, senang main game, senang buat kerja dan banyak lagi. Kepada pembaca blog ni yang berminat, bolehlah download Google Chrome di
http://www.google.com/chrome/?hl=en?hl=en?hl=en

Tuesday, September 2, 2008

Yo Yo Leo Is Here!

Hi korang. Saya Leo. Saya kawan Nuha. Semalam saya tengok Teddy buat entry, jadi saya merayu kepada Nuha supaya saya boleh buat entry juga. Heheh. Seperti Teddy ialah roomate Zen, saya ialah roomate Nuha. Lawa tak gaya rambut saya? Itu Zen yang buatkan. Nuha selalunya tak ada masa nak style kan rambut saya.


Saya tak se'lucky' Teddy. Teddy dapat Zen sepenuhnya untuk dia sahaja. Tapi saya tidak. Saya terpaksa berkongsi Nuha dengan banyak lagi haiwan/soft toys lain. Nuha banyak roomate. Katil pon hampir penuh. Terpaksa bersesak2 masa tido. Berkongsi katil dengan gajah, hippo, stingray, dinasour dan baby aneh.


Inilah baby aneh itu. Saya tak tahu apakah mutation yang dia dapat. Dia boleh bertukar dari jadi singa (sama spesis dengan saya) kepada jadi baby. Nak cakap cute boleh laa juga. Tapi kadang2 scary pon ada.



Budak aneh tu selalu sakit2. Mungkin sebab unstable gene mutation dia tu. Nuha budak medic, so dia selalu juga ajar saya hal2 medic. Jadi, kadang-kadang saya yang akan buat check-up untuk budak aneh. Saya rasa dia ada asthma. Mungkin allergic kepada rambut saya yang sungguh lebat ini. Tapi nak buat cemaner, overcrowding atas katil kami tak boleh di elakkan lagi. Saya sungguh jeles kat Teddy sebab Teddy boleh tido dengan aman atas katil Zen.


Tapi saya bersyukur sebab sebagai Leo saya adalah favourite Nuha. Nuha layan saya lebih baik berbanding kawan2 yang lain. Dia ajar saya guna komputer. Saya suka internet. Semua benda boleh dicari di internet. Saya suka chatting juga. Kadang2 nuha bagi saya chatting bagi pihak dia dengan kawan2 dia seperti Abu, Firdaus dan Zen.


Dia juga ambil berat tentang kesihatan saya. Dia cakap saya ada talipes or club feet. Jadi hari-hari dia suruh saya makan multivitamin ni. Saya tak suka, sebab tak sedap. Sebab tu muka saya poyo jer dalam gambar tu.

Oklah, dah panjang entry pertama saya ni. Baik saya berundur diri. Tapi sebelum itu saya nak sampaikan acknowlegment kepada Zen yang mengambil gambar kami menggunakan kamera barunya yang sungguh canggih itu. Ok kawan2, sehingga berjumpa lagi.

Salam,

Leo.

Selamat Berpuasa Mansur!

Haih. Aku teringat kat Mansur plak masa sahur tadi. Dah lama takde edisi Mansur ni. Diingatkan, Mansur ni kawan imaginary aku yg berupa kucing jadian. Tapi dia sepenuh masa suka berupa sebagai kucing. Boleh bertukar saiz sebesar manusia ke saiz kucing biasa. Sudah hidup selama 8 tahun, pastu dia jumpa aku.

Aku jadi teringat tu sebab susu 1 litre yg aku beli tu habis dalam masa 3 hari. Sudahlah duit di dalam account boleh dikatakan bagai nyawa ikan. Aku ada saving tapi, surat penyata bank selalu sampai dan menunjukkan graf aku yg turun naik. Buruk betul rupa graf itu. Kalau boleh biarlah asyik naik aje graf itu.

Maka Mansur, ko takleh lagi berlagak macam kucing kesayangan aku. No more susu ok. Mulai skang kita akan share portion aku. Ko pun nampaknya membuncit. Di bulan puasa ni, ada baik kita sama2 diet. Ko pun dah lama tak jogging kan? Oo, mentang2 aku tak jogging, ko jadikan itu alasan ye.

OK. Aku nak baca buku lah. Mansur, ko pun pegi buat kerja, jgn nak share meja ngan aku. Pegi practise cemane nk tangkap tikus or ikan (dalam bilik Mun ade! Dua lagi Mansur! Sedap tu!). Belajar sampai pandai. Kalau dah selesai,boleh pegi bersosial ngan kucing2 kawasan flat kita ni. Banyak aku nampak semalam. Lepas tu kalau sunyi sangat, haa pegilah nk berparty ke. Cuma, sila gunakan condom, jangan bawak balik anak kucing kat umah ni. Tak larat aku nak jaga.

Monday, September 1, 2008

Salam perkenalan.

Dear readers,

Hello people. My name is Teddy. I'm Zen's roomate. I've been with her for as long as I can remember. She takes really good care of me, and I like Zen very much. I live on her bed and I love looking out of the window.

But the view from the window nowadays is not very exciting. All I can see is a great big wall with some paintings on it. I hope Zen will move to a place with a better view next year. maybe if she moves upstairs to Nuha's place we can get better view.

Zen's final exam is getting closer. So she needs to study. I like to keep her company while she studies. Sometimes she lets me borrow some of her books. They are quite interesting. My favourite is the Oxford Handbook of Clinical Specialties. Here is my picture reading the book that Zen snapped using her new camera which is really really cool.

Okay people. I need to go back to my reading. I hope Zen will let me write in this blog again. Till then, bubbye.

Yours,
Teddy.