Friday, October 31, 2008

Final Countdown



Lagu dari Amateur Transplant

Supporter Terulung

Tidak boleh merokok. Mati awal. Kanser paru-paru.

Oklah. Aku tidak mahu mandi sampai.. Giler busuk, tak jadi buat.

Aku nak membebel kejap ye. Hari ni hari last persediaan. Ajakan aqish dan zen untuk bergamble, tapi masalahnya, aku dah pernah ok main gamble2 macam ni. Janji nak fail bersama tapi akhirnya salah sorang akan pass jugak dan ada yang akan sedih. Poyo betul. So apa kata kita tak perlu gamble. Kita buat yang terbaik. Kita bagi apa yang dapat kita bagi. Kalau tak boleh, tak apalah, sekurangnya dah berusaha. Tak baik membunuh diri di medan perang. Tersungkur di tangan lawan sebab ter, tu lain cerita.

Ikut keadaan aku skang, aku dendam ok ngan paeds department. Korang memang siot menyusahkan hidup aku. Dan aku stress sebab 17 nov ni nak kena buat paeds balik. Ohoh. Aku agaknya memang kena belajar suka kanak2. Aku memang azali tak suka kanak2 especially yang sakit. Ok. Tak perlu cakap pasal ni. Tak aman cuti aku.

Ikut keadaan aku jugak, aku dibenarkan kot nak give up pun. Well, memang aku dah give up. Tak tak. Aku masih baca buku. Masih buat revision. Masih berusaha. Lagipun aku dah janji ngan wo. Ya, aku hubungi dia lagi. Terdesak kan, terlampau sedih, biasa la. Mak aku mesti marah sebab masih contact dia. Erk.

Hmm, tapi janji aku tidak boleh dipercayai. Tengok ajelah janji2 aku sebelum ni. Semua aku tak buat. Semua separuh jalan. Aku dan wo pun separuh jalan.

Giler kata-kata wo ni melekat dalam kepala otak aku. Seperti 'semua orang sayang kau'. Seperti 'jangan campur benda personal dengan pelajaran'. Seperti 'masih ada masa'. Seperti 'mana nak, fail sebab tak berusaha atau fail sebab dah berusaha'. Seperti 'ingatlah kepada orang tua'. Seperti 'jadilah contoh kepada adik-adik'. Seperti 'jangan fikir diri sendiri sahaja, rendahkan ego dengan pegi care sket kat orang lain'. Seperti 'kalau nak buat air milo untuk diri sendiri, buatkan secawan untuk zen'. Seperti 'cuba sungguh-sungguh untuk let go'.

Rasa bersalah pula. OK. Sambung belajar. Doakan kejayaan kami, all the 5th yrs, Wlgtn, Chch and Dune, Uni of Otago.

Thursday, October 30, 2008

Merokok?

Apa salah rokok?

1. Merokok dapat kurangkan symptoms pada pesakit ulcerative collitis.

2. Merokok dapat mengelakkan pre-eclampsia ketika mengandung.

3. Merokok kurangkan berat badan.

4. Merokok dapat menenangkan anda.

5. Merokok dapat membantu ekonomi negara kerana tax yang tinggi dan juga kerana mati awal.

Eksperimen khas untuk perokok...

Sebatang Rokok Ittew (ejaan cikhens)

tadi baam menghulurkan aku sebatang rokok, sambil2 dia nak pegi kuar merokok. aku nampak rokok itu.

aku nampak dan sampai skang aku teringat2.

aku nak hisap dan takde sape halang aku plak tu.

zen siap bagi plan kat mana nak hisap rokok. umah sini susah ada banyak fire alarm.

aku sakit kepala skang. aku rasa ni sebab terlampau nak hisap rokok la.

Tuesday, October 28, 2008

I bought a MAC... so what?

So, I decided to buy a Mac this year. Compared to my previous Tablet PC (laptop), it was not that expensive. My previous laptop cost MYR 6999.00 and my new Mac cost NZ$2399.00 ~ MYR6000.00 (should be cheaper now because NZ$ is super low!). Previously, MYR 2.50 = NZ$1 but now MYR1.90 = NZ$1!

Okay, why the hell did I buy a Mac? I heard about how cool a Mac is, how good it is and how wonderful the OS X 10.5 is (Leopard) which is almost equivalent to Windows Vista.

I bought a Mac not because it is 'virus resistant' but because I wanted to try something new. It took less than 2 minutes for hackers to hack Macbook Air, 9 hours to hack Macbook Pro but about a week to hack laptops that run windows Vista. Click HERE for more info. Mac is not virus resistant, Mac users do not run antivirus, so they do not know if they got infected or not.

From what I read, some people have two computers. One Mac and one PC. They have a PC so that they can actually do something with the PC and they have a Mac so that they do not get any viruses when they surf Porn sites. Yes, Porn. Believe it or not, Online Porn is a huge business. I watched 20/20 last night. An online porn star in Australia can afford 7 houses and a Bentley! Safari (web browser equivalent to Internet Explorer in Windows) has Porn Mode enabled! Click HERE if you want to learn more about Porn Mode in Safari. Enough about Porn! My 1st conclusion is that some Mac users are perverts?

Okay now, after a few months using a Mac, I have realized that a Mac does not suit me. Although my Mac cost less than my previous laptop, in the long run it is bloody expensive! I have to buy a lot of software and other extra peripherals to make my Mac useful. Mac does not have a Modem, VGA ports, S-video ports and it only has two USB ports! I need to buy these as extras. However, all these BASIC features come with a laptop running windows. Even $800 laptop has these features. Now, I am not able to send and receive fax because my Mac does not have modem! Sigh.

A simple flying simulator game will cost me twice that of other games for PC. In fact, most games are twice the price of the same game for PC. So why did I buy a Mac again? Oh one more thing, I bought a very good headphone before I bought this Mac. Guess what, I am not able to use it anymore. Apple decided to use Line-In instead of normal Microphone port. I dont know why Apple did this, but all I know is that my $80 headphone is now useless.

If anyone would like to know how I feel about MAC? Watch this video.



Too bad, I cant afford to waste my $2400++ Mac!

Selamat Pengantin Baru Syam & Ummi

Entry ini didedikasikan kepada abang saya Chang atau nama sebenarnya Noor Hisyam. Abang saya tiga tahun lebih tua dari saya. Baru2 ini beliau telah mendirikan rumah tangga dengan kakak ipar saya, namanya Ummi (lupa laa pulak nama penuh apa hehe). Mereka bernikah pada 10/10/2008. Diorang ni memang laa, tak sabar2 nak kawen sampai sanggup aku dan McN tak balik huhuh. Tapi xpo... kalau balik sure aku juga yg kene buat keje banyak heheh.

Ini masa diorang akad nikah kat rumah Ummi. Selamba jer panggil Ummi, kene panggil kak ummi ke arr? Tapi abang aku pon aku panggil Chang jer, so aku bajet xper laa.

Ini pulak majlis bersanding kat rumah perempuan di Terengganu. Sekali lagi, aku lupa jugak nama kampung kakak ipar aku nih. Adoilaa. Yg aku tahu rumah diorang ni about halfway antara KT dan Jerteh. Gamba ni ala2 masa orang2 SIMS kawen. Ada gerbang.

Ini pulak masa nak makan laa kot. Chang dan Ummi kat depan. Adik aku si Safwan kat blakang.

Hari sabtu baru ni pulak ada majlis menyambut menantu kat rumah aku. Ini gambar masa diorang baru nak jalan masuk rumah.

Ini pulak gamba diorang bersama keluarga kakak aku yg nombor-3. Abang ipar aku dukung Amar. Kakak aku dukung Ilham, Kat depan ialah Arif, Hadi dan sepupu aku Hasan. Nuha nama Hasan ni macam nama2 klasik yang ko suka. Heheh.

Nuha ni anti sket tgk orang kawen skarang atas sebab2 yang aku rasa semua orang dah tahu. Tapi sebab ini Abang aku yang kawen, Nuha merelakan juga aku buat entry nih hehehe aku kan BFF ngan Nuha. Kesimpulannya, beria jugak abang aku ni kawen rupanya. Patut laa kene tunggu dapat keje dan dapat bonus. Hoho. Tapi x banyak pon gambar yang dihantar. Safwan bagi beberapa sahaja. Tapi xde laa pulak gambar diorang berdua dengan mak ayah aku.

Okeh, rakan2 semua, inilah abang aku yang dah kahwin dan tidak available lagi. Kalau nak yang available, sila laa cari Yasmin, sebab abang Yasmin blum kawen hehehe. Okeh. Sekian.

I Don't Know, I Don't Care

Hari keempat.



Duduk bertenggek di tepi gaung sambil fikir mau terjun ke tak.

Ikut kata Zen, boleh aja kalau nak masuk bilik peperiksaan itu, kesepuluh station tu, cakap la, ‘I don’t know, I don’t care’. Dan utk ujian komputer 300 soalan tu, jawab ajelah semua jawapan ialah A. Titik. Keluar paling awal. Cool woo. Mantap. Orang paling awal keluar sentiasa dipercakapkan orang ok. Untuk ujian menulis tu, tulis lah, please fail me.

Nak pegi derma darah lagi. Tapi Zen ingatkan aku belum cukup tiga bulan sejak aku derma itu hari. Nuha memang pemurah orangnya. Kalau kita jual darah kita kan, agak2 melanggar undang2 tak?

Aku juga nak pegi beramah-mesra dengan patient kat ward. Supaya tanpa disangka patient tu akan wish goodluck kat aku. Dan aku akan gembira dan nak mengulangkaji sket. ‘Hai. Nama saya Nusaibah. Nama mak cik apa ye? Umur mak cik? Mak cik ni kenapa datang hospital? Ooo.. yeke. Lepas tu, lepas tu, apa jadi mak cik? Oo.. ic ic.’

Mintak maaf le merapu kat sini lagi. Padan muka, sape suruh bukak page ni lagi kan.

Sekian, dari aku yang sedang bertempur di medan perang tapi takde general utk buat report. General aku aritu dia tidak dapat menyeimbangkan berat badan dia masa kat tepi gaung, maka jatuh, masuk dalam sungai, tak reti berenang, dan mati. Oh. Nampaknya aku kena blajar berenang dari Melly agar tidak lemas.

Monday, October 27, 2008

Entry Segera

Entry ini ditaip dalam masa 9 minit.

Aku rasa nak meletop lagi. Sebab2 ingin meletop tidak dapat diketahui. Dah sampai masa meletop lagi kot.

Tadi aku pegi Warehouse. Telah ambil beberapa keping dvd dan ingin bayar. Semasa tujuan pembayaran, aku telah diminta menunjukkan ID. Aku dengan confidentnya tunjuk kad pelajar aku. Tapi, takde plak tarikh lahir aku. Maka, dia tak bagi aku beli itu. Aku nak bayar la.. Apesal la susah sangat nak jual haa? Duit pun tak nak ke? Geram betul aku. Geram ok. Lama aku pilih, sekali tak bagi beli....!! !!! !!!

!!!!

Aku marah ni. Marah giler. Kat kedai tadi aku tak marah dan boleh gelak2 ngan Zen. Biasa la, reaction aku lambat sket. Skang baru terasa bila orang tak kasi aku beli apa aku nak. Ingat senang ke aku nak pegi Warehouse tu. Dah la jauh, banyak peluh aku menitik jalan sana. Tak naik bas sebab Zen nak exercise. Eii, geram geram. Series bukan senang nak jumpa dvd tu. Datang sekali lagi sure takde dah. Uhuh. Aku dah la lama giler mengidam nak tengok cerita tu.

Cerita Frankenstein je pun (harga 3 dolar, rugi kalau tak beli!). Dan Insomnia, dan dua lagi cerita ganas. Kan dah rugi 4 cerita tu. Mana aku tak mengamuk.

No More 'White' Apple

MacBook baru, aluminium!! nz$2799.00. Aku nak kena start saving ke?

Video pendek.


Video panjang sket.


Cikhens tak rasa menyesal ke tukar laptop?

Sunday, October 26, 2008

Volkswagen Beetle Barbie

Ada orang nak beli ke? Pink giler nih.





CikHens

Nota : Ayuni telah menyibuk dalam entry Kereta Idaman aku, dan letak gambar kereta idaman dia. Ada dua orang tahu password blog ni dan aku harap diorg tak gunakan untuk tujuan tak baik. Haha.

Hari kedua.

Rasa macam hati nak meletop. Ke otak aa?

Terima kasih kepada CikHens yg telah dedicate lagu bertajuk Cinta Dalam Hati nyanyian Ungu, beberapa ketika dulu.



Aku tak paham kenapa CikHens suruh dengar lagu ni. Tapi aku buat2 paham jela. Sedih woo lagu ni. Sedih. Aku pun tak paham apesal lagu ni buat aku sedih. Uhuh. Nak menitik ni air mata dengar (tolong la Nuha). Aku rasa lagu ni lagu bye-bye.

Huwaaa.. Sedih sedih. Selepas dengar lebih 12 kali, aku terpaksa dengar lagu lain. Apesal la aku kena bersedih pada hari kedua. Hehe. Apepun yang terjadi, aku dah ada back-up plan. Layout aku termasuk apa aku nak buat selama 3bulan itu. Daripada specials, aku sanggup the whole year. Kepada junior2, korang tak jadi junior lah tahun depan. Kita serupa. Eheh. Eheh. Eheh.

Sedih siot lagu ni. Sedih. Sedih. Huwaa..

Aku tak cakap bye-bye elok2 pun. Huwaa..

Oh ya. Resepi terbaru Anna ialah Mango Lassi. Tidak perlu lagi beli di kedai temptation itu. Boleh didapati dari rumah no 12. Berita lain, Anna dan Uderk suka bergaduh tarik2 rambut skang. Aku paham Uderk, ko nak habis dah, ko rindu Anna kan? Ko pasni nak balik dan takleh dah nak gaduh kan ngan Anna kan? Ni la last time. Sebab tu Uderk asyik balik je time weekend. Ko mesti sedih kan nak balik dah? Uhuh. Huwaa.. Sudah tidak ada la warden nak jaga kami! Hehe, jangan marah ye Uderk. =p

Duit Dah Masuk!


Aku rasa aku dah berpijak di bumi nyata skang. Tak tahu berapa lama aku 'hilang', kan? Aku mencari tempat nak bergantung atau berdiri atau berpaut. Tapi aku rasa kalau bertahun aku cari pun, aku takkan jumpa kot.

Kebelakangan ni dah nampak sket kot jalannya. Dah nampak. Tak dapat pokok besar, dapat ranting je pun cukup. Dah ada benda yg aku bleh jadikan pautan. Benda yg buat aku percaya yang aku boleh buat semua ni. Aku boleh, dan aku tau aku boleh. (yah, akan ku redah onak dan duri)

Semua macam dah jadi makin jelas. Walaupun pahit, aku kena la terima. Parents aku mungkin tak paham dan aku takleh mengadu kat diorg sbb aku akan dapat respon yg aku tak ingin. Even berapa kali aku cuba jadikan mereka sebagai tempat mengadu, hmm, takpelah. Biarlah mereka nampak aku kuat kalau itu yg mereka nak nampak. Yg pasti aku tau mak ayah aku menyokong aku dari belakang.

Dan berkenaan hidup di atas harapan orang lain, ni memang agak pathetic dan korang pun akan kesian tahap gaban dengan pemikiran aku. Ya. Lantak korang nak pikir ape, aku malas nak amik pusing.

Praveen cakap kat aku ‘we nearly finish, just hang in there nuha’. Aku tau dia tak maksudkan betul2 sebab aku tak anggap dia kawan pun. Aku hanya anggap dia kawan segroup. Teruk gila definisi kawan aku. Kawan kenal gitu2 bukan nama kawan bagi aku. Kawan yg aku tak tunjuk perangai aku dan aku berlakon, aku tak anggap kawan. Sorilah kepada pembaca yg kenal aku melalui dunia blogger. Korang tak rugi apa2 pun. Aku bukan siapa2. Banyak lagi orang yg best dijadikan kawan di luar sana.

Hmm, walaupun begitu, aku gembira jugak Praveen ckp cmtu sbb alah, aku pernah ckp, org tepi jalan wish aku all the best pun aku happy. Patient yg cakap all the best pun aku suka. Patient yg memudahkan kerja aku dan membantu aku dalam assessment aritu pun, aku pegi ucap terima kasih sekali lagi. Peter Larsen senyum kalau jumpa tngah jalan pun aku happy jugak. Dependent kan aku?

Aku, dulu sampai sekarang, itu masalah aku. Takde sape boleh tolong aku kecuali aku sendiri. Even wo pun takleh tolong, tiap kali dia tolong, masalah itu relapse dan relapse lagi. Dah tiba masa aku bergerak sendiri. Untuk masa depan yg gemilang. Muahaha.

(siot. Aku rasa teori anna dan zen pasal aku kena bercakap ngan lelaki sgt betul)

Saturday, October 25, 2008

Aterek, Oh Kereta

Sekarang boleh dikatakan aku dah tak emo macam dulu. Rindu seh marah2 macam dulu (macam lama sangat je, padahal baru dua tiga hari). Kalau lama tak marah, aku kena hidupkan perasaan marah, kalau tak, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Konon kalau tak marah tak sah ok. Tak sah. Masalahnya, dalam ni je emo. Depan orang ok takdehal. Anna lagi ganas. Heheh.


Disebabkan aku bosan baca buku (takde la baca sangat pun), aku pun google la kereta idaman. Huh. Pasal kereta ni, aku takde angan2 besar sebab diri sendiri pun bukan drive sgt. Ada lesen tetapi apesal la aku ikut je kata ayah aku tinggalkan lesen kat Malaysia. Mak aku dah bising2 supaya aku drive balik. Aku nak tour south island bawak rental car tapi Anna tak confident dengan kebolehan aku, sedangkan Zen bagi green light dan assure kan aku bahawa jalan memang clear kat bawah.

Anna, kalau ko nak tahu, aku tak pandai brake. Kalau nak kuar parking biasanya terlanggar tiang, bumper kemek. Kalau nak parking pula tak perlu tekan brake, berhenti sebab dah langgar dinding.

Disebabkan kecuaian itu, tak perlu aku beli kereta mahal2 sebab nanti rosak jugak, calar situ sini. Kereta ialah transport untuk ke situ sini. Tak perlu mahal disebabkan brand. Hanya beli yang enjin ok. Heh. Memang aku zero pengetahuan pasal kereta. Aku cuma nak beli yang kaler hijau. Dan kecik macam kereta di atas. Nanti senang aku nak parking kalau bontotnya berbentuk bulat dan tak bersegi dan pendek dan muat aje kalau aku tak pandai nak adjust parking.

Aku pun tak tahu macammana pakcik jpj tu boleh luluskan aku. Sedangkan masa selekoh, aku pusing steering wheel tak agak2, sampai pak cik itu berkata 'uish, ganas jugak awak ni, nampak bersopan'. Erk. Pak cik, saya gelabah la ni. Saya memang ayu. Cuma saya tak boleh orang nak test2 tengok saya driving ni, memang saya ketar sket. (apa2 exam praktikal aku automatik ketar. Depan orang pun muscle aku akan jadi sungguh rigid dan habis kontrol dan ekspresi muka pun fail sbb sgt tidak merilekskan diri sendiri)

Salah ke Anna, kalau aku nak kereta kaler hijau? Salah ke?

Aku rasa tak salah. Kereta Anna Washer warna ni jugak. Cantik apa.

Pernah kah anda terfikir kenapa layout blog ini warnanya hijau pucuk pisang yang sungguh striking dan menyakitkan mata memandang? Ya, sekarang anda terfikir bukan?

Sekian. OK Zen, dah ada bahan bacaan kan pagi ni? Kepada blogger lain, sila rajinkan diri anda menulis kerana Zen rindukan bahan bacaan dari anda.

Saya blah dulu dari arena penulisan yang ntah apa2 ni.

Nota tambahan: Zen nak menyibuk. Ini kete Zen nak, bila dia dah banyak duit dan tak ada benda lain yg lebih penting untuk di aim for. Hehehe.

Thursday, October 23, 2008

Laksa Kelantan


Rasa lapar tiba-tiba melihat gambar yang dicekup dari blog orang. Tapi tak perlu bagi kredit sebab dari blog adik sendiri. Blog adik aku tidak best macam aku dan hanya ada update mengenai kamera, strip kartun, f1, gambar fotografi dan barang elektronik yang lain. Dia sudah bekerja tapi takde apa-apa pasal pekerjaan dia pun dalam blog itu.

Sesiapa ingin mengucapkan selamat untuk aku sempena assessment esok dipersilakan. Esok hari terakhir sekolah pada tahun ini. Kemudian minggu study seminggu dan final. Lepas itu cuti lagi selama dua minggu. Mak aku faham apa yang aku cakap, so aku bajet korang pun paham ler ye.

Sedikit pasal laksa kelantan : laksa kelantan dinamakan begitu sebab orang kelantan suka makan laksa jenis ini kot. Ianya sangatlah sedap dan dimakan dengan ulam-ulaman dan kuah santan. Di dalam kuah santan itu, isi ikan yang sudah dihancurkan dimasukkan ke dalamnya, maka jadi sangatlah sedap. Jika anda bertandang ke rumah Anna, boleh la buat permintaan supaya dia masakkan laksa kelantan ini kerana dia sangatlah pandai. Jika saya kempunan, saya akan minta Anna masakkan saya makanan Kelantan lain seperti nasi kerabu biru juga. Nasi lemak bukanlah makanan berasal dari Kelantan tetapi Anna pandai masak dan sungguh sedap.

Kesimpulan : Anna pandai masak dan orang lain enjoy makan. Kepada ao, perut awak berbunyi tak sekarang?

Wednesday, October 22, 2008

Indiana Jones

I had my Paeds exam this afternoon. 2 and a half hours. Some questions i kinda know the answers, for some others i have no idea at all and like always just made up some stuff to fill the blank pages. So now, i think i wanna write something here.

Semalam pegi klinik endocrine Dr.W. Banyak kes menarik. Tapi satu yang menarik perhatian aku ialah seorang budak yg datang ngan mak ayah dia. Recently diagnosed by a GP, Dr.Jones, as having adrenal insufficiency. Test serum cortisol rendah. So GP pon buat diagnosis adrenal insufficiency secondary to addison's disease dan bagi cortisol.Diorang datang laa utk direview oleh paediatrician.

Memula Dr.W dah ckp kat kitorang, dia ni maybe salah diagnosed. So bila cakap2 ngan diorang amik history, examine semua, dia pon ckp laa maybe salah diagnosis ni, sebab test yg dibuat kurang appropriate dan level yg digunakan tu adalah range untuk adult bukan kanak2. Dr.W ni paediatric endocrinologist, mmg dah expert laa dalam benda2 ni dan dalam pandangan dia kita dah tersalah track so kene patah balik dan start semula. Diorang pon agak terkesima laa jugak kan, sebab GP tu dan bg ubat apa semua dan dah banyak improvement kat budak tu.

Budak tu pon kata, "So, does it mean Dr.Jones got it all wrong then?" Dengan penuh berlapik Dr.W pon kata, "Dr.Jones is not used to dealing with this kind of things in children, which have totally different manifestations compared to adults". Padahalnya memang sah2 laa Dr.Jones ni salah, sebab diagnosis adrenal insufficiency sangat serius, dan dia tak buat tests yg sepatutnya untuk boleh sampai ke diagnosis itu.

Pastu diorang pon dengan berat hati terima juga cadangan Dr.W untuk wean steroid itu dan start semula investigations semua. Partner aku hari tu pon cakap la, "I'm quite surprised how things this serious can come this far" Dr.W pon balas, "Well, if you know Dr.Jones you wouldn't be as surprised. S/he has made some questionable diagnoses before. S/he has a very 'alternative' veiw on medicine".

What i'm trying to say is this. I dont want to be another Dr.Jones. Sekian.

Nota Untuk Unai

dear unai,

aku nak minta sesuatu. sekarang sesuai ke tak untuk minta ni? kalau aku mintak, agak-agak ko kasi ke tak?

aku nak dua benda tu, aku rasa ko paham apa dua benda tu.

yang no satu, kalau ko nak buat copy, ko copylah tapi yang original aku nak simpan. kita bahagi dua salinan original.

yang no dua, aku nak baca. aku siap tanda lagi, so memang aku suka dan aku nak baca lagi. waktu sekarang sesuai untuk baca buku tersebut.

yang berharap difahami,
nuha.

Tuesday, October 21, 2008

Patutlah Aku Begitu, Rupanya..



Paranoid Personality Disorder - individual generally tends to interpret the actions of others as threatening.

Borderline Personality Disorder - individual shows a generalized pattern of instability in interpersonal relationships, self-image, and observable emotions, and significant impulsiveness.

Histrionic Personality Disorder - individual often displays excessive emotionality and attention seeking in various contexts. They tend to overreact to other people, and are often perceived as shallow and self-centered.

Avoidant Personality Disorder - individual is socially inhibited, feels inadequate, and is oversensitive to criticism

Dependent Personality Disorder - individual shows an extreme need to be taken care of that leads to fears of separation, and passive and clinging behavior.


Ini pula result aseng. anda pula bagaimana? sila la try buat test ini. lain orang lain resultnya. muahaha.

Antisocial Personality Disorder - individual shows a pervasive disregard for, and violation of, the rights of others.

Narcissistic Personality Disorder - individual has a grandiose view of themselves, a need for admiration, and a lack of empathy that begins by early adulthood and is present in various situations. These individuals are very demanding in their relationships.

Obsessive-Compulsive Personality Disorder - individual is preoccupied with orderliness, perfectionism, and control at the expense of flexibility, openness, and efficiency.

Ini plak Zen punya. Kesimpulannya ialah Zen normal hahahaha.



Ni pulak result Ahmad Azhar!

Personality Disorder Test Results
Paranoid |||||||||||| 42%
Schizoid |||||||||||||||||| 74%
Schizotypal |||||||||||||| 58%
Antisocial |||||| 30%
Borderline |||||| 22%
Histrionic |||||| 22%
Narcissistic |||||||||||| 46%
Avoidant |||||||||||| 42%
Dependent |||||||||||| 46%
Obsessive-Compulsive |||||||||||||| 54%

Monday, October 20, 2008

Aaaaaaa!!

Anna begitu. Farah begitu. Mun terasa peer pressure smpai buat cerpen.

Kesian Ruzaini.

Min tidak ada perasaan.

Aku dan Zen? Hahaha. Aku baru habis berborak selama 49 minit dengan Zen melalui telefon pdhal tadi dah turun. BFF haruslah begini. Kitorg nak exam. Exam yg menggelabahkan jiwa tu.

Aku dah banyak cakap ngan orang pasal hal nak exam ni. Tak perlu aku ulang2 dalam blog. Sape yg dekat tahu la.

Cuti tak lama lagi. Ianya mungkin cuti yg pendek atau pun cuti yg teramatlah panjang. Kan? Urgh. Esok aku ada assessment long case. Sungguh aku tak nak hadapi hari esok!

p/s: aku sedang bina plan utk pegi berjalan2 dan bercuti2.

Rumah Idaman Saya


Perkara ni aku pikir masa dalam kelas jam 515pm. Dah petang cikgu, masa utk balik.

Rumah saya warna putih. Putih melambangkan hospital, dan bersih, dan suci, dan tidak ada rahsia. Rumah saya hanya setingkat supaya senang saya monitor anak2 saya. Rumah saya ada banyak bilik. Tapi saya tak boleh pikir sekarang berapa bilik saya akan ada. Saya akan menambah bilik masa demi masa ikut keperluan. Tapi macam banyak bilik la plak. Bilik tetamu, bilik membaca nak jugak, bilik tengok tv nak jugak, bilik main komputer nak jugak. Ruang tamu tidak boleh ada TV kerana kalau tetamu datang kena bercakap, tidak boleh buat aktiviti lain seperti menonton AF bersama2.

Di samping itu, rumah saya juga akan ada sebijik padang dilengkapkan sebelah rumah saya. Ini kerana saya nak berlari la, ape lagi. Kan saya dah cakap saya hanya berhenti bila akan membahayakan nyawa saya. Jika tidak mahu lari sorang2, saya akan paksa seluruh keluarga saya main sukan sukaneka semasa hujung minggu. Kalau mereka tidak mahu keluar rumah juga, saya akan beli benda2 sedap kat padang saya itu, seperti trampoline, set barbeque, dan er.. saya nak beli kuda lah tapi tak tahu mana kuda tu nak tidur nanti. Kuda tidur kena ada atap ke? Tapi yang pasti rumah saya tidak ada kolam sebab saya tak pandai berenang dan akan mengakibatkan rumah kos tinggi la.

Lokasi rumah saya hendaklah tersembunyi. Ianya hendaklah dari jauh boleh nampak menara KLCC tapi jalan nak masuk rumah saya berbengkang-bengkok dan susah nak jumpa sikit la. Dalam hutan, atas bukit, dan ada kawasan lapang. Nantilah, pandai2 saya cari tanah. Disebabkan saya ada padang, mungkin saya akan ada gardener. Jikalau tidak ada, mungkin saya akan kerah anak2 saya supaya membersihkan laman sebagai salah satu cara menguruskan badan mereka.

Oh. Rumah saya akan ada ciri2 berhantu juga. Disebabkan rumah saya tersembunyi, dan orang lain tak duduk kawasan itu, maka jadilah macam seram. Pintu pagar saya sangat tinggi dan besar, kalau panjat pun tidak akan dapat. Namun begitu, rumah saya tidak akan ada pagar. Ya. Kita tidak boleh letak pagar2 tinggi nanti orang kata kita tak nak berjiran. Disebabkan kawasan rumah saya tidak ada jiran, ciri2 ini macam tidak berguna. Jikalau risau rumah dimasuki pencuri, sila letak sistem sekuriti tercanggih. Dan pagarkan semua pintu dan tingkap. Tapi ini akan menyebabkan rumah tidak lawa dengan grill yg banyak. Serius. OK. Pasang pak guard la senang. (Macam la ada orang nak mencuri)

Sekian karangan budak darjah enam yang sedang lapar. Nanti saya sambung lagi pasal rumah idaman saya.

Saturday, October 18, 2008

Selamat Hari Jadi Anna dan Wani


rasa itu kembali lagi. pergghh. ok. buat ayat biasa2 jelah.

masa aku marah hari tu, aku terasa nk dengar orang baca sajak, utk sejukkan hati aku. dan hari ni aku rasa nak baca sajak pula. bukan nak baca kuat2 macam deklamasi sajak tapi baca mcm baca buku. dan aku bukanlah reti interpret maksud sajak. macam baca quran takleh nak interpret sesuka hati.

aku cuma boleh baca sajak yg simple2. yg bnyk kata ulangan. yg pasal luahan hati. yg pasal emosi. kalau pasal merdeka, perjuangan aku susah nak paham. nature aku sendiri memang tak suka pikir secara mendalam dan benda2 berat. mana aku nak amik tau pasal hal semasa. aku hanya pikir aku dan aku sahaja.

dan dengan baca sajak orang, aku hidup atas harapan orang. ni mungkin benda paling tak best pada korang tapi aku lg senang hidup atas impian orang. ntah. diri sendiri takde impian.

tadi aku call mak aku. pdhal aku moody. silap la call mak aku. mmg obvious giler aku takde mood nak bercakap. sepatah dua je. rasa nak cakap 'Ummi, Nuha sebenarnya sedih sangat2' tapi aku cakap aku nak tido dah. dan aku hidup atas harapan mak aku jugak. hmm.

aku letih.

letih kena berlakon.

di masa depan, aku nak kerja dengan orang2 yg sama. hari2 buat benda yg sama, jumpa rakan sekerja yg sama. mungkin tak hadap komputer ajela. lebih baik aku kerja susun buku (kalau semua nak jadi doktor, arkitek, cikgu, siapa nak susun buku kat kedai buku? pendatang asing?). atau kerja aku gosok baju kat kedai dobi. atau kerja basuh pinggan kat kedai roti. aku nak buat benda yg buat, tak perlu guna banyak otak. ok. bagilah aku jadi pakar bius. aku mmg nak jab orang dan berbuat aniaya kt orang masa tngah kat meja bedah. dan aku boleh tonton movie sementara proses bedah habis.

memang aku malas.

listening to : How Can You Mend A Broken Heart

Raden

Siapakah Raden.

Raden ialah satu lagi makhluk dalam hidup aku. Tapi dia takde nyawa. Erm. Mungkin ada. Tapi dia masuk kategori elektronik. Benar. Dia adalah nama aku kasik kat laptop aku. Sebab aku harap hayat dia tamat tak lama lagi. Kena la letak nama dan appreciate sket. Letak la nama yg tak mungkin aku kasi kat anak aku. Walaupun aku rasa nama Raden ni sedap la jugak. Ahmad Raden.

Raden dunia nyata merupakan kawan baik adik bongsu aku semasa ayah aku kerja kat JB 2 tahun yg lepas. Selepas itu ayah aku bertukar ke Kuala Terengganu. Banyak yg aku tak suka pasal KT tapi malas la nak tulis. Panjang sgt kang. Apepun, aku mintak2 ayah aku akan dapat projek lain pula supaya mereka berpindah lagi. Tempat yg sejuk sedikit dan barang2 tak mahal. Tapi kat mana2 pun panas dan barang mahal. Erk.

Raden yang aku tahu juga anak tunggal. Mak dan ayah dia bercerai. Mak dia selalu busy. Kadang2 mak dia akan tinggalkan Raden tido di rumah kami sbb dia out-station. Raden dapat semua yg dia nak, mainan, fast-food, PS2 dan semua2. Lepas tu, adik aku mula terpengaruh. Yang mana last2 menyusahkan parents aku jugak. Akhirnya mak Raden berpindah ke KL dan kami berpindah ke KT. Lepas itu, adik aku dah takde bestfriend dah. Dia macam biasa kekal anak manja. Ayah aku pula memanggil dia dengan panggilan 'adik' kadang2. Aku agak jeles. Apesal aku takde nama 'kakak' pun. Tak kuasa nak beradik2 ni. Panggil nama sudah.

Oo. Sebenarya aku nak cakap, aku harap Raden mati. Sebab dia asyik berbunyi2, hang situ sini, application quit tak pasal2, dan lambat segala hal. Mati la Raden, boleh aku beli yg baru. Begitulah hidup, habis madu sepah dibuang.

Friday, October 17, 2008

Leave Out All The Rest



Lagi satu lagu yang sering kedengaran di desktop aku.

Kanak-kanak memang comel

Nuha buat entry meluahkan perasaan marah. Aku nak buat entry mixed. Macam mixed kebab. Lama dah tak makan kebab. Eniways, 7 hari berada di ward 19 dan 18 hospital wellington menarik juga. Penat pon banyak, walaupon xder laa buat bnyk sngt keje. Hari pon pendek jer, 8-4 lebih kurang. Selalu lari awal sket haha. Tapi aku rasa masa di ward ni telah men'drained' banyak tenaga fizikal dan mental. Jadilah aku emo selama seminggu. Tapi aku rasa aku bukan emo sebab kene pegi ward. Aku emo sebab exam. Kalau aku tak perlu exam, aku agak sure aku akan suka pegi ward kanak2 ni. Budak2 comel sungguh ramai.

Selama seminggu ni, dalam ramai2 budak2 yg dijumpai, Master J adalah yang paling comel. Umur 13bulan. Jalan ala2 tak berapa stabil dan sangat suka senyum. Senyum yang paling comel laa. Mengingatkan aku kat Amar yg suka sengih. Amar sengih ala2 mischievous, budak ni senyum sweet dan charming. Kecik2 dah charming, besar nanti aku sure dia akan jadi heartbreaker hohoho.


Paeds juga bermakna kena deal banyak ngan parents. Hhmm. Bila anak2 kurang sehat ni, banyak sungguh ragam parents yg boleh dilihat. Ada yang sungguh bagus dan sangat informed dgn penyakit anak2. Tapi ada juga yg mcm tak brapa nak kesah jer. Mostly parents sangat bagus laa. Walaupon risau anak sakit, layan juga student doktor seperti kami ini dengan baik. Tapi ada yang saiko juga. Sampai doktor pon dah tak tahu nk buat apa ngan diorang. Aku sah2 laa takkan pegi dekat pon. Menambahkan emo aku plak nanti. Hehhe.

Weekend ni tak perlu pegi ward lagi daa. Tapi aku juga tak leh bersenang-lenang jer sebab masih kene buat satu case history. Hampeh punya case history. Menyusahkan aku jer. Rasa nak reka jer seorang budak macam dalam sims dan reka jer semua problem dia dan examination findings aku. Hhmmm. Exam paeds pon macam tak berapa nak ready. Exam final lagi laa tak ready. Haiseh. Bila laa bleh nak pegi makan sate nih. Try kayu manis ok gak kot. Selalu pegi satay kajang dan cinta jer. Hhhmm tangential thoughts.

Hhmm. Eniways aku tulis dlm komen kt blog Udeq pasal seorang troll bukit yang hodoh yang mengganggu hidup aku. Mel tanya, masih ada lagi ke? Sebenarnya masa aku tulis takde maksud apa2. Tapi mungkin laa juga subconsciously memang ada ugly mountain troll dalam hidup aku skarang. Apa? Mustilaa final exam. Dalam cerita Harry potter troll macam bodoh2 jer. Dalam citer LOTR troll ganas dan kuat. Tapi dalam dedua cerita tu diorang mmg agak unattractive laa. Samalah ngan final exam yang makin mendatang ni. Membuatkan org tak suka. Tapi nak elakkan tak boleh, so kenalaa jadi macam Aragorn and the gang dan lawan mereka semua.

Ini The Scream lukisan Edvard Munch

Adakah boleh difahami apa yg aku tulis ni? Tak kesah laa. Inilah hasil tulisan bila otak tgk tak teratur. On happier notes. Esok ialah besday Wani dan lusa ialah besday Ana, so HAPPY BESDAY WANI DAN ANNA!!!! OK, sekian.

Kasut Yang Terbang

serius. aku ada masalah marah. baru aku sedar aku moody rupanya.

tadi tiba2 rasa marah. rasa nak baling kasut. biar masuk longkang. biar ada alasan untuk beli yg baru. rasa nak kuar aje dari tutorial tadi tanpa memberi reason. aku nak balik. blah la korang. rasa nak meninggikan suara dengan andrew germann. baru ko tau aku adalah orang yg moody.

rasa nak lari kt padang kriket basin reserve tak pakai kasut gaya drew barrymore dalam cerita perfect catch. cuma takde penonton dan takde camera. tulah, korang tak layan movie sebegitu jadi takleh imagine.

ya. dunia kita memang lain.

dan skang dah takde org bleh sejukkan marah aku, maka aku akan marah sampai aku sejuk sendiri ler.

sambungan pd jam 8.

maka aku balik dan call anna dan menangis tak pasal2 sebab terlampau marah. kemudian semua org naik ke bilik aku. zen, anna, jenny dan farah datang menyibuk juga. kecoh la ni apesal aku nangis. semua orang hanya membuat andaian sbb aku tak nak cakap jugak knape aku nak marah. meh la aku tulis surat kpd si x ni.

dear x, aku tak tau knape aku patut marah kat ko. aku marah dan aku marah, dan takde reason yg aku bleh kasi. cuma ko telah meremukkan hati aku yg memang dah la kemek, makin la kemek2. mati la aku tiada hati. (85% kiwis tak tahu sebelah mana liver dalam badan). ko selalu suka suruh aku bercakap banyak. ish. kalau aku tak cakap tu mmg aku tak nak cakap la. tak perlu berbasi2 tanya soalan yg sungguh skema. aku tak suka orang tanya soalan skema sepeti dah buat revision nuha? amecam persediaan nak exam? sedap ke practice ngan rmo? blergh. aku tau itu adat bersosial tapi aku memang tak suka bersosial. ish. geram betul aku. memang. memang aku tak nak masuk dalam komuniti korang. dah dah la tu. biarkan aku sendiri aa.

Thursday, October 16, 2008

iMac ni?

Kenapa la ko minat Mac sangat Nuha? Ni ke iMac yang ko minat???



Fakta-fakta pasal Apple yang mengerikan:
1. IPhone - Iphone mempunyai khidmat GPS (global positioning system). Dari semasa ke semasa, IPhone akan hantar maklumat mengenai lokasi pengguna IPhone... Walau ke mana jua ko pergi, Apple tahu dimana kau berada.
2. Apple is not the most secure product as claimed by Apple. Apple MacBook Air, di hack dalam masa tak sampai 2 minit. Windows Vista dan Linux lagi secure. Sila rujuk pertandingan ni: Security Contest
3. Software untuk Windows lagi berkualiti dan tidak semahal software untuk Apple.
4. Mac lack of games. Kalau ada computer games pun, harga paling tidak dua kali ganda dari game untuk Windows.
5. Keyboard terbaru dari Apple pelik! Takde Keypad!
6. Mac takde button untuk delete. Delete button dalam mac bertindak macam Backspace sahaja.
7. dan banyak lagi...

padan muka. dengar la lagu ni smpai pekak.

iMac. iMac. aku tau ape benda tu. tapi aku takleh jelaskan kat orang kalau orang tanya.

tapi aku suka apa yg aku tngok.

dan aku nak itu.

boleh tak?

huh.

duit takde tapi.

hari ni banyak betul bercakap pasal wang. ada 12 hari lagi.

p/s: aku miskin. ada sape nak menabung kt dana aku?

Wednesday, October 15, 2008

Fav song at the moment



Handlebars by Flobots

I can ride my bike with no handlebars
No handlebars No handlebars
I can ride my bike with no handlebars
No handlebars No handlebars
Look at me, look at me,
Hands in the air like it's good to be
ALIVE

And I'm a famous rapper
Even when the paths are all crookedy
I can show you how to do-si-do
I can show you how to scratch a record
I can take apart the remote control
And I can almost put it back together

I can tie a knot in a cherry stem
I can tell you about Leif Ericson
I know all the words to "De Colores"
And "I'm Proud to be an American"

Me and my friend saw a platypus
Me and my friend made a comic book
And guess how long it took
I can do anything that I want cuz, look:

I can keep rhythm with no metronome
No metronome No metronome
And I can see your face on the telephone
On the telephone On the telephone
Look at me Look at me
Just called to say that it's good to be
Alive

In such a small world
I'm all curled up with a book to read
I can make money open up a thrift store
I can make a living off a magazine
I can design an engine sixty four
Miles to a gallon of gasoline

I can make new antibiotics
I can make computers survive aquatic conditions
I know how to run a business
I can make you wanna buy a product

Movers shakers and producers
Me and my friends understand the future
I see the strings that control the systems
I can do anything with no assistance

Cuz I can lead a nation with a microphone
With a microphone With a microphone
And I can split the atoms of a molecule
Of a molecule Of a molecule

Look at me Look at me
Driving and I won't stop
And it feels so good to be
Alive and on top

My reach is global, My tower secure
My cause is noble, My power is pure

I can hand out a million vaccinations
Or let 'em all die in exasperation
Have 'em all healed of their lacerations
Have 'em all killed by assassination
I can make anybody go to prison
Just because I don't like 'em.
And I can do anything with no permission
I have it all under my command

Because I can guide a missile by satellite
By satellite By satellite
And I can hit a target through a telescope
Through a telescope Through a telescope

And I can end the planet in a holocaust
In a holocaust In a holocaust In a holocaust
In a holocaust In a holocaust
I can ride my bike with no handlebars
No handlebars No handlebars
I can ride my bike with no handlebars
No handlebars No handlebars

Tuesday, October 14, 2008

Running

aku google 'kenapa saya berlari' tadi. macam2 plak yg keluar. haha. aku sebenarnya nak cari dialog dalam filem sepi. walaupun sepi ni teruk dikutuk kat drummond 13, tapi yg nyata mcm ceritanya terkesan la plak kan. ada orang suka kisah adam, ada yg suka kisah imaan, tapi takde yg nak suka sufi. fine, biar aku je suka sufi. sufi ingat cinta datang hanya sekali.

aku suka sufi kerana dia buat ayat poyo. seperti..

'saya berlari kerana saya nak bernafas'

'saya nak lari dari rasa bersalah'

'saya berhenti berlari kerana awak'

perghh.. mode guling2 smbil gelak. adehh. tak tahan sungguh la dialog ni. meh aku buat skrip versi nuha yg poyo.

kenapa saya berlari. saya berlari kerana memang saya nak lari. saya nak lari dari segalanya tapi saya tak tahu mana saya nak pergi. jadi saya terus berlari semoga suatu hari nanti saya diilhamkan kat mana saya patut lari. (saya pernah lari ke chch. mungkin saya patut try lari ke auckland? invercagill? melbourne? tahiti? ahaa.. padang pasir sahara!)

saya suka lari sorang2. sebab saya memang lone ranger. saya anggap itu masa riadah saya. masa yang saya paling suka. saya akan appreciate jantung saya pump darah. tiap peluh yang merecik keluar, saya rasa macam saya buang marah saya. tiap kali saya meludah, saya rasa kelat di hati saya juga keluar. (wei, jogging akan memekatkan air liur ok). ankle saya sakit tapi saya biarkan. sebab saya tak puas lagi lari.

saya seronok bila berlari dan tidak ada sesiapa di jalanan itu yang kenal saya. saya rasa macam takde sape yg boleh judge saya. tidak ada juga yg akan berkata 'nuha! ko lari lembik lah!' atau 'nuha! ko lari macam itik!' urghh. apa jenis galakan tu? nak buat lawak pun, berpada2 arr.

saya bukanlah atlet. bersukan jauh sekali. memang kerja saya hadap buku dan bergossip di tepi padang sahaja. tapi akhirnya saya suka berlari juga. di IMU pun saya dah mula berlari. wo juga pernah berhasrat nak lari dengan saya. tapi apehal saya nak angkut kasut lari saya ke situ sini dan begitulah saya beralasan padahal memang saya tak ready nak lari2 dengan sesape. tu memang masa untuk saya sendiri dan dengar ishuffle saya. tidak ada sesiapa boleh masuk territory itu.

saya akan terus berlari selagi apa yang saya nak belum tercapai.

saya akan berhenti berlari bila doktor nasihatkan saya jangan berlari nanti mati. sesak nafas atau apa2 ajelah.

kita orang sains dan sampai bila2 pun orang sains. walaupun aku ada la mengkagumi orang sastera ni.

sekian. =)

Monday, October 13, 2008

Mungkin Yang Terakhir?


Salam.

Hari ni aku dalam mode menunggu. Tunggu balasan emel dari ayah aku. Akhirnya tiba juga.

Alhamdulillah.

Disebabkan perkara ini amatlah sensitif nya dan personal, tak dapatlah aku nyatakan kat sini. (sebenarnya aku dipengaruhi oleh seseorang - hal peribadi, peribadi la. tak payah diwar-warkan sangat).

Di atas nasihat kawan, aku akan berhenti blogging untuk seketika. (baru betul2 amik serius nasihat kawan?).

Walaupun aku anggap ni sebagai terapi jugak kpd aku, sbb serius kalau aku tulis, dan delete pun, aku dah lega. Sebab perkara itu dah keluar dari otak aku dan takde la bising2 dalam otak aku.

Aku ada sesuatu yg nak diusahakan. Dan apa pun, aku akan pasrah dgn takdir.

Semoga berjumpa di lain hari.

Mengharapkan yg terbaik untuk kalian semua.

Sunday, October 12, 2008

Adakah kita bernasib baik?

Kadang-kadang ada benda kecik yang berlaku, tak seperti apa yang kita nak, kita berasa sedih, marah...

Hari ni, aku terbaca pasal seorang insan bernama Dede Koswara, 37 tahun atau lebih dikenali sebagai 'The Tree Man of Java'. Nama gelaran Dede ni sudah membolehkan kita membayangkan keadaan Dede. Tangan dan kaki Dede ni tumbuh macam kulit-kulit kayu macam pokok... 20 tahun Dede mempunyai masalah ni. 20 tahun dia hidup menderita.

Asalnya, Dede ni macam kanak2 biasa. Pastu, masa umur 15 tahun, 'warts' mula timbul di lutut Dede. Masa tu tak ada masalah lagi. Pastu, Dede berkahwin, ada anak 2 orang. Sekarang, anak lelaki umur 18 tahun, anak perempuan umur 16 tahun. Semasa anak-anak Dede tengah membesar, penyakit Dede makin lama makin teruk. Ianya makin teruk sehinggakan isteri dia buat keputusan untuk tinggalkan Dede dan anak-anak. Disebabkan keadaan Dede, dia tak boleh buat kerja. Mujurlah keluarga terdekat sanggup menolong Dede.

Oh, benda-benda yang macam kayu, yang tumbuh di tangan dan kaki ni juga berbau sangat busuk! Busuk sangat2. Dede terpaksa tidur di bahagian rumah yang berlainan. Korang boleh teka tak apa kerja Dede? Dede terlibat dgn show bersama kawan-kawan yang lain yang ada masalah penyakit kulit yang berbeza. Nak buat kerja tak boleh sebab tangan Dede memang tak boleh berfungsi langsung. Jadi Dede pergi buat show, lebih kurang macam 'freak' show. Kesian, tapi orang susah macam Dede, ni lah antara benda yang dia mampu buat. Dia perlu sara dua orang anak dia. Isteri dia tinggalkan dia, terpaksalah dia berusaha setakat yang mampu untuk menyara dua orang anak. Sebelum ni Dede berkeja sebagai tukang rumah, bila dah tak boleh bekerja, dia masuk dan terlibat dalam show tu.

Ni rupa Dede awal tahun ni:


20 tahun Dede hidup macam ni.

Keadaan Dede ni mendapat perhatian pakar penyakit kulit di US, Dr Gaspari. Beliau datang melawat Dede dan cuba untuk mencari diagnosis. Sample warts Dede ni diambil dan dihantar ke US. Proses untuk ambil sample ni pun sangatlah susah. Ini disebabkan setiap biji warts yang kita nampak tu, ada salur darah yang bersambung dengannya. Jadi bila potong, dan ambil warts tu, susah untuk darah berhenti. Dalam erti kata lain, kalau tidak berhati-hati, Dede boleh mati sebab kehilangan darah.

Akhirnya, doktor jumpa apa masalah Dede. Dede dijangkiti kuman HPV - Human Papilloma Virus. Ada banyak jenis HPV. Salah satu subtype HPV boleh menyebabkan cervical cancer. Tapi, HPV yang Dede dijangkiti ni jenis lain. 1 daripada 15 orang didunia ni dijangkiti virus yang sama yang menjangkiti Dede. Tetapi, tak semestinya orang yang dijangkiti kuman ini akan mengalami keadaan yang sama macam Dede. Apa yang menyebabkan jangkitan kuman ni sunggah meliar terhadap Dede, adalah disebabkan Dede mempunyai immune system yang berbeza dari orang lain. Immune system Dede kurang sempurna, jadi tidak dapat melawan jangkitan kuman HPV ini.

Bulan Ogos baru-baru ini, Dede mendapat rawatan. Tgk keadaan Dede semasa mendapat rawatan:


Keadaan Dede sebelum bulan puasa baru-baru ini:


Dede akan menjalani banyak lagi pembedahan selepas hari raya. Penyakit Dede ni tiada ubatnya setakat ni. Selepas pembedahan ni, benda ni mungkin akan tumbuh balik... Semoga Dede tabah menghadapi dugaan. Semoga ubat yang dicadangkan oleh Dr Gaspari (acetretin) dapat membendung 'warts' ini daripada terus tumbuh.

Semoga cerita ini dapat sama-sama kita hayati.

Hari Ahad, Esok Isnin

Udeq balik Welly minggu ini. Petang ni akan ke Palmy balik.



Sememangnya aku poyo. Aku suka berlakon di depan kamera. Ada pendapat berbeza? Tak perlu cakap. Aku tak nak tahu. Aku kurang boleh terima kenyataan. (lain2 foto sila klik blog farah)

Topik lain, aku ada satu perasaan yg kurang enak.

Salah masa kah? Nak salah kan masa, sampai bila2 pun, tak belajar dari kesilapan.

Saturday, October 11, 2008

Sepi

Orang lain tak tido malam baca buku, sedangkan aku.. Ok. Sila teka aku buat apa. Sah2 la tak baca buku. Kalau aku baca buku buatpe aku nak bising2.



Ya. Aku tngok cerita ni. Kat youtube. Senang aje cari. Bukan macam cerita Melayu yg lain, yg kena translate tajuk filem. Contoh filem I'm Not Single, carilah yg under heading 'Aku Sudah Berpunya'. Giler translate kan? Filem Cuci, carilah dgn nama Team Cuci Bersih. Kisah Cinta Minah Brutal ialah nama lain filem 9 September. (salah ke kalau aku layan cerita melayu?)

Aku no komen cerita Sepi ni. Sebuah lagi kisah la. Hiburan semata. Nak terima terima. Tak nak terima sudah.

Malas aku nak bg sinopsis. Kalau aku suka pun, bukan korang akan suka jugak pun. Kan? Kan? Kan? Tapi takleh la nak kutuk sebab kesian orang susah2 buat cerita ni. Pastu aku suka hati tengok free. Bulan2 aku bayar Telstra jugak.

Apehal aku rasa nak emo ni? Ya. Nantilah aku behave bila aku rasa aku nak.

Pengajaran yg aku dapat dari filem Sepi ni, 'lain kali kalau nak tengok cerita cinta, tengok2 la dulu sape pelakonnya'. Ya. Kan dah bila ada mamat BMI lebih, aku dah ingat kat Wo. Wei wei. Ape masalah. Takkan la nak anti semua laki yg BMI lebih. Jangan salahkan aku. Aku sedang... Ape2 jelah. Pengajarannya memang aku akan ban diri sndiri tengok cerita yg ada lelaki berbentuk bulat2.

Yearbook Yourself

Blogging amatlah contagious.

Blog-hopping juga. Membuatkan aku nak try semua benda.


Aku cuba letak muka aku kat bahagian pompuan tapi ini hasilnya. So aku jadikan aku lelaki.

Tapi ini hasilnya???!!!




OKlah. Memang aku kena jadi diri sendiri. Tampal2 gmbr ni, tak best lgsg!

p/s: ada kemungkinan besar anak lelaki aku rupa mcm ni. damn. kalau ada agent advertise aku, sure takde ape2 feedback.

Handbag Percuma

Aku tengok website ini. Pasal handbag free ni dah lama ada kat blog Farah. Tapi aku baru tengok betul2. Aku memang mcm ni. Aku suka ulang dan ulang baca entry orang smpai aku rasa bosan. Ya ya. Tak sia2 korang tulis panjang2.

Sedang aku lihat setiap satu handbag ini, (ada 24 jenis) , satu fikiran datang ke otak aku.

Aku terfikir, bilakah akan aku pakai handbag seperti ini? Apesal Farah dan org lain juga sungguh berminat, sbb bukan Farah aje yg promote website ini. Jikalau aku berminat pun, hanya suka pada handbag kaler hijau. Tetapi nak matching dengan baju mana ntah pilih kaler pelik2. Dan juga, aku pakai ke?

Aku ini memang selekeh orangnya. Orang lain pakai kasut sejuk2, aku pakai selipar sahaja pegi restaurant utk makan kt sini. Aku juga buat NZ mcm Malaysia, musim sejuk, pegi kedai Four Square 50 langkah juga dari umah aku, dengan memakai seluar track tido. Selekeh, selebeb, itu semua nama sesuai untuk aku. Hiyaahh.. Apekah yg sdg aku bebelkan ini.

Oh. Selain tengok handbag dan berfikir pasal diri sndiri, tiba2 aku teringat Zen. Memang ingatan kpd Zen ni sentiasa ada. Lagi2 hari ini aku kena berpisah dari Zen sbb Zen oncall. Zen ini sungguh budak yg baik sbb dia stay kt ward tak balik makan lunch pn sdgkan aku tunggu dia balik. Ya. Kalaupun aku hadiahkan Zen semua 24 handbag tersebut, pastinya satu pun Zen tak pakai. Aku dan Uderk sentiasa nak belikan barang2 keperempuanan sedikit sbg satu galakan kpd Zen. Oh Zen. Kalau ada masa, boleh la ko tulis pasal wishlist hadiah ko nak itu. Birthday ko pun dah nak dekat. Boleh la aku nk menyimpan. Jangan mintak henset sudah.

Tiada Guna Pura2 Baik!

Konon angel la tu.

Zen cakap, kalau nak marah orang satu orang shj dan dinyatakan terang-terangan dalam blog, tidak bagus. Hanya boleh membebel secara general sahaja. Baik! Aku membebel secara general walaupun, serius, aku tak tahan, aku nak kutuk seseorang tahap melampaui batas jgk.

Aku nak makan benda masin. Tapi tak mahu ayam masak garam atau daging kotak2 perap ngan garam (lepas amati resepi sate dari hisham). Aku nak makan fries mcd dan juga sundae mcd. Belum tahu nak pilih perisa choc atau berry2. Siapa mahu jalan dengan aku pegi mcd? 50 langkah dari rumah kita sahaja.

Aku geram tak pasal2 juga kalau blog seseorang tu atau page seseorang tu (yakni friendster), walaupun aku sudah delete acc fs aku, aku masih melihat2 page orang mnggunakan acc zen. Zen mmg bff aku. Password dikongsi bersama. Tapi bukan bank acc. Aku harap suatu hari nnti Zen bg. Duit Zen banyak.. (menyesal tak minta duit raya). Smbg ayat tak habis - geram kalau page tersebut lambat load.

Mungkin salah com aku. Lembap. Kadang2 aku rasa mahu beli baru shj. Pastu apa nk buat ngan Powerbook yg tiada nama ni? Mel dan Wani ada kereta dinamakan Hamzah ke? Cikhens ada kereta nama baby Mira. Mun ada motor nama Umairah. Farah dan Jenny menggelarkan bilik diorg Syahid dan Mujahhid? Tanda soal maknanya aku tak berapa sure. Dan com aku juga suka buat bunyi2-an. Tapi salah aku juga. Aku tak jaga betul2. Kadang2 aku tak tutup malam. Memang takde game dalam com aku. Kadang2 aku lupa nk mg-invi kan ym aku. Sesuatu yg tak perlu pdhal tp xleh. Nnti org tahu aku tak tutup com. Pdhal sape yg kesah kan. Biasanya adik aku yg aku check com aku. Kat sini Aseng. Tapi aku malas nk bg Aseng tngok sbb mana la tahu dia suggest sesuatu yg memerlukan duit. Pokai. Pokai. Serius. 127 dollar smpai 28 oct. Dekat 2 bulan aku tak pegi city.

Huh. Giler membebel. Lantak. Aku tngah geram. Biar aku abiskan firing dulu. Lgpun ni blog aku. Suka hati aa. Tak suka cara aku pegi la tngok blog org lain. Tak pun pegi flag blog aku ni.

Oo. Lgpun aku baru break-up. Memang dia akan jd bengang kt dunia. Hmm. Generalization. Tak semua mcm ni. Berlambak orang baik kt dunia. Aku sahaja yg jahat. Aku mmg jahat. Aku lah org paling jahat dalam dunia!! Jerit yg amat dasyat, Mode~geram. Bagilah aku watak penjahat dalam dunia, mesti aku boleh lakonkan dengan excellent sekali.

Kalau aku tak jadi doktor, profession lain yg aku ceburi adalah bidang penulisan dan lakonan teater. Tapi aku takde rupa so mngkin payah sket nak masuk tv. Tapi teater dia mcm pandang bakat, so mungkin ada harapan. Heh. Penulisan tu, aku nak pegi amik course bahasa melayu. Biar mantap sket vocab aku. Ni buat ayat bahasa sendiri tunggang-langgang. Lepas tu, aku bukan tulis novel, bg aku jadi jurnalist la. Biar aku tulis slot 'Bebelan Hari Ini'. Atau bg aku jadi jurnalist hiburan. Hah. Aku tau banyak pasal kanak2 hollywood. Suri, Shiloh, Paris Hilton. Aku juga kenal siapa itu Fazley Yaacob. Dia ex-student Vic Uni. Korang kenal tak Fazley? Kenal tak??!! Dia penyanyi tp skang dah tak terbit lagu baru. Nama lain, Abang Asmara.

Lagi aku nak marah sbb orang tak reti tulis dalam perenggan. Erk. Ni general. General. Takde sape2 in particular. Tak tahu knape aku ada perasaan nk control semua orang. Padahal akulah org yg bising utk hak kebebasan asasi, hak bersuara la, hak bebas menulis la. Lepas tu skang aku nk control cara org menulis????!! Biar la dia tak nak tulis dalam perenggan. Itu style dia, satu entry, satu aje perenggan. Ok. Nnti aku akan cepat2 klik bnda lain once jmpa blog takde perenggan.

Aku nak call ayah aku. Ada sesuatu yg aku nk mintak. Tapi aku sdg marah. Takut nnti bila bercakap, akan jadi arahan pula. Pdhal aku nak mintak tolong dari ayah aku setelkan sesuatu. Nampaknya aku harus de-angry diri sndiri dengan pegi makan makanan mcd.

Sekian. Aku benci kau!

Friday, October 10, 2008

Runaway Bride

Aku tulis ni pada 20 sept. Smpai skang tak publish. Sebab, tngah pikir patut publish ke tak. Nah, baca la. Biarpun aku benci tahap paling atas (scale 1 to 10) entry ni. Lepas tu lupakan aku pernah tulis ni.

.....

20 Sept 2008.

Hohoho. Mintak maaf la yer. Nak luahkan perasaan lagik. Relax2. Last time ni. Lepas ni takleh dah nak ingat2 semua ni.

He wants to get married soon after graduation,have kids and get on to the next phase of life which, in his interpretation raise up kids, specialise, more money and promotion. She thinks this is just a beginning of an eternal freedom and kick-ass life. (bunyi macam Nuha chicken out)

Blank kejap.

Dalam buku self-help book yg Zen bg, dia cakap, tempoh untuk berkabung, bersedih, merajuk dengan dunia adalah 10% dari tempoh perkenalan. 0.1 x 60bulan = 6 bulan. Aku cukup2 5 bulan. Oh. Kira coping mechanism aku sangat hebat! Tapi banyak benda aku dah lupa between aku n wo. Cepat seh hilang, ni belum ada rebound relationship.


Ni adalah gambar yg Min lukiskan untuk aku. Aku yg mintak dilukis begini. Ini ialah aku. Runaway bride, lemas dalam hutan merah iaitu, hutan kemarahan. Aku minta Min lukis benda ni April 2007, few months after bertunang. See. See. Ianya dah lama dalam hati aku, akhirnya aku dapat luahkan dan buat apa yg aku sebenarnya nak.

Banyak reason di sebalik semua ni. Antara aku dan wo, lebih kepada opposite attraction kot. Dia ada apa yg aku takde. Perangai dia lain. Pemikiran dia lain dari aku. Tapi bila dah lama2 kenal, dia curi perangai aku, dan aku pun curi perangai dia. Akhirnya, kalau apa2 jadi, dah jadi tak spontaneous, aku boleh agak apa akan jadi seterusnya, or kadang2 aku nampak wo sebagai 'mirror' aku. So kesimpulan, dah takde aa opposite attraction yang dulu sebab last2 wo macam aku jugak. Giler complicated. Aku janji Anna tak pernah pikir camni.

Wani cakap, kalau orang tu tak kawin, bukanlah salah dia tak bersosial. Hah. Comforting sungguh la ayat Wani ni. So aku tak kisah sangat apa nak jadi. Asal aku happy. Aku happy skang ni. Sebab aku sangat bebas. Aku boleh buat apa yg aku nak.

Aku tak reti sharing2 ni. Macam tu jugak aku tak reti nak tunjuk kasih sayang. Berkasih-sayang pun aku malas. Aku lemas la sungguh berkasih-sayang dan sangat clingy2 ni. Cuba jadi independent, ko buat keje ko, aku buat keje aku. Kejar cita2 masing2.

Mesti korang heran kenapa aku dengan suka hati tulis mcm ni dlm blog. Dia takkan baca blog ni. Untuk tengok aku dari jauh pun dia tak sanggup. Huwaa. Sampai hatinya ko Nuha, hampakan orang. Orang tu broken-hearted sebab ko! Err, Nuha, tak pernah pikir ke dia tak nak. Dia tak nak jugak.

So aku rasa safe nak tulis apa2. Lagipun aku tapis la jugak.

Tapi aku kan sangat honest dan lurus bendul dan takde orang lain aku nak cakapkan, so layan jelah.

Thursday, October 9, 2008

Accupril

Kita Seri Kali Ni

listening to : way back into love by hugh grant and haley bennett

semalam aku call wo.

dia orang yg paham aku. dia yg boleh terima buruk aku juga. bodohkah aku menolaknya? (saje je nih berpoyo-an kat sini). 


p/s: sebab delete entry; kdg2 luahan hati itu terlalu over, maka delete ; kdg2 tak sebetulnya datang dari hati, maka delete ; kdg2 tak mahu orang nampak kelemahan aku, maka delete.

p/ss: td aku pegi beramah-mesra dengan patient. mendengar kata doktor yg suggest aku membiasakan diri bercakap ngan patient. mendengar kata kawan yg suggest aku pegi ward waktu weekend, dan say hi bermula dari bilik no 1.

Wednesday, October 8, 2008

Jauh Dan Tetap Jauh

listening to : satellite by anna nalick

tadi aku nak dail yabba. tapi terasa macam nak tertekan 36, pastu no pager. hahah. macammana nak dail yabba pun dah lupa. lama sangat tak guna kad phone. atau aku terlalu occupied dengan benda2 kat ward. ya. aku nak call wo. tapi tak angkat pula. memang aku suka call orang tanpa bagi notis. downside : orang tak angkat. busy kot.

banyak aku nak membebel. antaranya aku nak sakitkan hati org yg tngok blog ni dgn letak lg gmbr2 family aku. ada tambahan gmbr raya kat flickr adik aku itu. lain, aku nak attachkan satu video dari www.ted.com bertajuk do schools today kill creativity. video tu panjang. 20 minit. aku nak tengok. nak tengok apa isinya. tp nntilah. bila ada masa. lain, aku nak letak gmbr wo yg aku jmpa dalam himpunan email aku. gmbr lama. yg aku tak pernah perasan ada.

malas utk buat semua tu. cakap ajelah.

lain2, bila aku baca blog a.o, minda aku akan terfikir, adakah a.o btul2 takde duit smpai makan roti celup teh pun nak menangis? lgpun a.o suka bercakap pasal makanan. dia macam sgt appreciate makanan sbb mcm susah nak dapatkan makanan yg sedap. a.o, serius. saya berfikiran begitu. blog a.o bertajuk diari roket. carilah kalau rajin. kat sebelah sana.

disbbkan aku bleh terfikir begitu pasal a.o, aku terfikir, adakah org akan percaya semua yg aku cakapkan kat blog aku? sebab aku biasanya percaya apa yg orang lain tulis kt blog diorg.

blog umpama diari yg ko bg semua org baca. cuma ko tak tahu sape baca. apa org yg baca fikir. apa org yg baca assume pasal ko. adekah diorg akan judge ko sukati diorg? pastinya.

serius. aku tak sabar nak call wo.

Tuesday, October 7, 2008

Boys And Girls

listening to : saving my face by kt tunstall

semasa aku blog-hoping, aku terbaca banyak benda pasal cinta. aku naik muak. serius. maka aku delete entry pasal wo. hoh. ape2 jelah nak jadi. bukan aku kisah sangat.

aku suggest korang baca ni kalau bosan. entry ni sajalah. sungguh berperasaan? sampai skang aku tak tahu nak teka dia ni lelaki atau perempuan. aku pun confuse. mana ada lelaki tulis emo, (memang aku sexist), kalau ada dah lama hisham tulis entry emo.

Ini Entry Zen

Aku rasa blog ni dah semakin banyak entry personal Nuha. Kalau aku buat entry mesti ter'out-of-place' plak rasa nya. Di antara entry2 Nuha tgh cakap pasal Wo tetiba muncul plak entry aku nak cakap pasal welly sungguh berangin dan aku main ngan triplets ari ni. Kan ke sungguh jauh beza topik tu.

Hhmm. Tapi hari ni memang angin kuat. Sampai airport pon tutup kejap pagi tadi. Jalan pegi skolah pagi tadi hujan horizontal. Tiang traffic light bergoyang2. Jalan pon terhuyung hayang. Tapi akhirnya sampai juga. Aku pon sanggup tak balik lunch sebab tak nak merempuh angin.

Dan aku juga memang main ngan triplets tadi. Comel. Bapak diorang yg jaga ari ni sebab mak diorang demam, pastu sambil borak2 aku pon uruskan laa sorang. Bapak dia uruskan sorang. Nurse uruskan lagi sorang. Jadilaa aku yang tak pernah2 terasa nk tukar nappie anak2 sedara aku membuat keje tu semua tadi. Pastu bagi minum susu. Pastu semua terus pegi tido balik.

Buat pengetahuan semua, aku ada family history kembar. Dedua belah mak dan ayah. Malah dua kakak aku yang sulung juga kembar. Tapi kakak aku belum pon berana kembar lagi. Semua singleton. Tapi yang triplets tadi tu ada pakai stimulation tapi diorang pon ada fammily history kembar juga.

Oklaa malas dah nak menulis. Nak upload gamba raya femily tak dapat lagi. To my BFF Nuha, apa kata ko email Wo suruh dia call cepat sket kalau ko tak sabar menunggu. Lagi satu, berkaitan ngan entry ko sebelum ini, yer, memang ko tak pernah bagi aku present pon lagi. Heheh. Sekian.

Monday, October 6, 2008

Gambar Dari Malaysia


Ingatkan dah habis mode raya. OK. Gambar family aku. Oh, segaknya adik2 aku berbaju melayu. Diorang semakin menyerupai ayah aku! Dan mereka semua adik aku. Aku bukan anak kedua seperti disangka sesetengah orang. Apparently mak aku pilih baju yg sama utk semua adik-beradik perempuan. Haih. Takleh aku nak jadi special.

Tahun ni dah tak ada yg amik gambar beriba. Bagus!

Gambar dari adik aku.

Belakang : Mus'ab Solihin, Pn Noraini, Ahmad Mustakim, En Azman, Huzaifa Yamin.
Depan : Nahdiyah, Nabilah, Nasuha. Nusaibah tiada dalam gambar.

The Uncles : Wan Azlan, Wan Azmi, Azman, Wan Azhari. (Ayah aku tiada Wan dalam surat beranak. Kesilapan tidak disengajakan)

Baru perasan la kan, ayah aku pakai baju melayu lengkap!! Selalunya ayah aku akan pakai baju melayu dengan kain pelikat sahaja. Sungguh tak boleh lawan adik-beradik dia yg lain. Ayah aku ada 7 adik lelaki dan seorang kakak.


Tiba2, aku rasa sangat rindukan adik2, dan nak balik Malaysia. Or maybe mak aku bleh datang welly akhir tahun ni. Duduk la ngan aku selama satu dua minggu ke. Masak makanan untuk aku. Hmmm. Farah tu suka hati suggest aku patut balik tahun ni. Pdhalnya dia pun tak balik tahun lepas.