(saje je ni amik ati tuan umah)
(apesal aku kena post, macam la ada orang follow blog ni)
Esok akan bertolak ke Roxburgh. Hari ini hari ke-4 di Chch. Apesal sungguh formal ni? Hmm. Sungguh memenatkan. Tetapi aku dan Anna sangat la happy tidak terkira. Banyak gambar dan jugak drama.
Berita penuh akan aku post bila dah balik Welly nanti. Sesungguhnya aku miss Wellington. Sebenarnya tak sangat sbb ntah la. Best jgk kat sini. Rasa macam sungguh berholiday dan tak risau ape2. Kecuali kadang2 risau untuk pegi keje.
Boxing Day, tak shopping sangat sbb busy kumpul barang2 utk pegi Alexandra. Aku dan Unai akan duduk2 dengar lagu smbil tunggu Anna Cikhens kadang2 ada Abu shopping.
Lepas tu, macam dalam plan, kitorg pegi tengok Twilight bersama2. Seperti yg dijangka, mmg cerita itu lawak dialognye, dan sungguh utk teenagersss, tapi layan aje la. Hehehe. Part paling best ialah, apabila semasa movie berlangsung, aku ingin keluar, lepas tu, tersalah jalan, di dalam gelap itu, Cikhens Unai dan Anna gelakkan aku. Hampeh. Ape pun, boleh la, nk tngok sambungan cerita ni. Aku suka sebab keluarga vampire ni mcm best dan ada banyak watak menarik, ala2 X-men. Part best, masa heroine itu nak mati. Aku harap dia mati, tapi dia hidup plak. Isk2.
Oh. Aku juga berkenalan dengan kucing Aza, bernama Adik. Fuyoo. First time ni minat nk main ngan kucing.
Aku juga jumpa baby Teh. Faliqh. Senget betul Unai kenalkan aku banyak kali kat Teh. 'Teh, kenalkan, ni Nuha'. 'Teh, ni la Nuha'. Hehehe. Lepas tu sah2 la kitorg gilir2 pegang Faliqh dan amik gambar. Menjangkakan Faliqh menjadi mamat hensem seyh nnti besar. Kitorg terserempak ngan Teh and family ni sebab si Abu pegi smayang Jumaat dan terjumpa Faris, lepas tu diberitahu mereka sedang singgah di Chch (dlm perjalanan cuti2 dlm negara).
Hari ni pulak picnic seharian sepetang di Akaroa. Unai menyediakan nasi goreng dan ayam goreng kunyit. Abu menyediakan roti sandwich dengan mackerel dan cheese keping. Sedap2. Dan ada telur goreng Unai juga. Dan ada lg makanan rapu seperti Coke, chips, L&P, cake Unai (sambut harijadi Unai) ... erm. Kemudian lepas makan, main Monopoly Cikhens yg baru dibeli edisi pink.
Anna beli Cluedo baru, baru lepas main tadi.
On the first day in Chch, main Monopoly World Edition aku kat umah Abu dan jgk seorang housemate Abu yg .. ermm.. ermm.. hah. Malas la nk cerita.
Nak cakap, banyak sungguh main boardgame.
Aaa.... lepas tu kitorg sempat merasa Singstar Aza baru beli. Anna Unai dan Cikhens melalak dengan bersungguh2. Aku tak nyanyi. Titik. Lepas tu bermalam kat umah Aza dua malam dan tngok movie Aza download seperti Prom Night and The Strangers. Menjerit2 smpai letih tapi Unai dan Ana sgt enjoyyyyyyy.......
Sambung balik pasal picnic itu. Sungguh cantek la Akaroa itu. Makanan pun semua jadi sedap sebab lapar dan hari sungguh panas. Haha. Tak. Makanan semua sedap sbb mmg sdap pun. Macam biasa orang suka pandang kitorg. Tak tahu la kenapa. Teori ...
A. Pakaian kitorg pelik. Panas tapi sungguh banyak lapis dan bertutup
B. Cikhens dan Unai terlalu loud.
C. Anna terlampau lawa.
D. Kitorg amik gmbr tiup lilin tp tak pasang pun lilin sbb angin kuat.
E. Kitorg pasang lagu melayu kuat2.
F. Kitorg makan dengan sungguh lahapnye.
Ramai orang kat Akaroa tu. Ada family. Kanak2 ramai. Diorg jemur2. Banyak kapal2 layar. Aku dah la memang suka laut kan. Ahah, lepas tu Anna plak bertindak macam mak kan bagi makanan kat semua orang. So mmg la best. Sambil sambut birthday Unai tu. Unai mmg secara rasminya suka tido dlm perjalanan yg jauh.
Konklusi dari trip Chch kali kedua ini ialah, suara aku ber-evolusi dari kecik gilerr.. (hampeh betul Cikhens asyik ejek aku pasal benda ni). Hari ke-4 baru dah jadi ok balik dan akhir skali ialah
kegembiraan itu bukan hanya dengan shopping banyak2.
Sekian. =p (panjang betul. Aku mendapat galakan dari Cikhens utk menulis)