Sunday, August 30, 2009

Kimchi

Selamat hari merdeka semua.

Boleh tak, kalau aku ada anak, kalau perempuan, aku nak letak nama nuha jugak? Nuha Dua. Nuha II. (giler dengan nama sendiri)

Tadi Zen telah pasang dvd bertajuk Legends of The Fall, lakonan Brad Pitt. Wah, rambut dia memang cantik lah. Kalah rambut perempuan. Cerita tersebut sungguh sedih. Asyik mati aje semua orang sekeliling Brad Pitt tu.

Sekian entri hari ini. Wa rasa wa mau pegi somewhere jauh la. Balik Malaysia =p

Saturday, August 29, 2009

Holiday Is Here

Yess! Cuti Zen, cuti Aseng, cuti Cikhens, cuti Kak Ami dan Abu semuanya akan habis. Diorg tidak boleh lg menwar-warkan betapa seronoknya mereka bercuti... main games dan kegembiraan tak perlu pegi sekolah. (Zen hari-hari main ps2, sampai offer aku main need for speed, aku ni lemah lembut lembik tak main game mcm tu). 

Sekarang, turn aku pulak bercuti.

Tadi berborak dengan Zen mengenai perkara2 yg akan buat aku rasa tak boleh nk dengar cerita sampai habis.. seperti orang cancer mulut, etc etc. Video ini juga, buat aku rasa nak muntah.



Traditional tattoo bagi orang Samoa amatlah femes. Tapi dah ada 2 kematian di NZ berkait dengan proses buat tattoo ini (mengikut kata cikgu yg bg lecture hari tu). Sape yg rasa nak baca jurnal, bleh amik tajuk ni, Necrotising fasciitis and cellulitis after traditional Samoan tattooing: case reports. Journal of Infection, Volume 50, Issue 2, Pages 149-152. C.Porter, J.Simcock, C.MacKinnon.

Mengikut kata cikgu itu lagi, kalau dekat kepulauan pasifik tu, lepas diorang buat tattoo ni, diorang akan berendam dalam air laut, maka sebab tu lah kurang kot infection. Kata cikgu itu. Tapi kat sini, mestilah bukan senang nak jumpa laut kecuali memang duduk area dekat laut. Tambahan pulak, peralatan diorang, walaupun diorang cakap diorang bersihkan giler2, masih jugak tak sterile. Ini contoh peralatan yg digunakan untuk proses tattoo tu.



Err, lepas tu dalam video di atas, ada sesetengah orang yg lukis tattoo dengan suka hati nya merokok la, tak ambik berat pasal infection control. Kebanyakan orang yg dapatkan khidmat tattoo di kampung2 juga tak amik antibiotic sebagai persediaan mana tau kot2 dapat infection. 

Tattoo tradisi Samoan ni, biasanya dari pinggang ke peha. Mengambil masa berhari-hari lamanya. Lepas tu, 3-4 orang pembuat tattoo bekerja bersama-sama dalam satu masa. Disebabkan benda ni keturunan, diorang nak tak nak kena buat jugak, barulah mereka dikatakan hero di kalangan orang kampung (ni fakta aku reka sendiri). Ini gambar tattoo pe'a tu. Sekali tengok rupanya macam kain sarung saje. Bolehlah dikatakan cantik tapi tak perlu buat, menyiksa badan dan aku rasa ianya satu penderaan. Oh ya. Diorang ni tak amik pain killer langsung masa buat tattoo. Sebab tu la menampakkan ke'wira'an sebab gagah perkasa tahan sakit buat tattoo. Gambar dari link ini.



Macam corak kain sarung aku.


Ada jugak orang nak bergambar macam ni. Dan ada jugak manusia macam aku paste gmbar mcm ni kat blog sendiri. Zen, keje ko ialah censored kan gambar ni, atau kalo ko rasa gmbar ni teruk giler, letak plak time bulan pose, sila la buang. =p

Kalau dapat penyakit necrotizing fasciitis, cara menanganinya ialah tissue debridement. Kena korek semua tissue dan muscle berhampiran supaya tak merebak. Kakak ni ada cellulitis kat muka, maka semua kulit dan tisu muka kena buang. Mesti F takleh tengok gmbar ni lama-lama. Link kisah kakak ini.

Lepas tu, ape akan jadi kat kakak ni? Macamane kulit dia nak tumbuh balik? Skin grafting? Panggil Mcsteamy?



Aku ingat lepas ni nak bawak kamera ke mana2. Kalau ada pesakit dengan sakit2 tertentu, boleh la aku amik gmbar nye. Tapi mestilah amik keizinan apa2 pun. Aku sungguh tak sensitif. Depan patient aku boleh cakap kat kawan aku, ada bunyi crepitation yg sungguh best. Oi Nuha! Ko lupa ke yg orang ko cakap tu depan kau? Arghh..

Esok aku akan update lagi mengenai buku kegemaran saya terkini. (memang takde keje)

Friday, August 28, 2009

Pig Pork Babi haters


Why Muslims are not allowed to eat pork?

Someone asked me that question a while ago. I thought it was a hard question for me to answer. I had no answer prepared at that time.

A friend who happened to be standing next to me, answered the question . He said, that it is because the pig is a dirty animal. It has so many viruses/bacterias in it. Hence it is unsafe for consumption. Some of these germs cannot be killed even if you cook the meat. Sounds to me that pig harbors super bugs huh. This good friend of mine seemed to know lots of reasons why pigs are so bad. He mentioned about the pig's nature, that they enjoy to be filthy. They love to play in the dirty mud and always scavenge for filthy foods. At one point, I think that if god give him a wish, he would have wished that all the pigs in this world be exterminated.

Even after all these reasons, I felt that it is not fair to say that about pigs. Firstly, pigs were created by god. If pigs are that bad, why did god create them in the first place? Why did god let pigs survive by letting them on the Ark with the prophet Noah?

I came across this guy, Yusuf Estes. He gave the answer to this question during his talk. His answer was, muslims dont eat pig because we submit ourselves to god. God said you should not eat pork, therefore you should not do it. It is a form of submission. The moment I heard that, I personally think that is the BEST answer I have ever heard so far. He then explained about how pig has DNA that was closely related to human beings. Hence, viruses in pigs are transmissible to human beings easily. Again, this is the bonus but not the reason for why muslims don't eat pork.

The moment you testify that there is no god except Allah and the Prophet Muhammad is His messenger, you are obliged to follow what Allah has decreed upon the muslims. That is the first thing that should come to mind.

It is technically wrong to say that muslims do not eat pork because of 'infection contol'. It may be true but not a wise reason for us not to do so. For non-muslims who eat pork day and night all their lives, some of them live to 100 years of age. If you cook the pork long enough, you can kill the trichinae. So the argument that pig harbors zillions of bugs sounds fallible to average Joe. Some other 'halal' animals may also harbor bugs that can result in other medical conditions. Take chicken for example, campylobacter can kill you. No argument there.

Eating pork has not been allowed by god since Moses. Christians are not allowed to eat pork too based on this and few others:

Old testament,
Leviticus 11,7-8
And the swine, though he divide the hoof, and be cloven footed, yet he cheweth not the cud; he is unclean to you. Of their flesh shall ye not eat, and their carcass shall ye not touch, they are unclean to you (KJV.)


"And the swine, because it divideth the hoof, yet cheweth not the cud, it is unclean unto you: ye shall not eat of their flesh, nor touch their dead carcase." Deuteronomy 14:8

Quran,
16:115.
He has only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and any (food) over which the name of other than Allah has been invoked. But if one is forced by necessity, without willful disobedience, nor transgressing due limits,- then Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.


The germ theory of disease is a recent thing. If we were to go back 1200 years ago, the explanation that pig is infectious would sound stupid. This is because we have no understanding of the disease like we have today. The germ theory of disease (pathogenic theory of medicine) is a recent concept. God decrees may be validated by science but it is not for that reason why we follow a command from god.

Pig is not filthy in nature. It is noted that pig prefer to have their sleeping quarters kept clean. They bathe in mud because they need to keep cool. We should not hate pigs. Do you know that pigs are smart animals? They score high on animal intelligence tests. Pigs same as other things in this world are creatures created by god. We are taught by the Prophet Muhammad SAW to love animals. We should not treat pigs any different to how we treat a cat. We should not eat pork but we should never hate pigs.

Tuesday, August 25, 2009

Datang Balik Dah!

Ah, rindu betul pada blog ini. Dah berapa hari takde sape2 menulis ni apehal? Zen cakap, hidup dia dah hambar. Takde ape2 yg menarik. Aku pula.. sempena bulan puasa, konon nak puasa tak nak blogging. Tapi tak apelah. Aku kan sungguh rajin. (Betul, aku rajin!)

Nah, hidangan berbuka puasa air tangan Farah. (Aku tak boleh makan sebab banyak sangat garlic pahit masam etc - cerewet)


'semayang terawih tak?

'tak'

'kenapa tak semayang terawih?'

'malas'

'kenapa tak semayang jemaah?'

'takde orang nak jadi imam'

'kenapa tak nak jadi imam?'

'sebab kena baca surah kuat-kuat'

'lah, boleh je baca dalam hati'



'err, tak apelah. memang malas pun'


Isk isk isk. Setan dah takde pun susah jugak nak beribadat (geleng kepala).

Zen asyik teringat perihal mati. Sebab semalam lepas dia tonton Michael Scofield mati dalam season 4 Prison Break. Zen menggunakan cutinya menonton berhari-hari dia khatam tengok Prison Break sampai tak layan aku. Huwa huwa huwa sedihnya, terpaksa la pegi hospital menagih kasih dengan pesakit.


Sempena Ramadhan Kareem ni, meh la aku letak sebijik ayat Quran yg tak berkaitan langsung dengan entri ni. 

3. O you who believe, why do you say what you do not do? 
Allah (swt) begins this ayah by calling out to the believers. The first thing that you should think when you hear this ayah is that Allah (swt) is calling out to you. From among all of His creation, and from among all of mankind, Allah (swt) has distinguished the believers and He (swt) is calling out to them in this ayah. Whenever there is an ayah such as this in the Quran, it is very important for us to pay particularly close attention because our Lord and Master, our Creator and Sustainer is calling out to us and addressing us. Allah (swt) is addressing us through that gift that He (swt) gave us which we hold so dear and that is our iman. It was Allah (swt) who put this belief in our hearts that we cherish more than anything else in this whole world. So whenever Allah (swt) addresses us as believers, we should always listen very carefully and with the utmost attention. Before you are son or a daughter, a mother or a father, a student or a teacher, a farmer or a laborer or a merchant, you are first and foremost a believer. Your belief defines who you are more than anything else about you. It is by this title of yours that your Rabb is addressing you. 

Isk3. Panjangnye. Ni link sebenar. 

Ni pulak link kepada website tafsir ibn kathir. 

Sape rajin boleh tekan. Sape tak rajin, jom kita buat benda lagha!

Friday, August 21, 2009

22 August = 1 Ramadhan for New Zealand



First time in 6 years, both Malaysia & NZ has the same date for Ramadhan.

Allah the great.

Salam.

Wednesday, August 19, 2009

Dengkur

Suara engkau
udara aku
aku tak nampak
tapi aku tahu ia di situ
aku tak genggam
tapi aku rasa ia di situ

Suara engkau
udara aku
tatkala khabar tak terdengar
paru-paru dan jantung aku rompong
namun seperti yang tak dilihat dan tak disentuh
ia tersimpan dan terbalut kemas bak kepompong

Suara engkau
udara aku
aku tutup lampu
aku pejam mata
aku cipta mimpi
dalam gebar dan kelambu.

Wani Ardy.


Rasa nak cuba pegi pameran seni, dengar orang deklamasi sajak. Paham ke aku nanti?



:) Rindu tanah air. Haih.

Tuesday, August 18, 2009

Happy Birthday to Myself

Kalau nk letak gmbr je boleh tak?
Maka pada hari Sabtu lepas.. idea tercetus untuk masak sedap2, lagipun nak dekat dengan birthday aku dah.. kami pun sama2 memasak utk perut sendiri.

Kek ini telah dihiaskan dengan canteknya oleh Liana. Kereta sengaja dilukis kerana ianya sungguh simbolik dlm hidup Nuha sekarang. Puteh!

Tak kira lah orang nak cakap ape, aku nak jugak lilin.

Gambar BFF tidak boleh dilupakan duh.

Makanan -- ayam panggang berasap, potato lenyek dan sos, salad biasa2 dan air coke supaya lawas.

Geds bertiga.

Geds berlima. Haih. Nak kamera lawa la.

Seronok makan smpai lupa dunia. Sedap ni. Macam dah lama giler tak makan sedap2.

Zen membantu Jenny. Bantu Palestin!

Buku yg di-idamkan akhirnya dimiliki setelah letih mulut memberi hint. Haha. Terima kasih semua.

Zen punyer keje. Dia rajin nak amik gmbr.

Monday, August 17, 2009

Kad Dari Malaysia

Takde apa2 best berlaku hari ini. Sekadar kad dari Malaysia mengucapkan selamat hari jadi dan semoga aku mendapat semua impian2 aku. Mak ayah, time kaseh banyak2.

Kemudian, civic video juga mengucapkan selamat hari jadi dan buat offer boleh rent dvd free!! Wah, kalau la kedai tu dekat.

Hari ini juga, aku dapat berita seorang lagi kawan aku akan menamatkan zaman bujangnya bulan oktober. Wah, tumpang gembira untuknya. Malangnye, aku takleh pegi. Huhuhu. Dia menggambarkan bakal suami nya itu tua setahun, engineer dan tak hemsem. Aku rasa Anna juga pernah berkata demikian tetapi sekarang mungkin dia dah rasa encik lebs nya itu hemsem kot.

Oh ya. Ustaz Akhil Heeey dah berkahwin dengan penyanyi itu. Takde kena mengena tapi berita baik kena disebarkan. Lagipun Zen berminat dengan berita ini. Tadi kami layan satu website sia-sia. Dia takjub dengan kebolehan aku yg tau apa nama anak pelakon Tuminah Sidek. Herm. Aku pula takjub dengan Zen yg tahu nama coach dan ketua team apa2 jenis sukan. Sama la tu. Minat. Kalau buat kuiz hiburan... mestilah result aku lg bagus dari Zen.

Tadi aku belek-belek buku catatan amalan harian aku. Aku jumpa wishlist ini.

1. Kegembiraan.(status : 70%)
2. Nak jadi doktor. Doktor yg 'selamat' bukan pembunuh. (status : sedang usaha)
3. Nak ada klinik sendiri dan jadi kaya raya dan dikenali oleh semua mak cik dan pak cik kawasan aku buka klinik itu. (status : akan dipertimbangkan bila ada duit)
4. Nak kereta.
5. Nak belajar bawa kereta balik.
6. Nak sekurang-kurangnya seorang anak perempuan tak kisah la anak sendiri atau anak angkat.(status : jika diizinkan, larat dan boleh sabar dengan karenah kanak-kanak) Aku kena ada pewaris harta aku ni.
7. Nak jadi independent.(status : belajar kereta pun tak lepas lagi)
8. Nak buku memasak edmonds.
9. Nak hidup dalam dunia sendiri dan tak kisah apa orang lain cakap. (status : macam tak akan je)
10. Nak rasa lebih erat dengan keluarga dan adik-adik. (status : langkah pertama pun asyik bertangguh)

OK. 3 darinya dah buat. Yay!

Hari ni 17 Ogos

Teaser photos untuk entry Nuha yang akan datang.

Edmonds 'Sure to Rise' Cookery Book

Seekor ayam panggang

Sunday, August 16, 2009

Indahnya Malam

Pertama sekali terima kasih kepada semua yg telah menjayakan jamuan makan2 untuk birthday aku yg sebenarnya, 2 hari lagi (huahua apeke tak sabar nk jadi 25, dah suku abad!). Tapi aku tak nak update pasal jamuan makan ataupun gmbr. Itu, dua hari lg aku buat kalau ada masa.

Aku nk kongsi satu sajak yg ditulis oleh seorang kawan kepada aku. (Auww, tak sangkanya ada kawan pandai tulis sajak!!)


Tonight,
Moon and stars,
Lighten up hearts,
Glowing through darkness.
Tonight,
Soul searches,
To let go the emptiness.
Tonight,
Soft breeze,
Inspires peace,
For all that breathe,
Find tonight,
They find tonight,
We find tonight,
Full of skylight.

Cuba korang teka, siapakah yg menulis sajak ini. IA, korang kenal kalau korang berada di New Zealand utk beberapa tahun. Kadang2 aku pikir, dia ni mmg reka sendiri ke, lirik lagu ke, copy dari mana2? Tapi disebabkan orang ini menulis dengan panjang lebarnya kepada aku, aku pun assume la ini mungkin salah satu kreativiti dia.

Bagi aku, nak menulis bukan senang. Uish, kalau aku buat sajak malam, setakat bunyi nya, malam.. malam yg gelap gulita, pastu tak tau amende nk sambung. Dan takkan ada apa2 maksud tersirat atau simbolik etc. 

Aku rasa sungguh bertuah sebab orang ini telah bnyk membazir masa tulis hampir dekat satu buku tulis untuk aku, penuh dgn kata-kata semangat sewaktu aku bermasalah suatu ketika dulu (sekarang pun masih bermasalah). Nasib baik ada buku ni, bolehla aku baca semasa aku rasa sungguh kekurangan. Buku yg ditulis dari seorang kawan kepada kawannya adalah lg bagus dari buku-buku motivasi yg dibeli kt kedai sebab dah sah2 la sbb kawan tu kenal aku dan bg nasihat sesuai dengan masalah aku. 

Suatu masa dulu aku pandang sipi aje buku ni. Hari ini, aku berterima kasih. Alamak, macam dapat birthday present yg best pulak padahal semua ni dari tahun lepas lagi. Isk isk. Macam ni la, masa orang tu ada tak reti appreciate, dah hilang baru tercari-cari.

reasons to move to 2degrees?



Intro - 2degrees is the THIRD telco company in NZ that use their OWN network. Compass mobile or Black&White are companies who resell Vodafone network/service.

What is the reason behind the name - '2 degrees'? Two degrees refers to NZ community. One study has shown that throughout the world there are mostly 6 degrees of separation between you and the sixth person. Think of person A, B, C, D, E and F. A does not know who F is. However, A knows B who in turn knows C, C knows D who knows about E and so on until F. However, in NZ, there is only 2 degrees of separation. So basically, A knows B who in turn knows who C is. This is true for everyone in NZ.

1. It costs you 9cent/sms to ANY mobiles in NZ, Australia, UK, Ireland, USA, Canada, China, India, Thailand, Philippines, Malaysia, Japan, South Korea, Singapore, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Sri Lanka, Fiji, Germany, South Africa.

2. It costs you 44cent/min to call mobiles AND landlines in NZ, Australia, UK, Ireland, USA, Canada, China, India, Thailand, Philippines, Malaysia, Japan, South Korea, Singapore, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Sri Lanka, Fiji, Germany, South Africa.

3. You can keep your previous phone number including 021 / 027 as prefix. This is known as 'porting' your number. For example, you have 021-xxx xxxx. All you need to do, go to http://2degreesmobile.co.nz/ click on 'your 2degrees' menu. Type your 2degrees original number and you can easily port it to your 021 or 027 number. It takes literally 2minutes to do this.

4. Choose your own number. You can choose for eg: 022 - NUHAZMAN or 022 - 68429626 for free. In other words, 2degrees let you customise your own phone number. This all can be done through the websites.

5. Magic Top-Up. If you top up $20 you have 100 free texts for that month. If you top up $30 you will have 150 free texts and so on. On top of this, after your top up, within one month your call rate drop from 44cent/min to 22cent/min.



6. Now, think about this:

a. Vodafone, $10 for 2000 texts TO vodafone mobile only - remember since last month, owning mobile with 021 prefix does not mean that person is on vodafone. He/she may well possibly on 2degrees or telecom networks. Hence, you need to pay 20cent/sms.
Honestly, who text more than 1000 text a month? Get a life!

b. Imagine if you text 100 per month. With 2 degrees, it will cost you $9. You have to pay in advance $10 for 2000 text which can only be sent within vodafone network. Now remember, after your first topup, you will have 100 free text. So basically if you text roughly 100 text for a month, you ONLY pay $9 for 2 months for 200 texts. You save $11.00. It also means you can text EVERYONE
not worrying if they are on vodafone or not.  

c. You have to pay 30cent/sms to Malaysia on vodafone network but only 9cent/sms on 2 degrees. That is a huge difference. Calling cost you 89cent/min but 2degrees charge you 44cent/min for both landline and mobile.


I cannot think of reasons NOT to be on 2degrees. Can you? And yes, I am a HAPPY 2 degrees customer :D

It costs you nz$2 with $2 credits for the simcard. Or you can buy nz$20 sim card with $20 credits on it. I suggest you buy $2 simcard with $2 credit and top-up $20 to get the most of the 'magic top-up'.

Friday, August 14, 2009

if you have lived in NZ for at least 3 years... you SHOULD...

you should be able to understand this song. it contains the REAL sad tragedy that has been happening in NZ for the last few years. if you dont know that means you are an ignorant person.

Thursday, August 13, 2009

Hari ini saya ponteng dan buat ini

1.Bekas kekasih saya adalah
err is human. saya takde bekas kekasih. sejak dulu saya singgllleeeee aje.

2.Saya sedang mendengar
kesunyian pagi di mana orang lain sumer pegi kelas. saya masih berjogging dan menari di dalam bilik. takde keje.

3.Saya suka
pandang matahari!!!! dan sepahkan bilik adalah kegemaran terbaru!

4.Mungkin saya patut
kemas bilik? dan kemas, dan kemas. sigh. bosan betul mengemas ni patut la suka keadaan bersepah2.

5.Sahabat-sahabat baik saya
semuanya dalam hati saya sepanjang masa even dalam mimpi pun mereka keluar. uuu, indahnya dunia.

6.Saya tak paham
kenapa...... kenapa saya macam ni sejak dulu? kenapa saya tak berubah? kenapa saya obsess dengan diri sendiri?

7.Saya kehilangan
..heh. malu nak cakap la plak. saya terasa 'kehilangan' sejak kecik.

8.Ramai yang berkata
SAYA BAIK HATI. wakaka. saya harap orang kata begitu kat saya. *secret desire*

9.Makna nama saya
yang bijak pandai, baik budi pekerti sempurna semuanya? haha. nama saya bermaksud yg dari keturunan baik-baik.

10.Cinta itu adalah
di mana-mana pun ada. cuma kena pandai tengok. bukak la mata. nampak la.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
berazam untuk membuat hidup saya miserable sehingga berjaya.

12.Saya akan cuba
banyakkan bersabar. kus. jangan marah orang tak tentu pasal. kesian mereka dan hati mereka.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
SELAMANYA LA.. forever n ever n everrrrrrr.. macam air dicincang tak akan putus. Itulah sebaik-baiknya persahabatan.

14.Telefon bimbit saya
warna putih macam hati saya yg putih bersih jugee.. kereta saya pun warna putih. cover duvet saya pun warna putih. pendek kata saya suka putih la.

15.Bila saya terjaga dari tidur
mula-mula saya kesat air liur.

16.Saya paling meluat apabila
orang suruh suruh suruh suruh saya berubah. grrrrrr....

17.Pesta/Parti adalah
benda tak bagus.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
saya belom temui. saya nak jumpa polar bear paling besar dalam dunia, macam dlm cerita golden compass tu. kan best. adakah saya nak kena pegi ke kutub. kat mana haa ada polar bear? kat zoo wellington tak ade pun....

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
hihihihi. sekarang?

20.Hari ini
saya tak mau keluar rumah. nak ponteng semua kelas.

21.Malam ini saya akan
makan nasi zen yg masak.

22.Esok pula saya akan
makan maggi. dan kena beli susu sebab susu dah abis.

23.Saya betul2 inginkan
KUASA. Akan ku lenyek semua orang kat dunia ni. Biar tinggal aku seorang je berkuasa. Hiyarghh.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
saya rasa saya masih muda, tidak ada kedut lagi.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
kedai ais krim coklat muffin cookies freppppieesss.

26.Makanan Barat atau Jepun
makanan baby la paling best. bubur beras merah. nyummy!

27.Bilik yang terang atau gelap
tiada beza. hidup ku masih warna yg sama.

28.Makanan segera adalah
makanan yg mudah dimasak 5 minit dah siaappp. juge sedap kalau pandai pilih perasa.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
fine. suka hati enggkau.

30.Siapa yang anda nak Tag?
takde. bebas. tak yakin ada orang nk buat pun.

Wednesday, August 12, 2009

Talipon



Berbalik ke zaman dulu-dulu. Talipon ku buat hal. Battery tak nak recharge. Nak cari battery macam xde jer kat NZ ni. Nak beli dari website negara lain aku tiada kad kredit. Kad visa debit ada tapi tak nak lah guna lagi. Baru dapat (nak berlagak) tapi xnak melatih diri beli2 barang online, nanti ter'hooked'.

Nak beli tepon canggih, mahal laa pulak. Lagipon ada banyak lagi benda aku mahu seperti nak beli laptop. Jadi sementara ni, aku hanya mahu talipon yang boleh call dan txt. Maka downgrade lah kepada talipon nokia 1661 seperti gambar di atas. Kamera pon tiada. Tapi sekurang-kurangnya skrin berwarna dan ada FM radio. Dah banyak tahun tak guna nokia.

Takpe2, balik nanti kita beli talipon paling mantap yer. Oklah. Sekian.

Errrrrr Is Human

Khas untuk cikhens (kepada Zen jgn jeles)




Tuesday, August 11, 2009

Besday Nuha dah dekat.

Aku tak tahu nak update apa. Nak tulis pasal sekolah aku tak reti tulis pendek2, dan bila panjang2 nnt orang tak berminat nak baca. Sambil2 meluncuri internet jumpa pulak site pasal birthday ni. Memandangkan besday Nuha sudah hampir (dan tak habes2 dia ingatkan kitorang, hari2 okay), aku pon nk letak perbandingan ciri2 zodiac aku dan Nuha. Tak percaya pon, tapi menarik laa jugak untuk perasan2 bagus.

Aku Aquarius. Nuha Leo.

AQUARIUS: January 20th - February 18th
Symbol: The Water Bearer
Birthstone: Amethyst
Element: Air
Ruling Planet: Uranus
Colour: Violet
Life Persuit: To Understand Lifes Mysteries
Secret Desire: To Be Unique & Original
Positive Traits:Truthful; Talented; Original; Inventive; Freedom-Loving; Dutiful
Negative Traits: Quixotic; Aloof; Opinionated; Proud

LEO: July 23rd - August 22nd
Symbol: The Lion
Birthstone: Peridot
Element: Fire
Ruling Planet: The Sun
Colour: Yellow
Life Persuit: To Lead The Way
Secret Desire: To Be A Star
Positive Traits: Creative; Magnanimous; Inspiring; Strong; Warm; Authoritative; Dramatic
Negative Traits: Fiery; Demanding; Brash; Gullible; Vain

Aku terpaksa tengok dictionary maksud Quixotic. Belajar perkataan baru satu hari ni. Maksudnya: foolishly impractical especially in the pursuit of ideals; especially : marked by rash lofty romantic ideas or extravagantly chivalrous action; impulsive and often rashly unpredictable. Ooo begitu rupanya.

Sila note secret desire Nuha (org2 Leo) ialah 'To be a star'. Wah wah, nak glamer ke? Btw bapak aku pon kira masuk bawah Leo.

Love Is Hard

Kadang-kadang aku rasa sangat nak balik Malaysia. Tapi jauh. Jauhnyer Malaysia tu!!! 

Tiket mahal. Takde cuti. 




Semalam aku call Ummi. Cerita pasal nak eksiden itu. Awal2 pesan jgn bgtau Abah, nanti lagi la Abah marah marah marah marah marah. Dah la aku kena ulang pun kena marah. Kalau aku balik tangan kosong ni, betul-betul takleh imagine akan dibebel oleh ayah sendiri sampai ke tua duduk bawah ketiak, asyik guna duit aje.. kerja nya tidak. Aduh!

Ada harapan kereta nak kena jual ni. Anna akan ungkit aku takleh jaga 'anak' aku. 




Banyak duit sekolah terbuang buat tangga besar2 buat ape. 

Aku rindu sekolah aku. Dah 8 tahun meninggalkan sekolah itu.

Aku nak lawat sekolah aku. Tempat aku membesar. Kenal ramai kawan. Tempat yg aku rasa sangat bahagia. Banyak gila impian dipasang kat sekolah tu. Belajar dengan bersungguh-sungguh. Dan tenggelam dalam dunia sendiri.

Pokok pauh yg sungguh sedap tu! Pasar pagi boleh beli nasi kerabu biru paling sedap. 

Padang sekolah tempat lari-lari dan usha orang. Juga perkhemahan kawat etc. Giler seronok time2 ada sukan sebab boleh dok kat luar asrama sampai tengah malam dan pasang lagu kuat2 juga boleh main kejar2 dalam gelap, warden takleh bebel. Guling2 atas padang jugak. 

Main2 dengan anak cikgu. Dan cubit mereka secara diam2. Yah, aku sejak remaja lagi suka buat jahat kepada kanak2.

Aku akhiri entri ini dengan kata-kata, buat jahat dibalas jahat. Buat baik dibalas baik. 

Oklah. Aku nak buat baik sahaja.. supaya hidup aku pun senang. Aku nak pegi melapangkan hati semua orang. =)

Sunday, August 9, 2009

Hampir Eksiden

Ayat Cikhens paling menarik di dalam blognyer berbunyi 'blessed that no cute girl has mengorat him (yet)'. Hmph. Bleh tahan suka jeles jugak budak ni.

Aku dah lama nak tulis entri, tapi disebabkan kesibukan (xtau amende yg busy sgt smpai takleh dok depan computer), maka asyik bertangguh. Lagipun takde apa pun yg ingin dikongsi bersama. Skema betul ayat ni.

OKlah. Untuk Cikhens yg cuba buat entri lagi banyak dari blog aku, marilah aku lawan buat entri. Blog aku ada 3 penulis. Kalau Zen tambahkan entri dia jugak, tulis pasal handphone dia yg nak rosak dan pasal dia takleh pegi tengok hoki Mas lawan NZ, lagiii banyak entri kat blog aku.

Entri ini mengenai pagi tadi aku hampir eksiden.

Pagi tadi aku hampir eksiden.

HAMPIR EKSIDEN.

Ianya bermula begini. Pagi Ahad. Bangun awal. Makan cereal. Mandi. Terkocoh-kocoh aku sendiri sebab lambat. Janji dengan Aseng nak belajar bawak kereta pukul 7. Macam biasa janji Melayu. Kemudian pegi ke kereta. Panaskan enjin. Beberapa minit kemudian Aseng pun sampai. Tampal dua pelekat huruf 'L' besar2 kat cermin belakang dan depan.



Bawak kereta. Pegi ke kawasan perumahan berbukit. Aku pun mula la cuak. Naik bukit pulak. Nak masuk gear 2 pegi masuk gear 4. Lepas tu kena reverse di kawasan berbukit. Lepas tu turun bukit. Jalan sempit. Takde ke nak suruh aku bawak kereta kat jalan yg luas sket. Kemudian cuak berakhir bila dah pegi drive kat kawasan landai.

Dekat suatu area, kereta ku ditahan polis. Nak test breath la plak. Ooo.. macam tu ke nak test orang mabuk. I see... Nasib baik tak mintak tengok lesen.



Lepas tu masuk tunnel Mt Vic! Ni pun sempit jugak. Aku asyik berkira-kira dalam hati bila la tunnel ni nak habis. Aseng asyik bg amaran jaga lane sendiri, jangan masuk lane orang. Speed limit 50. Aku pun bleh tahan cuak (kat mana-mana asyik cuak je nih). Rasa macam claustrophobic pun ada. Kemudian dekat traffic light merah tetap nak jalan jugak. Kena marah.

Kemudian bawak kereta di persisiran laut. Jalan bersimpang-siur. Aku fokus kat jalan sebab hari tu dah penah kena marah sebab tiba2 lose control kereta sendiri smpai masuk lane orang. Kalau ada kereta dari depan macamana? Tapi setiap roundabout aku berhenti. Jadi dah kurang kena marah kat situ.

Bergerak ke area Miramar. Aseng ni nak kencing la pulak. Berhenti tepi jalan. 5 minit kemudian sambung perjalanan. Di suatu selekoh, aku pun tanya 'Eh, ni jalan aku kan? Straight aje kan?'. Saat-saat tak sure. Aseng belum sempat memberi jawapan. Aku brek mngejut. Kereta merah itu datang dari kanan. Kereta itu pun brek mengejut. Aku nampak dengan 2 biji mata bola aku, sikit lagi kereta tu nak cium enjin Puteh aku (secara tiba-tiba baru sebut nama Puteh).



Phew. Nasib baik kereta merah tu brek. Memang...

'Undur. Undur'.

Segerombolan orang berbasikal lalu depan aku. Diorang sumer pandang aku. Tapi aku tak pandang diorang. Aku tak pandang orang yg bawak kereta merah tu jugak. Mungkin aku pandang kot sebab aku tau dia lelaki dan dia sorang je dalam kereta tu.

Benda tu jadi dalam sekelip mata lah. Tak sempat nak pikir. Sedar-sedar tak tahu kenapa aku brek time tu. Aseng pun macam terkebil-kebil terkejut. Dia asyik cakap 'Argh, macamane bleh jadi macam tu tadi?'. Dia tak nampak, ada bukit, dia expect aku nampak, sebab aku yg tengah drive. Aku expect Aseng cakap la kalau nak aku berhenti, sebab dia yg tengah mengajar aku skang ni. Terpampang huruf 'L' kat kereta aku ni. Ni la jadi kalau masing-masing berharap. Tapi point kat sini, salah aku la. 

Pikir-pikir balik...

Macamane kalau orang tu berhenti marah-marah aku? Macamana kalau eksiden? Memang 5cm kot nak langgar. Kalau eksiden, aku yang kena dulu. Mungkin aku dah dalam hospital. Mungkin kalau orang tu bawak laju lagi.. tak sempat brek.. sampai Aseng pun mendapat impak. Dua orang. Macamane kalau orang dalam kereta merah tu pun injured jugak? Macamana kalau dia bawak passenger dan juga cedera? Anak orang, suami orang, ayah orang? Macamana nak cover kerosakan kereta? Aku takde insurans.

Nyawa aku. Nyawa orang lain jugak hampir-hampir melayang.

Lepas tu terus aje balik rumah. Aku rasa kalau drive lagi, mana tau Aseng terus marah marah marah. Tadi pun kena bebel. Ya ya. Aku dengar semua tu. Masuk telinga kanan. Nanti aku tulis untuk peringatan. Sampai tido tengahari tadi pun aku asyik teringat kereta merah tu. Ngeri jugak. Ngeriiii--- takleh imagine apa akan jadi kat aku.

Ni bukan pertama kali aku nak eksiden. Banyak kali dah. Sejak kat Malaysia, banyak je insiden kena hon. Bawak adik2 sebagai passenger lak tu. Kat kawasan perumahan. Kat kawasan perumahan pun tak pandang kiri kanan ke? Isk. Teruk betul aku ni. Mungkin aku patut ban-kan aje perasaan nak bawak kereta. Pegi tanam lesen memandu aku lah senang.

Ok. Sebagai penutup, aku letak kat sini, video klip yg berkaitan. Dengarkan.

Saturday, August 8, 2009

Something for nuha to remember!

Remember this?



If only:
1. SLOW (limit is 50km/h)
2. Use your peripheral vision
3. If you not sure, go S-L-O-W, take your T-I-M-E!!!



Look at the BLUE arrows. Remember that you not ALONE on the road.


Thursday, August 6, 2009

Mode Jiwang Tahap Gaban

Banyak pulak buat entri. Sempena aini buat entri, aku pun nak join sama lah.

Sekarang aku rasa mcm melayang-layang tak tentu pasal. Setelah bnyk kali pikir apa yg dah jadi hari ni, aku boleh buat konklusi kuasa hormon memang hebat!

Pertama. Hari ini aku bangun awal. Sebab semalam pegi sleep clinic. Orang kt clinic tu ckp, even weekend takleh ajar bangun lambat2 ni, kang nanti susah nak tido.

Dua. Semua orang pegi sekolah. Aku duduk sorang2 kat umah. Agak rileks la general medicine ni. Banyak time free. Tapi kena pandai2 isi masa nak baca apa. Lagipun semalam ada orang kira - betul2 tiga bulan nak final. (Apesal la rajin sangat nak kira. Buat gelabah aku aje). Aku juga telah membuat episod cuci baju dengan mesin basuh berbayar itu (ini tak perlu cakap). Tapi kira menggembirakan aku jugak sebab dah ada banyak baju boleh pilih untuk dipakai!! Boleh pakai baju faveret jugak.

Tiga. Pegi practice dengan RMO. Ah, memang seronok giler la bekerja dengan orang perempuan ni. Registrar aku perempuan. Baik pula tu. Suka mengajar sampai ajak aku oncall dengan dia. Hihihi campur malas.


Tadi dia telah suruh aku pegi interview seorang pak cik yg sungguh la besar giler perut dia. Ascites. Pakcik tu plak dulu drug user. Juga minum alcohol. Nasib baik pak cik ni dalam kategori 'selamat' utk berborak2 dengannya. Aku mmg suka sikit topik substance abuse ni. Masa psych pun, aku enjoy cakap ngan orang yg guna amphetamine. Soalan yg aku suka tanya ialah, macamane nak guna, dapat kat mana, apa rasanya guna benda tersebut, murah ke etc etc. Konklusi, sungguh seronok, pak cik itu bagi aku buat semua jenis examination kat dia, suruh dengan jantung dia la, nak tengok sacral oedema pun kasi. Lepas tu, aku pun amik kesempatan la kan check la semua benda dah orang kasi sangat. Dan kemudian, aku belajar banyak benda dari registrar itu dari segi cara otak aku kena blajar filter mana benda penting, mana yg tak penting sebab pak cik tu cakap semua benda yg dia rasa penting. Tapi dari segi medical tak penting pun.

Begitulah ceritanya.

Empat. Aku pegi amik parcel. Hihihi. Aku dapat baju raya dua pasang. Aku ingat kali ni mak aku akan bagi kad macam biasa. Tapi mak aku tulis surat di atas kotak aje. Isk isk isk. Harapan untuk makan sambal daging bulan puasa musnah habis. Ada sape2 nak derma satu utk rumah drummond 13? Aku juga kempunan nak makan buah kurma. Nak buat kek raya la, biskut raya la, liana dah ada idea nak buat biskut tart nenas lagi bila nampak nenas kat kedai.


Lima. Aku pegi gym. Naik treadmill itu setelah sebulan langsung tak lari. Huh. Penat woh. Stamina takde. Aku rasa nak pengsan. Telah burn 300 kalori tapi sebaik saje sampai rumah terus minum air kopi manis dan makan nasi lauk sup ayam dengan lahap giler. Tapi sungguh tawar masakan itu. Sape lah yg masak ni, tak reti rasa ke.

Tengok. Aku sungguh excited tak pasal2, dah siap dah entri........

Sebenarnya registrar aku suruh baca2, esok nak jumpa lagi. Oh, tadi dia belanja aku biskut dan air teh susu. Seronok giler registrar baik mcm ni. Tak pernah ada registrar baik. Perempuan plak tu. Doktor perempuan memang bagus.

Kata penutup : Kuasa hormon memang hebat.

Tuesday, August 4, 2009

Puspasari

Entri ni ditujukan khas untuk cikhens.

Katanya dia di-abandon kan lagi. (biasa la orang berchenta). Ye la kot tu. Sebab asyik main facebook, buat kuiz dan juga buat banyak entri. Tapi entri cikhens sungguh best dan menceriakan hidup aku ; sebab ada muka aku la hehehehehe.

Weekend yg lepas cikhens datang lg ke wellington. Dia juga telah buat kek chenta sempena rindu yg melampau terhadap Is (bukan nama sebenar). Kalau baca blog cikhens, amatlah confuse kerana semua nama ditukar. Macam nama nuha jadi anuh. Zen jadi tazen. Mak leha. Jay. Fay. Sape plak la mereka tu? (saje je buat2 tak tahu)

Anyway, inilah kek ittew.(cikhens eja 'itu' mcm ni)


Kemudian, kami pun pegi la berjalan2. Cikhens sungguh gembira.


Tapi kadang2 dia pandang aku sungguh menakutkan. Macam gambar ni. Cikhens, I bukan Is!! Mesti asyik ingat Is je buat pandangan macam ni.


Ni hanya membuktikan muka aku sembap di waktu tengahari.



Nak suapkan Zen ke? Ini Zen tau. Zen. Zen. Zen.


Ini pula gambar aku gelak evil selepas menumpahkan air cokelat kat baju cikhens. Hihihihihi (gelak gaya Anna supaya kurang element dengki)


Kami membeli-belah tak ingat dunia. Lagipun duit baru masuk. Sampai dekat changing room pun sempat berposing seperti kawan 'kite' ni. Hihihi lagi.


Lepas balik rumah, aku pun mula sakit perut dan letakkan beg air panas kat perut. Tapi ada orang yg sungguh excited nak amik gmbar terpaksa la pakai tudung dgn comotnya. Sebijik muka mak aku. Kat mana kuah kalau tak tumpah ke nasi.


Cikhens, bila aku betul2 mengandung, kita bleh la amik gmbr sebegini, lepas tu compare yg mana lagi 'real'. =p


Sekarang cikhens sudah berada di Wanganui. Huwaaa.. Tiada lagi tempat bermanja dan mengada. Cikhens anak bongsu maka aku boleh mengada dan cakap meleret-leret macam eeeeeiiiiiiiii bukaaaaaann laaaaa, manaaaaa adaaaaaaaaa... Ha, mcm tu la. Dengan Zen kena jadi macho dan cool. =(

Monday, August 3, 2009

Trekking In Nepal

Hampeh. Selepas 10 minit baca mengenai tajuk di atas dan melompat dari satu website ke website yg lain, aku dah sedikit ragu-ragu. Biar benar Nuha. 

Beberapa bulan yg lepas, aku telah membaca sebuah buku yg bertajuk Annapurna pasal satu kumpulan pendaki dari Perancis. Ketua pendaki tu tulis pasal mengembaraan mereka susah-payah nk sampai puncak Annapurna tu. Mereka juga telah letak banyak gambar di sekitar kawasan itu, dan juga gambar peta.

Disebabkan aku ni mudah terpengaruh, aku pun mula la memasang angan2. Kalau boleh nak pegi jugak dan tengok sendiri. Apeke best sangat tempat tu, smpai ramai giler tourist pegi sana. Kebanyakan pakej trekking di pergunungan Himalaya tu rata-rata berharga USD2000. Tapi lama la kan pakej tu, 11-18 hari. Giler. Takde keje aku nak berjalan sepanjang 11 hari tu. 

Aku cuma nak tengok aje. Dan nak rasa macam mana sakit kepala sebab mountain sickness. Huwa huwa. Sure kalau aku pegi, aku akan diusung turun ke guest house yg lagi rendah ketinggiannya. Lembik! Tak sedar diri nak pegi mendaki buat ape!



Kalau betul2 nak pegi, aku akan pilih yg ini. Annapurna sunrise trek -11 hari. Paling murah. Trek yg paling senang. Ketinggian pun max 3000m (boleh ke aku ni), dan banyak sungguh bermalam kat hotel 4 bintang. Macamana diorg bina hotel 4 bintang kat kawasan pedalaman macam tu? Ikuti link ini kalau nak tau dengan lebih lanjut. 

Ini sebenarnya aktiviti di masa lapang = berangan. Mungkin aku tak sesuai pegi tempat macam ni. Mungkin aku hanya perlu cari dan beli lagi buku pasal orang2 yg dah pegi ke Annapurna ni. Dan berangan lagi =p.


Sebenarnya, niat nak bercuti ni timbul masa sedang buat paeds run. Kebanyakan consultant dan registrar suka bercakap pasal percutian. Mereka ni keje sepanjang tahun asyik busy memanjang. Maka untuk menghargai diri sendiri, mereka pun mula la kumpul cuti dalam setahun.. boleh la dalam 3 minggu dan mereka plan habis-habisan untuk bercuti bersama keluarga ke destinasi impian. Ada yg tak pegi jauh pun, hanya pegi skiing dalam New Zealand. Tapi memang la mereka ni suka sangat nak lawat Europe, kalau pegi conference kat Brazil ke, mula tanya kat kawan2, apa diorg bleh buat kat sana. Bila dah rancang betul2, barulah rasa seronok giler nak pegi.

Aku pun mula buat list sendiri tempat2 yg aku nak pegi kalau ada masa dan duit dan tenaga. Kebanyakannya impian yg kurang logik. Macam takkan buat je. Seperti nak pegi tengok percikan gunung berapi Mt Stromboli kat Italy (katanya ada guided tour smpai ke atas pastu tengok gunung berapi menggelegak dekat2 sunset). Lepas tu nak pegi Dubai sebab Unai cakap ... yg ni nak pegi ngan Unai sebelum berusia 30 tahun. Lepas tu nak pegi Kenya tengok bandar Nairobi dan Mombasa. Nak tengok Mt Kilimanjaro dari jarak dekat jugak. Ikut lawatan safari. Kan aku dah cakap, sungguh tak logik aku, Nusaibah nak pegi trip macam ni?

Sunday, August 2, 2009

Masa

Masa, boleh tak berhenti sekejap? Tak sempat nak berjalan bersama.

Esok kelas mula lagi. Nasib baik takde oncall minggu ni. 10 minggu lagi. Kalau nak sedapkan hati, 13 minggu lagi.

Aku nak tulis pasal tempat2 yg aku nk pegi, tp letih. Mengantuk. Tak dapat fikir dengan betul. Tak tau apa priority aku.

Perasaan mula datang.

Nak pegi kedai buku. Nak beli pen.

(adekah aku sedang depressed?)

Saturday, August 1, 2009

Bulu

Amaran : Entri ni sedikit tak teratur dan macam melompat dari satu topik ke satu topik yg lain sbb dah lama sangat tak menulis, mcm nak bagitau satu dunia pasal semua benda. Isk3x. Gambar selingan juga tidak ada kaitan dengan isi karangan. Harap maap.


Semalam aku habis test. Perasaan : tak sedap hati. Baliknya ke rumah, cikhens sudah sampai. Aku beriya nak buat entri bertajuk 'bulu'. Hehehe. Adalah aku nak cakap sesuatu. Kemudian, siap pegi search kat kamus dewan dan belajar peribahasa berkaitan dengan bulu seperti, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua, bagai mencabut bulu kambing, isi lemak bagi kat orang, diri sendiri dapat tulang dan bulu? Herm. Lupalah.

Next.

Walaupun muka dia sungguh berlobang-lobang, tak tahu la kenapa dia tetap menjadi pujaan aku. Huhuh. Buruk perangai.

Next.

Aku dengar ipod cikhens sambil main2 komputer. Wahihi. Semua lagu berchenta la kan. Seronok jugak. Rasa macam terangkat gitu. Cikhens sungguh berseri-seri. Setiap masa senyum. Setiap masa mendapat panggilan dari 'seseorang'. 7-8 kali dalam sehari. Setiap kali 20-30 minit lamanya. Dia tidak akan bercakap depan2 sebab asyik kena ejek ngan aku dan Zen. =p Tapi seronok la dapat tengok orang berchenta ni. Bak kata Azreena Ishak kat facebook, kuasa cinta sungguh mengkagumkan!


Kan kan kan, sungguh berseri!

Next.

Aku rasa dah 70% dalam dunia sendiri. Tapi tak capai matlamat lagi. Kena mintak doa banyak2 lagi ni. Perkara 3 minggu lepas dah jadi asap. Infatuation rupanya. Alhamdulillah, aku berjaya melepaskan diri. Weehoo! Tepuk belakang sendiri.


Kadang-kadang kena tahu limit diri sendiri. Dan kena tahu apa patut buat masa tu. Tapi kadang-kadang aku dah tahu, tapi tak cepat bertindak. Lepas tu susah kan diri sendiri. Lepas tu menyesal. Lepas tu mula la nak marah orang. Marah semua orang.

Tiba-tiba harap ada butang 'mute'. Boleh mute-kan suara2 yg aku tak mahu dengar. Boleh mute kan semua pendapat yg hanya buat aku confuse. Semua orang rasa diri sendiri betul. Aku pun tak tahu nak ikut cakap sape. Geram aku. Susah-suah aku dengar cakap diri sendiri la. Degil. Cakap orang tak nak dengar. Pastu susah. Pastu cari orang balik. Pastu kena dengar cakap orang balik. Duh, balik-balik pusingan yg sama jugak.

Urgh. Beginilah hidup. Mana-mana pun takde senangnya. (membebel)

Next.

Sangat ada rasa perasaan nak buat sesuatu secara drastik. Bulan ogos. Biasa la tu. Tahun lepas pun macam tu jugak. Kali ni, aku rasa nak beli tiket pegi Queenstown. Weekend. Tengok sunrise kat sana. Takde keje. Jauh gile. Yang hari-hari sunrise kat Wellington ni takde plak beriya nak pegi tengok. Benda jauh jugak yg nak dikejar.

Next.

Hari ini birthday kawan baik aku. Maksudnya birthday aku pun tak lama jugak! Hint : Aku nak sangat buku masak memasak edmonds tu. Murah aje.


Malam tadi aku buat banyak call. Sebab dah rasa 'lapang' sket. Baru bleh nak pikir hal orang lain. Kalau tak aku pikir hal aku aje. Memang aku pentingkan diri sendiri aje.

Sekarang aku dah paham. Kalau diorang tanya bila balik, maksudnya diorang tengah bercadang nak buat majlis. Aku kalau boleh nak diorang tangguhkan sampai aku balik. Tapi sape aku nak halang kalau orang nak mendirikan masjid? Huwaa.. sampai bila aku tak dapat pegi wedding orang ni? Orang kawin sekali aje seumur hidup walaupun memang la ada orang kawin lebih dari satu, tapi takkan sama macam majlis yg pertama. Kawan sendiri ok. Kawan sendiri.

Aku kena mintak doa banyak2 lagi supaya aku ada duit boleh pegi wedding orang. Amin.



Aku nak buat statement yg paling menggelikan sampai bila2 aku takkan ulang dah. Tak tahu la kenapa aku miss Zen padahalnya hari2 lepak sesama. Mungkin sebab aku terlampau rasa tak cukup masa untuk bersenang-lenang.