Monday, November 30, 2009

Korban


Untuk mu lembu, aku berkorban.

Haha. Ada perasaan seronok di situ tengok lembu nak kena sembelih. Gambar ihsan tasneem di fesbuk.

IA. Aku tak silap pilih PN. Yo Dr W, apakah anda akan tulis dalam pasaf saya?

Sunday, November 29, 2009

Seminggu.

Hermm. Dah cukup seminggu kat Palmy.

Aku tak balik Wellington untuk raya haji. Dasat.

Hari Jumaat, kakak L bawak aku kenal2 bandar. Aku juga bawak Aqish tunjuk rumah kakak L supaya pasni boleh la Aqish datang melawat aku.

Hari Sabtu, raya. Jemputan. Aku ikut sahaja. Dua tiga kali aku di-introduce sebagai anak sulung pasang siap. Ngehehe. Pagi pegi rumah Kak Linda. Petangnya pegi rumah Kak Misa dan Kak Haza. Kenal ramai post-grad dan under-grad. Under-grad tak ramai sbb mereka balik cuti summer. Ada beberapa kerat yg stay. Aku mula menghapal beberapa nama. Dan juga anak mereka berapa, dan nama suami mereka apa. Tapi takde la successful sgt.

Hari Ahad. Buat laundry. Aku kemudian keluar ke bandar, ditemani anak kakak L. Suami kakak L buat korban. Jadi kakak L telah menjemput beberapa orang ke rumah untuk makan2. Aku tolong potong bawang. Tiba-tiba aku terpotong tangan. Hishh. Time nak tunjuk rajin ni la nak terhiris jari sendiri! Sungguh leceh nak sambung memotong sebab darah asyik keluar tak nak berhenti. Tapi aku diamkan aje sbb nanti malu la kan.

Esok sekolah. Hoi Nuha, ko belum baca buku ni. Esok karang doktor W tu suruh ko buat apa2 kat ward round esok macamane?! Esok sah aku kena pegi awal.

Kakak L akan bertolak ke Malaysia hari selasa. Aku berdebar-debar. Orang lain berdebar nk tengok aku duduk sorang kat sini. Aku tak risau sangat pasal duduk sorang tu, sebab aku memang sungguh lone ranger pun. Aku cuma risau macamane aku nak makan. Apa aku nak masak? Mana aku nak cari bahan2 dalam rumah ni? Lepas tu, ada la risau pasal safety aku sendiri. Mesti aku check pintu malam2 berpuluh kali baru boleh tidur. Haih.

Aku ingat minggu depan aku nak balik Welly. Tapi aku rasa mesti aku cancel lagi. Mesti aku balik Welly bila cuti krismas nanti.

Wednesday, November 25, 2009

Long Lost Fren

Hari ini house officer baru masuk bertugas. Aku jumpa lagi familiar faces, seperti Eka dan kanak-kanak Ribena dari Christchurch. Semuanya kenal Cikhens. Time kaseh Cikhens kerana telah ckp kat diorg pasal aku. Diorang hanya cari orang yg bernama Nusaibah dan jadi masalah pulak nak cakap nama pendek aku ialah Nuha.

Antara 4 org budak Chch itu, ada lah Andrew. Long lost fren. Seronok la jumpa Andrew nih. Aku dah lupa nama family dia jadi takleh letak nama penuh. Andrew dan aku datang dari IMU. Masa nak datang NZ aku buat muka monyok, yg mana memang aku tak kenal 8org lagi yg datang bersama kami. Aku hanya kenal Andrew saje. Inilah akibatnya kalau anti-social.

Tapi long lost fren aku ni baik hati betul. Terus belanja aku makan lunch. Semua house officer makan free. Jadi mereka boleh belikan makanan seludup2 untuk kawan lain. Memang kalau ikut peraturan tak boleh, tapi Andrew tak kisah. Dia juga menghadiahkan aku sebijik pisang sebab aku kan bersopan, orang nak belanja amik satu je makanan.

Kemudian, house officer sendiri Mark pun selepas itu datang cakap kat aku, nanti tiap kali lunch, tag dia, nanti dia bayarkan makanan. Hohhh. Ada untung juga repeat year ni. Kenal ramai orang dan semua dah keje, skang dah mula blanje aku makan.

Sekarang saat paling best dalam sehari-hari ialah saat drive balik. Aku dah boleh drive menggunakan apa saje kasut. Aku juga dah tak heran, nak drive ada parking ke, takde parking ke, salah masuk jalan ke, nak bg laluan kat zebra crossing ke.. dah tak menjadi masalah sangat.

Balik-balik, ada tetamu yg akan tinggal sementara di rumah kakak L. Suami kakak L introduce aku sebagai anak sulung dia dengan bini lain. Hahaha. Rupa-rupanya kakak L dan suami muda tiga tahun je dari parents aku. Suami kakak L nak ajar aku potong rumput petang ni. Aku takleh bayangkan macamane rupa mesin rumput tu. Biar benar aku nak potong rumput ni.

Lain-lain, aku semakin biasa dengan kerja-kerja hospital. Aku juga berani jawab pager. Hahaha. Aku boleh hadap pak cik yg melukakan hati aku semalam tanpa rasa nak nangis. Aku juga dah pinjam buku dari library. Wow. Aku nak dapat komen ni dalam pasaf form aku. Nusaibah is a highly motivated and extremely hard working student. She presented her patients well during post-take ward round and good at taking notes with great details.

Hmph. Dalam mimpi boleh la dapat ni.

Tuesday, November 24, 2009

uhhh gps



awesome stuff http://www.supercheapauto.co.nz/Products/catalogue.aspx

gps is good, but you still need common sense... have a look HERE.

Speedracer

Hari ini tak berapa bagus. Ada insiden tak best di hospital. Aku pun terus balik pukul 3 dan tidur kepenatan. Aku rasa dah beberapa malam aku 'bercakap' dalam tidur. Hoh ini agak memalukan.

Bagus juga menumpang di rumah kakak L ni. Aku sangka ia akan jadi suasana yg sungguh awkward. Tetapi lain pula jadinya.

Kakak L tinggal bersama suami dan anak2nya yg berumur 18,14,11 dan 8. Pada hari pertama kakak L buatkan bekal burger untuk aku, sebab dia juga buatkan bekal untuk anak2 dia yg lain. Pada hari kedua, aku cabut awal sebelum kakak L bangun jadi aku tak dapat apa2 bekalan. Haha.

Majoriti anak kakak L perempuan. Jadi, tak jadi masalah sangat. Tapi aku pakai la tudung sebab anak sulung kakak L lelaki dan suami dia pun ada kadang2. Takde masalah berebut bilik mandi di awal pagi sbb aku tau time diorg pegi sekolah lambat.

Anak kakak L yg bongsu mengingatkan aku kepada adik bongsu aku. Dia suka menempel dengan aku, mintak guna fb aku, mintak pasang dvd dia kat laptop aku, duduk dgn aku dalam bilik, dan nak tido dgn aku. Terbaru dia cakap dia rasa aku macam kakak dia.

Err. Aku sepatutnya buat kanak-kanak tak suka kat aku.

Untung juga keluarga kakak L tak makan bersama-sama. Tapi kakak L sentiasa masak. Petang tadi ada cekodok pisang dan muffin pisang. Makanan pula banyak. Kakak L suruh aku buat macam rumah sendiri, dan kalau nak makan ambil sahaja. Balik sekolah, aku akan makan nasi. Macamane kalau kakak L dah balik Malaysia, aku tinggal sorang2, aku nak makan ape?

Aku juga suka cakap tak nak untuk banyak benda seperti, Nuha nak sayur? 'tak nak'. Nuha, tambah la nasi. 'tak nak'. Nuha ambiklah buah etc. 'tak nak'. Nuha jom la kuar naik basikal tepi tasik. 'tak nak'. Akhirnya kakak L cakap, 'bagi aje kat Kak Nuha, tak payah tanya dia nak ke tak nak'.

Tapi aku perasan, bila bercakap dengan kakak L, aku secara automatik akan delete perkataan 'giler'. Cakap dengan kawan-kawan tak buat mcm ni. Nasib baik aku tak guna perkataan mencarut yg lebih dasyat.

Angeline kata aku hanya perlu offer untuk basuh pinggan. Tapi aku tak buat pun. Aku hanya basuh apa yg ada dalam sink. Aku pernah offer untuk tolong di dapur tapi biasanya, kakak L mesti dah nak habis masak. Atau dia suruh anak dia yg buatkan. Dia tak suruh pun aku. Nuha pemalas!

Kakak L akan minta aku siramkan pokok dan suaminya nak aku potongkan rumput. Aku agak gembira sebab mungkin aku takde peluang nak buat benda ni sendiri. Mestilah aku beli rumah yg takde halaman. Tinggal di sini macam main happy family.

Tapi esok ada orang lain nak tumpang rumah ini. Huu. Bakal tamat keseronokan ini.

Monday, November 23, 2009

Gembira di Palmy

Err err err tak salah kan buat tajuk macam ni.

Semalam bertolak ke Palmy. Kemudian hantar Izza ke Wanganui. Alang2 dah sampai Wanganui, aku pun saja2 singgah umah Aseng. Sambil itu makan roti jon A dengan lahapnye. Dengan alasan takde map, maka Aseng pun datang amik kami berdua. Rumah Aseng.. brand new. Masuk pun masih bau cat. Ada pintu garaj automatik di mana Aseng sungguh berlagak dengannya.

Rumah Aseng masih dalam proses kemas. Maklumlah, baru pindah. Mengikut kata S, isteri Aseng, mereka pindah hari Rabu/Khamis. Perabot masih kurang. Tapi rak tv dan coffee table baru dah wujud. Aku berkata, ingin ke rumah itu untuk cuti krismas. Aseng berkata aku dan Zen perlu bayar 20 satu kepala atau bawa hadiah set BBQ. Kepada Zen, ko pikirlah sama ada nak pegi ke tak.

Kemudian jalan2 sikit di Wanganui. Sambil2 tunjuk Izza tempat praktis GP dia. Aseng sekali lagi berlagak dengan gajetnya iaitu GPS. GPS itu bersuara. Ia boleh juga disetkan kepada suara Homer Simpson. Suara patrik spongebob tak ada ke? Kemudian, aku pun bertolak balik. Aku tersalah masuk jalan 2 kali. Tapi aku sungguh bangga sebab aku sedar aku salah masuk jalan, dan patah balik. Wah, buat correction tanpa memerlukan peta dan GPS. Hanya guna memori semulajadi sebelum bertolak dari Wellington!

Oh, ini sungguh menakjubkan!!

Letih bila sampai di PN. Tapi di penghujung hari, aku sedar, aku dapat sebenarnya apa yg aku nak selama ni. Iaitu drive jauh2 seorang diri sambil melayan jiwang.

Oh lupa nak cakap. Bila sampai saja di bandar PN, ada perasaan aneh datang. Aku rasa petanda yg bagus. Perasaan mcm dah sampai rumah. Rasa macam tempat aku dah ni.

OK OK. Next aku berbual2 yg sungguh panjang dengan kakak di rumah aku menumpang. Dia ajak aku stay Sabtu ini kerana nak kenalkan aku kepada orang2 PN. Wah!! Suka dalam hati ni! Aku berbelah bagi nak balik ke tak.

The next day, which is today.. aku pun pegilah ke hospital. Dah buat ID card! Dah ada password utk health system ape-apelah, PACS, Eclair blablabla. Dah ada access card to all places including drug room. Yeah. Seronok ni!

Lepas tu di-introduce to respi team. Aku buat Med 2 - subspecialty respi. Aku di-expect buat bermacam benda. Semua benda order2 blood test, xray telah di ajar oleh house surgeon aku. Dia juga tunjuk cara nak buat IV line. Dia expect aku buat ini esok. Dan esok kalau ada ABG, aku kna tengok lepas tu start buat. Average patient team aku sehari, 10 orang. Biasalah, subspecialty. Hanya layan yg orang refer sahaja, atau sesape nk second opinion dan nak buat spirometry. House surgeon aku cakap, aku tak perlu pergi clinic pun sbb dua-dua consultant aku kurang semangat utk mengajar pun. Dia turut kecewa.

Anyway, Mark Edwards ialah bakal house surgeon aku minggu depan. Dia menjerit kegembiraan bila tau dia ada TI. Dengan kadar segera dia tanya aku pandai tak buat IV n ABG. Sah aku akan kena dera. Huargh. Amanda Crone yg ada di sebelahnya cakap, suruh bg aku balik awal, pukul 1 boleh balik. Fen juga ada. Dia siap bg nombor phone dia kalo ada apa2 masalah. Kawan Anna, Lucy juga aku nampak.

Hoping to see more familiar faces. Nasib baik Aqish n Baam coming for Paeds, lepas tu, Delima akan menyusul for next run. p/s : sedih la lunch sorang2. Rumah dekat boleh balik.

Dah la hari khamis ni, teaching khas utk PN students, kena bawak satu case utk present. Sorang buat psych, sorang O&G, aku yg buat med ni mesti jadi mangsa. Hampeh.

Akan pandu kereta ke Palmy sbb parking takde bayaran tp.. huwaa aku tak suka bab cari parking ni.

Pukul 10 nak tido dah. Sangat penat.

Sunday, November 22, 2009

Bubbye Nuha

Nuha dah pegi PN tadi. Ditemani I dan roti jon buatan A. Bye N, Jumaat ni balik la, buleh beraya haji sesama.



Hari tu M gi kutip mussels, dan seekor mussel tu agaknya baru lepas makan ketam. Bellum sempat hadam lagi dah kena masak.

Friday, November 20, 2009

Homeless Sekali Lagi

Setiap beberapa tahun, akan tiba masanya untuk jadi homeless. Terutama bila berpindah tempat belajar. Ianya satu perasaan yang sungguh tak best langsung langsung, aku mengira hari bila aku boleh pindah ke rumah sendiri tapi duit sungguh tak mengizinkan.



Hari ini kitorg serahkan kunci rumah. Baru 11 jam 'tiada berumah' tapi dah mula tak boleh duduk diam. Semua benda pun rasa tak kena. Tak boleh jadi madam berkuasa.

Malamnya hantar J dan F ke airport. Wow. Tak sangka aku dah mula terasa sedihnya. Oh, tapi bukan sedih sebab J dan F nak balik. Aku sedih dengan masalah-masalah yg bakal aku hadapi.

Huu.

Esok akan keluar dengan Z, tonton New Moon untuk gembirakan sikit hati diri sendiri. Kena amik masa bertenang juga. Bila lampu tutup masa filem itu, aku akan nangis habis-habisan. Mungkin aku patut duduk dua seat jauh dari Z.

Bakal bertolak ke bandar P hari Ahad. Pohon selamat pergi dan balik.

Wednesday, November 18, 2009

145km kenyataan




tv besar dan rak buku sudah tiada



Hari ini orang angkat barang datang. Habis semua barang kena angkut. Kemudian, jam 2 lebih, aku dan F bertolak ke Palmy bersama barang2 aku yg boleh dikatakan sedikit.

Penat jugak bawak kereta ke Palmy. Sampai kembali ke Wellington jam 9 lebih. Sila la kira berapa jam aku driving jika anda hebat.

Aku still rasa kereta akan 'berat' kalau bawa banyak sangat barang walau berkali, berjuta kali Z cakap, takde beza pun. Ternyata Z betul. Sebab perjalanan pegi dan balik, aku tak rasa beza apa2 pun. Kereta berat atau ringan? Manalah aku tau.

Hari ini jalan tak busy. Tapi sangkaan aku sikit meleset. Ingatkan terus aje jalan ke Palmy itu, rupanya ada juga naik turun bukit, kawasan perlahan kan kereta etc. Tapi aku paling suka jalan selorong tetiba jadi dua lorong, sebab kereta belakang boleh lintas aku.

Aku bawa kereta maintain 80 sepanjang jalan. Hoh. Mana tak nya semua kereta pun nak pintas aku. Even lori besar. Aku geleng2 dalam kepala.

Aku dan F bawa ole-ole special ari Palmy, sosej perisa garlic n herb utk orang rumah. Tapi belum goreng. Makan nak, goreng malas.

Macamane aku nak drive sorang2 weekend ni? Betul, aku takleh imagine. Arghhh tu la Nuha sape suruh ko mintak jauh2 kan sekarang dah susah semua benda pun nak kena buat sendiri. Arggh. Arghh.

Esok ialah hari bersih rumah, lap tingkap, sental dapur.

Masih belum kerja sebagai trainee intern, tapi aku dah keletihan. Musti aku tidur dengkur malam ni.

Sunday, November 15, 2009

engineered baby


Hari ini keluar lagi (sigh). Tonton My Sister's Keeper. Cerita ni sungguh sedih. Zen menangis sampai basah tudung. Aku juge menangis tapi malu la kan nak kesat air mata banyak2 kali, jadi aku telah rasa air mata itu, rasanya masin.

Ok. Malas nak update. Sekian.

Saturday, November 14, 2009

The Imaginarium of Dr Parnassus

Hari ni pegi jalan2. Tengok movie cerita pelik yang Nuha insist nak tengok. Lepas tu makan Nandos kat rumah A. Hari ni juga ada perlawanan bola sepak. NZ lawan Bahrain, untuk kelayakan ke Piala Dunia. All Whites menang 1-0. NZ boleh pegi World Cup. Mantap jugak lah. Bila Malaysia nak masuk World Cup ar? Esok nak keluar lagi.

Gambar hiasan 1: Terjumpa kapal besar kat Queens Wharf

Gambar hiasan 2: Sambutan besday J yg ke 23


Sekian.

Tuesday, November 10, 2009

Kereta saya tolong buat keputusan untuk saya

Betul.

Jika ada jemputan berbuka puasa, dan saya dalam dua mahu pergi, tiba-tiba kereta saya mati dan perlu jumpstart pula.

Terbaru, saya diajak ke Palmerston North dan tidur di sana. Tiba-tiba cermin depan kereta saya retak.

Bukan salah saya!!!

Saya parking kereta saya di tempat biasa. Sedar-sedar sudah ada retak. Macamane bleh berlaku ni? Adekah ada orang mabuk main baling2 botol.. tapi takde plak kesan2 benda pecah. Saya sangat berharap ada orang tinggalkan kad nama untuk contact ke, tapi sah2 la takkan terkabul.


Kereta saya banyak makan duit saya. Kereta saya juga banyak bawa masalah jiwa. Saya kan kedekut. Saya sungguh tertekan.

Zen kata kereta saya takde perasaan. Jadi, kalau saya nak jual pun, kereta saya tak kan terasa lah. Tapi, masalahnya, saya nak guna kereta saya. Keperluan.

Saya rasa saya shitmagnet lah. Tapi mungkin ni ujian. Bagus juga, supaya sentiasa beringat. Saya takkan boleh berdiri sendiri tanpa pertolongan orang.

Monday, November 9, 2009

145km

Hari ini aku mula mengemas buku, masuk dalam kotak.

Tiba-tiba aku cuak sebab, aku tak tau macamane aku nak pindah ni. Aku juga agak terkejut dengan jumlah buku yg aku ada. Seingat aku, masa aku datang NZ 3 tahun yg lepas, aku hanya bawak satu beg berisi baju2 sahaja. Mungkin tahun kemudian aku bawak buku2 dari zaman aku blajar 3 tahun pertama. Yang banyak2, ni, datang dari mana wei wei wei?


Sape-sape nak tolong explain tak?


Aku juga dah clear kan board aku. Tak sangka aku pilih kaler pink.

Saturday, November 7, 2009

I am a teacher

Itulah kata-kata Toby di saat dia menarik diri dari pertandingan Idol negara Australia. Sekarang 5 top finalist. Semalam, Toby buat pengumuman dia rasa tak fair kalau dia terus dalam pertandingan sedangkan jiwa dia kat sekolah dan anak muridnya. Mood aku terus berubah.


Aku rasa aku ada masalah bila sesuatu benda tu tamat. Macam, dah abis exam sedih. Baca buku twilight nak habis, sedih. Aku harap penulis dia sambung lagi pergelutan antara vampire vegetarian dan carnivore. Kalau Toby keluar sebab kna vote out, aku tak kisah sangat sebab tu mmg adat pertandingan pun. Nasib baik perkara ni tak terjadi minggu lepas kalau tak, mesti aku tak semangat buat osce hari sabtu tu.

Disebabkan mood aku tak elok, aku tersedar jam 3 pagi. Kemudian terus berjaga ke pagi. Pegi pantai untuk buat plan. Pergh. Kena pegi pantai baru siap plan. Mengada nih tak boleh buat kat rumah.

Semalam aku pandang je kalendar. Dua minggu aku cuti. Perasaan dia sama macam aku pandang kalendar, 2 minggu study week sebelum exam. Pikir macamana nak isi masa aku selama 2 minggu ni. Aku kena sibukkan diri supaya aku tak melayan perasaan sangat. Nasib baik ada ramai orang kat rumah.

Last yr, around this time, Mun Farah Jenny dan Yasmin dah balik Malaysia. Aku fail year dan spend masa sorang2 kat atas. Aku 'allow' diri aku untuk grieve semua benda yg aku tak sempat nak 'feel'. Kadang2 Anna dan Zen akan call dan tnya, 'Nuha ko buat apa kat atas sorang2? Ko tak nak turun ke? Jom la makan nasi kat bawah. Ko makan apa kat atas blablabla'. Gila depressed time tu. Pandang dinding, langit, tak buat apa2 berfaedah. Baca novel menangis. Dengar lagu jiwang. Mandi lama giler. Makan maggi. Keluar rumah tak nak, takut jumpa kawan satu batch, nanti diorg tanya result. Nak cakap ape?

The end.

Ok. Jadi masa kat pantai tadi, ni list to do aku untuk dua minggu ni.

1. Emel Alice Jay. (serius aku rasa Alice ni comel. Nasib baik aku perempuan kalau tak, dah lama aku ngorat. Jadi perempuan susah, takkan nak rapat2 ngan Alice atas reason nak jadi adik angkat kot)
2. Uruskan hal permohonan lanjutan biasiswa secepat mungkin. Duit aku dah putus ok.
3. Beli kotak untuk pindah.
4. Packing. Decide buku mana nak buang, nak bagi orang etc.
5. Pegi Palmy bila result dah kuar. Kena praktis bawak kereta pegi Palmy. Tengok rumah nak duduk tu dekat jauh dari hospital. Contact orang Palmy sebelom pegi.
6. Beli peta? (duit tak mengizinkan siot)
7. Baca folder untuk TI year kat Palmy.
8. Prepare sikit2 untuk first run, Med2- dgn respi team.
9. Kemaskini laptop. Sila decide nak buang atau bg orang.
10. Buat laundry. Sila cari coins untuk guna washing machine.

Ada 11 orang dapat surat ni, cuma tukar nama je. Apepun aku sungguh excited nak jumpa dgn convenor di Palmy. Doktornya perempuan. Gambar muda. Tapi mungkin gambar lama.

Friday, November 6, 2009

Huh?cuti ke?

'what's Emmet's favourite food?'

'grizzly bear'

'what's yours?'

'mountain lion'.


Pergh. Tak tau aa mcmane rupa vampire makan singa. Apesal takde pun scene makan binatang atau suasana ketika memburu haiwan tanpa menggunakan senjata dalam movie twilight?



Exam habis semalam. Tak tau knape aku tak rasa apa2 pun. Nak cakap lega, tak jugak. Nak cakap happy, tak jugak. Takut adalah.


Takut sebab banyak sangat masa lapang. Masa lapang akan mengundang perasaan yg tak patut difikirkan, dan dipertimbangkan. C akan paham ayat ni.


Jadi aku sambung baca buku Twilight. Mengikut F, dia baca buku ini sehari dah abis. Hari ni nak masuk hari ke-3 aku baca, aku dapat baca separuh buku sahaja. Hebat betul penangan buku ni. Patut la Anna boleh beli semua koleksi vampire.


Aku terpegun dengan kisah kuasa2 tak logik keluarga vampire ini. Macam Emmet suka makan bear. Rosalie tak boleh terima hakikat dia vampire, Alice boleh tengok masa depan, dan Jasper plak, hilang arah dan sungguh baru dalam dunia vampire. Nasib baik pernah tengok filem Interview with the vampire lakonan Tom Cruise dan Brad Pitt, maka paham macamane vampire boleh terjadi, dari manusia kepada immortal.


Aku terfikir jugak, adekah aku patut beli buku seterusnya. Setelah pikir agak lama, aku buat keputusan. Memandangkan duit tak mengizinkan, dan masa tak mengizinkan sangat, aku tak perlu beli. Tapi kalau ada sape2 di sekeliling aku yg ada buku ni, sah2 aku akan pinjam. Sila lah hello aku kalau korang ada ternampak buku twilight series ni.

Tuesday, November 3, 2009

No money in the bank?

Laptop aku mati lagi. Kalau on, keluar tanda soal. Oleh itu, agak lama aku tidak berada di bilik sendiri. Cuma untuk tidur saje. Aku juga dah hilang rasa nak update blog. Oh boleh juga cakap sebab exam.

Tapi kalau nak cakap, tak tulis blog sbb busy study, rasa mcm tak berapa cool. (Nak aa nampak di mata orang, sungguh selamber budak ni, tengah exam pun update blog)

Kadang2 aku bosan. Petang td aku chat dengan C dari bandar C, South Island. Err, tak pasal2 pegi buka kisah lama dengan C. Ceh. Ape pun time kaseh C di atas nasihat anda. Maap kerana men-dump-kan anda secara mengejut.

Kemudian, aku masih bosan. Aku pun baca buku Zen yg ini.


Disebabkan aku dah tengok movie ni bersama C dan rakan-rakan di bandar C tahun lepas, tak jadi masalah utk baca bukunya pula.

Masalahnye, baca bab 1 pun tak lepas. Bila penulis cakap Bella nak naik flight pegi bandar Forks, aku terlebih imagine aku plak yg nak naik flight. Bila penulis cakap Bella dapat truck kaler merah dan Bella sungguh suka truck itu, otak aku cepat aje pikir aku dan kereta baru. Huhuh. Ni belum masuk part Bella jumpa Edward Cullen untuk pertama kalinya.

Maka, memang tak abih la baca even bab 1. Tapi penceritaan dia mcm best je.

Mungkin sbb blom abis exam. Mana bleh pegi buat benda lain terutama baca novel??!! Baik baca buku pelajaran. Kalau main game n tengok movie tu, kira rehatkan minda.


Masih ada satu lagi exam hari khamis nanti. Kadang2 aku rasa macam nak gila jugak. Terutama bila aku duduk sorang2. Tapi mestilah jaga muka, depan orang lain. Kalau orang tanya,'macamane exam?', sah2 la jawab, 'takde perasaan'. Dengan itu, tak perlu explain panjang lebar. Jawapan dah mencerminkan aku malas nak komen hahaha.

Z pernah cakap kat aku, aku tak boleh gila. Kerana nanti dia kena telipon Pn Siti cakap aku dah gila. Dia juga kena telipon ambulans suruh amik aku kt rumah. Sape plak nak kna call parents aku ckp aku dah gila? (ini part yg belum difikir lagi)

Otak aku banyak pikir benda tak related dengan keadaan semasa. Cis.

Aku sebenarnya takut. Bila dah abis exam, apa aku nak buat? Almaklum la, nak berfoya, duit hanya masuk untuk sebulan. Elaun hanya akan bersambung bila dah kuar result, pohon rayuan untuk panjangkan tempoh biasiswa.

Damn. Takkan aku nak kena kerja masa weekend kot?

p/s : ada sape2 nak pinjamkan duit? free lagi di-alukan.

hey hey hey aseng, sila offkan lagu di bawah.

Sunday, November 1, 2009

sad day or happy day?

Someone sent me this article. I would like to share this with the readers of this blog...

The Malay community commonly associates Hari Raya with melancholia. This inclination is being stimulated further by our media. When Hari Raya comes, takbir (saying Allahu Akbar) is delivered the Malay style with melancholic tune, its melody exudes sadness and invites tears, the dramas and stories presented by the media are linked up to sad and sorrowful stories. The same trend is also being adopted in Hari Raya poems and songs. In Islam, is Hari Raya a day for sorrow or is it a day to celebrate victory and joy?

Firstly, we have to be aware of the fact that in Islam, Hari Raya is not a mere tradition or that it is an idea thought of by a specific party. Hari Raya was decreed by Allah and it has its own distinctive rules. It is the day that Allah has allocated for Muslims to glorify Allah, to celebrate victory and joy.

Allah says (translated as):

“The month of Ramadân in which was revealed the Qur’ân, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong). So whoever of you sights (the crescent on the first night of) the month (of Ramadân i.e. is present at his home), he must observe Saum (fasts) that month, and whoever is ill or on a journey, the same number [of days which one did not observe Saum (fasts) must be made up] from other days. Allâh intends for you ease, and He does not want to make things difficult for you. (He wants that you) must complete the same number (of days), and that you must magnify Allâh [i.e. to say Takbîr (Allâhu-Akbar; Allâh is the Most Great) on seeing the crescent of the months of Ramadân and Shawwâl] for having guided you so that you may be grateful to Him.” (Surah al-Baqarah: verse 185).

This verse describes Hari Raya as the way for us to display our gratitude for all the favors that our Lord has bestowed upon us. Because of that, we are taught to recite the takbir and worship Allah on Hari Raya. All these are the symbols of success and happiness.

Additionally, there are many hadith illustrating that the celebration of Hari Raya performed during Prophet’s time was full of joy and cheerfulness. Ummu Atiyyah r.aha said:

“We used to be ordered to come out on the Day of ‘Id and even bring out the virgin girls from their houses and menstruating women so that they might stand behind the men and say Takbir along with them and invoke Allah along with them and hope for the blessings of that day and for purification from sins.” (Reported by Bukhari)

Prophet Muhammad pbuh would traditionally perform Hari Raya prayer outdoors so that everyone would be able to participate in celebrating the victory and joy of that day. More importantly, the celebration is to display the strength, unity, success and happiness of the Muslims’ life.

Takbir on the Idul Fitri was delivered in an enthusiastic manner unlike the melancholic takbir being practiced by our Malay community. Try to listen to the takbir sounded in the Arab world and you can notice the different rhythm.

Also, when it comes to entertainment, Islam allows Muslims to rejoice in any way that they wish to as long as there is no transgression to the Islamic ruling. Islam is a noble religion that acknowledges the diverseness of the human soul. Entertainment is not an essential but whenever there is a need for it, it can help someone to enjoy life in certain conditions. It is alright if one does not desire it but we cannot prevent others from enjoying it.

Hari raya is a day of happiness. Entertainment that is bound in good disciplines and good manners enhances its jubilation and subsequently, brings out the gloriousness of this celebration.

Narrated Aisha: Allah’s Apostle (p.b.u.h) came to my house while two girls were singing beside me the songs of Buath (a story about the war between the two tribes of the Ansar, the Khazraj and the Aus, before Islam). The Prophet (p.b.u.h) lay down and turned his face to the other side. Then Abu Bakr came and spoke to me harshly saying, “Musical instruments of Satan near the Prophet (p.b.u.h) ?” Allah’s Apostle (p.b.u.h) turned his face towards him and said, “Leave them, Abu Bakr! Every race has their festive day and today is our Hari raya day.” (Reported by Bukhari and Muslim)

In another narration by Muslim, it is said that they beat the drums to accompany their singings.

The mellow attitude demonstrated by our Prophet pbuh was indeed appealing. Just imagine, how was it possible for these two girls to sing in the Prophet’s house? If the Prophet is a fierce and a rigid man, they would not dare to sing and beat the drum in his house right from the beginning.

Also, notice his reaction when Abu Bakr scolded them. He did not keep quiet but instead, he voiced his opinion that those were all permitted in Islam.

There is a view stating that the Prophet pbuh did not object the opinion voiced by Abu Bakr about singing being the voice of the devils and that he only allowed it specifically for that day since it was Hari Raya. This is a peculiar opinion. Just because it is the Hari Raya, it is permitted to listen to the devil’s voice? Or, is singing is not considered as the devil’s voice during Hari Raya but its status will change into the devil’s voice when Hari Raya has passed by? The Prophet’s reprehension stated in that hadith was a general objection to Abu Bakr’s statement.

The same hadith was also reported by Bukhari with the following narration to show the vastness of the teachings of Islam. Aishah narrated:

“It was the day of ‘Id, and the Black people were playing with shields and spears; so either I requested the Prophet (p.b.u.h) or he asked me whether I would like to see the display. I replied in the affirmative. Then the Prophet (p.b.u.h) made me stand behind him and my cheek was touching his cheek and he was saying, “Carry on! O Bani Arfida,” till I got tired. The Prophet (p.b.u.h) asked me, “Are you satisfied (Is that sufficient for you)?” I replied in the affirmative and he told me to leave.” (Reported by Bukhari)

The performance mentioned in the above hadith actually took place inside the Prophet’s mosque as described by other narration by Bukhari and Muslim. Therefore, the fairly narrow view and constricted opinion that limits entertainment only for Hari raya in fact constrains the way life’s daily affair should be conducted whereas Islam provides ample freedom for that.

Entertainment is not like specific ibadah which cannot be added or modified. Its fundamental ruling is “allowable” or falls within the general consent of Islamic rulings which is only to be forbidden when there is textual evidence supporting it. Entertainment is not like specific ibadah which cannot be added on.

Entertainment is an embodiment of human creativity and invention that is widely permitted as long as it does not contradict the principles and laws decreed by Islam.

Moreover, when the Prophet affirmed his consent on that day, he said:

“So that the Jewish will know that there is vastness of choice in our religion. Indeed, I was sent to advocate a direct and easy religion.” (Reported by Ahmad, ranked as sahih by al-Albani)

Today, many people think of Islam as a narrow and stiff religion. At the same time, the West and the Jews are also charging Islam with similar accusations. The Prophet pbuh provided ample freedom in expressing joyousness and in enjoying entertainment so as to avoid Islam being accused and slandered with such claims.

What I am trying to convey is that Hari Raya in Islam is a happy day, not a sad and gloomy day unlike the pictures being projected by the dramas and songs that are televised close to the festive day. Any activities which can stimulate happiness and do not contradict the Islamic laws are encouraged on Hari Raya. These include indulging in good food, visiting others, giving out money and gifts as well as getting involved in singing and other types of entertainment. Islam is a straight religion but easy and practical for human life.

It is unfortunate that in our society, in certain conditions; a sad day such as the death of a person is treated as if it is a joyful day with the preparation of a banquet, giving out money to those performing prayers to the deceased and various other things as if we are celebrating the death. Those are a part of the Islamic teachings. On the other hands, when are encouraged to be happy on Hari Raya, we submerge ourselves in melancholic tunes and dramas, crying at the grave and many more. We purposely reverse the condition. Hari Raya is not a gloomy day. Like the Prophet pbuh said: ““So that the Jewish will know that there is vastness of choice in our religion. Indeed, I was sent to advocate a direct and easy religion.”