Saturday, December 26, 2009

moron?

This morning I was on YouTube, listening to lectures and discussions. At the end of each video, YouTube will suggest to me few clips that maybe related to what I have seen earlier.

One of the clips suggested has this title : 'Melayu Terlampau' 294,825 views. I must say that I made a very good decision to watch that video this morning... I _ _ _ _ _ _ for a good 10 minutes reading the comments. I personally think everyone should watch this video. I must warn you that the quality of the clip is not excellent but it is probably the most viewed video on YouTube uploaded by a Malaysian amateur.

Enjoy!!!

moron - idiot: a person of subnormal intelligence

Friday, December 25, 2009

Oh Hati Tolong La Berbunga

Tajuk entri pun sungguh negatif. Sampai takde mood utk teruskan entri.

Orang lain sambut krismas hari ni. Aku tak rasa apa2 pun. Many sigh.

Kakak S datang hantar Farzana seperti biasa. Kemudian dia ajak aku ke rumah Kakak T buat barbecue utk petangnya. Macam budak high school yg dapat jemputan pegi party, macam tu lah perasaan aku. Macam. Aku sungguh gembira sehingga aku siap cari baju untuk dipakai walaupun semua baju aku pun masih dalam beg. Tiba2 aku sedar bahawa aku masih takde rumah!!

Bongok. Masalah duit semakin menghimpit. (Roger, aku tunggu masa je ko offer nak bagi pinjam duit)

Pada petangnya, aku pun ikut la mereka ke rumah kakak T. Rupa-rupanya semua orang bawak makanan kecuali aku. Semua jemputan mempunyai suami dan anak-anak. Acara makan bermula. Sedap betul makan daging, nyum-nyum tapi aku menyesal giler tak rembat kambing. Sekarang aku dah mengidam.

Aku makan boleh tahan banyak jugak. Lagipun dah lama dapur tak berasap disebabkan aku catu makanan. Stok seminggu di stretchkan supaya boleh makan 2 minggu (saje je ni nak menagih simpati). Aku sungguh bersyukur sebab boleh makan sedap giler hari ni. Macam dah berhari tak jumpa daging.

Mereka bercakap pasal esok boxing day. Ini sangatlah memberi gangguan kepada mental aku.

Aduhai nasib badan, ko takleh nak beli apa pun esok. Benda yg diidamkan sejak habis exam pun, ko tak mampu beli padahal berharga 25 dan 30 each. Esok aku nak tembak semua orang yg pegi shopping.

Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada tempat tinggal yg sedap, dan aku boleh berinternet dan blogging.

Oh, hati sekali lagi, tolong la, tolong la, berbunga. Please.

Wednesday, December 23, 2009

Nanny Hampeh

Sekadar tajuk. Aku takkan menceritakan betapa teruknya aksi aku sebagai nanny. Kuang kuang. Akan jadi rahsia antara aku dan farzana.


Inilah farzana. Anak kakak S. Keji giler, letak gambar yg paling comot. Tak mahu berusaha tangkap aksi paling comel budak umur 15 bulan ni.

Budak kecil ini dengan sape2 pun dia ok. Dia memang bukan jenis yg menangis. Jadi tak susah sangat jaga dia. Dalam jam 8 ibu dia akan hantar, dan diambil balik jam 5. Kerja aku hanyalah buat susu 200ml each, bagi makan jam 12 dan 4, dan tukar lampin. Tapi aku tambah extra, tidurkan dia dan juga bawak dia jalan2.

Mula2 aku ingat task untuk tidurkan dia paling susah. Tapi sebenarnya tak susah sangat. Penuhkan perut dengan makanan, bagi susu, tukar lampin, tutup tv dan letak atas katil. Tadaa.. bila susu habis, dia akan tertidur. Hahaha. Tapi yg part tak best ialah bila dia bangun tidur. Sebab budak kecik ni rupanya amik masa agak lama baru mood dia ok. Dia akan mula menangis dan asyik nak dukung aje. Aku plak memang tak suka budak kecik dekat dengan aku. Kalau dah boleh jalan, memang aku tak dukung.


Budak ni baru pandai berjalan. Tapi dia jalan tak lurus lagi. Dia akan senget ke tepi (dari pemerhatian jalan2 pagi tadi). Dia juga suka sentuh itu ini dan sepahkan benda. Disebabkan ini bukan rumah aku, lagi la kena extra care. Jadinya aku memang tak buat keje lain, sebab tu aku suka kalau farzana tidur, aku boleh masak, basuh pinggan dan isi borang2 aku nak isi. Untuk menggembirakan hati dua-dua pihak, aku duduk kat luar berjemur sambil farzana main sorang2 di halaman.

Farzana ada eczema. Pagi tadi aku bawak dia jalan2. Tapi tak bawak lampin. Maka bocor. Aku terpaksa dukung dia perjalanan balik sebab dia dah ngantuk dan malas nak jalan. Masa aku dukung pun dah boleh tertidur. Lain kali aku takkan bawak dia jalan2 dah. Jadi dia takde baju dan asyik garu situ garu sini. Dah la ada eczema. Grr. Aku tak tahan tengok dia asyik menggaru, rasa nak ambik kain dan balut tangan dia.

Dia berak dua kali hari ni!


Seperti kanak2 lain, dia suka kereta. Tapi sah2 la aku takkan drive bawak dia. Lagi rela jalan kaki.

Setelah hari ketiga menjaga kanak2 yg sungguh baik dan tak banyak ragam ini, aku buat kesimpulan, kanak2 mmg tak sesuai dengan aku. Aku juga akan melupakan niat nak amik anak angkat, sebab memang tak perlu pun. Lagipun akan menambahkan kerja aku, dah la aku tak suka budak, akan membebankan aku sahaja. Mummy daddy, my wish is to go back and duduk bawah ketiak sampai tua. Hehehe.

Tuesday, December 22, 2009

Lari

Kadang-kadang aku rasa nak lari aje dari semua benda2 remeh-temeh tak penting langsung untuk dirisaukan.

Semalam aku menangis sebab masalah duit yg semakin menghimpit. Sedih giler. Dah la dok sorang2. Menangis la kau kuat mana pun tak sape dengar.

Ya Allah. Aku takde duit. Mana aku nak cari duit ni? Nak pinjam, takde duit langsung nak bayar.

Lepas tu, disebabkan tekanan duit, kereta menjadi mangsa yg dipersalahkan oleh semua orang. Padahal aku rasa sejak ada kereta kot, aku bahagia sket. Aku dah boleh bawak kereta, pencapaian besar ok dari penakut nak drive. Bukan salah kereta tu. Kereta tak banyak pun makan duit. Wpun cermin pernah pecah, enjin kena servis dan kena bayar road tax, menyampah.

Aku mimpi kereta aku didowngrade jadi kancil. Tangki kereta 1.5 disalahkan, jadi la kereta 1.3. Err, dalam mimpi tersebut aku tercari2 kereta aku, tapi tak jmpa wpun semalam aku parking kat situ. Damn. Sape amik?! Sekian mimpi bodoh.

Hari ni bro yg creepy tu dtg lagi. Arghhhhhhhhhhhhhhhh. Tolong la jangan datang boleh tak??!! Nasib baik aku babysit budak 15 bulan kat rumah. Tak tekanan sorang2. Tapi dia tngah tidur time tu. Bila dia sedar dia menangis dan menangis dan menangis. (Mak aku agak tak sangka aku sanggup babysit anak orang. Dia tau betapa aku tak sabar dengan budak terutama bila diorg menangis)

Aku tengah tukar lampin tetiba budak tu kencing. Haish. Geram jugak. Teringat kata-kata Zen, janganlah marah budak sebab diorg mmg budak, takleh pikir, maka aku berjaya kontrol marah. Fuhh. Tamat hari kedua menjaga budak kecik. Esok aku mintak ibunya bawak kasut. Aku nak bawak budak tu jalan.

Tapi sebenarnya aku ada errands nak kena buat. Sampailah budak tu kat hospital esok. Hahaha. Kena jalan kaki 40 minit standard orang dewasa.

Dia memang suka berjalan. Bukan aku paksa. (Nanti aku buat stop banyak2 dan bawak biskut dan botol susu sbg bekalan)

Saturday, December 19, 2009

Wa hangin

Sebelum wa membebel panjang, wa nak ucapkan selamat jalan kepada Angeline. Wa rasa agak terkilan sbb lupa rakan2 nk berangkat pegi dari tanah NZ. Wani balik dan last skali wa cakap dengan dia sebelum wa pindah palmy.

Ok. Wa panas.

Macam ni. Ada seorang bro ni. Bro ni dah kawin, tapi dia datang nz nak survey ape pekerjaan ada dan tak bawak isteri dia. Bro ni tinggal beberapa rumah selang dari rumah kakak L. Kakak L kenal isteri dia, tapi tak kenal dia sangat. Dia baru aje datang, dan takde sape2 kenal dia sangat. So wa memang ada masalah nak percaya bro ni.

Sebelum kakak L pulang ke Malaysia, bro ni ada ar time diorg nk bertolak. Bro ni pesan, kalo ada apa2 pegilah rumah dia. Anak kakak L menjawab, 'dia takkan pegi punyer'. Refer kat wa lah. Anak kakak L pun paham wa tak selesa dgn bro ni.

Hari ni bro itu datang beli daging. Lepas tu ada sekor burung mati kat blakang rumah. Wa memang buat tak tau. Malas la wa nak angkut burung tu dan tanam. Bro ni dengan baik hati tolong tanamkan. Wa memang tak suruh or mintak tolong. Bro tersebut blah selepas bayar tak cukup satu dolar. Bro tu cakap dia datang esok atau lepas ni.

Sekali bro tu telefon. Dia cakap, nak tumpang goreng ayam kat rumah wa. Wa nak cakap ape?!! Disebabkan kesian, wa bagi ajelah. Lagipun, wa expecting O and J to pick me up, we are going somewhere. Bro tu datang dan start menggoreng, dan sambil itu berborak2. Wa jerit2 je dari tempat tengok tv, sebab mmg wa malas nak bersemuka.

Giler. Wa rasa sangat sangat sangat tak selesa. Bro, lu nak masak, masak la. Lu nak pakai apa amik. Lu tak payah la nak buat small small talk. Wa tak suka. Dah la lu bahasakan diri 'abang'. Wa nak aje panggil lu uncle. Cakap 'saya' pun lg elok. Lagi satu nama wa ialah Nuha, bukan adik.

Kawan wa datang, dan wa tinggalkan umah kat this bro. Bila wa balik, ada note bertulis 'abang pinjam 2 dvd. thanks'. Siap dgn no phone.

Satu, lu pinjam bukan dvd wa pun. Tu lu pinjam dvd anak kakak L. Sempat plak lu tengok2 dvd. Dua, bro ni tiba-tiba ada reason untuk datang lagi, nak hantar dvd tersebut.

Wa sangat menyesal tak bagi periuk dan pinjam benda lain. Bro tu terlepas cakap, dia masak je guna rice cooker dlm bilik, tp kat luar org lain masak pork, that's why dia tak mo masak kat umah dia.

Wa tersepit. Wa rasa wa anti sebab dia tak bawak bini dia. Semua org phd datang beli daging bersama wife masing2. Mana ada datang sorang2 rumah yg ada sorang budak perempuan. Tak selesa dowh!

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Wa doakan bro ni takkan datang sampai bebila. Wa pun harap dia tak tau yg wa cuti 2 mnggu, hari2 pun ada kat umah.

Friday, December 18, 2009

Tuberculin

Selasa lepas aku telah pegi ke department infection control, untuk mantoux test. Aku telah dimaklumkan, orang yg pernah dpt bcg akan dpt reaction besar sket.

Ini hasilnya selepas 72 jam.



Gatal giler test ni. Positive ialah lebih 10mm diameter. Aku punyer reaction 12mm. Jadi telah kena buat chest xray utk memastikan aku takde active tb. Lagipun last medical checkup aku ialah 3 tahun yg lepas.

Run Med 2 tamat. Cuti 2 minggu bermula. Tiba-tiba aku rasa nak jogging. Rasa nak lari atas rumput berkaki ayam. Mahu pergi tempat tinggi. Lepas tu throw tantrum atas padang. Berjemur dan menghitamkan diri. Uish. Ada ala2 cerita Twilight dan New Moon plak. Time akhir tahun macam ni la rasa nak tengok kambing la, itik la, angsa la, ape kena dengan aku ni.

Kakak S ajak aku pegi Zoo Wellington bersama anak-anaknya yg masih kecil. Boleh lah aku tengok haiwan. Faveret haiwan aku di zoo tersebut ialah bear kaler coklat. Nanti aku check apekah jenis bear itu dengan nama saintifik dia sekali.

Wednesday, December 16, 2009

Yes Man

Dulu, aku senang nak tolak ajakan orang. Bagi alasan suka duduk kat umah, tipu ada plan lain etc.

Tadi, Andrew rakan lama IMU aku tanya, adakah aku jenis pegi tngok movie kat wayang. Dia tanya aku nak ikut tak kalau dia nak tengok Avatar. Aku iyakan aje. lagipun nanti aku boleh kenal orang lain juga.

Aku pun tak tau kenapa aku senang nak terima ajakan orang ni. Padahal serius aku kurang bab bersosial ni.

Hari ini Dr W tiba-tiba cakap perlu buat assessment sbb aku dah nak abis run dengan team dia. Terus aku cuak. Setau aku takde assessment utk Med2.

Hari2 aku memang jumpa J kat ward. Aku pun terus la mengada2 pegi cakap aku cuak. Haih. Ni pun nak mengadu. Masalah kecik giler. J cakap aku boleh buat punye. Dan suruh aku tanya Mark, sebab mesti la Mark lagi tau. Kemudian aku tanya2 pasal Mantoux test. Hmph. Otak macam komputer. Seronok aku dengar. Tak perlu pegi cari dalam buku. Best giler kawan ngan orang yg dah lama keje ni. Banyak bagi tunjuk ajar. Tak lokek ilmu plak tu.

Lepas tu pegi library. Jumpa Andrew. Dia tanya apesal muka aku macam tu. Nampak sangat si Andrew ni dah kenal aku banyak. Mengadu lagi. Andrew pun bagi la tips2 apa yg patut tau kalo nk kena buat assessment sgt. Kemudian ada teaching utk first yr house surgeon. Kami pun pegi la beramai-ramai. Beriya jugak hospital sini jaga dia punyer house surgeon. Aku pun dah tanya2 Andrew cara dia apply nak jadi permanent resident kat sini. Dalam hati nak sangat.

Lepas tu cakap2 dengan Mark. Dia lagi sedapkan hati aku Dr W hanya akan jumpa sbb nak isi evaluation form je.

Jumpa J lagi. Dia tanya balik apa dah jadi dengan assessment tu. Wah, buat baik kat orang dibalas baik. Pendek kata aku rasa macam dah ada banyak tempat aku boleh mengadu skang. Semalam memang aku pegi rumah kakak S, stay sampai tengok Shortland St bersama2. Kakak S nak ajak J dan O makan2, sebab nak kenal. J plak, asyik setuju je kalau bab nak kenal orang baru. O ajak aku main tennis. Aku rasa sedikit bersalah la. Bukan aku tak nak main. Aku memang kaki bangku. Lepas tu takde kasut baju sesuai. Hmm, alasan!

Nampaknya macam tak jadi plan aku nak pegi Wanganui. Ingat hujung minggu ni nak melawat Aseng dan isteri. Niat lain, nak pegi mengadu domba jugak. Niat lain nak berada keliling muka familiar sket. Niat lain, nak survey ke-best-an hospital wanganui. Niat lain, erm boleh tanya Aseng macamana nak setel hal internet dan telefon. Semalam Aseng singgah di rumah utk ambil buku dia. Lupa plak nak cakap pasal nak pegi Wanganui.

Tuesday, December 15, 2009

Hobi Baru

Hobi baru aku ialah mengumpul stiker nama pesakit. Em bukan. Sebenarnya kumpul nama pesakit yg mati.

Hari ini, ada seorang lagi pesakit mati. Jumlah terkini = 2. Aku tak tau macamana orang bleh ckp, pak cik ni, mungkin mati malam ni. Macam mana diorg bleh rasa/tau pak cik ni nazak? Haih. Pelik betul aku.

Bila pak cik itu meninggal, house officer aku kena datang check. Aku turut serta. Dia check verbal n pain response, dengar2 jantung sikit, rasa pulse, dan check mata. Pak cik tu mati mulut ternganga. Aku pun dengan mengada sentuh tangan sebab nak rasa mayat sejuk ke tak. Dia baru mati setengah jam yg lepas. Kemudian Mark house officer aku uruskan hal2 bertulis.

Aku tak ada perasaan. Aku tak sedih. Apesal dengan aku ni? Orang mati, patut sedih la oi.

Sebelum kejadian itu, Mark tiba-tiba rajin nak mengajar aku. Dia tanya aku nak tau pasal apa. Jadi dia ajar pasal ABG kat aku. Huh. Macam cikgu mengajar. Bleh tahan. Aku rasa nak amik nota pun ada. Kemudian bergegas ke wad sebab nurse page dia nak suruh certify orang mati.

Lepas tu, ada ABG kena buat kat klinik. The only one. Mark paksa aku buat biarpun aku suruh dia je yg buat. Berjaya ok!!! Hebat betul ajaran dia ni. Menjadi.

Oh tak. Sebenarnya aku gedik. Kalau Mark ada masa aku buat apa2, kebanyakannya menjadi. Poodah Nuha.

Disebabkan ada orang mati, aku rasa nak sangat pegi umah kakak S. Nak pegi mengadu domba la ni. Konon takut nak duduk sorang sbb hari ni ada orang mati. Takut bawak badi mayat. Gedik!!

Suruh flatting ngan orang lain tak nak pulak. Pastu suka nak menyendeng pegi umah orang. Muka tembok betul.

Sunday, December 13, 2009

Siapakah Aku Pada Hari Ini?

Ahah.

Tiba-tiba weekend aku penuh selepas merungut2 kebosanan. Amik kau.

Hari sabtu menerima jemputan kakak S buat makan2 utk budak 'bujang'. Hmm. Ada sesuatu yg pelik berlaku, yg aku tak kenal pasti amende, tapi aku yakin takde pape punyalah. Kenal lagi beberapa muka baru. Tapi aku gembira sebab dah kenal rumah kakak S yg mana satu dan kalo aku bosan petang2, aku boleh bertandang ke rumahnya. Yelah, minggu depan start cuti krismas.

Hari ahad, Dr J telefon. Ajak keluar makan di Wlgtn! Wlgtn beb! Jauh giler ajak makan. Disebabkan Dr O yg nak drive, aku setuju ajelah. Dapat tahu Dr J berumur 32. Dr O 27. Grad awal dan telah bekerja beberapa tahun.

Perbualan banyak berkisar pasal politik kerja. Err. Err. Err. Aku banyak diam di situ. Tapi dengar ajelah. Banyak la pengajaran terselit di situ sini. Kebanyakan benda buat aku lagi confuse.

Giler. Aku pun nak postpone kerja kalau macam ni.

Bertolak ke Wlgtn jam 12. Makan di kedai makan sebanyak 2 kali. Orang belanja sebab aku budak takde gaji. Ke masjid Kilbirnie. Bertolak balik jam 8. Sampai rumah tumpangan sementara aku jam 10. Sambung berborak sambil mereka rasa kek resepi nurulain, yg aku buat semalam.

Mereka kata ok. Ahah, boleh lah aku buat sekali lagi utk jamuan pre-hari natal khamis ni.

Aku lewat utk masa tidur. Aku tak jemur kain. Aku tak vacuum rumah. Aku tak siram pokok. Aku juga belum beli ais krim utk makanan hari2 aku. Aku tak basuh pinggan. Aku banyak sebut pasal 'history' aku yg buat aku sedikit bengang dengan diri sendiri. Boleh tak aku nak delete part tu? Anggaplah dulu tak pernah terjadi.

Aku tak perlu sebut pun. Takde sape yg akan tau. Yang ko nak ulang2 tu kenapa? Takde orang akan kesah pun. Tapi dalam apa perkara pun kita kena jadi jujur kan?

Friday, December 11, 2009

Imah

Takleh pikir tajuk. Letak apa je terlintas kat kepala otak.

Betul aku tak tipu mmg aku nak gila hidup sorang2. Kini disertai dengan asyik tidur untuk hilangkan kebosanan dan pagi hari takleh bangun pegi sekolah. Makan minum tidur masih berjalan lancar.

Pegi sekolah gembira sebab masa sungguh cepat berlalu. Hari ini Mark H/O aku tiada. Dia pegi graduasi. Semua h/o baru tak ada. Handover pukul 8 sepi. Jadi aku buat ward round dengan consultant Dr W dan reg Dr H. Aku la tukang tulis. Biasa la baru2 keje kena buat keje remeh-temeh.

Aku juga berjaya buat 1 IV line hari ini. Yah!

Petangnya pula terserempak dengan Dr J di wad. Dia tengah nak buat PICC line. Dia ajak aku tengok. Dengan kata lain aku la jadi assistant. Pesakit itu sungguh obese. Aku rasa teruja giler tengok Dr J ni cari line jumpa, pastu sumbat gak PICC line tu sampai masuk.

Dia juga mengajar aku step by step. PICC line ni ialah, kita sumbat satu tiub kat tangan, pastu tube tu panjang giler 50cm lebih kurang, dan ia akan sampai ke salur darah dekat dengan jantung. Sesuai untuk orang yg nak kna amik antibiotik lama sangat. Sebab kalo guna stakat IV line, nanti nurse asyik panggil sebab nak kena buat line baru. Tiap 72hrs kna tukar baru nak elakkan infection. Masalah dengan PICC line ni, kadang2 orang tu kulit dia tebal. Susah nak tolak tiub yg lembik itu.

Boleh tahan rasa nak buat PICC line jugak la, tapi nak kena ada org ajar la kat sebelah.

Pergh. Macam takde reg je aku ni, ikut reg orang lain.

IA akan kuar makan esok. Takdelah aku bosan sangat kat rumah. Dr J tak tau nama penuh Dr O. Aku pun baru tau apekah nama penuh Dr J. Heh, lawak betul la berkenalan macam ni.

Tuesday, December 8, 2009

Sunyi

Aku nak buat pengakuan. Aku hampir gila sebab duduk sorang2. Dah dekat seminggu.

Tiap kali orang datang untuk beli daging halal di rumah tumpangan aku sekarang, aku akan amik kesempatan berbual2 dengan kakak phd. Rasa gembira terlampau tak pasal2 sebab boleh bercakap dgn orang.

Hidup sorang selama seminggu telah buat aku, pikir the unthinkable.

Ada seorang doktor melayu baru bertugas di PN Hosp, pernah keje di Ireland. Kini registrar medicine. Nama Dr J. Hari itu aku lihat dia tolak basikal. Hari ini jumpa dia dan bagi nombor telefon aku. Dengan ucapan, 'kalo nak pegi mana2, nak mintak tolong, cakap la, aku ada kereta'.

Macam hebat bawa kereta, macam tau jalan di bandar PN, macam rajin nak drive kan orang situ-sini.

Dr J kemudian bercerita, ada seorang lagi doktor melayu perempuan baru bertugas di ED. Baru 2 minggu. Namanya Dr O. Dr J bercadang mahu buat perjumpaan makan2 weekend ni.

YES YES YES!

Dia offer pegi masak kat rumah dia tapi sapelah aku, aku bukan reti masak pun, jadi makan kat luar bunyi macam sungguh sesuai. Tiba-tiba laju je aku offer pertolongan nak ajar pasal kehidupan di NZ, proses beli kereta etc.

Aku sendiri tak tau apa yg aku tengah buat ni.

Aku cakap benda yg tak logik. Bukan aku tau sangat pun pasal NZ. Tapi dengan adanya Dr J dan Dr O, hehehe boleh la aku tanya soalan medik banyak2 sebab mereka dah lama keje kan. Dan semestinya meleleh bila dengar diorg dapat 100 per hour kalau buat oncall. Damn. Aku pun nak keje sini kalo macam tu!

Aku salahkan perasaan sunyi aku. Tak pasal2 dah dapat kawan baru.

Duduk di PN buat aku rasa macam 'adik'. Sebab ada banyak orang lagi berumur dan bekeluarga.

Saturday, December 5, 2009

Tak Boleh Decide

Genap 2 minggu di PN.

Pagi ini aku keluar rumah awal. Sambil-sambil pegi isi minyak kereta dan cuba isi angin kereta juga. Ye. Memang aku takde keje tiap2 minggu pun nak letak angin. Sebenarnya, kalo angin penuh, rasa konfiden sket nk drive jauh ke Wellington. Tak tau la kenapa, semua tempat isi angin kat sini bukan digital. Yang macam penimbang zaman dulu yg rupa dia macam jam. Ada yg takde meter langsung. Ada 4 stesen minyak juga aku pegi.

Kemudian, aku pun pegi menjelajah Palmerston North. Sebelum keluar rumah, aku telah tuliskan beberapa alamat rumah yg aku nak tengok. Ada la 8 buah rumah. Tapi ni belum telefon agent. Hanya nak tengok kawasan perumahan. Aku hanya pegi 6 buah rumah. Ada yg aku rasa terlampau besar untuk aku sorang, kawasan perumahan sangat scary,banyak rumah buruk dan takde penghuni, ada yg terlalu dekat dengan org lain sampai takde privacy, dan juga tengok tempat parking.

So far aku sangat berkenan dengan dua buah rumah. Ia macam studio unit je. Satu lot ada 5 biji unit. Sebelah menyebelah dengan rumah lain, tapi kawasan nampak elok, dijaga, macam selamat. Tapi aku kena tunggu at least akhir bulan ni, sebab baru la boleh mintak duit dengan ayah sendiri! Hihi. Zen, hutang ko aku terpaksa tangguh.

Sewa 140. Aku harap bila duit jpa masuk, Ia takkan jadi masalah. Bil letrik dan internet harap2 tak tinggi. Makan, memang kena masak sendiri. Sekarang pun, aku sangat limitkan pembelian di cafe hospital.

Aku call jiran, yg nombornya telah ditinggalkan oleh kakak L. Takde org jawab. Takkan diorg dah pegi Chch. Hmmph. Memang sorang2 la aku kat sini. Semalam ada orang datang beli daging. Kakak N. Lupa plak nak tanya pasal kedai rempah-ratus dan mana nak beli plastik sampah PN Council tuh. Juga mana tau kalo husband dia tau cemane nak guna pam angin kat sini.

OK. Aku patut pegi belajar. Tapi dalam hati aku nak barang2 aku kat Wlgtn itu.

Wednesday, December 2, 2009

Its a man's world

Orthopaedics ni memang di-boloti oleh surgeons lelaki. Aku sorang jer TI perempuan dalam banyak2 team tu. Ari tu ada HS perempuan, tapi dah tukar. Dan HS baru aku bukanlah baru jadi HS, so dia tak perlu orientasi pon. Patutlah aku tak nampak dia masa HS baru datang shadow HS lama ari tu.

Aku dengan team G dan R. Paediatrics ortho. Tapi R lebih fokus kepada spine. G lebih kaki, tapi general pon ada. Seronok ortho paeds ni, banyak variasi. Takdelaa setiap masa pon hip joint replacements. Hari ni aku pegi klinik. Banyak benda baru aku belajar. Banyak juga perkataan baru yg aku belajar. Ada 2 budak ni ada arthrogryposis iaitu congenital punya stiff joints. Satu lagi severe, semua joints pon affected, ada multiple pterygium - webbing of joints. DDH banyak laa. Talipes/Clubfoot pon banyak. Ada budak kecik ni ada amniotic band syndrome, menyebabkan banyak limbs dia bermasalah.

Dua hari seminggu team aku akan kat theatre, tapi aku baru pegi 2 kali. Satu trauma satu elektif. Surgery ortho memang mantap lah. Semua surgery pon mantap sebenarnya tapi ortho punya cool dan ganas. Rasa macam kat workshop yang sterile. Dengan drill, skru, tukul dan macam2 lagi.

Karakter cerita Bones bersama tulang2

Hampir 2 minggu buat ortho aku rasa best lah. Consultants best. HS baru pon best. Reg lama best. Reg baru belum sampai. Aku cuma tahu nama jer, tapi x pernah jumpa. Minggu depan aku akan start ED 2 minggu. Pastu cuti 2 minggu. Yay. Nak pegi mana yer cuti?

Nuha dok sorang kat palmy. Tak tahu laa apa dia buat kat rumah tu. Masak laa wei. Jangan malas2. Barang2 berlambak lagi kat rumah ni bila nak amik? Hehehe. Btw sila lah bekas penghuni rumah 12 dulu tukar alamat surat menyurat anda. Banyak lagi surat sampai nih. Kalau stakat bank statement tu, apa kata tukar jer kepada option elektronik, lebih hijau dan bagus untuk bumi kita ni.

NB - Stan Walker menang Australian Idol. Dia pernah nyanyi lagi It's A Man's World

Tuesday, December 1, 2009

Lewat

Pagi tadi aku terbangun lambat. Ter.

Gara-gara aku mimpi pasal kereta aku. Tengah syok drive dalam mimpi sambil tengok2 angin tayar kereta. Nuha! Apa yg ko pikir banyak benor psl kereta smpai bleh masuk mimpi ni?

Jadi aku telah bersiap kurang dari 30mins, pastu tak breakfast. Terkocoh drive. Bila dah terkocoh drive, paham2 ajelah.

Nuha dia gelabah sket.

Jadi masa nak parking kat hospital, bila dia pusing nak masuk tempat lane kecik bahagian parking, dia pun langgar la batas jalan. Seorang mamat yg berpakaian segak di dalam kereta yg datang ke arah aku, menggeleng kepala. Aku harap dia takkan jadi registrar aku, atau consultant aku.

Biasa aa bila pompuan drive. Langgar situ sini. Tak perlu la tolong gelengkan kepala. Obvious tau tak! Obvious. Kecik ati aku.


Kita kena tengok benda ni swinging n bubbling. Maksudnya chest tube tu tak ter-block lah.

Hari ni juga aku tengok Dr W masukkan chest tube kat 2nd ICS. Pergh. Dia tekan tube tu sampai tembus chest wall. Bunyi nya macam.. bunyi tebuk2 lah. Kesian patient tu. Tapi aku takde kesian sangat. Huh. Aku rasa, semakin hari, aku semakin tak kesian kat orang.

Tadi ada pakcik yg aku telah tikam sebanyak 4 kali. Failed failed failed failed. Aku dah baca bismillah dah tapi masih tak berjaya. Kesian pak cik tu kesakitan.

Berapa banyak lagi pesakit yg akan aku tikam. Ribu2 la kot.

Kakak L dan keluarga telah bertolak pulang ke Malaysia. Aku tak tau nak buat apa sorang2 kat rumah. Mungkin aku patut pegi geledah dapur dan check berapa banyak makanan tinggal.