Less than 48hours to Malaysia.
Kali ni, aku akan meninggalkan New Zealand dengan penuh kepuasan. Tak ada yg tak puas hati. Aku dah buat apa yg aku nak, aku dah beli apa yg patut, aku dah tengok apa yg aku idamkan dan aku dah dapat hasil dari tujuan aku datang ke NZ. Mungkin aku akan kembali, tapi tak perlu pun.
Leaving NZ with no regrets, except I will definitely miss Puteh, my first car. Dengan keteguhan aku sebagai pembuli kental, aku telah mengamanahkan kereta aku untuk dijual oleh seorang junior. Aku telah say my personal goodbye dengan Puteh, dan tak mahu jumpanya lagi, nanti aku nangis.
Beberapa memori best aku dan Puteh. Aku beli Puteh end of May 2009.
1. Masa pertama kali bawa balik Puteh, Farah yg temankan aku tak diam duduknya. Kereta asyik mati di traffic lights. Al-maklum, aku tak reti bawa manual dan tak drive banyak selain kelas memandu.
2. Farah pernah disaman gara-gara Puteh mati ketika mendaki bukit. Lepas itu, aku cepat-cepat tinggalkan Farah dan pergi masuk Hicomm tanpa rasa bersalah. Teruk! Teruk!
3. Lepas itu, orang yg pinjam kereta aku biasanya dapat badluck, mereka disaman. Haha. (evil laugh)
4. Aku dan Puteh sama-sama berpindah ke Palmerston North, 2hour drive from Wellington. Back n forth, buat trip angkut barang. It was really fun. We did lots of trips to Wellington throughout the year.
5. Puteh pernah dilanggar oleh seorang makcik yg keretanya tak makan brek. Pertama kali aku terlibat dalam kemalangan. Side mirror kiri tercabut, tyre alignment juga lari. Nasib baik makcik itu ada insurans kereta jadi Puteh masuk bengkel, dibayar sepenuhnya oleh makcik berusia 60-an tu. (Haih, aku buli makcik tu sikit, gertak dia baiki Puteh cepat-cepat)
6. Pada suatu hari, aku tak dapat start enjin Puteh. Rupanya bateri Puteh terpaksa ditukar.
7. Pada suatu hari yg lain, aku juga tak dapat start enjin Puteh. Rupanya aku lupa tutup lampu, dan kena jump start pula. Orang-orang yg mahu tumpang aku tak dapat pergi berbuka puasa.
8. Pada suatu hari yg lain, tiba-tiba ada retakan di cermin depan. Ongkos untuk membaikinya, sampai sekarang aku ingat, NZD320!!
9. Pada suatu hari yg lain, sedang memandu, sebijik batu melayang dan cermin depan retak lagi. Untuk baiki retakan sekecil batu tu pon, dah NZD80. Makan duit!!
10. Aku dan Puteh pernah kecut perut bersama bila diberhentikan pakcik polis. Dia kata, 'adik, sini had limit 100km/h je'. Nasib baik tak kena saman.
11. Kami juga dapat beberapa saman parking kebelakangan ini. Cis, benci betul dengan polis NZ. Dengki la tu.
12. Tapi yg paling best, aku dan Puteh buat trip ke Taranaki region. Lawat tempat-tempat asing, dan pantai-pantai cantik.

Harapan aku untuk Puteh:
1. Semoga dapat tuan yg lebih baik dari aku, lebih penyayang, lebih pembersih, suka jaga kebajikan Puteh.
2. Semoga lambat masuk gudang besi buruk.
Aku akan ingat Puteh sampai bila-bila. Kereta seterusnya, aku akan namakan Puteh 2. Takpun, Merah P, atau Hitam P, atau P Biru.
Hehe, ALL THE BEST PUTEH!