Sunday, February 21, 2010

Monday blues


Muka menyampah,malas nk lyn.blogging dari henset.xbrape canggih.kna beli henset baru.

Friday, February 12, 2010

Adrenaline Rush

Bila dah habis ED baru la semangat. Tapi aku mahu datang waktu weekend lagi, sebab tak cukup senarai patient. Aku perlukan lagi empat. Lagipun aku syok pulak berada kat ED sbb nurse dgr cakap aku, dan aku tau barang2 kat mana, dan aku boleh tepuk consultant dan mintak diorg dgr case patient aku.

Hari ni jumpa pakcik jatuh basikal. Dia jatuh landing dengan bahu. Memula ingat dislocation. Rupa-rupanya memang patah habis kepala tulang humerus dia. Tempat disposal : ortho.



Next case, ada makcik yg jatuh lagi. Kejadian : 2 hari lepas. Tempat : dalam freezer. Kerja dia memang dalam freezer nak buat cemane. -30 degree. Pastu, dah jatuh tu pergi kerja jugak. Angkat2 boxes. 10hr/day. Kat rumah ada anak 5. Menyusu. Baby 10bulan. Sekarang dah bengkak giler... tengok2 ada wrist fracture. Fuhh. Kesian. Masuk plaster. Disposal : balik rumah dengan pain killers. Nurse panggil dia drama queen sebab dia nangis masa orang check tangan. Nangis melampau yg 'au au au sakit doktor'.



Next case, seorang mamat umur 36 yg lumpuh. Spastic tetraplegia. Masa umur 12 tahun dia jatuh basikal. Dia tak pakai helmet. Dalam file dia, ada cebisan majalah.. mak dia tulis article pasal anak dia 'journey to hell'. Anak dia ada renal colic dan ada suprapubic catheter. ED dah rule out UTI dan buat xray pun tak nampak stones. Masalah utama ialah mak dia tak nak bawak balik. Nak jugak jumpa urologist. Tapi memang sedih la tengok keadaan orang lumpuh ni. Tak tau la macamane mak dia jaga. Sungguh penyabar.

Next case, seorang mamat BMI lebih 40. Ada SVT. Heart rate dia 200 ok! Orang biasa kurang 100. Treatment yg ED bagi, 6ml adenosine. Takde apa2 kesan. Bagi lagi 6ml. Takde apa2 kesan jugak!! Heart rate masih laju! Ada nurse yg buat carotid massage, tapi turun setakat 190 je. Mamat ni dah rasa palpitation dah dekat seminggu. Last2 panggil cardiologist.



Aku terfikir kerjaya untuk jadi locum registrar. Buat ED. Gaji lumayan. Kerja di Emergency Department menarik. Macam2 ada. Tak semua penyakit sama. Kadang2 jumpa orang overdose la. Sekarang aku dah reti nak kira GCS orang (riak). Banyak trauma orang patah itu ini. Doktor kat hospital sini suka tengok buku. Jumpa benda tak familiar sikit, tengok buku, pastu bincang dengan consultant lain. Di ED, ada 5 consultant. 5 registrar. 5 house officers. 1 locum. 1 trainee intern. Tapi sebagai student, aku kena present case dengan consultant la. Dan masa student la paling baik untuk tanya itu ini. Dan orang ajak aku examine mak cik dengan mitral regurge, juga rasa bubbles kat dada orang (pneumothorax pecah).

Zen dah nak sampai. Aku dah text tuan rumah. Tuan rumah cakap have fun. Signal bagus. Aku pun lapang dada. Alhamdulillah.

Thursday, February 11, 2010

Take Me Away

Hello semua.

Update weh!

Satu.
Tuan umah aku kejam seh. Dia bising2 aku bawak kawan banyak. Adekah aku patut pindah? Aku sebenarnya suka rumah itu. Dan aku malas nak pindah. Tapi kalau aku nak pindah jugak, dah ada orang nak tolong aku angkat barang.


Aku harap tuan rumah masuk hospital dan aku boleh cucuk dia. Tak mau bagi ubat bius.

Dua.
Disebabkan aku kurang suka dengan tuan rumah (sebenarnya aku phobia dia datang lagi ketuk pintu dan nak cakap face to face), lihatlah, aku sekarang pegi ke library hospital malam2 buta. Well, aku memang suka keluar malam. Tak bagus sebenarnya. Tapi, kat umah, honestly aku tak tau nak buat apa. Nak masak pun, takde semangat. Balik pandang siling jelah. Tido.

Tiga.
Erm. Benda terkini yg aku suka buat ialah jahit luka orang dan pecahkan nanah orang. Dah nak abis rotation kat ED, baru la terasa best. Aku rasa macam nak berebut dengan doktor lain untuk buat 'minor trauma' - mcm luka2, sakit gigi, rash, sakit ankle, sakit knee, etc.


Ambik pisau dan cucuk. Penyek bagi keluar semua nanah.

Tapi.. suture baru buat kat 2 orang. Mangsa kedua aku ialah seorang pakcik umur 70 tahun. Dia luka kat dahi. Besar la jugak sampai 6 jahit aku boleh buat. Seorang HO dari Brunei supervised aku (aku mintak tolong sbb budak baru belajar mana reti buat sendiri). Dimaklumkan, ini suture kedua aku buat kat orang. Dari sedia barang, cucuk local anaesthetic, jahit, dan salotape semua... aku yg buat (nada sungguh riak). Yang paling best pak cik tu tidur time aku jahit.


Suture mudah camni jela aku reti. Yang lain tak reti.

Aku juga rasa macam air liur nak meleleh. Sungguh ketagih ok kerja ni. Tapi bukan hari2 ada orang luka macam ni. So tak kesampaian la nak menjahit orang lagi.

Betul, aku pergi hospital hari2 takde niat nak menolong orang. Tapi supaya aku bergembira, belajar benda baru, dan buat kekejaman kat orang seperti cucuk orang banyak kali dan buat silly mistakes.

Empat.
Result psych akan keluar. Orang tu cakap dia nak hantar ke rumah, surat. Aku berdebar tetiba. Mesti la aku fail lepas tu kena ulang. Hoi. Aku kalo boleh tak mau ulang2 benda ni. Sakit. Tapi, tu la sape suruh malas belajar.

Lima.
Duit dah masuk. Serta-merta aku lupakan ibubapa di tanahair. Teruk betul! Apa pun, dah ada orang nasihat aku supaya berjimat-cermat. Tapi Zen suruh aku berbelanja dan gumbira sikit. Weekend ni Zen ajak tengok movie Valentine.

Enam.
Jijan balik Malaysia bercuti. Huu. Dah takde orang nak belanja makan. Dah takde orang ajak dengan kadar mendadak nak pegi makan kat Wellington. Dah takde jugak orang nak drive kereta aku. Hoh, tapi aku menjadikan HO dari Brunei itu sbg kawan. Dia boleh mengajar. Best juga tu. Dia cakap Melayu, tapi kelakar la sebab ada slang baku. Hehe.

Tujuh.
Aku masih takde internet. Aku nak internet. Tapi aku kurang berusaha.

Lapan.
Setiap hari khamis, ada teaching. Antara topik selalu ialah pasal ethics. Benda ni buat aku confuse banyak. Cakap pasal nak menghadapi hakikat mati. Cakap pasal konsep utilitarianism yg berbuat baik tak kira apa jalan pun. Kalau kena menipu, tipu la asalkan kita buat kebaikan dan gembirakan semua pihak di akhirnya. Aku juga di ajar falsafah Aristotle yg mementingkan pasal moral dalam diri. Kalau menipu tu memang moral yg obvious tak bagus, memang la apa sebab dan tujuan pun, takkan menghalalkan cara.

Contoh yg diberi (aku tak paham apa aku tulis ni)

Dua orang kakak dan adik sedang bermain badminton. Kakak ni macam dah nak menang game tu sebab memang la dia lebih. Dalam konteks ni, adik tu kecik la, under 10. Lepas tu dia tengok adik dia macam nak nangis je sebab nak kalah.

Kalau guna konsep utility, kakak ni dibenarkan la menipu, dengan buat-buat kalah. Akhirnya adik dia menang. Adik dia happy. Dia pun happy. Habis cerita.

Kalau guna konsep satu lagi tu pulak, kakak tu mana boleh bagi adik menang. Dia kena respek adik dia sebagai lawan. Dia kena layan adik dia sama macam dia main badminton dengan orang lain. Dengan kesusahan ini, adik dia akan jadi lagi kuat dan pandai main badminton. So adik dia kalah, tapi dengan azam next time dia akan berusaha lebih untuk kalahkan kakak dia.

Konklusi... err. Kalau nak buat keputusan apa2, fikirlah dulu. Aku pun tak paham apa penggunaan belajar konsep ethics ni. Last2 keputusan dibuat lepas pertimbangkan semua pihak. Tapi sepanjang aku lihat di ED, jadi doktor ni best. Pesakit menikus kalau doktor tegas. Doktor cakap balik rumah, takde apa kitorg boleh buat, pegi jumpa dentist.. pesakit ikut je. Pesakit memang percaya habis la kat doktor kalau doktor cakap takde apa2 yg bermasalah dgn diorg.

Padahal, mana2 department pun, kalau boleh nak clearkan orang cepat2 dari department. Kadang2 duit tak cukup. Kadang2 katil tak cukup. Test tak patut buat, tak perlu nak membazir. Kalau orang tu dah negative Trop T tak perlu la nak ulang2. Balik. Aku paling kesian kat nurse, kalut aku tengok diorg. Tapi memang boleh diharap la kalau mintak apa2. (tak sangka la nurse buat apa aku mintak.haha)

Sekian entri panjang. Diharap dapat beri gambaran pasal hidup aku sekarang. Hihi.

Friday, February 5, 2010

Small World

Kecik betul Palmerston North ni. Nak buat benda sembunyi-sembunyi pun susah. Asyik terkantoi. Isk2.

Aku nak bercerita pasal ED. Tapi nantilah. Petang ni Zen sampai dari Wanganui. Nampaknya aku kena usahakan dapur aku berasap. Sebab Zen suka lapar. Aku kena kasi Zen makan. Kalau aku sorang, aku hanya makan roti, takpun dengan muka tak malunya bertandang ke rumah orang dengan harapan orang ajak aku makan.

Hari ni aku kna marah lagi. Hidup di emergency department ni sungguh mencabar. Buat motivasi aku turun aje. Dah la jpa belum masukkan duit. Lagi tertekan. Tapi bak kata sape ntah, tak perlu merungut2 ni. Redah aje. Semua pun susah..