Monday, May 31, 2010

Roda Berpusing

Bila ternampak muka iras Harry Potter di hospital, aku segera terfikir, 'alangkah best nya kalau Zen ada, boleh tengok cerita Harry Potter sama-sama lagi'. Setiap orang pastinya akan pergi dari New Zealand. Bermula dari langkah Uderk dan Melor. Diikuti Anna. Kemudian Wani. Dan sekarang Zen.

Minggu lepas ialah minggu terhebat dalam hidup. Minggu ini belum tahu. Pertukaran H/O banyak buat aku sedih dan tak enjoy ward round. Tapi orang sentiasa bertukar pun. Tak ada orang yang kekal dalam buat kerja. Jadual tetap jadual. Mana boleh ikut suka hati nak kerja dengan siapa. 5 minggu lagi mungkin tak lama.

Sigh. Dengar cerita, keluarga sebelah sana buat 'meeting' untuk bincang hal aku. Aku hanya gembira sebab rasa diri femes. Hahaha. Itu sahaja. Tak ada kebarangkalian apa-apa pun.

Thursday, May 27, 2010

Lima Peratus Kemungkinan

Ada perkara yang kadang-kadang tak mungkin berjaya dicapai. Seperti tersuka-kan suami orang, tunang orang, pakwe orang, dan orang yang single malangnya dia perempuan, berlainan agama, bangsa, dan bahasa.





Dan ada perkara yang logik dicapai.

Seperti kata dia, aku pun mahu grad-lah.

Wednesday, May 26, 2010

Mari Mengejar Pangkat


gambar dari www.annals.org

Yeah.

Aku tak tau nak cakap macamana.

Sekarang aku kembali ke hospital. Buat run general medicine. Boleh dikatakan kali ini, ia bagai membuka mata la. Kalau buat general practice, rasa macam main doktor2.

'Pesakit, bukak mulut'

'Pesakit, jangan gerak kepala, saya nak tengok telinga'

'Pesakit, saya nak ambik tekanan darah'

Kini, orang datang disebabkan gatal-gatal kemungkinan alergik ubat, tapi tiba-tiba buat x-ray nampak lymph nodes berketul-ketul. Tiba-tiba saja dia mencuri hati semua orang. CT scan dibuat, dan nampaknya dia memang ada lung cancer. Tak pasal-pasal. Mak cik tu juga ada bengkak, bukan sebab rashes tu tapi sebab SVC obstruction. Pemberton's sign disebut-sebut. Tapi mak cik tu sakit dermatomyositis pada masa yg sama, jadi takleh nak angkat tangan. Arghh, mak cik, saya mau ambil gambar kamu!

Kasihan juga jadi pesakit. Senang bagi doktor untuk bagi kata semangat tapi mereka yang menanggung. Mak cik A sedih bila diberitahu ada kanser buah pinggang, kena buat dialysis seumur hidup. Dia sebenarnya hanya datang sebab non-specific illness, tapi blood tests menunjukkan buah pinggang tak berapa berfungsi dengan baik.

Aku berniat untuk kutip semua pelekat nama pesakit. Buat buku dan tulis apa sakit mereka dan apa aku belajar dari kes mereka. Dalam hati ingat nak bagi ceramah kepada pelajar perubatan masa depan laa (haha!). Tapi aku rasa ini sangat kejam.

Hmm, ape pun aku sangat gembira kembali ke suasana hospital. Registrar suka mengumpat masalah antara mereka. HO juga ada masalah sesama sendiri, tapi kami saling sokong sesama sendiri. Makan juga beramai-ramai tak kira bangsa dan benua. Kami semua satu kapal.

Wednesday, May 19, 2010

Membesarlah!!



Kesekian kali nya... tolong la jadi matang sikit!!

Seorang mak cik datang. Dia luka di kepala. Air liur aku terus meleleh. Teruk giler aku ni, orang luka, aku pikir nak jahit aje. Dengan jayanya aku jahit 7 jahitan. Hamik hamik. Lepas tu aku ternampak makeup biru dia, dan aku puji lah. Saje. Takde benda lain nak komen. Dia syorkan aku pegi tengok kat kedai, dan pilih kaler biru bersesuaian dgn mata dan kulit warna aku. Ewah, mak cik ni bagi inspirasi pulak.

Baik makcik umur 70!

Petangnya, pesakit dari negara Turki datang. Aku dalam bilik aku, tengah mengusha laman web pasal make-up. Minah ni datang terus, salam dengan aku, tanya aku buat apa, yada-yada. Excited la tu jumpa orang pakai tudung jugak. Siap bagitau nama dia. Nak berkenalan ke?? Nasib baik aku tak amik no tepon kalau tak, huh, mana tau jadi bespren lepas ni.

Esok hari last di GP. Yarghhhhh. Ok. Air mata aku nak menitis tadi sebab dua orang cakap bye2 kat aku. Receptionist ngan mak cik nurse yg aku tak jumpa esok. Oh... aku akan buat Gen Med pula di hospital itu. Siap ar pak cik mak cik, aku nak buat naya amik darah korang tapi asik lebam......


Aku harap, akan tiba hari aku pegi hospital pakai macam ni.

Sunday, May 16, 2010

Fushcia Lips



Weekend di Palmy sangat murung. Minggu ini kebetulan cuaca tak berapa cerah. Tenaga pula seperti terkeluar dengan sendiri entah pegi mana. Tapi aku nak menolak bahawa aku depressed. Aku tak ok. Akhirnya aku tonton Iron-Man.

Kadang-kadang kita tak boleh hanya jadi penerima, tetapi pada masa yang sama sepatutnya memberi, tak seperti orang berdarah AB yang sungguh hanya memanfaatkan suku kaum sendiri saje.

Kata orang, kalau apa yang kita rancang tak menjadi, Tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk kita.

Musibah sentiasa datang, tak kenal waktu dan ketika. Disyorkan semua wanita belajar bawa kereta. Ada seorang pak cik ni, dia dapat Alzheimer dan Parkinson. Oleh kerana dia dah tak berapa 'selamat' di jalanraya, dia berhenti bawak kereta. Selama ini, dia aje yang bawak kereta. Maklumlah, pasangan warga emas era dahulu, memang begitu. Sekarang, isterinya terpaksa bawak kereta. Tapi isterinya tak dapat. Katanya trafik dahulu lain, tak macam sekarang. Dia nak ambik lesen pun rasanya tak lepas. Maka, mereka jual kereta mereka. Hari-hari mereka jalan kaki atau panggil teksi sahaja. Bagi mereka, itu satu penjimatan, dan bolehlah mereka bersenam dengan menambah kadar berjalan kaki.

Oh sweetnya. Itulah dia, setiap yang berlaku ada hikmah.

Apepun, aku harap. Em. Aku harap aku mati dulu atau sakit dulu sebab aku tak nak jaga orang lain. Aku memang tak kuasa nak jaga orang lain selain aku sendiri.

Shopping List aku kekal :
1. Lipstick kaler purple.
2. Set pembayang mata pheeewit.
3. Foundation yang best nak mampos.
4. Pelembap muka. Dah nak abis.
5. Poster Lady GAGA.
6. CD Rihanna.

Friday, May 7, 2010

Gejala Hingus



Dengan rasminya, aku rasa aku gila. Takpun undiagnosed depression. Perkara yg berlaku di klinik:

1. Sudah beberapa hari aku berhingus. Tapi takde plak nak demam atau lenguh2 badan. Aku hanya tunggu masa supaya aku bleh cuti, tak payah jumpa patient.
2. Aku agak benci kena rule out penyakit depression setiap kali patient datang sebab letih atau tak cukup tidur. Serius la mak cik pak cik, aku tak tau sebab korang letih.
3. Perlukah reason untuk semua benda? Perlukah?
4. Hari-hari aku fesbuking di bilik doktor.
5. Hobi terbaru ialah cuba mengambil hati seseorang. Tapi tak tau la kan bila nak berjaya nih. Susah betul nak ambil hati budak ni. Tak makan saman, takde perasaan dan blur pulak tu. Aku pula suka mencuba sesuatu yg mustahil dan akhirnya aku juga kecundang seorang diri. Pastu nak emo. Haish.
6. Duit JPA belum masuk sedangkan orang lain dah. Saraf aku dah menggigit-gigit tepi kain aku.
7. Aku mahu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Harap aku terlanggar kereta depan, atau kereta belakang langgar aku. Takpun kereta dari tepi langgar masa dekat roundabout.
8. Aku juga rasa mahu potong daging. Dah lama tak ke dapur. Aku juga mahu makan pedal dan hati masakan F.
9. J dah balik. Walaupun J tak rapat dengan aku, aku tak berapa bleh terima kehilangan orang ni. Aku rasa sedih sangat sebab macam orang tu jauh, macam dah takde dan takkan jumpa.
10. Aku menyampah banyak betul orang sakit kulit la. Bengkak la, gatal la. Fifth disease la. Christmas tree disease la. Tinea la. Pityriasis la. Eczema la. Kenapa la aku bergelumang dengan orang tak sihat fizikal dan mental ni.