
Jawapan yang ditunggu tak kunjung datang.
Sekarang, aku buat konklusi, sesetengah perkara tu, pastinya tiada jawapan. Terutamanya persoalan, kenapa aku? Dalam ratusan jutaan ribu dalam dunia ni, kenapa aku? Kenapa masa saham nak naik ni la, benda cenggini berlaku kat aku, timing tak tepat, kenapa banyak cabaran dalam satu masa?
Sebuah ijazah yang ditolak. Apakah perasaan anda? Hanya untuk sebuah ijazah. Yang tanpanya, nak jadi orang PTD pun tak akan dipandang permohonannya. Apa pekerjaan pun, kalau gred ijazah baru nak pertimbang-kan. Kalau setakat SPM tahun 2001 tu, 'Ah, maaf ye cik Nusaibah, sila cuba lagi tahun hadapan'. Ini belum nak bersaing dengan yang mempunyai ijazah taraf kepujian, dan juga lebih tinggi, seperti master dan phD.
Dunia ni kejam, masyarakatnya mementing perkara bukan humanism. Mana ada orang akan ambil pekerja berdasarkan betapa jujurnya anda, betapa ikhlasnya anda dalam bekerja, bukannya dari segi betapa bertungkus-lumusnya anda dalam melengkapkan suatu misi. Tanpa pangkat dan duit, kita tidak ke mana.
Kalau orang yang selalu minta pinjam duit dan minta keistimewaan, pastinya cepat orang berkata, 'Ni ape ni, tak reti cari duit sendiri ke, bersaing la sikit dengan orang lain, bukan kau sorang susah'.
Dalam medicine, kita selalu cakap, 'ah mak cik, setiap individual lain, mak cik punya pain threshold rendah, sebab tu prosedur macam ni pun sakit'. Takpun 'maaf makcik, setiap individual lain response dia terhadap pain killer, mak cik dapat banyak pula side-effect, mak cik ni special la'.
Dalam dunia sebenar, takde sape nak cakap aku special. Takde sape nak cakap setiap individu lain tahap kekebalan jiwa. Takde sape nak cakap, setengah orang boleh kerja under pressure, setengah orang tak boleh. Tak boleh multi-task, bukan satu alasan, itu satu kelemahan, dan perlu di-atasi. Beb, betul lah, talk is cheap.
Aku kira, setiap masa pun aku mahu putus asa. Tapi terpaksa mengambil pengajaran seorang social worker di hospital PN. Dia lelaki. Tak berapa sempurna. Tangan dia, sebelah tak berfungsi. Sentiasa bengkok, rapat di dada, macam posisi baby dalam kandungan. Cara berjalan tak normal macam orang lain, sedikit senget. Kalau dia jalan, jumpa orang, dia pandang bawah. Tapi dia social worker. Apa-apa pesakit memerlukan khidmat dia, kita refer kat dia. Dia boleh menulis. Akal sama macam orang lain, cuma rupa berlainan dari normal.
Mesti dia tahap menyampah, kalau pegi cakap dengan dia, tanya, how does it feel, to be like you? Haha, sekarang soalan macam ni dah boleh simpan dalam almari. Tak main la tanya soalan macam ni kat mak cik dan pak cik yang nak mati. Entahlah, mereka tak minta dikesiankan, cuma layan mereka macam manusia lain. Bagi komen pasal weather, cakap pasal bola semalam, cakap weekend ni ada festival kat town, pegi tak?
Seolah tanya, tak panas ke pakai tudung? Eh, aku dibesarkan macam ni, dah jadi biasa la.
Sebuah ijazah yang ditolak. Dari perspektif lain, ada kebaikannya. Lagi lama belajar, lagi banyak tahu, lagi banyak pengalaman, lagi tinggi tahap keyakinan diri. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. (masalahnya, asyik sentiasa susah aje ni) Tapi masa bersuka-ria dengan kawan-kawan, tak sedar, itulah masa senang.