Sunday, January 23, 2011

Kursus Induksi

Kadang-kadang rasa hari cepat sgt berlalu. Kursus induksi pon tamat mcm kilat.

Kursus induksi aku berlangsung di Hotel Seri Malaysia, PD. 4 hari 3 malam. Jadual padat hingga ke 11malam, tak ketinggalan assignment group. Bolehlah. Yang tak best bila pegi bersama orang yg dikenali, jadi duduk dlm group yg kenal ajelah. Rasa menyesal plak tak pegi berkenalan dgn orang2 lain.

Penempatan? Aku tak berpeluang nak keje bersama Zen di HKB. Melayanglah pilihan pertama aku tu. Aku dapat Hosp Sg Buloh. Nampaknya aku akan jumpa balik Uderk. Lain-lain budak Otago dapat Hosp Serdang, HUKM, Ampang. Kebanyakan peserta induksi dapat penempatan yg diorang nak. Jadi tak ramai yg merayu. (Nasib baik giler aku tak dapat Sabah/Sarawak)

Aktiviti kitorang termasuk bersiar-siar di pantai. Hotel Seri Malaysia betul-betul sebelah pantai. Membeli jajan. Makan jajan semasa ceramah. Bergelak ketawa. Iza macam biasa nak mandi laut dan kolam renang. Ada kuiz/ujian di hujung kursus induksi, di mana pasti semua lulus. Aku dan Iza berbincang soalan sampai kena tegur dengan Meme 'hoi korang cakap perlahan boleh tak?'.

Ada sorang penceramah buat lawak pasal Meme. 'Kalau Delima ni sakit, dia tak jadi Delima lah, dia jadi apple'. Haha. Kesian Meme. Tak pernah orang buat lawak camtu pasal nama dia.

Di kursus induksi tu, banyak diberitahu pasal prosedur nak jadi penjawat awam. Protokol. Peraturan A B C dan lain-lain. Hak sebagai goverment servant. Elaun/Pinjaman. Akta Keselamatan. Tindakan Tatatertib. Laluan kerjaya. Banyak la. Kebanyakannya, dgn tak disangka, aku enjoy dengar. Paling penting, sekarang aku dah hafal lagu rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia! (KKM).

Mengenai hal masuk kerja, aku agak risau. Lain kali la aku cerita.

Thursday, January 13, 2011

Separuh Kaki Di Gerbang Duit

Boleh tak, saya nak cakap saya gembira saangaaat hari ni? (sila baca dengan nada SpongeBob dalam bahasa Melayu ye)

Surat induksi aku akhirnya sampai. Gembira sampai nak baca banyak2 kali. Er, part yg aku paling suka ialah 'anda boleh claim semua perbelanjaan dengan hospital yg anda bakal bertugas'. Oh yeah!!

Induksi akan diadakan 18-21hb Januari. Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Meme, Iza juga akan ke tempat yg sama. Bilik disediakan berdua-dua.

Keputusan penempatan hospital akan berlaku semasa kursus induksi. (Aku rasa dapat Sabah Sarawak ni). Aku bajet mula kerja Isnin depan depan, 24hb.

Dengan ini, aku akan mula bergelar sebagai GOMEN. Ah, rasa macam ultraman betul.

Monday, January 10, 2011

Dia Menang

Aku tak tau apa motif aku senyum sorang-sorang bila Ana Rafali menang pada malam ni. Eja nama dia pon aku tak reti, tapi aku tau dia wujud dah lama.

Semata-mata kerana ada orang minat perempuan berbaju kurung. Aku pasti ramai kawan-kawan Ana Rafali tu gembira. Takde kaitan pon dengan aku tapi aku tumpang gembira jugaklah. Hanya sebab dia menang, aku akan cari album dia lepas ni.Ha? Biar betul.

Kalau ada orang minat perempuan berbaju kurung, apesal aku tak boleh minat mamat pakai baju melayu? Bukan saja yg berbaju melayu, bersongkok, berjanggut, bermisai, berkemeja, ber apa-apa lah, aku tak berapa minat. Kes pelik ni. Apesal aa?

Tapi aku rasa aku boleh minat lelaki gila duit dan gila keje. Mesti berlambak dalam dunia ni.

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru


Update terbaru? Haha aku tak popular, tapi moh lah aku tulis sikit-sikit. Bajet ada kawan-kawan yg nak tahu tp tak tahu sebab busy dgn keje takleh up-to-date ngan aku kan.

Aku dah sampai Malaysia dah lama. Dah nak masuk minggu ketiga kot, tp tak cukup sebulan lagi. Disebabkan ketamakan dan kerakusan aku dgn duit, aku telah siap urusan daftar mendaftar, sekarang hanya tunggu kerajaan panggil.

Ringkasan sejak aku balik :
1. Aku jadi penakut dengan hantu. Aku percaya ada hantu pontianak terbang-terbang, aku percaya tido kena tindih dan sebagainye.

2. Aku rasa kena fit in balik. Macam la aku bukan membesar dekat Malaysia kan. Tak tak. Selepas 4 tahun, mestilah Malaysia berubah. Dan secara tiba-tiba rumah aku di Kota Damansara. What the.. terpaksa la aku belajar jalan baru, jenis-jenis highway, jenis-jenis tempat shopping dan sebagainya.

3. Cakap pasal driving, tak pernah lg aku drive semenjak balik. Takot. Kereta banyak. Jalan banyak lane. Lepas tu buat alasan rindu Puteh. Ada jugak aku berangan, kalau la Puteh sedang parking depan rumah aku kan, alangkah bahagianye. Nak tidur dalam kereta malam-malam pon boleh.

4. Tapi aku juga sedang pilih nak beli kereta apa. Bajet rendah la sebab nak pakai utk jangka masa pendek. (ayat penyedap hati bila orang kata, sepatotnya aku mampu pakai kereta besar)

5. Sangat bosan duduk di rumah, sehingga kadangkala aku jadi rajin. Kalau aku vacuum sikit-sikit, cuci sikit-sikit tu kira rajin la sebab kalo tak memang aku tak buat.

6. Rindu Glassons. Akulah gadis Glassons sejati. Glassons ialah kedai pakaian perempuan yg affordable. Kalau di sana, rata-rata remaja pakai baju itu sbb murah. Kedai itu pula jual satu pesen baju, yg ada banyak pilihan warna. Jadi aku boleh kumpul baju sama, tapi lain kaler. Heheh. Baju di sini semuanya tak sesuai dengan I, sengkat pula tu. Kedai hebat seperti Topshop, MNG, Seed ah, tak tahulah aku kedai-kedai hebat tu ape. Yang layak utk aku hanyalah butik-butik kedai Cina yg jual baju ntah apa-apa.

7. Aku juga mahukan kehidupan kawan-kawan aku. Aku mahu duduk KL??!! Biar benar. Semata-mata mahu terus berkawan dan gathering. Aku jadikan kawan-kawan aku tu idola. Tapi akhirnya aku akur lebih kepada tuntutan diri sendiri yg kena pentingkan kerja haha. Apekah aku merepek ini.

8. Kurang dah masa ME time aku, jadi kurang blogging juga. Sesungguhnya rindu sama itu Haibah, Aspalela, Mansor, dan Agus. Mesti mereka rasa terbengkalai.

Ah, dan selamat tahun baru.