Friday, February 25, 2011

How How?

Kadang-kadang aku terpikir, adekah aku sebenarnya Jonah?

Setiap kali aku oncall, ada saje baby nak kena vacuum vavavoom ini. Bukan itu sahaja, semalam ada beberapa kes kritikal berlaku dalam satu masa. Aku rasa agak kelam-kabut.

Adekah orang lain yg bertugas pada masa itu, sebenarnya Jonah, dan bukan aku?

Aku tak nak mengaku aku Jonah?

Hei. Siapa nak mengaku Jonah weh. Ini hanya macam mengatakan diri sendiri luck tak bagus. Ada rakan sekerja suruh aku setiap kali sebelum oncall doa banyak-banyak agar tak jadi apa-apa yg teruk semasa malam on-call.

Aku juga telah dengar beberapa cerita semasa on-call yg agak mengecutkan isi perut aku. Tapi, tak perlulah aku ceritakan disini. Yang nyata, kes-kes yg boleh menyebabkan kau dipersoalkan kredibiliti sebagai seorang doktor.

Hmmm, sejenak aku berfikir, apekah jalan yg telah aku pilih ini?

Anyway, tak perlu pikir panjang-panjang sangat. Benda dah jadi bubur pun. Aku kena kerja sampai aku pencen. Aku kena sambung sebab selamanya tak boleh jadi houseman.

Paling menakutkan sekarang, aku sukakan adrenalin rush bila diserbu terlalu banyak beban kerja. Tapi bukan masa oncall ye. Masa siang hari, masa orang ramai la. Kadang-kadang aku ter-addicted nak kena dimarahi. Alamak, aku macam gila attention ni. Aku takut aku seorang workaholic. Tapi aku bukanlah rajin sangat atau pandai. Banyak yg masih kena belajar.

Sekarang, aku belajar satu perkara lagi. Hubungan sesama HO sangat penting. Korang mesti tak percaya kalau aku cakap, kadang-kadang aku rindu rakan sekerja aku. Yelah, not always boleh jaga satu tempat sama-sama. Bila kita dapat oncall sama-sama dgn orang itu, atau jaga ward sama-sama, rasa macam best sangat. Or even seeing each other at the end of the day, and catch up, how are they doing blablabla. Or bila orang tu on leave, aku akan rasa macam tak best sikit dunia.

Masih ada MO yg aku tak pernah kerja dengan. Juga banyak specialist yg aku belum bekerja dengan.

Setiap kali aku buat run O&G, aku biasanya rasa paling teruja dan senang hati berbanding rotation lain. Tapi mungkin sebab adrenalin mak beranak tu, bukan purely mencintai isipati O&G. Untuk berangan ke arah O&G untuk sepanjang hidup, aku rasa masih terlalu awal. HAHAHA.

Haih. Nampaknya hidup aku hanyalah kerja dan tido. Like, seriously. Aku tak ada masa untuk buat perkara lain.

Tuesday, February 22, 2011

Tolong Senior, Cepat!

Pheewitt Honda City Dark Silver... apekah warna kereta demo nih Zen?

Hari ni hari-3 oncall. Heheh. Boleh dikatakan hari semakin bagus. Aku pon dah boleh balik umah senang hati.

Bulan ini oncall aku akan berjumlah 5 kali. Mata duitan betul aku ini, sedang kira berapa boleh claim. Bulan depan pula, dijangka aku akan dapat 13 oncalls kerana tak cukup orang. What the heck, ke mana menghilangnye 28 HO kat jabatan aku nih? Katanya ada belasan aje, sbb semua orang dah nak abih posting. Ada senior HO sedang bantu aku kurangkan jumlah oncall. Edit mengedit jadual ni keje orang paling senior.

Aku dah alami EOD. Huhu teruk sekali. Pertama kali aku oncall, aku lupa bawa berus gigi. Ya ya cubalah imagine kalau dapat. Oncall kedua, aku telah menggunakan pad hospital dengan berleluasa. Amatlah teruk ya kondisi pad keras itu. Boleh dapat melecet yg amat sengsara. Oncall ketiga, aku telah lupa mandi. Hehehehe. Dan jika aku tidur, di mana-mana akan kuar air liur yg tidak dapat ditahan lagi.

Patotlah aku single sehingga sekarang. Hohoho.

Bercakap mengenai kereta ya Zen. Aku sedang usha VIOS dengan sepenuh hati. Sedang aim itu warna silver lah, ape lagi. Rasanya VIOS dah nak sama lah macam Puteh. Bontot tercongek. Jadi, tunggu beberapa bulan lagi untuk menlumpsumkan duit muka banyak sikit. Aku tak mau bayar bulan sehingga seribu wo.

Udah la aku dah jumpa tempat shopping heaven. Setiap minggu aku mahu beli baju kurung baru yg sudah siap jahit. Aku kan sungguh ayu berbaju kurung. HAHAHAHA.

Monday, February 21, 2011

Aku pun bukan Jonah



Memperkenalkan, inilah City ku.
Nusaibah, cepat laa cari pengganti Putih.

Saturday, February 19, 2011

Aku Bukan Jonah

Kalau aku bukan Jonah, aku juga bukan Joyah, siapakah aku?

Jonah ialah nama diberi untuk sesiapa yang oncall, yang membawa begitu ramai pesakit. Kalau ada nama itu oncall, pastinya, department akan jadi begitu hectic.

Beberapa hari lepas, aku telah selesai 2 oncall EOD pertama aku. Hanya ada 6 HO oncall setiap malam. Dua orang akan jaga kemasukan ke klinik/tapisan pesakit. 2 orang jaga dewan bersalin, yang mana kalau ada kes caesar, seorang akan assist MO. Manakala 2 orang lagi bertanggungjawab menjaga 4 wad.

Pergerakan pesakit mengandung di hosp sg buloh begini. Pesakit datang ke dewan bersalin untuk ditapis. Ada yg datang air ketuban pecah, sakit perut mengeras, baby kurang gerak, post-date dan sebagainya. HO kerjanya tapis mereka, ambil darah dan tnggu dilihat oleh MO.

Ada juga tapisan untuk orang mengandung bawah 20minggu, kadang2 mereka berdarah, keguguran dan sebagainya. Jadi HO kena cukup wei, kalau tak, tak menang tangan.

Kemudian, yang lepas ditapis, boleh masuk wad bersalin, dan bersalin. Mereka kemudian akan dihantar ke wad atas 6c dan 6d. Ibu mengandung high-risk perlu observation akan masuk wad 6b. wad 6a gunae cases. Klinik pakar dan periferi di Hospital Tanjung Karang adalah cerita lain yg bukan keutamaan aku sekarang.

Awal-awal masuk keje, aku dilatih untuk bekerja di bahagian tapisan dan dewan bersalin. Yang teruknya aku malas nak menyambut baby. Haha. Aku hanya akan sambut sekiranya bidan dan staff nurse tak berani, seperti kes tak cukup bulan, dan bila maternity effort kurang. Mak mengandung anak sulung tak reti meneran. Kes payah. Aku pun tak reti macamana nak suruh mereka teran.

Apepun, dua oncall aku, pertama di wad c dan d, dan kedua di wad bersalin, agak terkawal. aku hanya perlu panggil MO sekali dua. Itulah aku cakap, aku bukan jonah.

Purata kelahiran sehari 30. 4 elective caesar. 4-9 emergency caesar. 1-2 vacuum. HOD head of department kata, kadar pesakit bertambah 15% kebelakangan ini. Aku tak pasti kenapa orang pilih ini hosp. Sebab dekat dengan highway kah?

Friday, February 11, 2011

Hati Mau Kuat

Aku pernah baca satu entri bertajuk seperti di atas. Sekarang aku paham maksudnya.

Memang hati mau kuat. Ini bukan pasal kecewa bercinta. Ini pasal kerja beb.

Ini baru tagging. Belom oncall pertama sebagai houseman. Fuh! Itu sungguh mengujakan dan pada masa yg sama menggerunkan.

Banyak betul halangannya untuk bos-bos suka kat aku. Memang bos takkan suka akulah. Aku tak menonjol. Lembap. Tak boleh diharap. Tak tau banyak. Lurus bendul. Hampeh. Belajar tinggi-tinggi tapi tak berguna.

Sampai sekarang, aku tak tau kenapa aku jadi doktor. Entahlah labu. Dah aku nak amik akaun dulu, takde subjek tu. Kalau tak memang aku hadap komputer dan nombor2 aje.

Paling menyedihkan dalam kehidupan seharian ialah bila di penghujung hari, rasa semakin bodoh. Rasa semuanya masih tak cukup. Rasa terlalu banyak kekurangan. Nak kena lagi cepat lagi cepat. Lupakan makan tidur letih. Haiya. Takde life la aku macam ni. Nak cuti pon payah. Bos nak pecaye boleh buat keje pon payah. Staff nurse nk senyum kat aku pon payah. Tapi sebenarnya aku yg kurang senyum. HAHAHA.

KKM punya slogan ... 'kami sedia membantu'. Hmmph no komen la.

Sekarang bos dah aim aku. Siap boleh ingat nama. Bagus la. Tak penah stakat ni nama aku senang orang ingat. Haih. Kalau diingati sebab bagus takpe ar jugak. Ni sebab problemo banyak.

Banyak plak tu pengomplen pasal attitude aku. Grrr...

Paling seronok ialah bila perjalanan pergi dan pulang. Aku hanya tau bawak kereta ke hospital dan balik saje. Jalan lain tak reti. Bawak plak kereta manual ayah aku. Bawak kereta manual ada 'kick' nya tersendiri. Alaa.. too bad soon nak beli kereta baru dah. My dad mcm tak sabar sogokkan aku dgn brochure kereta supaya aku cepat dapat loan. Padahalnya gaji pertama belom masuk. Alasan ayah aku : kereta dia untuk kegunaan emergency...Too bad. Too bad. Tapi beli ajelah yg baru sebab ada orang nk jadi guarantor kan.

Aku masih miss Puteh. Oleh kerana itu, aku akan beli Myvi kaler silver metallic. Tapi Myvi tak cukup oldies macam Puteh. Sobs, sedihnya. Nak kereta sedan macam Puteh

Friday, February 4, 2011

Let's Make It A Happy Place

Hari ke-10 tagging.

Minggu kedua menjadi pegawai kerajaan.

Cogan kata 'Kami Sedia Membantu' yg digantung pada jambatan menuju ke bangunan utama Hospital Sungai Buloh, hari-hari aku pandang dengan pandangan yg berbeza-beza. Kadang-kadang aku iyakan, kadang-kadang aku buat tak endah, kadang-kadang aku mengantuk, lapar, jeles orang lain boleh cuti sedangkan aku terpenjara, dan kadang-kadang masa terlalu cepat berlalu sampai minggu kedua ni rasa macam, eh dah hari jumaat ke?

Oh. Aku sakit tekak sekarang. Oleh kerana terlalu banyak menjerit sorak mak push baby kuar. Macam-macam ragam orang beranak. Kalau yg beranak anak sulung, tak reti push. Ada yg tak tahan sakit. Ada yg terlampau besar smpai susah utk mengangkang. Ada yg menggelupur tak mau beranak smpai kena pegang dengan 7 orang. Ada yg hisap gas bertubi-tubi sebab tak tahan sakit. Ada yg menjerit-jerit gigit tangan suami. Ada yg meneran sampai terbeliak merah biji mata. Ada yg schizo, bila time nak beranak dia pegi tido! Haha tu kes paling menarik lah. Sampai kena kejutkan dengan air.

Nanti bila aku senang sedikit, aku amik gambar hospital aku. Orang kata hospital aku, hospital dalam taman. Aku tak round lagi seluruh hospital aku. Aku hanya tau labour room dan ward tingkat 6. Tapi suasana malam tak menakutkan. Hospital tu kan masih baru dibina pada tahun 2006 kalau tak silap aku.

Kawan-kawan? Ya, kawan-kawan baru banyak. Dikelilingi oleh adik-adik, tapi sebab aku junior, kadangkala, orang panggil aku 'adik'. Bila dimarah, akan kena panggil 'hei aunty', 'hei mak cik'. Department 0&G sini ada dalam 27 houseman, yg in charge jaga 4 wad besar, operation theatre, klinik ibu mengandung, klinik ibu mengandung kurang 20 minggu, dan labour room. Kalau oncall, hanya ada 6 orang. Cuba imagine kalau klinik sdg heavy dengan pesakit, labour room ada kes fetal distress, OT ada emergency LSCS, datang plak mak-mak yg dah 'fully' and ready nk beranak, memang tak menang tanganlah. MO hanya 2 oncall.

Oh ya, sekarang semua orang atasan pon kena panggil mereka BOSS. Aku suka golongan houseman sebab itulah geng aku. Tapi houseman berlagak, suka nak mengarah orang, perasan bagus, tak tahan dengan orang lembap,suka lepas tangan, aku menyampah giler kot. Rilek rilek ar.

Sekian.