Monday, March 28, 2011

Belakang Kita?

By now, saya harap pembaca saya sedar yg saya dah banyak tak memasukkan perihal kerja dalam blog ini. Bercakap mengenai pesakit, a no no no. Bercakap mengenai hal hospital, a no no no juge. Semuanya confidential. (Heh, tapi cakap jugak, huh)



Saya baru terima jadual untuk bulan April. Saya ada 9 oncalls. Sebenarnya aku nak 10. Tahu tak kenapa? Tak payah cakap pon, semua dah tahu kenapa bukan. Bulan April aku tiada weekend off, kerana setiap hujung minggu aku kena oncall kecuali weekend kedua. Weekend off aku, secara rasminya di-split dua. Omel banyak pon tak guna. Bukan ada perubahan pon. Jadi sebagai orang bawahan, aku ikut sajalah. Lagipun duit masuk kan?

Mode lain *my bos dah masuk keje! sukenye sukenye!*. Hari ini rasa sungguh bersemangat. Balik keje pon tak letih.

Saya mahu kongsi beberapa rules atau peraturan sebagai houseman. Eceh.

Rule nombor 1 : #jangan sesekali bunuh pesakit!#

Ini bukan omong kosong. Aku bercakap dari pengalaman. Tolonglah ye rakan-rakan. Mahu buat apa-apa, sila fikir pesakit. Mahu bagi ubat, fikir pesakit. Mahu ambil darah untuk apa, fikir pesakit. Baca result pesakit, fikir untuk pesakit. Kalau mengantuk dan nak cepat sekali-pun, fikir pesakit. Sebab kalau kita ter-miss sesuatu dan perkara buruk terjadi kepada pesakit itu, menyesal tak sudah! Anda akan ingat pesakit itu sampai bila-bila. Seperti saya ingat kes perempuan itu dan namanya hingga hari ini.


Rule nombor 2 : #jangan sesekali percayakan rakan sekerja anda#

Haha. Ini bukan secara negatif ya. Memang lah kita patut bersangka baik pada semua orang. Tetapi dalam hal kerja, kena lebih berhati-hati. Kalau kita pass-over kerja kita kat sape-sape, sebelum balik kerja, tolonglah double-check kerja tu dah siap belom. Sebab itu pesakit anda, dan bukannya pesakit rakan anda. Rakan anda memang akan menolong anda, tapi kalau ada sesuatu kesalahan berlaku, orang lain akan menuding ke arah anda! Ya. Jadi ambillah langkah berwaspada. Jangan terhantuk baru terngadah. Saying this, ada seorang kawan minta aku tolong sesuatu tadi, tapi aku lupa utk siapkan sebelum balik. Hishh!


Rule nombor 3 : #jangan gopoh dan tamak#

Bila berhadapan dengan pesakit, jangan lah terlalu gopoh dan tamak. Memang anda seorang multi-tasker, tapi sebelum anda beralih untuk uruskan pesakit lain, kena lah make sure pesakit current anda itu, telah selesai halnya seperti order ubat, ambil darah, siapkan borang keizinan dan sebagainya. Amalan tangguh kerja tak elok sebab ada potensi jadi pelupa. Bukankah manusia ini memang mudah lupa dan alpa?


Rule nombor 4 : #berkawan biar berpada#

Tidak dinafikan, dalam suasana kerja mana pun, kita akan reka bulu-bulu kita sendiri. Ada yg bulu sama hitam, ada yang bulu kaler perang, dan ada bulu ke-emasan. Kalau tak suka seseorang sekali-pun (hahaha) tak boleh mengumpat terlalu banyak (hahaha), tak boleh terlalu anti- (hahaha) dan jangan lah ampu berlebihan pulak! Ini tak reti-lah aku nak komen. Tapi kalau dengan orang yg tak berapa berbulu dengan saya, saya akan 'jaga' sikit hubungan kerana malaslah, kalau tak jaga hubungan nanti susah woo nak kerjasama. Kalau dapat oncall sama-sama, macamana?


Sekian potpet dari the joyah mak minah for today.

Thursday, March 24, 2011

Me Heart HOD


(the miow-miow time)

Sebab Anna n Zen ni suka menconteng ruang blog ni, aku dah ter-rindu plak zaman dulu-dulu. Now where got leasure leasure time like this what...

Semalam consultant ku belanja makan nasi lemak! All together-together lah, dengan MO and HO lain. Hihi, alahai bertambah sayang la plak kat specialist ini. Dia dah sehari off dari ward kerana tuntutan keje lain, tapi when he comes around, dengar suara dia, terus macam 'Eh, macam suara Dr Xavier aje tuh'.

Dulu aku ingat, aku takkan jumpa specialist blanje makan dah.

Anyway, hari ni duit gaji masuk lagi.

Gagagagagagaga. Ya, korang imagine lah apa-apa pon mengenai perasaan aku. Semuanya pasti betul. Tapi bila dah jadi macam ni, aku terpikir,..

Gaji Zen mesti lagii banyak. Zen duduk KB. Duduk ngan parents. Tak suka shopping. Isk isk isk. Kekayaan dia mesti melimpah-ruah. Hahaha.

Ok, that's all for today. Minggu ni aku sangat gembira sebab takde oncall. Nak buat cemane, by 22nd of the month, aku dah buat 8 oncalls. Maximum oncall sebulan 10. Next oncall on the... rahsia. Mana boleh heboh2.

Tempat kerja jadi tempat yg menggembirakan. Gelak banyak sebab bos kelakar. Aku senyum tak henti-henti. Kalau nak sambung buat O&G, kena rajin study-lah. Macamane nak jadi kesayangan bos dengan cara sungguh murni? Nampaknye kena lagi ikhlas, rajin membaca, rajin bertanya, dan ingat apa yg telah diajar.

Tuesday, March 22, 2011

One Utama Punya Pasal



Dulu aku gila, kini aku lagii gila.

Sekarang, disebabkan aku baru jumpa duit gaji melimpah-ruah (wow - macam la kaya sangat, tapi hakikatnya jakun, maklum la jagung baru dapat gaji), aku jadi gila duit dan gila shopping.

Oh ya. Mungkin korang dah tau, aku penakut nak drive di kota raya ni. Sebelum ini aku hanya memandu di negara yg terlalu banyak kambing dan pak cik mak cik tua sahaja yg bawak kereta. Aku hanya tahu nak bawak kereta pegi balik keje. Isi minyak pon, adik aku yg buatkan. Pegi kedai? Lagi la penakut.

Minyak senyonyong, pada suatu hari aku ambil cuti rehat. Jadi aku telah memandu ke One Utama. Thanks to zuharlida dan umi kerana telah ajar aku bagaimana mahu ke sana. Di sana aku telah shopping selama 5 jam. Yeah. Tak ada sape yg akan tahu berapa jumlah wang yg aku habiskan. Hanya aku, Mansur, Puteh dan .. eh, aku dah mula lupa nama rakan imaginasi aku la, ape nak jadi ni?

Apehal plak sebut Puteh ni. Puteh dah innalillah la.

Jadi, sekarang aku sudah gila dengan tempat shopping tersebut. Rasanya nak ambil cuti tengah minggu lagi, dan shopping sorang2. Tahukah anda, salesgirl mannersnya sungguh baik di hari tersebut kerana kurang pelanggan berbanding weekend. Jadi mereka akan layan kita sebest-bestnya, terutama kalau kita pegi memilih alat make-up dan mengada nak try warna itu dan ini, dan selepas itu, dengan suka hati cakap warna tersebut 'tak sesuai lar dengan i'.

Perihal lain, wei, aku rasa teringin sangat-sangat dah ni.

Teringin nak pengganti Puteh. Lagi teruk, aku dah ada nama timangan dah untuk kereta aku seterusnya. Gimanakah ghupenye. Myvi silver? Suzuki swift biru? Vios kelabu? Mazda2 hijau pucuk pisang? Atau Gen2 purple?

Di dalam kereta itu, aku, Mansur, Haibah, Agus dan Aspalela akan mendengar musik dengan derasnye, dan beli gps supaya kami buleh berjalan-jalan. Ape kata aku buat trip solo lagi, kali ini ke Langkawi?

Nampak tak? Aku memang nak kereta. Bila gaji tiga bulan nak cukup? Tak sabar dah ni nak mohon pinjaman bank. Aku kan takde tanggungan, takde masa depan plak tu, jadi memanglah boleh membazir sewenangnya dengan bershopping dan beli kereta idaman. Hikhik.

Friday, March 11, 2011

Of Lah

Semakin hari aku semakin mencintai kerja aku. Terutama bila aku pegi kerja berbaju kurung, dan balik pukul 6. Rasa begitu 'bersemangat' lah! Lupakan aje niat untuk membeli alat mekap dengan banyaknya. Kebanyakan hari, aku tak sempat pon mahu tempek ape-ape di muka.

Semakin hari aku sambut baby, semakin aku suka bayi-bayi. Mahu cium mereka aje setiap kali jumpa baby on the way naik wad. Bau mereka sedap wo. Tetapi, sebab tengok terlalu banyak orang beranak, aku jadi enggak mahu beranak lah. Lupakan aje kisah mahu berkeluarga. Tiada masa untuk fikir perkara lain selain kerja lah!

Ada hari (biasanya post-call day lah), aku mudah giler berangan. Angan-angan ini seperti membayangkan diri sendiri terapung-apung di antara berjuta-juta belon berwarna biru. Waaahhhhhhhh indahnya. Kadang-kadang, bila terlalu letih, aku suka koya pergi ke spa berendam dalam air panas dan menghirup bau-bau segar.

Bukan ke ada orang cadangkan aku pergi mandi bunga untuk buang jonah?

Ini lah masanya! Ya, aku patut cari tempat untuk mandi bunga tujuh jenis itu. Apekah rasanya ha? Mungkin pada masa yang sama aku boleh mintak mereka licinkan lagi kuku aku. Dan putihkan kuku kaki ku yg sungguh buruk di kala ini.

Ada juga hari yg aku sungguh tak larat nak oncall. Kalau keje takde oncall boleh kah? Mestilah tak boleh kan?

Kadang-kadang aku juga fed-up dengan politik kerja. Orang tikam menikam dari belakang. Report mereport antara houseman. Kekadang aku rasa mahu jadi batu api lagakan orang, tapi tak mahu pula buat bila pikirkan akibatnya. Memanglah aku suka 'drama joyah' ni, tapi... er, fenomena tak bagus kalau semua HO nak gaduh-gaduh.

Haiya... manyak cakap ini amoi, berhenti kerjalah senang. Duduk lumah tengok celita one tree hill sambil pakai maskala laa...

Tapi bila dapat ini name tag, talak jadi mau itu berhenti kerja lah. Sema-ngat loh!



Yes, my name is Nusaibah, and I'm the careless, merangkak-rangkak adik graduated from Otago who knows almost noting. (haih, aku suka habis duduk Malaysia ni)

eveli-day i learn new stuff woo.. thank u alot to my otai-otai O&G.

Monday, March 7, 2011

Sayang

Sayang adalah perkataan yang perlu digunakan ketika anda mahu sesuatu. Seperti,

'sayang, tolong hantarkan ini ke lab'

'sayang, you boleh tak tolong ambik darah patient ni?'

'terima kasih sayang sebab coverkan I masa I cuti nanti'

'your are the best, my dear' selepas tolong belikan makanan.

Boleh blah la semua itu.

Kadang-kadang aku juga kena pukul 'manja', kena tarik tudung 'manja', kena tarik lengan baju 'manja', kena tegur muka aku blushing 'manja', kena tengking 'manja', kerana tersalah buat kerja. Ter ok, ter, aku tidak tahu itu salah. Tapi bagaimanapun, terima kasih kerana menegur, sebab sekarang aku dah tahu kesilapan dan lain kali insyaAllah aku enggak mahu buat lagi.

Masih lagi aku kira soalan 'awak dah ada boyfriend belom?' dan 'bila nak kawen' merupakan soalan yang agak private. Hei, kehidupan peribadi, peribadi lah. Walaupun aku bukan artis, aku masih ada hak oh tak mahu bercakap mengenainya. Kiranya macam, aku masih anggap kebanyakan orang di hospital sebagai alien. Sesungguhnya, tak sempat nak berkenalan sesama sendiri kerana terlampau sibuk dengan kerja. Aku nak ajak makan lepas waktu habis kerja pon, tak sempat. Semua orang hanya fikir, nak balik dan tidur.

Aku dah kena buat 7 oncalls so far, dan esok ada lagi satu yg meruntun jiwa. Jaga ward. Sobs sobs. Kalau kerja tak boleh cakap tak suka. Semua kena cakap SUKA SUKA SERONOK, SAYANG, IN LOVE, IKHLAS, CINTA SEMUA PESAKIT. Setiap hari, hari yang baru dan penuh perkara bagus, bukan begitu? Lagipun duit gaji dah masuk sekarang - ka ching ching ching ching.

Siapa kata duit tak membahagiakan? Duit memang membahagiakan lah. Nombor SATU sekarang. Dengan duit, boleh capai semua angan-angan gila-gila. Mahukan itu ini di badan. LOL.

Masih belom dapat inspirasi mahu beli siapa untuk pengganti Puteh. Kadang-kadang aku rindu Haibah. Bila tengok cerita Spongebob, tengok kegembiraan Spongebob jumpa Patrick, begitulah perasaan aku kalau dapat bersama dengan Haibah. Masalahnya sekarang tak banyak masa kosong, jadi aku tak boleh nak create own conversation dengan Haibah. Kau ingat masa naik kereta pagi-pagi dan balik sempat nak berborak dengan Haibah? Tidak sama sekali.


Semua rakan imaginasi aku, bagai dah tak wujud sekarang. Sekarang dah kurang masa persendirian. Sekarang dah kurang masa nak jiwang karat pandang dinding, dengar lagu. Sekarang dah kurang masa, sampai nak tulis dalam diary, dear diary hari ini aku blabla pon, dah malas dan tak larat. Menulis kat ward pon, dah cukup bagus. Sekarang, dah lama gila tak tonton drama/movie dengan sepenuh hati dan feeling meeling beserta menangis. Tahu tak aku mahu tonton wayang? Tahu tak aku tak tahu filem apa paling recent kat wayang sekarang? Tahu tak aku nak tengok cerita Merong Mahawangsa? Tahu tak, sekarang aku kat Malaysia, tapi tak dapat pon tengok teater macam aku harapkan dulu?????!!! Eceh, ada bunyi bengang pula di situ.

Ya ya. Sekarang aku doktor. Dedikasi aku terhadap kerja dan pesakit loh. Lagi cepat aku telan kenyataan itu, lagi cepat aku gembira dengan kerja.

Pesakit nombor satu, orang atasan no 2, staff/pekerja no 3, diri sendiri paling akhir.