Soalan 1 : Adakah korang akan berkata ya untuk satu temujanji buta?
Sebenarnya, ni bukan soalan main2. Real life situation and I need advice dari para pembaca blog ini, terutama enda dan mcya.
Sebenarnya, aku rasa macam ada rama-rama dalam perut. Rasa macam something bad bad superBAD will happen. Macam nak muntah pon ada. Tapi bukan perasaan butterfly in a good way macam sebelum present case/topic depan orang puteh. Ini macam perasaan 'oh no, ada sesuatu yg akan berubah'.
Perasaan macam, in the background Haibah, Mansur, Puteh, Aspalela semua menjerit 'tidak! tidak! jangan Nuha!!!!!'.
Perasaan macam, a part of you will be ripped off, proses asimilasi akan berlaku, lepas tu aku berakhir dengan perasaan tak suka kepada diri sendiri/ the new me. Cis, kenapa aku sampai fobia sebegini rupa.

Soalan 2 : Adakah korang sanggup membela anak yg bukan darah daging?
Aku banyak berhadapan dengan kes-kes mengandung di luar nikah, yg mana baby itu akan di-adopt. Pada pendapat aku, mungkin logik pada suatu hari nanti aku akan ambil anak angkat sebab dah tahu link dan cara nak ambil anak angkat.
Persoalannya, boleh ke nak sayang macam anak sendiri/darah daging sendiri? Pada waktu sekarang, aku rasa, kalau aku adopt sekarang, pasti aku buat anak itu macam anak kucing. Yelah, aku hanya mahu tengok baby lepas waktu aku kerja, kemudian aku mahu buat hal aku sendiri. Dan aku tak mahu baby itu membesar, boleh tak?
Jika mcm tu, baik aku jadi MO di O&G department sahaja. Hari-hari pon kerja dengan ibu mengandung. Adalah satu kepuasan memegang perut ibu mengandung. *Pengakuan sangat benar*.