Saturday, May 28, 2011

The Power Of The HOD

Hahaha. Teruk giler tajuk ni.

Aku sekarang baru mula masuk General Surgery. Hmm, masuk department baru, bermakna HOD pun barulah. Antara keterujaan tempat baru, ialah melihat HOD.

Mak aih. Itu saje dapat aku katakan.

HOD atau nama panjangnye ialah Head of Department, nama lain BIG BOSS. Korang tak tau, berkuasa giler big boss ni. Mana-mana big boss pon berkuasa. IA, lepas abis 6 poster, aku akan buat pertandingan (utk aku je), boss mana paling berkuasa.

Entah kenapa aku suka hal-hal HOD. Bagi aku, tanpa HOD, department tak jalan. Elok tak elok sistem satu department, bergantung kepada kecerewetan dan keterapian HOD. Kalau HOD tak ditakuti, rilek, or over busy sampai tak amik kisah hal department, tak jalan la wei. (Adekah aku sedang kutip tips bagaimana nak jadi HOD yg berjaya?)

Jadi HOD memang bukan senang. Takkan kau dapat jadi HOD kalau kau tak ada knowledge. Takkan kau dapat jadi HOD kalau kau tak buat master programme, buat banyak klinikal, pegi hospital bertukar-tukar, dan kursus situ sini. Takkan kau dapat jadi HOD jika kau tak ada personaliti yg mengkagumkan. Takkan kau dapat HOD jika kau tak passionate pasal pesakit, penyakit dan politik hospital. Takkan kau dapat jadi HOD kalau decision kau tak firm enough. Dan takkan kau dapat jadi HOD jika tiada aura.

Ya, aura. Aura seorang HOD. Woohhh, hebat giler, aku boleh jadi high sekiranya aku berhampiran dengan big boss. Big boss ni. Kalau kau dapat curi perhatian boss mengenai patient ko, best ni. Kalau boss kau nak ajar kau beberapa perkara dan bagi inspirasi supaya jadi doktor yg baik, lagiii la best.

Setakat ini, aku pro big boss. Semua big boss cakap, ada betulnya, ada logiknya.

Oklah, penat. Mau sleep. Bulan ini belum pegi shopping lah.

Sunday, May 22, 2011

New Ride

Kepada Zen, inilah kereta yang aku beli tanggal 16hb Mei. Selamat hari jadi zero untuk kereta aku. Hahaha.





Persamaan antara dua gambar di atas ialah, mereka senantiasa parking tiada porch, selain dari nombor belakang yang sama. Oi, aku bayar banyak tu untuk nombor sama, kalau beli baju kurung, dah cukup 2 pasang ni.

Secara keseluruhan, aku berpuas hati sebanyak 80% dengan kereta ini. Al-maklumlah, naik gred dari kereta second hand ke brand new, mestilah banyak puas hatinye. Boleh dikatakan 20% lagi, aku suka kutuk kereta ini dalam diam. Seperti, sebenarnya aku tak suka kaler ini. Dah la mudah comot, kalau hujan, memang obvious water markings di belakang dan celah pintu. Buruk okayy.. dan aku pula, mana ada masa nak lap-lap hari-hari.

Nama kereta ni? Sebenarnya aku panggil Puteh jugak. Yelah, nama apa lagi ko boleh bagi kan. Ini bukan kucing. Aku tidak gemar nama-nama panjang seperti Sumaiyah, Humairah, Walid dan sebagainya. Secara peribadi, aku rasa dah jumpa nama untuk kereta ini. Pearl white atau nama lagi mesra MAK CIK PEARL.

Sebab aku rasa sungguh makcik-makcik bila bawa kereta ini. Dah la body macam kotak. Lepas tu lain bebenor dengan kereta manual. Jelas terang lagi bersuluh, memang macho bawak kereta manual, sekarang aku rasa lebih ke-mak cik-an. Aku memang dah mula rasa tua, di mana kebanyakan pesakit muda di hospital, memang aku panggil adik saje.



Bukti aku tak omong kosong. Super sigh.

Monday, May 9, 2011

I'm Happy To Announce

.... that Puteh akan dapat adik. Wohooo!

Keretanya akan sampai Sabtu ini, di kala aku sibuk oncall.

Cis. Hari lain takleh ke?

Gambar akan datang mnggu depan yer.

Sunday, May 8, 2011

Hati Berentak Laju Bila ..

Ceh. Masih ada perasaan ke?


Ya. Begitulah nasib ku. Setiap kali gaji bulanan masuk, ada saje keinginan di hati. Keter-ujaan mendapat gaji tak dapat digambarkan. Nak kata super happy, tak jugak, tapi banyak kemelut berlaku dalam jiwa sebab semua benda pun rasa nak beli! Shopping list dah banyak juga bergaris pangkah, tapi senarainya, tidak dinafikan bertambah.

Gara-gara suka membaca iklan di majalah kah? Kalau tak baca iklan, mesti tak tau kan?

Yang mana pilihan anda? Kalaulah, kereta pon ada warna ceria sebegini, mesti seronok kan? Jam tangan hari-hari aku sekarang, masih Swatch yg dibeli pada tahun 2006 kalau tak silap aku. Wah, boleh tahan hebat bukan? Maknanya, bolehlah kalau mahu beli seutas lagi. Cuma koleksi kali ini, plastik. Takut nanti tali jam lama-lama warnanya hilang dan tiada seri.

Aku mahu kaler pink. Sungguh gegirl!

Setelah pulang dari majlis kahwin minggu lepas, aku rasa aku perlu ada sekurang-kurangnya satu ini.


Slurp! Keindahan material membuatkan aku serta-merta kekenyangan.

Sunday, May 1, 2011

Wedding Season

Ah, tak lama lagi musim kahwin akan menjelma lagi.

Oh, lupa nak intro, selamat berjumpa kembali di dalam blog saya. Anda sekarang bersama Nuhazman, minah ntah apa-apa.

Dah agak lama tak menulis. Punca? Bolehlah buat andaian sendiri, ranging from takde cerita utk ditulis, busy dgn oncalls, moody smpai tak mahu tulis, depressed smpai tak nak tulis, stressed out sangat, takde internet, internet slow, fed-up dengan dunia penulisan, dan sebagainye.

Ada apa-apa ke berlaku sejak last entry?


Tak ada. Kecuali Abang William dah kawen dengan Kakak Kate.

Aku test drive kereta Ford Fiesta kaler emas ke-emasan yang kalau aku beli kereta tu, sumpah aku akan panggil dia Goldilocks. Tapi mungkin, ianya takkan jadi milik I kerana setelah pikir hal maintenance, I rasa I akan ambik kereta common-common aje. Come on lah!

Aku juge telah attend wedding Aqish dan Baam. Mereka memakai baju warna putih campur kaler oren. Aku suka pegi wedding sebab ada rasa 'good vibe' di situ. Dan juge aku boleh melaram. Haha. Selepas pegi wedding, aku akan rasa baju kurung aku tak cukup, dan mahu beli lagi. Konon next time pegi wedding orang lain, nak pakai baju kurung lain la plak. Apekah kegilaan ini? I don't understand la people.

Boleh tak aku nak buat confession? Aku rindu Haibah. Aku mahu cakap dengan Haibah. Tahu tak semasa aku tinggal di Palmerston North, tinggal di bilik berseorangan, aku boleh buat conversation bersama Haibah dan rancang masa depan? Ya, sungguh psiko bunyinye, tapi hakikatnya aku bahagia sbb rasa mcm agak terjamin apa yg aku perlu buat hari-hari. Tapi sekarang tidak lagi, kerana aku sekarang pon tiada space sendiri. Oh, rindu betul zaman lone ranger itu. Can I forever and ever be alone? Mestilah boleh, ape plak tak boleh.

Aku lupa macamana nak flirting. (cakap macam pandai sangat flirt2 lah ni). Wah, banyaknyer free time aku sampai ada masa nak pegi flirt. Hahaha.

Mengenai hal bayi, bila hari-hari sambut baby nih, aku dah tak nampak mereka comel. Mungkin sebab aku vacuum terlalu banyak baby. Oh no.

Marilah menjerit bersama aku.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! *mode hysteria*


Mana boleh tak pegi kedai Sephora ini yang baru dibuka di kota raya Kuala Lumpur. Surga make-up.