Again, the tajuk itself inspired by my super HOD. OMG, I think I'm obsessed with my HOD.
Maaf kerana tidak menulis agak lama. Hidup agak terumbang-ambing. Hahaha.
Mari bercakap mengenai posting general surgery. Aku tidak mahu cakap perihal apa yg aku belajar, tapi lebih kepada suasana kerja.
Secara kasarnya, aku boleh dikatakan lebih gembira di deparment O&G. Hihi. Kepuasan bekerja di akhir hari sangat menakjubkan kerana aku telah menyentuh kehidupan bayi dan ibu, dan puratanya mereka sihat.
Tetapi, banyak perkara menggembirakan telah berlaku sejak aku masuk general surgery.
Satu. I found a new partner in crime. And a whole new gang. Now I have a friend to drink teh ais with me before I drive home. Weee... seronok. Maybe Iza akan question sama ada rakan ini memang wujud atau tidak.
Dua. Boleh dikatakan aku banyak outing dan pegi try2 makan di luar disebabkan kadar stress yg tinggi. Ini sebenarnya bunyi tak berapa bagus. Dari segi pengaliran duit lah.
Tiga. Huwaaa. Aku tak belajar banyak pon. Asyik stress. Balik rumah tido. Rutin sama berlaku setiap hari
Empat. Kadar oncall berkurangan. Paling banyak mungkin 7 oncall sebulan. Ini betul-betul tak bgus untuk sistem ekonomi aku.
Lima. Makin lama, makin aku rindu Haibah, ini memang tak bagus.
Enam. Tidak dinafikan aku suka bekerja dengan MO and specialist di general surgery. Kadang-kadang rasa macam bahan buli, tapi ada keseimbangan bila makin jadi mudah mesra. Mahu bekerja pun senang.
Tujuh. Masih mengintai peluang untuk menetap di luar. Tapi bila difikirkan tentang sofa bed, tv, peti ais, mesin basuh, almari solek, bil dan bil, aku rasa tak jadi pula. (semuanya pasal duit)
Lapan. Apa lagi. Aku begitu mudah mempunyai crush sekarang ini. Kadang-kadang terhadap pesakit, keluarga pesakit, HO, MO dan tak lupa juga specialist. As usual, aku suka bos. Bila bos cuti aku sedih. Bila bos dah balik, aku rasa nak melompat-lompat. Bila bos marah, aku suka sebenarnya sebab dapat attention!! Haha. Dan paling menggembirakan, bos pandai sebut nama aku. Nama HO lain dia tak sebut pun. Dia cakap, Nusaibah ni, tanya ape pun tak tau, blur aje. Muahaha.
Nasib baik bos takde anak sebesar aku, kalo tak mesti aku nak jadi menantu dia.