Tuesday, July 26, 2011

Bestfriend



Dear Haibah,

Kadang-kadang aku betul rindu zaman yang hanya ada kita berdua. Kau, aku dan New Zealand.

Sekarang, nurses, pesakit, politik kerja dan HOD semuanya dah macam pasar malam.

Aku rindu gila pada Pullar Cottage yang rupanya bagai hostel berhantu itu. Sunyi. Sejuk. Tak ada heater. Pegi tandas pon takut-takut. Radio pon tak ada. Internet pon tak ada. Hanya ada TV dan hard-disk juga buku-buku buat peneman di kala sunyi.

Dan malam-malam yang kita weng, akan keluar buat shopping di supermarket countdown. Ketika itu aku mesti beli makanan rapu, ais krim dan cokelat. Aku tak perlu share dengan siapa-siapa.

Dan kalau kita main masak-masak, spagetti perasa tin tu pun jadi sedap. Telur goreng mata kerbau dan cheese, nasi dengan kicap pun jadi sedap. Sup ayam bertarikh dua hari pon masih layan.

Dan ingat tak masa kita buat road-trip Taranaki tu? Ah, tak ada siapa-siapa. Luas pemandangan. Masa tu, aku ingat, kalau aku mati pon takde orang dapat jejak ke mana mayat aku. Nasib baik tak ada apa-apa yang terjadi time tu.

Tau tak Haibah, kalau aku stress di hospital, aku akan ingat semua pemandangan yang cantik dan suasana yang sunyi tu. Kadang-kadang memori lepak atas rumput, tengok kereta bergerak lembap dan orang puteh pakai sunnies sambil minum air smoothies, dengan suasana suam-suam panas waktu summer buat aku rasa tenang.

Waktu yang hanya ada kau dan aku. Aku nak cakap ngan kau pun aku tak perlu buka mulut sebab kau memang semulajadi boleh dengar.

Haibah, kenapa sekarang ko dah tak ikut aku pegi shopping?

Friday, July 15, 2011

The Red Inai

Baru saje di entri lepas aku cakap bos itu orang biasa. Minggu ini, bos kembali di carta nombor satu. Ah, why bos sebut nama aku ni?


Sekarang aku sedang bekerja di wad neuro. Sungguh ..., sila isi tempat kosong. Keter-ujaan itu wujud tetapi biasalah di tempat baru. Jantung pun berdegup laju dan kurang tenang.

Sementelaah itu, terasa rindu pula terhadap wad. Orang lain, happy kalau boleh kuar dari acute wad surgikal itu, namun aku sebaliknya. Hakikatnya, pegi wad satu lagi, tak jumpa bos itu. Bos itu jarang2 sekali buat round di wad sana. Bos, bos tak nak jadikan saya anak angkat ke?

Saya rasa, saya dah mula suka surgikal. Saya harap, saya akan lebih jonah. Tapi saya harap, saya dijauhkan dari membuat masalah/kesilapan kecil dan besar, terutama dengan bos. Saya juga berharap pesakit di wad akan cepat sembuh dan keluar wad, kerana itulah harapan semua bos.

Aku harap aku boleh jadi macam bos, dan berfikir macam bos.

Konklusi, selama sebulan aku tidak akan berada di wad.

p/s : selamat pengantin baru kepada yang berkenaan. Sekian terima kasih.

Monday, July 4, 2011

One Sweet Dream

Entri kali ini, bertema 'koya'. Tiada lagi nama HOD kerana setelah sebulan, aku rasa HOD ialah insan biasa macam orang lain. Hahaha.


Kelmarin di hari minggu, di mana aku weekend off, pertama kali aku berada di rumah dan secara tak sengaja melayan Grey's Anatomy di Channel 701.

Beginilah, seperti orang lain, aku juga punya sebuah impian yang bagi aku best giler. Kalau tak tercapai, sesungguhnya aku lah orang yang rugi.

Sejak zaman Grey's Anatomy keluar lagi, aku sudah ada impian ini. Ketika itu masih di IMU. Tapi zaman itu, aku tidak punya wang.

AKU INGIN TINGGAL RUMAH SENDIRI.

Korang mesti tak perasan scene Dr House ini. Dr House pada penghujung cerita akan pulang ke rumahnya. Dia tinggal seorang diri kerana dia seorang yang eccentric dan juga angkuh. Dia akan menyangkut tongkatnya dan kotnya di kayu penyangkut. Kemudian terhinjut-hinjut menuju ke dapur dan mengambil setin air beer. Kemudian dia menuju ke ruang tamu. Dia mempunyai sebuah coffee table kayu tebal. Nampak kukuh. Di atas meja itu, ada banyak buku-buku medikal yang dibiarkan terbuka. Konon rajin membaca lah. Dia pun duduk di kerusi empuknya yang berwarna gelap. Kakinya diangkat ke atas coffee table dan disilangkan di atas himpunan buku-buku tersebut. Lantas menekan punat remote control, melayan tanyangan ulangan soap drama kegemarannya, sambil sekali-sekala menghirup air beer di tangan. Tiba-tiba telefon berdering. Oh, Wilson bestfriend dia rupa-rupanya. Tanya House tengah buat apa. House dan Wilson kan bestfriend. Hihihi.


Oh yes, I think it is very bromantic!

Versi Nuha.

Nuha pulang ke rumah. Rumahnya masih kosong. Tiada banyak perabot. Cuma ada sofa bed, sebuah tv besar, rak dimuatkan dvd dan cd koleksi, sebuah peti ais kecil, bilik yang cuma ada meja study, rak buku, sebuah laptop, penghubung internet, meja solek, almari baju yang ada zip itu. Ahah, tidak dilupakan rakan-rakan Nuha, Mansur, Agus, Aspalela, dan Haibah.

Nuha mengunci pintu. Menyangkut lab coat, beg sekolah, stetoskop dan tag nama di palang penyangkut baju. Nuha meletakkan kunci kereta di atas meja khas sebelah sofa bed. Nuha melangkah ke dapur. Mencapai longgokan pelbagai pilihan dari air kotak coklat Dutchlady/air tin Nescafe/ais krim potong pelbagai perisa dari peti ais kecil. Ada sedikit buah-buahan juga beberapa jus buah-buahan yang sudah tamat tempoh.

Nuha bergerak ke ruang tamu. Memandang beberapa saat terhadap buku di atas coffee table, kemudian mula menonton tv. Ah, rancangan bosan. Lantas Nuha memasang salah satu DVD kegemaran, ahah Just Like Heaven. Lantaran sudah banyak kali menontonnya, Nuha jadi mengantuk, lantas tertidur di bawah kipas yg berputar.

Pada tengah malam Nuha tersedar. Melakukan tugas rutin. Kemudian tiba-tiba mendapat suntikan semangat untuk menambahkan ilmu di dada. Tapi sebelum tu, perlulah main game di fesbuk. Kemudian, setelah penat mentelaah pelajaran, Nuha gosok baju untuk hari esok, dan menyambung tidur di atas sofa depan tv tadi. Nuha belum kaya, dia masih tak dapat beli sebiji katil besi berwarna putih, dengan cadar corak ala Eropah dengan bunga-bunga ros dan ropol-ropol.

Pagi esoknya, Nuha bangun dan pegi kerja tepat pada masanya. Tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas kerana rumah Nuha bersebelahan hospital.

Aku harap dapat capai impian di atas sebelum aku berkahwin, jika aku ditakdirkan berkahwin. Sekian, terima kasih.