Thursday, October 20, 2011

Counting Stars

Mode : Post night shift at Infectious Disease (ID) Ward. Macam taik.


Here I am, macam taik.

Ada tak orang mandi, melompat-lompat gembira as if dia mandi dalam hujan outside? Yelah, it is raining outside, tapi kalau kau orang besar pegi melompat-lompat, terkinjal-kinjal macam budak kecik, then olok-olok jatuh, then golek-golek main ngan lopak air, then mandi-mandi lagi... hmm, mesti orang cakap aku gila kan?

OMG aku gila, yet nobody diagnose me with being crazy. Woi psychiatrist cepat la label aku as crazy woman. (tak sangka i am no longer consider myself as a girl)

Ah, inilah tak untung jadi orang dewasa. Some more, being a doktor. Macam taik.

Di kala ini Asparagus dah berjaya jadi tauke sayur jual asparagus. Sayur asparagus kini HOT dalam pasaran.

Aspalela pula dah berjaya buka resort penginapan di Janda punya Baik, dengan nama resortnya, Lela Manja Punya Baik. Woohoo, laku siot dengan spa dan kolam air panasnya, dengan tour guide masuk Taman Negara dalam ekspedisi Mari Kita Terjah Orang Bunian. By the way, kalau kau buruk, orang bunian takkan culik, sebab apparently orang bunian hanya suka orang cantik dan hensem. Wah, aku akan selamat kalau pegi hutan.

Haibah sekarang masih bertapa di atas langit, hanya tunggu masa dipanggil turun oleh aku.

Mansur as usual berada di mana-mana lokasi terhebat dunia seperti, Tembok Besar China, Sunway Piramid, Niagara Falls, Eiffel Tower, dalam bot di Venice. Tapi sebenarnya lokasi Mansur ialah .... kejap aku nak hello Mansur. Ya, Mansur sahkan dia sekarang sedang minum kopi di kafe di tempat bernama Tuscany , sambil lihat orang baling coin dalam small fountain. Ape-ape jelah Mansur.

What about me? Playing doctor. Fuck, I screwed my life forever.

Ahah, mereka di atas ialah semuanya kawan imaginasi aku. Because I am a loser!! Aku kan tak ada kawan, jadi aku telah me-reka kawan imaginasi sendiri supaya aku tak sunyi and they all serve to me (I am the mastermind, woohoo aku pria terhebat!) bila-bila masa aku panggil.

But right now, I don't need them.

I only need the sky and bintang so I can count the stars.

Macam taik.

Duit gaji baru masuk. It does not help sometimes. Kerajaan kata nak kasi extra RM600, tak ada pun. Aku menghitung hari ok. Aftermath, as always, macam taik. Tapi aku tetap akan undi Barisan sebab aku orang kerajaan. Tapi aku masih tak mendaftar, so Barisan takleh marah aku sebab tak undi mereka. Hohoho. Busy sampai tak ada masa untuk mendaftar. Sorilah.

Jadi doktor memang sucks nak mampos. Kalau kau cakap kau letih, orang akan cakap, biasalah jadi doktor. Kalau kau tak layan orang, orang akan marah sebab semua orang expect mereka datang hospital akan DILAYAN. Kalau kau tak tahu, orang akan marah sebab kau DOKTOR. Kerajaan taja kau belajar jauh-jauh dan kau jawab KAU TAK TAHU!!! Kalau kau tak sempat clerk case, orang akan marah dan cakap ini pun tak sempat??!! Apa yang kau buat??!! Kau tau tak aku tak tido satu malam? Tapi ada orang kisah ke? Sebab aku doktor, doktor-doktor sebelum ni waktu kerja lagi teruk, diorang semua boleh survive, kenapa tak kauuu?

Being a doctor, kau tak ada alasan nak kata kau tak boleh buat.

Kau kena cakap, ya, aku akan buat semuanya, aku kerja untuk kerajaan dan rakyat, aku akan bagi servis paling baik, senyum dengan ikhlas, membantu amalan murni. They are a lot more the unfortunates out there, WE have to help them as much as WE can. They don't have money, that's why they come to government hospitals.

Obvious tak aku baru kena brain-wash? Yes, I met my HOD just two days ago.

Seriusly macam taik right now.

I just want to count the stars.

Tomorrow will be another day, full of new experience. Best giler jadi doktor ni. Boleh buat buku kot. Tapi to quit, that is just for losers. I am already one loser, I don't have to make myself a total loser. Kita memang takkan tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin jadi doktor adalah terbaik untuk aku. Ada hari gembira, ada hari buruk, tapi itu biasa. Itulah kehidupan. Yang penting, redha, terima dan cari kegembiraan setiap hari.

By the way, aku dikelilingi oleh orang yang sebut perkataan shit! fuckkkkkk! setiap hari. Aku nak sebut macam taik ajelah.

Paling aku suka, ada seorang houseman di wad. Kami kerja jaga wad ID, yang most of them either HIV positive with opportunistic infection or TB cases. Kalau ada HIV yang suka tak amik HAART (ubat), HO ini akan kata. KAU NAK MATI KE HIDUP? KALAU KAU NAK HIDUP, KAU MAKAN UBAT NI. KALAU KAU NAK MATI, JANGAN DATANG HOSPITAL.

Aku rasa, dia menggambarkan sepenuhnya, perasaan seorang doktor bawahan.

Saturday, October 15, 2011

Parrfum

Hey macamana dah nak post video kat blog?



Sebenarnya aku sedang mencari perfume baru. Terjumpa minah ini plak.

Aih, takde keje nye aku.

Apa kata esok kita EL?

Sunday, October 9, 2011

Limited Edition

Penat plak hari-hari nak tulis day ke berapa dah dalam medical. Nanti aku mau cakap pasal keje, will report as day sekian sekian wokayy..

Anyway, pernah tak korang menjadi gila dengan barangan limited edition?

Contoh paling mudah untuk aku ialah, limited edition set make-up especially kat Bobbi Brown or Laura Mercier or er, MAC. Tapi masalahnya, aku macam biasa, hanya usha, berangan dan terhenti di situ sahaja.

Ah, gue boleh jadi gila ok!


Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan charm bracelet. Seorang kawan aku itu telah keluar dan membeli sebijik charm sterling silver yang berbentuk kapal terbang. Wohoo, seronoknya. Lebih gila kalau lihat websitenya, Thomas Sabo.

Yang menariknya, ada banyak gila koleksi charms ni. Dari bentuk pineapple, penguin, kungfu panda, huruf-huruf, zodiac signs, semua pun ada. Yang penting, beli ikut suka, dan bracelet tu pun jadi la tersendiri sebab ikut personaliti masing-masing la kan suka apa.


Hehe. Mesti boleh buat koleksi, lip, handbag, shoes.


Ini boleh bagi sebagai hadiah kawen.


Aku memang suka bentuk bola dragonball ni.



Wah. Nakkkkkk.... semua ni barangan sterling silver. Tapi yang tak best, mahal. Boleh la kalau nak buat konon-konon hadiah bulanan. Tapi lagi baik kot beli alat make up satu jenis setiap bulan. Kan Haibah?

Em.

Walaupun sungguh perit untuk aku luahkan. Sebenarnya aku rasa, dah lama Haibah dah tak ada.

Monday, October 3, 2011

Day 10 Of Life

Baked mussels with cheese, at www.wokkingmum.blogspot.com

Slurp! Makanan eg siput sedut, kerang rebus, scallops, mussels, lala akan buat aku meleleh! Apesal aku suka semua benda berpasir ni?


Semalam aku night shift, buat pertama kali di Medical.

Sebenarnya aku kecik ati, aku rasa aku terdengar staff cakap, 'Tak kahwin lagi dah jonah, kalau dah kahwin nanti, tak tau la cemane'. Aku sedapkan hati dia tak tuju untuk aku. MO aku semalam tu dah kawen ke belom ha? Cakap bisik2 dalam phone. Ada awek kalau camtu biasanya.

Paling tak suka doktor senior cakap bisik-bisik. Tak paham ape plan untuk pesakit.

Anyway, shift aku semalam, ada la jonahnye. Mungkin juga consultant tu yang jonah. Katil kosong ada 9. Kesemua katil penuh by 12 o'clock tengah malam. Pukul 3 pagi, pesakit yang bukan di bahagian kritikal, tiba-tiba tak memberi respons. Apa lagi, panggil MO, intubate, ada SVT, bagi shock, patient ventilated.

By 4 am, cemana nak ngantuknya, tiba masa untuk ambil darah. Vampire get set go.

Secara jujurnya aku tak tidur langsung shift aku tu. Aku hanya sempat baring setengah jam untuk melelapkan mata, tapi kalau malam too eventful macam semalam, cemane nak lelap?

Consultant oncall cop aku jonah stroke. Hampir semua kes masuk, stroke. Hari stroke sedunia kot. Tau lah aku anak murid Dr Anna Ranta, takkan dapat badi kot?

Nasib baik ada staff sedapkan hati aku, jonah bagus, orang kata murah rezeki, semua nak datang time aku kerja. Boss kata, takpe, banyak belajar, banyak pengalaman. Yelah boss, you are my inspiration.

Super-tired. Apesal masih lagi rasa letih ni?